Follower kesayangan

Showing posts with label TiPs. Show all posts
Showing posts with label TiPs. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

5 Tip asas beli mesin basuh

Assalammualaikum

Rase lame x update blog.. standard lah tu.. ade angin hari2 nak update.. ade angin xde mood nak update langsung. Sekarang ni CC tengah survey mesin basuh untuk rumah Umi, dah tahap kene pusing pakai bontot sudu.. nampak benor uzurnya.. Untuk orang macam CC yang tak pernah beli mesin basuh.. memang pening kepala nak pilih yang mana... tapi tengah survey2 mesin basuh, terjumpa tip yang bagus untuk share dengan korang cara untuk memilih mesin basuh. 5 tip asas yang perlu tahu :

1. Jenis mesin basuh.
Macam yang korang semua tahu, mesin basuh ada yang jenis sumbat pakaian ikut atas dan ada yang boleh ikut depan. Nak tahu pro dan cons? korang boleh tengok jadual ni.. =)

Sumber: Lazada

Sebenarnya mesin basuh ni ada 2 jenis, Semi auto atau Fully auto. Kalau jenis semi auto kene masukkan baju dari atas dan akan ada 2 bahagian. Satu  bahagian untuk membasuh / bilas dan yang satu bahagian lagi untuk keringkan baju. Tapi kalau Fully auto ada satu bahagian je, kat situ tempat cuci dan kat situ tempat keringkan juga. Kelebihan semi auto ni lebih murah dan boleh buat 2 keje dalam satu masa; boleh cuci dan kering kan baju serentak. Tapi leceh skit sebab kene alihkan baju secara manual ke bahagian keringkan baju. Lagi satu kalau pakai yg Semi auto ni akan makan space skit dan kene alert kalau tengah tadah air.. Nanti tak pasal2 banjir satu rumah pulak.. huhu...

*nak beli yang Fully auto tapi yang top load aje sebab sesuai dengan budget

2. Saiz mesin basuh
Then, kita kena pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan jumlah pakaian yang nak dicuci supaya boleh menggunakan secara maksima dengan baik.

Sumber : Lazada

*CC pilih yang untuk "large family" ambik yang minimum aje 8 kg. 

3. Spin speed.
Spin speed ni kelajuan bahagian yang nak keringkan baju tu berpusing. Semakin laju berpusing pakaian akan lebih kering tapi kekurangannya pakaian akan jadi lebih renyuk. Dengan kelajuan 1200rpm pon dah ok.

4. Jenis 'drum'.
Kalau nak bagus, pilihlah yang stainless steel drum sebab lebih cekap dan tahan lasak.

5. Brand dan warranty
Yang ni CC tak tahu sangat tapi mungkin boleh rujuk dengan tukang kedai. Oh ye, jangan lupa tengok tempoh waranti sekali tau.

OK, itu je 5 tip asas nak pilih mesin basuh. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh dipilih contohnya ada pilihan suhu, aras air, childlock, yang bising dan tak bising dan banyak lagilah. Kalau nak baca lebih  mendalam lagi boleh klik kat sini ye =)

With love,
Ct cucubi



Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan 5



There are many good deeds that can be done by righteous Muslims and one of it is to provide meal (iftar) for your fasting family members, friends or other fellow Muslims.. B-)

Nampak gayanya minggu ni berbuka dalam kenderaan aje...=(

Tip nak ganti puasa


Sedar tak sedar dah hari ke 4 kita di bulan ramadhan. Selamat berpuasa semua! Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari yang sebelumnya.. uops ayat cliche setiap tahun.. ahaks!.. tahun ni first time beraya sebagai isteri.. dalam keterujaan ada juga kesebakan disitu masa tarawikh....poyo lah awak ni =P

OK, rasanya macam dah lama tak share tip.. kali ni tip ganti puasa. Aik, belum habis puasa dah cerita pasal ganti puasa.. bikin spoil mood je kan.. tak kira, nak jugak share tip ni sebab rasanya sangat berguna. Tip ni khusus untuk orang perempuan, maklum sajelah orang perempuan kalau bulan ramadhan kompem tak penuh puasa, ngeee~ 

Dulu-dulu CC selalu je lupa brapa hari dah 'cuti'.. pastu bila nak ganti puasa mulalah berlebih-lebih sebab asyik lupa je dah berapa hari ganti puasa. huhuu... Jadi untuk mengelakkan dari terlupa hari nak ganti, jadi kita boleh buat kalendar berpuasa. Tip ni CC mula praktis bila ada geng office yang buat dan agih kan kat satu office, sangat berguna dan sampai sekarang CC amalkan. tahun ni punya blom print =P 



kalendar 2012, tanda slash tu yang dah ganti. 

Kalau terlebih rajin boleh lekat-lekat stiker macam ni. Tak yah bazir2 beli stiker.. yang ni CC gunakan stick note, pastu punch kat bahagian yang ada gam tu je. Pastu lekat lah. Tak sangka masih simpan lagi kalendar ni, lama sangat simpan kalendar ni, sampai dah tercabut2 sticker. =P 

Kalendar ni bila dah raya jangan pulak terbuang ye.. Simpan sampai habis ganti puasa tau.. OK, selamat berpuasa semua, selamat menanda~ =)


With love, 
Ct cucubi

Thursday, April 17, 2014

Hilang tanda expired =(


Morning dear all,

Hari ni curi2 masa skit update blog..
dapat idea bila nak makan ubat dan ternampak sesuatu yang boleh sharekan korang.

Selalunya CC memang sentiasa ada simpanan ubat sama ada kat office atau kat rumah
panadol / pain killer / menstrual / blablabla..
 Ubat2 ni bukanya nak makan setiap hari..
kadang2 sebulan sekali je
tapi mesti pasti kan ada stok utk masa2 kecemasan.
BIla ubat makan sikit2 mesti lah ada lubang2 kosong kat bahagian yang dah guna tu kan...
masalahnya, CC allergic giler tgk lubang2 tu.. huhuhu



Untuk mengurangkjan rasa allergic tu, jadi tangan ni terlebih rajin gunting.. 
jadilah mcm ni.. 


tapi timbul masalah lain next time nak makan dah x nampak tarikh expired sebab dah kene potong..
huhhu

setelah terjadi beberapa kali dapat idea mcm mana nak setelkan problem ni..
tadaaaa:

Tandakan tarikh expired pada setiap belakang kapsul / tablet

So lepas ni dah x de masalah lagi nak makan ubat. =)
Ingat ye kawan2, tarikh expired ni sgt penting.. takut2 kite termakan ubat yang dah expired
elok2 jd ubat kang jd penyakit pulak. 
K, selamat mencuba! Daa..

With love
Ct cucubi

Friday, March 14, 2014

Mudahnya pasang langsir!


Hari ni cuma nak share tips yg belajar dari mak mertua. Korang pernah tak guna penyangkut besi yang bercabang 4 rupa macam garfu tu pada langsir, tapi lebar langsir tu asyik tak sama panjang dengan lebar yang korang nak? lecehkan nak pilih-pilih lubang nak cucuk nak bagi kedutan kanan kiri langsir nampak seimbang. Buka pasang buka pasang.. huhuhu.. Kalau jenis langsir mahal beli siap tu mungkin ukuran dah ngam-ngam je.. tapi kalau jenis langsir jahit sendiri guna kain ukuran yang main taram je.. memang susah sikit. Kene ekjas2 kalau nak pasang penyangkut besi tu. Jadi tips senang hari ni untuk pasang penyangkut besi tu ialah :





Nampak tak dekat kain putih tempat cucuk penyangkut tu ada tanda titik marker hitam? Untuk pertama kali pasang memang kene ekjas sendiri. Bila rasa-rasa dah cun, mantap meletop, ngam dengan lebar yang kita nak, tandakan marker dekat lubang yang dah masukkan besi tadi. Jadi next time kalau cuci langsir pastu nak pasang semula dah mudah. Cuma ikut je tanda marker sedia ada. Selamat mencuba!


With love,
ME

Wednesday, February 19, 2014

Jom bersihkan keyboard...


Hari ni nak share tip sikit.. mudah, santai, jimat nak bersihkan keyboard komputer/ laptop! walaupun hari2 guna keyboard, tp kekadang x prasan keyboard tu dah berdebu.. Bila prasan baru sebok nak cari berus atau kain.. so kali ni tak perlu susah2 lagi.. Bagi sesiapa yang kerja kat office mesti selalu guna sticky note kan.. Sticky note ni digunakan untuk tinggalkan pesanan untuk org lain atau diri sendiri. Tapi lepas ni lepas guna jangan buang terus tau sebab boleh gunakan untuk bersihkan keyboard komputer korang

ha mcm ni...


lalukan sticky note kat celah2 keyboard.. tapi pastikan bahagian yang ada gam tu kat bawah ye
supaya debu2 melekat pada bahagian gam yang ada. 

Nampak x follower kat atas tu.. TQ pada korang yg bagi support dan share story mory.. Lepas ni sambil korang cari idea nak update blog tu boleh lah cuba ! =) daa...



Wednesday, January 8, 2014

Suratkhabar dan tong sampah


Tip hari khamis :)
 

First time tgk org buat mcm ni masa kat rumah mak mertua..
Selalunya tong sampah mesti ada sisa2 yang basah-basah sikit lebih2 lagi yang kat dapur..
Bila letak surat khabar kat dalam tu, kertas akan menyerap air..
x de lah kes air menitis2 masa nak buang sampah
tong sampah pon kering dan lebih bersih
dan tak perlu nak cuci setiap kali tukar plastik. 
jimat, mudah dan bersih.

Selamat mencuba :)

Monday, December 9, 2013

Bila suami isteri berjauhan~ (T..T)



Hari ni feeling2 ingat suami...
walaupun sbnrnya baru semalam jumpa
standardlah ade perasaan mcm ni bila x de pape nak buat
walaupon sbnrnya byk giler keje nak buat :P
time mcm nilah setan suke nak hasut yg jht2.. nauzubillah..
sape tak syg laki kak oi~

Terus google2 dan jumpa beberapa tips suami isteri berjauhan kat sini
hope sy dpt jadikan amalan lepas ni..

Some tips yg dicilok tp diedit sesuke suki:

Sentiasa memberi sokongan pd pasangan
Bila dok jauh2 ni mesti selalu kekadang rasa sunyi,
jd kene sentiasa bagi sokongan / dorongan / semangat pada pasangan dalam apa pon yang die buat.. 
tp x yah lah sampai nak lompat2 mcm pom pom girl tu
spya pasangan kite akan lebih bersemangat kalau nak buat apa2...
tak kesah lah hobi ke kerjaya ke atau cuma nak  beli barang.
  
Saling percaya
yang ni mmg sgt penting, kalau x percaya.. better jgn ambil risiko duk asing... sbb cari penyakit je.. tapi tp secara logiknya kite akan kawen dgn org yg kite percayalah kan? kalau dari awal pon mcm x boleh pakai.. baik tinggalkan awal2... :P
tp jgn percaya 100%
bak kata mak mertua..
kene ade jeles skit2.. 

Memenuhkan masa
Lakukan aktiviti2 supaya x lah terasa kesunyian sgt..
cth:
update blog. :P
tgk movie..
siapkan koje
siapkan master.. uhukuhuk... 

Saling menghubungi
Call gerakkan bgn pagi
'punch' pagi sampai opis.. dan 'punch' lagi bila nak balik..
chat tgh hari tanya "dah mamam baby?" erk tolong jgn muntah hijau
SMS gud nite..
skrg dah x mcm dulu.. boleh
SMS, call, Video call, wechat, facebook , twiter.. blablabla..
Jadikan teknologi sebagai pengerat hubungan
bukan sebagai punca keretakan..

Libatkan anak2
Ni khas untuk family yang dah ada anak2..
cth kalau telefon pasangan tu.. bolehlah video call dengan anak sekali..
supaya pihak yg di sana tu sentiasa ingat yg die dah ada anak2.. jd behave lah skit kan..
lagipon dengan cara ni boleh mengeratkan hubuangan dgn anak2 yg jauh...
kalau x de anak boleh libat kan mak atau ayah..
buat masa ni cuma brani nak kim salam kat mak die.. 
blom lg bersedia mental nak borak2 dlm tepon lagi.. huhuhu
semoga ada improvement lepas ni..

Buat lawatan
Saya lebih prefer kalau ckp "buat giliran".. cth: minggu lepas turn balik Bangi.. minggu ni turn balik melaka.. minggu depan turn balik Bangi pulak... minggu lagi satu balik Bangi lagi.. uopsss ..   :P



Saling mendoakan
Sentiasa mendoakan pasangan 
supaya pasangan sentiasa sehat... 
sentiasa dilindungi Allah, 
sentiasa dipermudahkan urusan, 
mendapat rezki yang tidak putus.. 
supaya suami sentiasa nampak isteri die ni yg paling hot cun mantop gojes meletop dari org lain .. 
ngeee~

Sekian tips yg dicilok hari ni..

Wednesday, November 27, 2013

Tetamu rumah




Terbaca kat blog Surau Perdana

Adab2 ziarah dan menjadi tetamu :

1. Bila kite hendak berziarah ke rumah orang hendaklah dgn niat yang baik.

2. Jgn lah kerap sgt syik muke korang je tercongok depan pintu..

3. sila dtg pada waktu yg bersesuaian ye.. bukan pagi2 buta,, bukan waktu maghrib atau tgh2 mlm.. xde sape nak bukakan pintu kecualilah hantu Mak Limah.

4. menjaga adab2 Isti'adzan (meminta izin). nak masuk rumah korang mtk izin, nak duduk, nak mkn, nak minum, nak guna toilet..blablabla.. tp kalau korang ziarah 2-3 hari jgn pulak nak habaq tuan rumah setiap kali nak pg toilet.

5. menundukkan pandangan terhadap privasi rumah (anggota keluarga). wow ayat bombastik.. tp apa yg sy fhm mungkin kalau kite kat rumah org, kite jgn nak menyebok sgt hal privasi ahli keuarga tuan rumah.. err mcm tu ke?

6. hendaknya seorang pengunjung duduk di tempat yang telah diizinkan oleh Tuan Rumah meaning kalau suh duduk kat ruang tamu x yah nak meround sampai dapur org tu.. mungkin dapur die tgh sepah sbb kalut siapkan mknan utk kite.. jd mungkin die segan bile kite tgk dapurnya yg kurang kemas. tapi kalau mmg duduk situ 2-3 hari jgn x reti nak masuk dapur ye.. 

7. Jangan nak melilau sgt atau menyebok sgt psl perabot dan barang-barang  dlm rumah. tanya harga komen itu komen ini..

8. ckp lemah lembut, JGN berckp dgn nada yg tinggi, menengking, menjerit meraung melalak k

9. Jangan curi2 dgr perbulaan / intai tuan rumah/ keluarga tuan rumah

10. Kalau dtg dgn anak2, jaga anak2 lok2, jgn bagi merosakkan harta bende tuan rumah.

11. tidak mengimami tuan rumah di rumah mereka. memberi penghormatan pd tuan rumah utk mengimami.

12. Jgn buat lupe nak balik

13. mengajak melakukan kpd perkara yg baik dan mencegah dari yang mungkar

13. kalau tuan rumah x bagi balik, jgn balik dulu

14. Say thanks 

ok, sbnrnya ada byk lagi
kalau mencuri tu mmg sah lah xboleh..
tp ada juga perkara2 kecil yg boleh x disangka yg boleh bg impak baik atau buruk (omputih kata impression) pd tuan rumah..

cth :
1. Makan.
jamah jgn x jamah.. kecualilah kalau mmg kite mmg x boleh nak mkn sbb alergik etc. Pastu tgk jumlah mkanan yg dihidang.. kalau mcm skit je.. kite mkn sekadar merasa.. jgnlah tunjuk korang lapa dan mcm x ckup.. mungkin pd ms kite dtg tu mmg tgh x de stok mknan lagi2 kalau korang dtg menonong.. nak x nak dorang akan hidangkan juga ape yg ade. jd mkn ala kadar supaya ahli keluarga tuan rumah dpt mkn juga. tapi kalau mmg ada banyak.. dan tuan rumah asik suruh tambah, tambahlah dan tunjukkan kite suke dgn makanan tu.. tentu dorang happy sebab kite hargai apa yg dorang sediakan utk kite. Puji mknan jika sedap.. kalau x sedap.. senyap2 sude~

2. Kebersihan.
Jaga kebersihan rumah  dan DIRI SENDIRI. mkn jgn sepah2.. utk sesiapa yg tumpang tido, sila kemas katil bila bgn dr tido.. tuala dah pakai gantung jgn melepek je tuala bsh kat bucu katil.. Pastikan mandi supaya keluarga tuan rumah selesa dgn kite. bersiap dgn kemas...

3. Bergaul
Ada sesetengah org bila dah tumpang tido, memerap je dlm bilik main hp.. bila time mkn baru reti nak keluar bilik. Rasanya mcm lg sopan kot kalau kite duduk kat ruang tamu, tgk tv atau borak2 dgn tuan rumah. 

4. Membantu apa yg boleh.
tolong ape yg patut. cthnya tolong cuci pinggan dan cawan yg digunakan. atau tolong tutup pagar dan sebagainya. 

6. Rokok
Walaupun tuan rumah tu perokok... cukuplah kalau ahli dlm rumah tu yg membunuh keluarga dia..  cuba merokok di luar rumah. paling baik berhenti terus merokok.

Pendek kata kite kene sentiasa ingatkan diri kite bahawa kite kat rumah org, bukan kat rumah sendiri.

k, tu je yg terfikir.. ckp byk nanti ade yg berasap telinga.. :P
Daaa...



Tuesday, July 2, 2013

Arrangement married?



Bla ckp psl ni
mesti ramai yg ckp
NO NO NO
sama mcm sy dlu..

tp sbnrnya bila fikir2 kalau single
Y not?
kalau x suke pon
jgn kalut nak reject terus
kenal dlu br pertimbangkan
kalau mmg x suke x payah
mne lah tahu org tu mmg perfect giler ah dgn kite
 cuba bygkan kalau reject awal
tetibe suatu hari kwen juga dgn org tu
mana nak ltk muka  beb?
huhuuuh
pastu mesti rs nyesal sbb dlu reject
ye ah.. buang ms mcm tu je..

Jodoh?
jodoh akan dtg pd masa yg TERBAEK
korang xheran ke tgk org yg kawen tp sblm tu dah kapel bertahun2?
dat mean masih belum sampai ms yg tepat
mungkin belum ckup ekonomi
belum ckup pengalman
belum ckup ilmu di dada
tp
tu kire oklah tu.. 
kalau dah kapel bertahun2 lepas tu putus?
hmm mmg xde jodoh..
dont regret sbb dr pengalaman yg pahit
mengajar kite sesuatu yg boleh diambil iktibar bila kite jumpa dgn Mr rite

mcm mne pulak kalau uols girls yg gelenyar (gatal) rs nak kawen? 
skrg ni zaman moden
kalau umur 21 x pelah
kalau 30?
kalau ade yg kite rs mcm nak kat kite tp mcm terhangguk2..
dan org tu mcm OK
terus terang jln terbaek
so x buang masa
x buang duit
x buang air mata

TAPI
yg paling best sebagai seorg islam
kita ada Allah
kosongkan hati
buat istikaharah
then follow our heart
x yahlah nak tggu mimpi bagai
u know y?
because HE knows the BEST
B-)

**********
you r not perfect
i'm not perfect
because we r made to complement each other
Love u
Daa.. 

Thursday, June 27, 2013

Kisah buku Log

Assalammualaikum

wah sekejap je dah nak hari Jumaat
plan nak start survey esok nampaknya terpaksa ditangguh
sbb terlalu byk kje yg nak disiapkan
:(
buku log pon dah berfungsi semula
kalau x, haram nak tulis.. main catit2 kat kertas kecik2
selit celah sana
selit celah sini
pastu ilang
:P

citer psl buku log
teringat ms buat thesis degree dlu
mls giler nak tulis dlm buku log..
tiap kali jumpa sv bw buku berbeza
buku lama x tau tercampak kat mana
sbb takut kene mrh beli buku yg rupa sama supaya sv x tahu.. hihi
nasiblah sv sy Dr Tsan tu baik hati x pernah nak tgk note lepas2..
ngeh ngeh ngeh...

saya mmg mls giler nak tulis buku log
termasuk lah buku log kerja..
kalau tulis pon hangat2 je..
tulisan ngalah tulisan doktor
agaknya dulu ms umi ngndung suke mkn cakar ayam kot (kaki ayam)
sbb tu tulisan mcm cakar ayam
jgn hrplah korang nak faham
hanya jauhari yg mengenal manikam.. :P
tp yg bestnya buku log sy mmg byk conteng dr isi..
:P
tp sejak nak kawen,
x tahu mne dtgnya bakat tibe2
tetibe jd pandai tulis buku log..

BUku log sgt penting ye kawan2..
boleh tulis mcm2...
cthnya:

lukis design2 bj yg korang nak pilih
(kalau mls boleh lekat/ stapler je gmbar2 inspirasi)
list photgrapher
list homestay
gambar2 pelamin impian
no telefon jurunikah (in case tepon orang tetibe hilang at least ada salinan)
prosedur pernikahan
checklist apa yg perlu buat
checklist agihan tugas
checklist ape nak buat
nota ms kursus kawen
dan apa2je lah yg berkaitan.

K,
Ni buku log kawen saya
ade love2
jenis ring
hardcover supaya x hancur sbb salu sgt buat note ngalah nota SPM
dlm pon best sbb ada garis putus2 utk dikoyak
dan yg dah koyak pon kite still boleh compile kan sbb ada2 lubang utk file
B-)

Saje letak doa kat bahgian depan sekali
supaya tiap kali buka akan terbaca
berhrp semua urusan yg di plan dipermudahkan
dan semoga perkahwinan ni di berkati.. :)

Pilihan warna tema :P

Design baju dan sampel kain :)

checklist brg nak beli, kuantiti dn harga
kire awal sebelum beli supaya tak terlebih atau terkurang beli
lebih2 lg yang berkuantiti byk mcm riben dan blablabla


Tampal resit2
manalah tahu nak buat semakan budget pulak nanti

Pilihan katering
gunting2 dr majalah je
bila buat mcm ni sng kite nak compare menu, service dan xtra benda yang diberi
dan ank contact pon senang.
 

Draft kad dan draft peta

Final draft kad
Pastikan korang ada simpan final draft sebagai bukti
manalah tahu jd mcm kes sy
kedai print kad x sama mcm final draft.
ada nya bukti mcm ni dorang x brani lah nak kelentong kite
kalau x de copy, ambil je gmbar final draft tu utk simpanan.

Invoce dan transaksi byran stapler sekali dlm buku supaya sng nak rujuk
dan x ilang

Bykkan kegunaannya?
Trust me, buku log mmg byk sgt mbantu dlm perancangan.
kerja pon jd sistematik
dan insya Allah x de bende yg terlepas pandang
:)

Pasni nak cuba mentransform buku log keje jd mcm ni jugak
lengkap dan sistematik
dan kemas
B-)



Wednesday, July 18, 2012

My first expedition.. [Part 1]

AWSOME!!!
seriesly..
sy x sangka mcm mn sy yg lembek ni boleh survive hidup dlm hutan selama 9 hari!!!!
NO phone!
NO internet!
NO shopping!
impress x?
hahaha
Actually pd 30 June hingga 9 Julai hari tu
saya sgt beruntung sbb dpt join satu XPDC
XPDC Saintifik Selai~Peta
XPDC ni sbnrnya MOU antara Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)
dan
Universiti Tun Hussein Onn.
Tapi byk jugak pihak yg dijemput turut sama dlm XPDC ni mcm
LKIM, FRIM, UPM....
Kiranya XPDC ni as a student lah..
hehe...
Lebih kurang pkl 2 kami berkumpul di UTHM,
mendgr sedikit taklimat dari Dekan FCAS
dan bacaan doa memohon kepada ALLAH melindungi kami sepanjang XPDC.
6 buah 4WD bergerak konvoi menuju destinasi.
Leka berborak sampai  x perasan kami dah sampai ke pekan Bekok,
bahagian timur di daerah Segamat
Sementara menungggu pendaftaran di PTNJ,
sempat lagi membeli lada hitam, bawang putih sebagai langkah perlindungan dr 'bende2' pelik. hahaha...
so lah penakut!
Maklumlah nak masok utan..
lalalala.

Sampai di Kem Merekek (Kompleks Pelawat)
kami disajikan minum petang
ahhh rasa lega tekak..

Buat org yg first time mcm sy mg giler rasa xcited + takut2...
Jadi sebagai persediaan utk hadapi kemungkinan2 dlm jangkaan atau yg luar
Korang kenalah membuat persediaan secukupnya
Kene pastikan :

1. Bersedia fizikal dan mental!
2. Peralatan lengkap
3. Kenderaan ada dan dlm keadaan baik
4. Pre survey kawasan sebelum nak masuk betol2
5. Peta kawasan
6. GPS (berguna bila sesat atau bila nak amil sample)
7. No tel kecemasan (no telephone police etc)
8. Sudha melaporkan diri pada pihak2 yg berkenaan (PERHILITAN/JAB. PERHUTANAN)
9. Pastikan kakitangan perhilitan / JPSM turut sama. 
10. Menjaga etika dan tingkah laku
11. Bekerja dlm kumpulan.
12. Dilarang merosakkan kawasan persekitaran (cth: ukir nama kat btg pokok)
13. Tidak minum minuman keras
Checklist ni dapat dari cik presenter dr FRIM. TQVM.

Since dis is my first time masuk utan..
memang blur.
kalau ikutkan nak bawa baju 9 helai bersamaan 9 hari
tapi bile try angkat mcm semput2 jek.. terpaksalah membuat pertimbangan dgn wajar
Kdg2 walapun kite rs sesuatu tu kecil je tp brg tu sbnrnya x berapa penting
(cth miniture parfume)
tapi bila setiap bende kecik tu bergabung..
trylah korang mengangkat nya! ;-)

mak oiii memang xlarat..
daripada pengalaman dah pergi
rasa2nya senarai kat bawah ni dah ok kot untuk korang bawa
cuma x boleh bawa dlm kuantiti yg byk je.
Checklist pakaian: 
1. Bj lengan panjang (seeloknya bwarna cerah supaya boleh nampak dr jauh), supaya x kene gigit nyamuk etc. jgn pakai yg tebal sgt sbb susah nak kering kalau erkena hujan atau nak cuci.
2. Seluar panjang, seeloknya jenis kain tebal - cotton (saya bw tracksuit je sbb ringan tp kene hati2 sbb mudah koyak)
3. Stokin (stokin bola yg jenis kalau tarik tu lubang die kecik je.. supaya elak pacat)
4. stokin tido?
5. stokin pacat atau bhs ompituh Leech socks. This is the first thing yg sy fikir.. mn nak cari.. tp alhamdulillah ada jual kat Taman Negara sebanyak RM12 / sepasang. Tapi The Malaysian Nature Society pon de jual jugak dengan harga RM20. [kedai kat area Bukit Persekutan, KL]

Stokin pacat RM12


stokin pacat RM20
sumber: The MNS


6. Kasut getah. x yah beli mahal2... beli yg kasut org gi toreh getah tu.. atau org panggil Adidas kampung. Paling elok yg tapaknya mcm kasut bola ada benjol2. harga murah aje x sampai pon RM10, tapi kalau nak pakai but pon boleh.. cuma kalu dah termasuk kat paya tu susah sikitlah nak tarik kaki. 
7. Slipar. untuk kegunaan harian cth : pergi mandi
8. Skaf dan tudung bw 2 je cukup kot (bagi muslimah)
9. kain telkung (jenis yg boleh renyuk2 tu sbb ringan.. x tahu pe nama kain tu)
10. Undergarment (mmm kalau de disposable, I think better yg disposable punya.. tp pasti kan buang di tempat yg sepatutnya)
11. Towel mandi yg nipis
12. kain batik (boleh guna utk bersalin pakaian atau pakai ms dah xde suar.. huhuhuhu)
13. Disposable rain coat (mcm plastik beli brg kat kedai sbb ringan).

ok, tu je.
Semoga ape yg saya share ni dpt memberi manfaat pd org lain. 
Daaa...

Wednesday, January 25, 2012

Tazkirah lah pulak

Honestly...
setiap kali time tu je
ade jer benda nak fikir..
benda yg x pernah2 terfikir pon boleh terfikir jugak..
masa tulah semua idea bernas terilham..
atau benda yg lupe boleh jd ingat
yg utama
time tu jugak rs mcm nak keluar angin
walaupun sebelum tu seharian die elok jer tersimpan dlm perut
knp yek
kalau solat je susah nak fokus?

kebetulan aritu tertgk rancangan kat Tv Al-HIjrah..
x ingat citer apa..
tp nak share sikit 6 tips yg die bg :
1. Berzikir sebelum solat. 
kalau boleh setengah jam sebelum solat tu buatlah zikir2... 
korang ingat dah berjam2 korang leka tgk you tube
video klip J Pop
sembhyg boleh terus khusyuk ke?
konsepnya samalah mcm org nak gi jogging..
ada sesi warm up dulu
barulah korang tak terkehel2 pastu.

2. Berwudhuk setiap kali solat
Tak kesahlah kalau korang x menge'puttt' lg ker.
lebih baik ambil wudhuk yg baru..
air wudhuk tu kan membuang dosa2 kecil..
jd tanpa kita sedar setiap kali kita berwudhuk
kita menghapus dosa kecil
+ rs lebih segar
so x delah rs mcm ngantuk2 je kan

3. Melambatkan pergerakan dalam solat
kalau korang sujud ruku' mcm express
x de maknenya nak dpt khusyuk..
lagi2 kalau smbhyg last minit tgk jam dah nak hbs waktu :P
lgpon sembhyang kan exercise jugak..
kalau mcm kudaku lari gagah berani x delah rs 'nikmat'nya..

4. Memahami bacaan dalam solat
[sepatutnya ni point no 1]
yg ni memang susah skit
sbb kome sendiri pon bukan hafazan..
tapi pasni bolehlah start selak2 tafsir quran yg  berabuk seinci tu
at least untuk bacaan2 asas sembahyang
Al-fatihah & surah2 yg korang baca
3 Qul pon ok ape..
dr baca panjang2 tp x fhm.
bila faham apa yg kite baca barulah boleh khusyuk.

5. Grooming untuk bersolat
ekceli x pasti sgt perkataan 'grooming' tu sesuai x digunapakai, sbb aku sendiri x fhm sgt makna die.. dan mls cr kamus.. muakakaka
Kalau korang pg detink sure korang bersiap terbaek kan?
tu blom kira berapa inci bedak padat yg kene tempek
Dibuatnya tetibe dpt spesel invitation dr Tuanku Mizan yg hencem tu
siap pg JeckeL tempah baju lip lap gitu..
so kalau nak 'jumpa' ALLAH
pon kenelah bersiap yg terbaek..
cthnya
memakai wangian...
menyediakan satu pakaian khas untuk smbhyg..yg bersih
untuk pompuan mmg dah bereh sbb ada telkung
tp mmg bikin spoil la kalau penuh dgn taik lalat
   warna coklat berkarat dengan bau yg rs nak kepit2 je hidung dgn sepit bj Mak Limah
kalau ye pon ade selai..
bawa2lah cuci time tgh 'cuti' tu
jgn marah no...
[aku salu cuci.. tp tetap jugak susah nak khusyuk.. haih.. mmg syaithonnirrojim]

6. errkk sori dah lupe.. 
hihihi

k lah, hope pasni,
solat aku makin khusyuk..
dan kamu kamu jugak
N no more gangguan syaithon k!
daa

~bsama mencari keredhaanNya~

Monday, March 28, 2011

Simple felt Chocolate Cake tutorial

Salam,

Pada sape2 yg dah tgk 'post' psl coklat cake box yg x jd tu, sini ada tutorial mcm mana nak buat simple coklat cake yg dipinjam dr Lola. Video ni mmg best sbb simpel je.. Nampak senang kan? Selamat mencuba!!!




Psstttt: TQ Lola..

Thursday, March 10, 2011

Baru2 ni baby Sony buat hal.. 4 keypad tak boleh dipakai, memandangkan dah 3-4 kali hantar repair dan hp tu pon beli 3rd hand dari adekku pd 2008.... akhirnya stelah beberapa tahun saya ambil keputusan ambil baby baru..nak baiki pon rsnyanya bila kira2 dah byk jugak duit hbs repair hp tu...so, baby Sony, please jgn marah k... ibu masih syg kamu..

Mula2 mmg nak cari bangsa Sony n x nak ambik touch screen sebab dah tahu diri ini sgt ganazzzzzzzzzzz (oh yeahhh!!!),
********** http://www.emoticonizer.com **********

tp last2 ambik jugak touch screen tp bangsa NOKIA.. sbb dah kene warning dgn En Sepet tepat pkl 1.45 ptg, saya mesti membeli baby baru.. baby Sony? mana ada buang...walaupun dah buruk, tapi masih digunakan utk no celcom...digunakan utk kecemasan bila bil maxis x bayo

K, lah x nak citer psl hp ni.. just nak bg info ttg Handphone Ori dan Handphone AP... kebetulan terbukak blog bro ni, mmg best, die jual hp ori dan Ap pelbagai jenama, ada price list dan siap ada tip2 pakai hp..

Ori vs Ap?
Ori :
  • di bawa masuk ke malaysia dlm bentuk seketul2 hp..
  • warranty?semua branch brand tu
  • mahal sket
Ap :
  • di bawa masuk dlm bentuk komponen bercerai2..(tapi komponen adalah ORI!!) pastu psg kat Malaysia
  • waranty? kedai tempat korang beli tu je
  • Murah sket
So, ok jea kalau nak beli AP :)

Pstt: Cuba menjadi lebih lemah lembut...

Tuesday, February 22, 2011

Korang tahu tak?

Kalau Pagani Zonda Roadster F. vs Bugatti Veyron test 1 lab mana menang?

Pagani Zonda Froadster





Peewit!! Chanteklah montot u...






Ala2 kete batman..
.
.

Jawapan:
Bugatti mengalahkan Pagani 2.5saat.. masa tu tu Pagani lg suku lab je nak hbs kan!
kedek2 mcm kure2..

Pasni nak pg kedai beli Bugatti Veyron ni..

TAPI



Ade ape dgn kete kalau x de lesen?
http://www.emoticonizer.com

Pst: Suke tgk Top Gear

Sunday, January 9, 2011

Office Skills

Sebab hari ni mcm monday blues skit... so korang bolehlah praktis ni k..