Wednesday, July 28, 2010

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum w.b.k, 22 July lepas besday puteri bongsu as yg ke 6thn..Happy Birthday Nur Aisyah Najwa, moga sihat walafiat, sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t dan membesar bagai Johan didunia dan diakhirat.. Amin...terima kasih kepada yg memberikan ucapan buat Aisyah.

Disebabkan Aisyah suka sgt makan Carrot, tak kira la, makan mentah2 ke minum Jusnya ke atau dibuat salad. Kali ni as buatkan kek istimewa buat Aisyah iaitu Heavently Carrot Cake. Walau x santek mana, rupa comot segala..tapi nampaknya Aisyah Happy sgt2.. Alhamdulillah.. terima kasih buat CMG yg kongsikan rcpnya..mmng heavent la Mat..ngetopp!! Cream Cheese tu mmng ngam sgt dgn Carrot Cake tu dgn kerangupan walnut, lemak2 kelapa dan nenas tu ..arghhh...x tau nak ckp la..menurut Mat rcp asal dari JunCupcake terima kasih to both of you..



HEAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi...

Tuesday, July 27, 2010

Bubur som-som lapis pandan

Assalamualaikum w.b.k, ni pulak dessert simple lps berbuka.. memang fav as dari kecik.. sbb x yah kunyah..terus telan..slurpp!! (ups..sori buat yg berpuasa..kami dah berbuka kat NZ nih) selalu buat putih ..putih je..Ijo..ijo je.. arini adil la..ada putih ..ada ijo (perisa pandan).. sapa suka angkat kibodddd!  x suka, tgk je ya..


Bahan2 :
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
sedikt garam

Cara2:
Campur smua bahan bahagi kpd 2, 1 biarkan putih, 1 lagi letak pandan paste/pewarna hijau
Panaskan dan gaul hingga pekat (hendaklah sentiasa digodak kalau tidak akan berketul) x santekk u...
setelah pekat masukkan kedalam acuan, ikut creativiti memasing yer.

Utk air gula

Gula merah
Sedikit gula pasir
Air
Daun Pandan

Cara2:
Didihkan semua bahan dan tapiskan, biarkan sejuk..

Kerabu Mangga

Assalamualaikum w.b.k, bersiaran lagikkk.. arini anak tekak mentel ni rasa nak makan yg pedas2 masam gitew.. alahai, cepatnya lesap sbb smua suke.. yok keroyok ramai2..



2 biji buah mangga- dihiris memanjang
segenggam ikan bilis digoreng
Cili padi –dihiris halus (pedas ikut suka ya)
Bawang besar – hiris halus
Perahan air limau nipis
Sedikit garam dan gula
1 sdb sos ikan

Cara2
Gaul semua bahan kecuali ikan bilis kerana ikan akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan bahan +- 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar

Udang 3 Rasa

Assalamualaikum w.b.k dan salam dimlm selasa.. ini adalah hidangan berbuka kami td, arini rasa nak makan yg pedas2 masam gitu.. geng plk ngan kerabu mangga..wallaaaaa... rcp Udang Masak 3 Rasa versi as lah yer..

Udang masak 3 rasa

500gm udang sederhana besar
1 biji bawang besar- 1/2 dikisar & 1/2 ptg dadu
2 ulas bawang putih – dikisar halus
1/2 inci halia -dikisar
2sdb cili boh (as guna cili pwdr)
Sedikit sos cili dan sos tomato
2 sudu sos tiram

2 batang serai - dihiris halus
3 helai daun limau purut – dihiris halus
1 biji tomato –potong dadu
Nenas -potong dadu
Cili Padi (pedas ikut suka)
Garam dan gula secukup rasa


Cara2:-

- Gaulkan udang dengan garam dan kunyit – goreng sebentar, ketepikan udang.
- Tumiskan bahan2 yg dikisar hingga naik bau. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing.
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, serai dan gaul rata
- Masukkan sedikit air (lebihkan jika suka berkuah) nenas, bawang besar, cili api, tomato dan daun limau purut. Perasakan dgn garam.Setelah masak sos masukan udang dan gaul rata. Sedia utk dihidang, boleh taburkan daun ketumbar utk lebih harum..
Selamat mencuba :)

Saturday, July 24, 2010

Kuih Bakar Resipi 2

Assalamualaikum w.b.k dan selamat berhujung minggu. Jemput makan Kuih Bakar yg sedap dan lemak2 manis ni rcp asal dari Kak Hanieliza..

KUH BAKAR

Bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau

Bijan goreng tanpa minyak

Cara
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

Nasi Carrot & Daging Goreng

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera,

Arini kan... malasnya nak masak..boleh gitu??? Menu 3 S.. Senang, Sedap, Simple.. cuba bayangkan..makan daging ni..dgn nasi putih panas2..o...tidak!!! kalau dah makan ngan Nasi Putih pun sgt sedap, apatah lagi layan ngan Nasi Carrot nih..menu ni selalu sgt di"rewind"kan jika tahap kemalasan melanda.. Kalau rasa2 nak cuba, rcp ada kat sini..

Daging Goreng Garam Kunyit
  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang

Cara-cara

  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
  6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
  7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis
  8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap
Nasi Carrot lak rcp kat sini

Kuih Lapis Kacang Hijau

Salam Jumaat beren3 ditengah malam.. Kuih Lapis ini antara hidangan berbuka puasa dah bnyk kali gak buat.. Sedap2..cuma kureng cun potong tu sbb potong tgh hangat2 sbb nak hidang utk berbuka. Aritu nampak Yatie buat duk perap2 dlm tempayan, rcp asal dari Kak Hanieliza tq ya Kak Liza..



Bahan A
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
Bahan C
  • 1/2 cawan air
Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

Sunday, July 4, 2010

Roti Canai

Assalamualaikum dan slmt malam waktu NZ.. melayan anak2 yg lapar ditengah mlm,sejuk2 dan ujan2 plk tu.Resipi yg as biasa guna ialah Roti canai rcp dari Joayee from MyR..


Bahan-bahan ( 12-16 biji )
1. 550 gm tepung gandum
2. *250 gm air
3. *1 egg-50gm
4. *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
5. *1 tsp garam-6gm
6. *1 tsp butter/margerin-15gm
7. 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
3. uli hingga jadi doh
4. rehatkan doh selama 10min
5. uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dough akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
*Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dough roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.