Follower kesayangan

Showing posts with label B00K$. Show all posts
Showing posts with label B00K$. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

The Kite runner




Sebenarnya CC dah pernah review buku ni kat sini dan sambungan kat sini... so kat sini x de nak review sgt. Tapi terjumpa buku ni versi graphic masa kat Big Bad wolf, jadi beli lagi untuk koleksi.. seronok bila dpt baca dalam bentuk gambar!!! cuma kalau nak lg feeling better baca novel yg asal k.


" There is a way to be good again.."

With love,
Ct cucubi

Tuesday, March 4, 2014

The Biggest.. The baddest!



Sambung cerita pasal pergi Big Bad Wolf... Excited giler sampai sini. first time pergi. huhu... Org kata tahun ni punya BBW x best sebab jual buku2 yg tak laku tahun lepas. Tak pelah.. ni pon dpt pergi sebab org yang bawa, kalau tak sampai sudah tak kesampaian.. huhu. Pergi blur2 sebab x kenal sgt english novel's author. Jadi walaupon byk giler buku tp tak tahu nak beli yang mana satu.. =( So next time kene study sikit ape nak beli, dan paling penting sediakan duit mengikut budget.. jangan bawa lebih2 .. hihihi.



Dalam blur2 tu sempat jugak rembat 3 novel, 1 graphic novel The Kite Runner versi graphic.. (novel dia dah pernah review kat sini dan sini), 2 buku cerita siri The Dork Diaries dan beberapa buku untuk anak buah dan adik ku sayang. 


Madeleine Wickham ni adalah nama pena lain bg Sophie Kinsella penulis buku Shopaholic Siries. Kalau nak baca review buku Shopaholic& Sister boleh baca dekat sini.

The Dork Diaries..

Beli satu untuk anak buah.. sesuai sangat untuk bebudak sekolah. siap ada gambar lukisan. Tapi sebab suka sangat dengan buku ni.. kirim kawan belikan lagi 2 untuk diri sendiri. =P

Rembat T-shirt selai.. Auuuuuuuuuu

Kecewa sikit sebab tak jumpa buku Gone with the wind... =(

K, daa...


Wednesday, February 12, 2014

Kouger + Tabu


Tajuk : Kouger (Kouger + Tabu)
Penulis : Syaz Johar



Novel ni sebenarnya terdapat 2 cerita.. Cerita Kouger yang pertama tentang hidup Keisha.. Perempuan 'matang' yang cenderung kepada lelaki muda.. dipaksa berkahwin dengan seorang duda.

Kisah kedua Tabu tentang gadis montel yang berkasih dengan lelaki Kenya.

Mula-mula, rasa teruja gila dengan tajuk dan sinopsis buku... tapi bila dah habis rasa mcm x tahu nak komen apa... 

Sebenarnya untuk menjadi seorang penulis tidak semudah yg disangka. Seorang penulis tidak sekadar bercerita. Tetapi juga harus bertanggungjawab menyampai dan memberi informasi2 dan nilai2 murni dalam novel mereka. Walaupon dlm kehidupan ini kdg2 manusia terlupa pd tuhan.. tetapi rasanya sukar  diterima akal kalau hampir semua watak adalah negatif. Seperti kejam sgt dunia ni. Mmg realiti mcm tu ke? Atau sy belum cukup mengenal dunia?. Huhu

Kalau tgk kat online, mcm2 review yg ditulis. Negatif dan positif. 'Keberanian' watak dan jalan cerita memberi kelainan dari novel lain. Apapun, tepuk dada tanya selera... cuma pada sy membaca itu jambatan ilmu... mendidik jiwa dan mindamu... spt mutiara dlm lautan biru... bernilai dan tidak  membuat jiwa haru biru.. daaa... 


Tuesday, February 4, 2014

P.S. I Love You


Pe kabo orang kampung dan orang bandar? sekarang cuaca mcm dah panas semula. Rasa mcm dah lama je x update blog.. walaupon sebenornya org lain muak  baca asyik nak menghapdet je.. so kali ni ada gap sikit.. baru lepas hilang nervous tetiba laptop terpadam .. rupanya lupa pasang plug.. :P

Lately bz skit ke hulu hilir buat survey. target nak ckupkan bidan jd 30 orang. baru dpt 17.. 13 to go.. jiayu! sambil jalan-jalan cari bidan, bila free2 layan novel.. PS.  I Love U, hadiah besday 2011 dari suami yg masa tu baru berstatus teman tapi mesra... First time jumpa, first time dating dengan dia kat Aeon Seremban 2 masa besday ke 30.. saja pilih novel ni.. Ingatkan dapat hadiah suprise tapi tgk2 kena pilih sendiri da...

Tajuk : P. S I Love U
Penulis : Cecilia Ahern
Genre : romantik


Novel ini mengisahkkan suami istri; Holly dan Gerry. Apabila Gerry meninggal disebabkan barah otak, Holly berubah menjadi pemurung dan tidak bergaul dengan orang. Tanpa Gerry hidupnya menjadi tidak terurus. Sehinggalah suatu hari hatinya terbuka untuk mengambil bungkusan yang dialamatkan di rumah ibunya. Bungkusan tersebut telah disediakan oleh Gerry sebelum mati. Bungkusan yang mengandungi nota-nota dan tugasan untuk Holly telah sedikit demi sedikit mengubah hidup Holly. Walaubagaimanapun die berasa kesunyian dan tertekan bila melihat kebahagiaan Sharon dan Denise. Kemunculan lelaki 'X' (hehe lupe nama) pemilik kelab malam yang sentiasa memberi semangat membuatkan Holly mula berasa senang dengan nya. Holly dihantui rasa bersalah pada Gerry. Nota-nota tersebut membuatkan Holly merasakan Gerry sentiasa bersama dia. Sharon dan Denise bimbang sekiranya Holly masih dibayangi kehidupan dengan Gerry. Namun sebenarnya nota-nota tersebut telah memberi semangat kepada Holly untuk menjadi lebih kuat  dan berjaya tanpa Gerry disisi. Sesapa yang rasa malas nak baca novel, boleh tengok movie dia.. cuma dlm movie jalan cerita ada ubah sikit....

Novel ni memang romantik.. kdg2 novel romantik english ni mesti nak ade adengan sx kan.. tp tanpa adengan mcm tu pon sesebuah cerita boleh jadi romantik kalau ditulis dengan baik. Memang kalau hidup kita kalau terlalu rapat dengan seseorang memang  terlalu susah untuk kita lepaskan. lagi2 suami yang dok mkn tido sama.. tetibe teringat dulu masa muda2 kalau pegi mana2 mesti nak ade berteman.. tp bila sorang-sorang kawen.. sambung belajar... terpaksa belajar sendiri-sendiri... walaupun mula2 rasa kekok je.. tp skrg dah ok je nak pergi mkn kat mana2 sorang2.. (kalau x de choice la)... balik psl suami istri.... suami istri kene saling bagi sokongan satu sama lain.. mcm dalam novel ni walaupun suami dah meninggal tp kata-katanya memberi semangat untuk meneruskan kehidupan... untuk kita sebagai cth bagi kata-kata semangat kat pasangan yang makin mengembang lepas kawen utk kuruskan badan. Walaupun ibarat mencurah air ke daun keladi.. =P ..tapi kata-kata tersebut pasti akan menjadi ingatan.. kalau tidak sekarang tapi pada masa akan datang..  ye dok?

* * * * *  * * * * * * * *

Aku kasar, tidak selembut siti nurhaliza.. garang, tapi tidak selaser adlin.. Semoga kita dapat menerima satu sama lain.. P.S.. I love you..

Sunday, January 26, 2014

Aku Bercerita


Tajuk : Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Genre : mistik?

gambar dari Mr Google

Novel RAM kali ni mengisahkan seorang penulis, 'Aku' yg tetiba blank tak dapat ilham nak menulis.. 'Aku' pergi bercuti untuk mendapatkan ilham.. tapi dia melalui peristiwa pelik apabila tiba2 muncul satu persatu cerpen  dalam laptopnya. Keliru dengan kewujudan cerpen-cerpen tu.. tapi 'aku' yang rasa terdesak  mencuri cerpen-cerpen tersebut. 

Kalau dah baca sampai habis, sebenarnya novel ni menggabungkan 5 pelbagai cerpen dan 1 cerita tentang 'Aku'. Mula-mula baca memang rasa pening skit sebab otak cuba nak kaitkan cerpen-cerpen  tu... tapi sebenarnya cerpen-cerpen tu cuma cerita yang dihasilkan oleh 'Aku'... so x perlu nak pening2 sgt.. ahaks..

5 cerpen; bunian, culik, cinta matiku, sang kancil dan cut.. paling suke cerita bunian..  RAM x dapat dinafikan memang 'pakar' dalam novel mistik2 gitu..  cerpen culik mengisahkan pembalasan dendam mangsa perdagangan manusia. Cinta mati pula berlatarbelakangkan zaman komunis dulu.. suspen juga sebab x sbr nak tahu siapa pembunuh sebenar...
Sape yg memang peminat setia RAM, pasti teringat-ingat novel-novel RAM yang lain kerana novel ni menghimpunkan watak-watak dalam novel beliau sebelum ni. Bagi sesapa yg nak baca novel ni, baca rilek2 je k, tu je.. x sbr nak review buku P.S I Love U.. :) 

Wednesday, January 15, 2014

Suami

Rasa dah lama x review buku. Bila cek2 balik, last review Februari 2011.. Mak aih.. patut pon naik bersawang novel2 tu kat rak.. huhuuhu.. baru2 ni dpt semangat semula nak baca novel.. itupon sebab dah start kemas2 skit dlm bilik tu.. kene buat 5s.. mulakan dengan SEIRI : SISIH.. Novel-novel yang dah berabuk ni perlu disisihkan ke rumah umi... kihkihkih.. Jadi sebelum kita sisih... kene habiskan baca dulu mne yang belum terusik. Tapi x sempat nak baca novel Aku Bercerita penulisan RAM tertangkap pulak novel terbitan FIXI ni kat pameran buku.. Jadi kite review  ni dulu yek....  

Tajuk : Suami
Penulis : S Mara GD (terjemahan Nabila Najwa)
Penerbit : FIXI
Genre : Thriller


Novel ni menceritakan pasal Maryati yang berkahwin dengan Supriyadi, duda kaya dan tampan anak kepada Pn. Cokronegoro. Namun pertemuan dengan Ester yang merupakan wanita yang pernah muncul untuk menghalangnya dari berkahwin dulu menimbulkan rasa curiga terhadap Yadi. Ester mengesyaki Yadi telah membunuh  bekas istrinya dahulu. Sikap perahsia Yadi yang tidak mahu membuka kisah lalu membuatkan Maryati dilema untuk percaya atau tidak. Kematian Ester  semasa telah memberi jalan kepada Kosasih yang dibantu oleh Gozali untuk menyiasat perkara ini. Siapakah pembunuhnya?.. jeng jeng jeng..

* * * * * * * * *

Untuk peminat-peminat novel thriller novel ni agak best jugak ... Walaupon terjemahan yang dibuat mcm melepaskan batok di tangga aje.. tapi nasib bahasa Indonesia yang digunakan mudah  nak faham... Cerita memang suspen... penghabisan unexpected.. citer thriller kalau dah bole teka dari awal tu kire mmg kurang pedas. Cuba korang bayangkan kalau semua cerita CSI tu awal-awal dah tahu sape pembunuh.. x suspen la kan.. keseluruhannya novel ni best... ni first time baca novel FIXI.. x sbr nak baca next novel FIXI .  :) 

**Mesti korang dah biasa sangat dengar peribahasa bagai melepaskan 'batuk' di tangga kan.. mesti korang terbayang-bayang kan orang yang terbatuk2 ke tepi tangga. tapi ape pulak kaitannya dengan orang yang buat kerja sambil lewa.. sebenarnya batuk yang dimaksudkan bukan batuk yang uhuk-uhuk tu.. tapi 'batok' yang dimaksudkan dalam bahasa jawa yang bermaksud tempurung kelapa. orang dulu-dulu kan kalau kat luar rumah tu mesti ada sediakan tempayan berisi air untuk kita cuci kaki sebelum masok rumah... Tempurung kelapa pulak dijadikan sebagai pencedok air. Jadi ibaratnya melepaskan 'batok' di tangga orang tu tak simpan balik kat tempat asal (tergantung / dalam tempayan).. main letak je tepi tangga.. so sebab tu ia dijadikan perumpamaan membuat kerja sambil lewa tak bersungguh-sungguh..  Sekian, itu saja.. da...

sumber : ayah kite orang jawa 

Thursday, February 17, 2011

Ku Seru Nur kasih

Tajuk : Ku Ser Nur Kasih
Penulis : Noor Fadzillah Omar
Komen : Mmmm biase2 je

Buku ni dihadiahkan oleh En Qeding.. TQ awak.. walaupun buku ni x tersenarai dlm fav book.. tp sy amat hargai krn telah bersusah payah mengepos dr seberang laut.. Sebenarnya dah lama hbs baca buku ni... sampai terlupa dah jalan ceritanya..

**********************

-Bosan-
Walaupun esok cuti, tp dah terbayang2 kebosanannya..
x de apa2 plan..
nak balik Bangi pon malas..
kosong..
.
.
.
keje byk giler..
kecut perut...
tp x tahu dah nak buat yg mn satu..
mmmm.... sedar2 dah jumaat.
-masih menunggu gaji bulan Dis-

http://www.emoticonizer.com

Thursday, January 13, 2011

Bumi Cinta

Tajuk : Bumi Cinta
Penulis : Habiburrahman
Komen : Best jugak la
Buku ni saya beli masa awal tahun, hujung tahun baru habis baca.. hehehe terlalu bz dgn agenda duniawi yg lain.. sampai delay2 baca buku ni... Apapun bku ni boleh best jugak dibaca... novel cinta islamik berlatarbelakangkan negara Moscow.. Kalau korang dah baca Buku Ayat-ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih lebih kurang je jalan cerita... seorg pelajar Indonesia; Mohammad Ayyas sambung belajar kat Moscow, terpaksa duduk satu rumah dengan 2 org wanita cantek yg bukan muhrim.. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui semasa di negara orang... Ayyas difitnah oleh housemate sendiri yang rupa2nya seorang pengintip Israel.. Dengan lindungan ALLAH Ayyas berjaya menghadapi dugaan-dugaan tersebut.

K lah, kalau korang rs x puas hati sebab skit je review pasal novel ni, korang boleh baca kat Blog Iman k. Blog ni siap tunjuk lagi gambar2 lokasi2 yang ada dlm buku tu.. so, bolelah imagine citer ni. Apapun buku ni bagus dibaca sebab banyak menyelit unsur2 dakwah.... k, Selamat membaca!!!

http://www.emoticonizer.com

Monday, November 22, 2010

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua,

Seronok giler dapat beraya di kampung... walapun penat sangat mengerjakan daging korban dan masak2 untuk kenduri kat rumah makcik.. tp sgt seronok!!! yea!!!! Baru hbs baca buku Bumi Cinta tulisan Habiburrahman... tunggu k post buku ni..

Sunday, July 18, 2010

Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Tajuk : Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis : Tere Liye
Komen : Bagus sih…

Novel ini mengisahkan, Rehan @ Ray lelaki tua yang sedang koma yang dibawa mengimbas kembali sejarah hidupnya dari kecil.

Ray anak yatim piatu dibesarkan di rumah anak-anak yatim. Sejak kecil, pelbagai dugaan dan kesusahan hidup dia alami. Pengasuh rumah anak yatim mengambil duit anak yatim untuk kegunaannya sendiri dan sering memukul Ray. Kerana tidak tahan Ray melarikan diri dari rumah tersebut. Mencuri adalah perkara biasa baginya dan duit hasil curian akan digunakan untuk berjudi. Namun nasib Ray memang bertuah, dia sering menang dalam pertaruhan. Ini menyebabkan pemilik kedai judi itu berasa sakit hati. Suatu malam Ray telah dipukul oleh orang yang di upah oleh pemilik kedai judi.

Ray terpaksa dihantar ke ibu kota untuk menjalani pembedahan. Setelah sembuh, dia di bawa ke rumah asuhan di ibukota. Bang Ape menjaga kebajikan mereka dengan baik. Dia juga dihantar ke sekolah orang dewasa. Kehidupannya tenang di sini dan dia menganggap penghuni rumah itu ibarat keluarganya sendiri.. dan dia sangat menyayangi mereka.

Kerana Ilham, dia terjebak perkelahian dengan kumpulan samseng. Nasihat Bang Ape tidak dapat diterima, baginya mereka berhak untuk menuntut bela. Dia telah melarikan diri dari rumah asuhan itu dan tinggal di sebuah bilik murah dan mencari duit dengan menyanyi. Perkenalan dengan Plee menjebak Ray dalam operasi mencuri berlian. Ray telah ditembak, demi menyelamatkan Ray Plee menyerah diri kepada polis.

Ray membawa diri ke tempat lain, bekerja sebagai pekerja membina bengunan. Berkat kerajinannya dia telah dinaikkan pangkat. Dia berkawin dan hidup bahagia. Kerjayanya juga semakin stabil. Malangnya cerah tidak sampai ke petang. Pelbagai dugaan dan ujian yang menimpanya. Akhirnya die berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.. namun jiwanya kosong... dan pelbagai persoalan menghantui dirinya.

Jalan cerita novel ini berbeza dari novel yang lain. Memberi kesedaran kepada kita bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... Kadang-kadang kita rasa sedih apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan... Dan dapat apa yang kita tidak mahu... tetapi sebenarnya ada yang lebih yang ALLAH telah sediakan untuk kita.. tanpa kita ketahui…

Tuesday, July 6, 2010

Ranggau

Tajuk : Ranggau
Penulis : RAM
Komen : Boleh tahan....

Tuan Gimbang, seorang jutawan Sabah mempnyai perniagaan yang besar. Apabila anak bongsunya, Janet hilang, die menyuruh Ursila mengupah penyiasat persendirian kerana tidak mahu berita kehilangan anaknya akan mempengaruhi perniagaannya. Ursila telah mengupah Rusdi, seorang penulis novel thriller untuk menjejaki adiknya. Pada masanya yang kejadian pembunuhan wanita semakin berleluasa. Mata dan buah pingang mereka telah dikeluarkan dari tubuh.

Pada mulanya Rusdi menolak permintaan tersebut kerana die bukanlah seorang penyiasat, tetapi kerana desakan Ursila dia setuju. Lagipun dengan peluang ini dapatlah jadikan pengalman untuk memantapkan penulisannya nanti.

Tuan Gimbang tidak mesra dengan Rusdi. Pengalaman hidup dan kedudukannya menjadikan dia tidak mesra dan sukar untuk mempercayai orang luar. Namun keberanian, ketegasan serta kepatuhann Rusdi kepada agama Islam membuka mata Tuan Gimbang kepadanya. Kehadiran Rusdi membakar cemburu Doktor Zahid, kekasih Ursila. Dia cemburu melihat kemesraan Tuan Gimbang dengan Rusdi. Sedangkan sehingga kini walau bagaimana pun dia cuba mengambil hati Tuan Gimbang, Tuan Gimbang tetap tidak menyukainya.

Rusdi dan Ursila cuba mencari Janet di kelab-kelab malam. Mereka bertembung dengan Kim, Kali terakhir Ursila berjumpa Janet, adiknya bersama lelaki cina itu. Dengan bantuan Inspektor Solehin, kawan lama Rusdi, Kim berjaya ditangkap. Namun belum sempat Kim membuka rahsia, dia telah dibunuh. Demi menghalang penyiasatan ini, Inspektor Solehin turut dibunuh. Kematian Inspektor Solehin telah menyemarakkan lagi perasaan Rusdi untuk mencari pembunuh sebenar demi menebus kematian sahabatnya.
**************************************************************************
Dah lama saya x post apa2... sangat bizi... (T..T), InsyaALLAh.. ada masa terluang, saya akan update selalu blog ni...
Buat Luna n Huda,
Saya minta maaf.. mungkin saya tak dapat nak post ttg cara jahit baju kurung moden.. huhuhuhu... ekceli saya tak sempat pon belajar habis jahit baju kurung moden tu... yang sempat belajar pon dah ingat2 lupe. Sory sesangat.

Saya nak wish Happy Birthday buat Mek Ja yang ke 25 tahun. Semoga ALLAH merahmati mu selalu...

7 Julai 2010

Happy Birthday Ija,
Happy Birthday Ija,
Happy Birthday Ieeeeeeeeeja,
Happy Birthday Ija...

Thursday, June 3, 2010

Tajuk : From Here to Paternity
Penulis : Matt Dunn
Komen : BEST!


Novel ini mengenai Will yang terdesak untuk mempunyai anak apabila umurnya memasuki 30an. Will bertekad untuk menjadi seorang bapa yang baik tidak seperti bapanya yang meninggalkan dia sejak kecil. Walaupun Will seorang yang ada rupa dan berjaya dalam kerjaya sebagai life coacher, hubungan dia dgn wanita selalu tidak berjaya. Dan sekarang dia tidak mempunyai teman wanita untuk sama2 menghasilkan anak!! Tom dan Barbara teman rapat Will tidak bersetuju dengan cadangan Will. Will tekad untuk mencari wanita yang mempunyai ciri2 seorang ibu yang boleh melahirkan anak untuknya. Dia semakin tertekan apabila melihat Tom dan Barbara bersama anak kembar mereka. Dia nekad untuk memiliki anak walapun dia tidak mempunyai perasaan terhdapa wanita itu.

Bagi memastikan dia boleh mempunyai anak, Will sanggup menjalani ujian kesuburan. Dia mendaftar dalam internet dating, blind date menghubungi exclassmate perempuan, cuba mengorat perempuan yang bekerja satu bangunan dengannya. Melihat kesungguhan Will, Tom dan Barbara cuba memperkenalkan rakan2 mereka. Tetapi semuanya tidak berhasil. Will rasa tertekan apabila salah seorang bekas kekasihnya yang pernah dia permainkan akan berkawen. Dia merayu agar membatalkan majlis tersebut.. tetapi semuanya sudah terlewat. Pelbagai kejadian lucu semasa Will mencari pasangan. Akhirnya dia mengiklankan diri di e-bay. Will kecewa kerana usahanya masih tidak menunjukkan hasil. Pada masa yang sama Will telah berkenalan dengan Emma pelayan restoran Star Buck tidak jauh dari officenya.

Seorang wartawan telah menemui Will setelah terbaca iklan tersebut. Pada mulanya Will enggan untuk ditemuramah, tetapi kemudian di terfikir mungkin apabila cerita mengenainya keluar suratkhabar, ramai wanita2 yang akan menghubunginya. Keesokkannya cerita mengenai Will terpampang di semua akhbar harian. Emma sangat marah kerana rasa tertipu.

Seorang lelaki telah datang ke pejabat Will dan mengaku sebagai bapa Will. Will berasa sgt marah dan kecewa. Dia tidak boleh menerima kehadiran bapanya dan tidak mahu mendengar apa2pun penjelasan.

Will kemudian mendapat panggilan dari BBC yang menjemput dia untuk ditemuramah secara life di BCC. Atas dorongan Tom, Will pergi. Semasa di temuramah, Will tersedar. Dia memerlukan cinta untuk membina keluarga.

Buku ni memang kelakar. Dalam situasi2 terdesak, orang memang sanggup buat apa shj bagi mencapai matlamat. hehehehehehe...

* Malam ini saya bersama Mek Ja akan bertolak ke Perak... Semoga pergi dan pulang dengan selamat.. . Rasa tak sabar nak tunggu hari ahad.... Tahniah Mek Ja!!! cuak sbb kene ada presentation dengan pengarah! Slaid tak siap lagi.

Tuesday, May 18, 2010

Cinta Sufi

Tajuk : Cinta Sufi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Komen : Suker banget!!!



Novel ni adalah triologi kepada buku Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pecinta. Triologi ni yang paling saya suke bangeeeeeeeeeetttttttt dalam byk2 novel RAM. Kerana buku ini 2 kali saya menjejakkan kaki ke Pameran Buku... tapi malangnya pada hari pelancaran tu saya terlewat.. tak sempat nak jumpa dengan RAM... sgt keciwa... melepas saya nak dapatkan tandatangan beliau...

Serba sedikit ttg novel ini :

Catrina seorang bangsawan yang baru kehilangan suaminya semasa berperang dengan Turki. Dia mendapat mimpi bertemu dengan Maryam yang meminta dia datang ke Hulu Melaka dengan syarat die mesti mencari lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Die nekad berlayar ke Hulu Melaka bersama Kapten Leandro kawan suaminya, Alianso dan pengikutnya.

Laksamana Sunan @ Saifuddin telah tersedar dari tidur. Dia telah kembali ke zaman Melaka namun die telah kehilangan segala kudrat. Dia telah dijumpai oleh Catrina terdampar di Pantai Punggor dan ditawan sebagai hamba.

Taghut telah menjelma sebagai Pangeran Garitno dan telah menghidupkan kembali Puteri Kober Gandreng dgn mengubahnya menjadi pontianak. Mereka telah menggangu perjalanan rombongan Catrina ke Hulu Melaka, namun bangsa Polip sempat menyelamatkan Laksamana Sunan sebelum dicederakan oleh Taghut.

Laksamana Sunan telah dibawa ke banjaran kediaman bangsa Polip oleh Indera dan Yedee, pahlawan hebat bangsa Polip dan dirawat di sana. Luna, bekas menantu Thariq (ketua bangsa Polip) rupanya telah lama jatuh hati kepada Laksamana Sunan, namun, Thariq meminta Luna melupakannya kerana dikhuatiri bangsa manusia akan membuat binasa terhadap bangsa mereka. Setelah sembuh, Laksamana Sunan telah dibawa oleh Indera dan Yedee ke Hulu Melaka semula.

Panglima Awang Bagan, Hang Lekir dan Hang Tuah telah bersiap sedia di Hulu Melaka. Dalam masa yang sama, Taghut telah bersekongkol dengan makhluk bayangan dan Kapten Leandro yang telah berpaling tadah kepada Catrina. Peperangan besar telah terjadi di Hulu Melaka. Pihak yang benar pasti akan menang.. tetapi banyak darah yang terkorban demi sebuah kemenangan.... Siapakah yang terkorban dlm peperangan ini?Adakah Catrina dapat bertemu Maryam? ......

Saya sangat suke buku ini, mmg BEST!!! dan sy rekemen pd sesiapa yang minat membaca untuk dapatkan buku ini..

Thursday, April 22, 2010

The Kite Runner ~ cont

Bahagian II

5 tahun kemudian, Soviets telah menyerang Afghanistan. Amir dan ayahnya melarikan diri ke Peshawar, Pakistan dan kemudian ke Fremont, California, USA. Di sana ayah Amir bekerja di sebuah stesen minyak dan mereka akan berniaga di pasar menjual barang2 terpakai di Sant Jose. Amir berjaya menamatkan pengajian di kolej dalam bidang penulisan.

Amir telah bertemu dengan Soraya anak kepada General Taheri seorang yang pernah menjadi pegawai yang berpengaruh di Afghanistan. General memandang rendah minat Amir sebagai penulis. Ayah Amir disahkan doktor menghidapi barah tumor peringkat akhir. Untuk menggembirakan ayahnya, Amir telah meminta ayahnya meminang Soraya. Tidak lama selepas mereka berkawen, ayah Amir pun menghembuskan nafas terakhir.

15 tahun kemudian, Amir telah berjaya menjadi seorang penulis, namun dia dan Soraya masih belum dikurniakan anak. Suatu hari, Amir mendapat panggilan dari Rahim Khan yang sedang nazak. Rahim Khan meminta Amir pulang ke Afghanistan dan telah menyatakan bahawa masih ada jalan untuk menjadi baik.

Amir bertolak ke Pakistan dan bertemu dengan Rahim Khan. Rahim Khan memberitahu apabila Ali dibunuh Hassan bersama istri dan anaknya, Sohrab telah pulang ke rumah ayah Amir untuk menjaga rumah tersebut atas permintaan Rahim Khan. Suatu hari semasa ketiadaan Rahim Khan, Taliban telah datang ke rumah dan memaksa Hassan menyerahkan rumah tersebut. Hassan dan istrinya telah ditembak kerana enggan menyerahkan. Rahim Khan telah membocorkan rahsia bahawa sebenarnya Hassan adalah anak ayah Amir. Rahim juga memberitahu tujuan sebenarnya dia meminta Amir pulang ke Afghnistan adalah untuk menyelamatkan Sohrab yang kini ditempatkan di sebuah rumah anak2 yatim. Dia meminta Amir membawa Sohrab ke rumah anak yatim milik John dan Betty Caldwell. Rahim Khan memberitahu, inilah masanya untuk Amir menebus kesalahannya kepada Hassan. Amir berasa sangat marah kerana rasa tertipu. Akhirnya, Amir membuat keputusan untuk pergi ke Kabul untuk menyelamatkan Sohrab.

Amir dengan bantuan pemandu yang diupah, Farid, tiba di Kabul dan cuba menjejaki Sohrab. Untuk memasuki kawasan yang dikuasai oleh Taliban, Amir terpaksa menyamar. Sampai di rumah anak yatim, Amir dimaklumkan, Sohrab telah dibawa oleh orang Taliban. Pengurus yang menguruskan rumah anak yatim tersebut mencadangkan Amir pergi ke sebuah stadium bola, dan lelaki yang akan memberi ucapan semasa perlawanan tersebut adalah lelaki yang membawa Sohrab.

Amir meminta izin berjumpa dengannya. Dia terkejut apabila bertemu dengan Assef. Assef telah menjadi orang kuat Taliban. Amir memaklumkan bahawa dia ingin membawa balik Sohrab. Sepanjang berada di sana Sohrab telah dipaksa dan berpakaian seperti wanita dan menari. Dia juga diliwat oleh Assef dan rakan2nya. Assef bersetuju untuk melepaskan Sohrab tetapi sebelum itu dia mahu membalas dendam kepada Amir. Die telah menumbuk Amir bertubi2. Sohrab merayu Assef berhenti memukul Amir tetapi tidak diendahkan. Sohrab mengugut untuk melastik Assef dengan guli besi. Apabila Assef tidak mengendahkan ugutan, Sohrab telah melastik Assef dan mengenai mata kiri Assef sama seperti yang pernah diugut oleh Hassan semasa zaman kanak2 mereka. Sohrab membawa Amir pergi dari situ.

Apabila sampai di Pakistan, Amir telah dimasukkan ke hospital untuk beberapa hari. Rahim Khan telah meninggalkan mereka dengan meninggalkan sejumlah wang. Amir juga mendapat tahu sebenarnya John dan Betty adalah tidak wujud sama sekali. Dia bercadang untuk membawa Sohrab ke Amerika bersamanya. Amir berjanji unutk tidak menyerahkan Sohrab ke rumah anak2 yatim.

Adalah sukar untuk membawa Sorab ke Amerika kerana tiada hitam putih yang menunjukkan Sohrab adallah anak yatim piatu kerana tiada sijil lahir dan sijil kematian ayah ibu. Ini telah menyebabkan Sohrab berasa sgt sedih, dan secara senyap2 die cuba membunuh diri di dalam bilik air hotel semasa Amir sedang tidur. Sohrab dikejarkan ke hospital. Dia banyak kehilangan darah dan tidak sedarkan diri. Amir berdoa kepada ALLAH supaya Sohrab cepat sembuh. Dia bernazar akan berubah, sembahyang, puasa dan mengamalkan Islam dalam kehidupannya. Akhirnya Sohrab sedar.

Amir berjaya membawa Sohrab ke Amerika dengan bantuan Soraya dan mereka telah menjadikan Sohrab sebagai anak angkat. Namun disebabkan trauma Sohrab menjadi sangat pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa. Semuanya berubah apabila mereka membawa Sohrab ke sebuah taman. Di sana, Amir telah membelikan Sohrab layang2, dia mengajak Sohrab bermain layang2 sambil menceritakan kisah dia dan Hassan bermain layang2. Akhirnya Sohrab tersenyum sedikit, namun itu membuatkan Amir berasa sangat gembira. Amer bejaya memutuskan layang2 dan dia pergi mengejar layang2 itu untuk Sohrab.
*** saya dah tgk movie citer ni, tapi lg best baca buku la.. kalau dalam movie, ade beberapa part yang telah diubah suai dan di potong. Citer ni memang best.. rekemen by me 100%...

Wednesday, April 21, 2010

The Kite Runner

Tajuk : The Kite Runner
Penulis : Khaled Hosseini
Komen : Memang sangat BESTTTTTTTT

Sebab saya terlalu suka sangat dengan jalan cerita novel ini, saya tak sampai hati untuk cut babak2 dalam novel ini. Sinopsis kali ini akan agak panjang jadi saya akan post 2x.

Bahagian I

Amir seorang kanak2 berbangsa Pashtun membesar bersama-sama Hassan, anak kepada Ali, orang gaji ayahnya berbangsa Hazara di bumi Kabul, Afghanistan. Ibu Amir meninggal dunia semasa melahirkannya manakala ibu Hassan pula meninggalkan Hassan selepas melahirkannya, oleh itu bapa Amir telah mengupah seorang wanita untuk menyusukan mereka. Ayah Amir seorang yang kaya dan budiman, dia sangat menyayangi kedua-duanya. Namun ayah Amir bimbang dengan sikap Amir yang terlalu lemah. Assef sangat gemar menulis, Rahim Khan, rakan baik ayah Amir yang sangat memahami dan menyokong minat Amir menulis cerita.

Hassan dan Amir selalu bermain layang2 bersama. Hassan sangat setia kepada Amir dan Amir pula selalu membacakan buku cerita kegemaran Hassan Shanamah mengenai Sohrab dan Rostam kerana Hassan tidak boleh membaca. Assef kanak2 yang tua beberapa tahun dari mereka tidak suka Amir berkawan dengan Hassan, dan menyalahkan Amir. Tetapi Hassan telah membela dan mengugut untuk melastik mata Assef. Assef cepat beredar tetapi mengugut untuk membalas dendam.

Semasa pertandingan layang-layang, Amir teah berjaya menjatuhkan layang2 pesaingnya, Hassan yang mmg cekap mengejar layang2 segera mengejar layang2 yang putus tersebut. Malangnya dia telah diekori oleh Assef dan 2 orang kawannya. Assef memaksa Hassan menyerahkan layang-layang itu, tetapi Hassan enggan. Pada masa yang sama, Amir pergi mencari Hassan, dia terdengar suara Hassan yang telah dikepung oleh Assef. Amir berasa takut dan cepat2 menyorok. Assef menjadi marah dan meliwat Hassan. Amir terlalu takut untuk membantu Hassan. Dia merasa bersalah dan malu dengan dirinya sendiri. Risau kasih sayang sayang ayahnya akan berkurangan, dia mendiamkan diri perkara ini.

Semenjak hari itu, Amir cuba megelakkan diri dari Hassan. Amir berasa sgt malu dengan diri sendirin kerana Hassan yang melayan nya dengan baik. Cemburu dengan kasih sayang ayahnya kepada Hassan, Amir juga bimbang jika ayahnya mengetahui sikap Hassan yang berani untuk mendapatkan layang2 dan betapa pengecutnya dia tidak membantu semasa Hassan diliwat. Dia risau ayahnya semakin menyayangi Hassan lebih dari dirinya. Amir telah mencadangkan agar ayahya mengupah orang gaji baru, ini telah menyebabkan ayahnya sangat marah.

Majlis besar-besaran dibuat untuk meraikan harijadi Amir. Pelbagai hadiah diterima, tetapi tidak dapat menggembirakan Amir kerana dia masih dihantui peristiwa tersebut. Ali dan Hassan telah menghadiahkan nya buku Shanamah kepada Amir. Ini menambahkan rasa bersalah Amir terhadap Hassan.

Amir telah meletakkan jam tangan jadiah hari jadi pemberian ayahnya secara senyap-senyap di bawah tilam Hassan semasa Hassan dan Ali tiada di rumah. Hassan mengaku mencuri jam tersebut. Tetapi ayah Amir terus memaafkan Hassan. Amir berasa tidak puas hati kerana ayahnya paling tidak suka kepada pencuri. Namun Ali tetap bertegas untuk pergi dari rumah itu tanpa mengendahkan rayuan bapa Amir. Pemergian Hassan memberi sedikit kelegaan kepada Amir, namun dia masih sentiasa dihantui peristiwa tersebut, dan rasa bersalah terhadap Hassan.

to be continue....

Thursday, March 11, 2010

The Broker

Tajuk : The Broker
Penulis : John Grisham
Komen : BEST

3 orang pelajar Pakistan telah menemui satu rangkaian satelit perisikan yang dinamakan Nepune yang sangat canggih yang tidak diketahui milik siapa. Mereka telah mencipta satu perisian JAM yang mampu memanipulasi satelit tersebut. Pelajar2 ini telah menemui Joel Backman seorang pembida yang berpengaruh di Washington. Joel Backman dan Jacy Hubbard telah membida perisisian tersebut kepada beberapa negara termasuklah China, Rusia, Saudi dan Israel. Apabila Jacy mati dibunuh, Jack telah mengaku melakukan pembunuhan dengan syarat semua rakan2 dan ahli keluarganya akan terlepas dr dakwaan dan dia diberikan perlidungan semasa menjalani hukuman. Joel telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun. Ini telah menyebabkan perniagaan Joel hampir bankrupt.

Pihak CIA mengesyaki Joel menyimpan sesuatu rahsia yang sangat penting. CIA yang diketua oleh Tedddy Maynard telah mencadangkan kepada presiden Morgan untuk memberi pengampunan kepada Joel Backman. Sejumlah wang telah ditawarkan bagi pengampunan ini. Tujuan Teddy melepaskan Joel adalah bagi mengumpan pihak2 yang ingin membunuh Joel.

Joel dibebaskan dan di bawa terus ke Italy secara sulit pada malam dia dibebaskan itu juga. Dia diberikan identiti baru sebagai Marco lazerrie. Di Bologna, Joel diberikan sebuah rumah kecil. setiap hari dia dikehendaki menghadiri kelas bahasa Italy dengan Ermanno. Rumahnya dipasang dengan kamera dan mikrofon tersembunyi dan di awasi oleh Luigi yang tinggal di idak jauh dari rumah itu. Semasa di Bologna, Joel suka meneroka jalan baru setiap hari. Dia telah berkenalan dengan Rudolph seorang profesor yang mengajar di Universiti Bologna.

Joel tidak dapat melarikan diri atau menghubungi sesispaa kerana pergerakannya sentiasa di awasi Luigi. tanpa wang dan pasport mustahil untuk melarikan diri. Joel meminta wang dari Luigi dengan alasan untuk membeli jaket dan kasut abru. Suatu pagi Joel secara senyap2 telah menaiki train dengan menggunakan baki wang tersebut ke Milan dan menaiki teksi terus ke airport. Di sana dia telah meminta tolong seorang perempuan tua yg hendak ke Washington megeposkan surat untuk anaknya, Neal. Surat itu meminta Neal membelikan alat untuk Joel mengakses email dan wang dgn menggunakan alamat profesor Rudolph.

Teddy Maynard telah membocorkan rahsia mengenai pengampunan Joel untuk mengumpan pembunuh yang ingin membunuh Joel. Tertangkapnya siapa yang membunuh Joel secara tidak langsung membongkar rahsia pemilik rangkaian satelite canggih tersebut. Pembunuh upahan dari China, Saudi, Israel dan Rusia semua bergerak ke Bologna untuk mencari Joel. Joel mendapati dirinya semakin tidak selamat, alat komunikasinya pula telah di curi semasa dia makan di sebuah restoran bersama Luigi. Dia tidak mahu pulang ke rumah penginapannya namun dia tidak boleh menginap di hotel kerana tiada pasport. Joel meminta tolong Francesca, guru bahasa Italy barunya. Dengan bantuan Francesca dia berjaya melarikan diri dengan menggunakan pasport suami Francesca ke Zurich.

Bank Rhineland, Zurich : Joel mengeluarkan sejumlah wang dan satu-satunya salinan perisian JAM dari peti simpanannya. Dengan bantuan pemilik bank, satu tiket penerbangan ke washington telah ditempah.

Washington : Joel berjaya meminta tolong Carl menghubungi bekas senator Clayborn yang mahir dlm bidang perisikan. Joel bersetuju dengan cadangan Clayborn untuk menyerahkan cd tersebut kpd Wes Roland ketua Agensi Perisikan pertahanan di Pentagon.

Joel menyerahkan cd tersebut dengan syarat mendapat perlindungan dan telah membuka syarikat baru.

Best tak buku ni? mmm bESt tau... Minggu ni ade pameran buku kat PWTC. Rasa tak sabar2 nak pegi walapun tengah pokai....

Thursday, February 25, 2010

Shopaholic & Sister

Tajuk : Shopaholic & Sister
Penulis : Sophie Kinsella

Komen : BEST...



Sebelum ni saya selalu tertanya2 kenapa Ex Officemate saya minat sgt baca Novel Sophie Kinsella. Lepas baca novel ni saya sudah faham perasaannya. Mcm mkn pop corn masa tgk wayang...best... errr.. best ke mkn pop corn sambil tgk wayang? best kot.. sebab seumur hidup saya cuma pernah sekali je tgk wayang... itupon x de pop corn.. mmm tapi novel ni memang best dan kelakar.

Novel ni mengisahkan Rabecca@ Becky yang suke sangat bershopping.. beg, kasut, baju, makanan, perabot.. pendek kata semua benda nak di shopping. Becky dan suaminya merancang berbulan madu selama setahun mengelilingi dunia namun poskad dari Suze kawan rapat nya membuat mereka menukar rancangan untuk pulang ke London secara mengejut.

Sebelum pulang ke London, mereka singgah di Milan, Kota fesyen kerana Luke mempunyai urusan perniagaan dengan Kumpulan Arcodas. Semasa Luke pergi meeting, Becky berjalan2 disekitar Milan. Kali ini dia nekad untuk tidak bershoping dan cuma membeli tali pinggang untuk Luke sebagai ganti talipinggang yang telah rosak. Semasa hendak membayar talipinggang... pintu stor kedai tersebut terbuka..Angel Bag!! Becky tidak kisah dengan harga bag itu walapun dijual dengan harga yang mahal, 2000 Euro.. tetapi untuk membeli bag tersebut dia terpaksa menulis nama dan menunggu giliran sekiranya stok ada. Dengan pertolongan Nathan Temple, dia akhirnya dapat membeli bag tersebut dengan menggunakan kad kreadit emergency yang disorokkan dalam compact powder.. Becky berjanji akan membalas jasa baik Nathan.

Sampai saja di London, ibu bapa Becky terkejut dengan kepulangannya.. dan bersikap ganjil.. seolah2 menyembunyikan sesuatu... Suze pula telah mendapat kawan baru, Lulu. Lulu dan suze sama2 suka menuggang kuda dan berkongsi pengalaman menjaga anak. Walaupun Becky cuba sedaya upaya untuk membantu atau ikut serta dalam aktiviti mereka tetapi Becky rasa dirinya dipinggirkan oleh Suze. Becky telah mengajak Suze bercuti ke Milan untuk meraikan hari jadi Suze yang tidak lama lg.. tetapi Suze mahu menyambutnya dengan Lulu.. Ini menyebabkan Becky terasa hati dengan Suze.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila mereka pulang ke New York bila semua barang2 yang dibeli Becky tiba. Becky telah membeli pelbagai barang tanpa pengetahuan Luke. Ini menyebabkan Luke bengang. Becky telah menjual barang2 tersebut secara senyap2 dalam ebay. Becky sangat terkejut apabila mendapat tahu yang dia mempunyai seorang kakak anak dari hubungan ayahnya dengan wanita terdahulu sebelum ibunya dan Becky sangat teruja untuk bertemu Jess kakak tirinya.
Nathan telah menghubungi Becky.. dia berminat untuk bekerjasama dengan syarikat Luke. Tetapi Luke tidak berminat untuk bekerjasama dengan Nathan. Becky telah menipu Nathan dengan mengatakan Luke sakit. Dalam masa yang sama Becky telah menjemput Jess ke apartment mereka dan membuat pelbagai persiapan untuk menyambut kedatangan Jess. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Jess sangat berbeza dengannya. Jess benci bershopping, sangat kedekut, dan suka belajar mengenai batu. Becky rasa tidak dihargai apabila Jess tidak suka semua aktiviti yang telah dirancang. Becky mula hilang sabar bila Jess mula mencampuri urusan perbelanjaannya. Kedatangan Nathan ke pejabat Luke telah membongkarkan semua. Luke sangat marah kerana Becky mengenai Nathan. Mereka bertengkar.. dan Luke telah terlepas cakap yang Jess adalah lebih bagus darinya.
Luke telah bertolak ke Cyprus untuk melawat hotel Nathan. Becky merasakan rumahtangganya sudah sampai ke penghujung. Dia cuba menghubungi Suze tetapi tidak dapat.. ibu bapanya pula sedang bercuti ke luar negara. Die nekad ke Cumbria untuk berjumpa Jess.Becky ingin meminta maaf dari Jess dan mengubah dirinya seperti Jess. Tetapi Jess tidak mahu menerimanya. Jess telah pergi mendaki bukit... Becky cuba mengejar Jess... Hujan mula turun dan jalan mula licin. Becky telah terjatuh.. dan Jess telah membantunya sementara mereka menunggu hujan berhenti. akhirnya mereka sedar walapun mereka mempunyai minat yang berbeza teapi mereka mempunyai semangat passion yang sama. Suze telah datang untuk untuk menyelamatkan mereka.
Becky, Jess dan Suze telah menyertai piket menentang pembinaan Maybell Shopping Complex. Becky sangat terkejut apabila mendapat tahu Maybell Shopping Complex adalah projek bersama syarikat suaminya dengan Kumpulan Arcodas.
Perkataan Baru :

SKINFLINT : Orang yang kedekut
STAMMER : Gagap
Cth : The speech therapist has almost cured his stammer
Saya sudah mula bosan 'menjadi seorang penganggur... Saya jadi buntu... saya tak tahu apa yang perlu saya buat.. dan saya rasa seperti seorang yang gagal... tetapi buku ini membantu saya untuk berfikir positif.... apapun yang berlaku... kita harus bersyukur.... kerana pasti ada yang lebih teruk dari kita... lagipun ini semua kan ujian dari tuhan... Saya telah menyiapkan baju makcik saya tetapi tak sempat nak snap gambar baju tu dah dihantar pada tuannya. Projek saya sekrang ialah membaik pulih baju manik my mom's friend...
Oh ya... Saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Maulidurrasul pada semua... sama2 lah kita membanyakkan Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad... :)

Monday, February 22, 2010

Mikhail

Tajuk : Mikhail
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Komen : Boleh tahan best...


Saya beli buku ni pada 25 April 2009... dan hampir setahun berlalu baru saya berkesempatan nak menghabiskan buku ni. Sungguhlah lama... sempat 2 orang rakan ku membaca dahulu....

Buku ini mengisahkan Mikhail yang dibesarkan oleh Dicken sebagai pembunuh profesional demi membalas dendam atas pembunuhan keluarganya, keluarga Sadon. Walaupun dia cekap membunuh namun dia tidak boleh terkena cahaya mathari ke dalam mata... Jika berlaku dia akan masuk ke satu dimensi lain... dan berjumpa Tahir...

16 thn berlalu, kini tiba masanya untuk dia membalas dendam... Mr yap dan Mr Sundram telah berjaya dibunuh.. 1 note 1 USD menjadi killer signature Mikhail. Tinggal 2 orang lagi yang perlu dibunuh. Setelah tiba di Malaysia, Mikhail mendapati misi kali ini berbeza... die juga dikehendaki membunuh keluarga mereka yang telah membunuh keluarganya... berbeza dengan prinsipnya membunuh orang yang hanya bersalah sahaja. Misinya membunuh Raihana tidak dapat dilakukan, hatinya memberontak... Raihana, anak kepada Halim yang juga sepatutnya dibunuh telah mencairkan hatinya.... Kegagalannya membunuh Raihana menjadikan Mikhail diburu. Malah Raihana juga turut menjadi buruan Pembunuh tersebut.

Mikhail telah menyelamatkan Raihana dari pembunuh tersebut. Raihana cuba membantu Mikhail untuk mencari identiti dirinya yang sebenar kerana Raihana percaya bapanya bukan seorang pembunuh.
Kedah ~ Mikhail telah bertemu dengan Tahir , insan yang sering wujud semasa die dalam keadaan paranormal. Tahir adalah abang Mikhail menceritakan perkara sebenar kejadian 13 tahun yang lalu..... kejadian dia menjual Mikhail @ Mahmud kepada Tuan Sadon. Mikhail buntu kerana cerita ini bertentangan dengan apa yang Dicken maklumkan kepadanya.

Mikhail menyerah diri kepada Inspektor Zetty yang juga merupakan kakak kepada Raihana. Pembunuhan demi pembunuhan berlaku dengan meninggalkan note 1USD tetapi Mikhail menafikan dia membunuh. Kharis menjadi suspek. Kematian Datuk Yap telah menggagalkan usahasama Syarikat Halim.. Datuk Bakri ditangkap. Kematian Datuk Bakri dalam tahanan polis telah memburukkan lagi keadaan. Seseorang orang dalam telah membunuh Datuk Bakri!!!!... Siasatan dijalankan.

Kharis telah berjaya melarikan diri dari tahanan polis. Dia telah menculik keluarga Halim ke sebuah kilang terpencil dan mengugut supaya Mikhail diserahkan kepadanya. Kharis rupanya merupakan Mikhail 155. Seorang pembunuh profesional yang dilantik oleh Dicken. Kilang tersebut meletup, namun keluarga Halim sempat diselamatkan dengan bantuan Mikhail atau Mikhail 496 @ Mahmud.

Inspektor Sharani telah ditangkap dan disiasat. Dia disuspek Mikhail 159. Peristiwa ini telah memalukan insitusi polis. ASP Tim selaku ketua meletakkan jawatan sebagai tanda kecewa menjalankan tanggungjwb sebgai ketua mejaga anak buahnya.

Namun sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Sebelum terlambat, Mikhail 496 berjaya menjumpai bukti. Inspektor Sharani tidak bersalah. Dia cuma dijadikan kambing hitam. Dan akhirnya pembunuh sebenar telah ditangkap.

Tuesday, February 9, 2010

The Last Juror

Tajuk buku : The Last Juror (English version)
Penulis : John Grisham

Salam buat semua,

Akhirnya saya berjaya menghabiskan novel ini.. yeah!!!! clap clap clap.. Sinopsis buku ni pernah saya 'post' kan sebelum ni semasa sy membaca buku versi terjemahan. Jadi kali ini saya akan perbaiki sinopsis saya dan menambah perincian sedikit... Semoga dengan sinopsis buku ini akan memberi idea dan menimbulkan rasa minat kepada org lain untuk membaca buku ini.
Buku berlatarbelakangkan zaman 70-an ini mengisahkan Willie Traynor, 2 tahun telah membeli syarikat akhbar, The Times yang muflis milik majikannya dengan meminjam duit neneknya yg kaya. Peristiwa pembunuhan Rhonda Kasselaw janda yang dirogol dan dibunuh di hadapan 2 orang anaknya telah menggemparkan bandar Ford County. Willie sebagai satu2nya penerbit akhbar di daerah itu telah menjalankan tugasnya menyiasat dan melaporkan setiap perkembangan kes tersebut. Suspek utama Danny Padgit telah ditahan. Keluarga Padgit tidak bercampur dengan orang luar dan tinggal di sebuah pulau. Mereka sangat terkenal dengan aktiviti yang bercanggah dengan undang2; pembalakan haram, dadah, penipuan insuran, dan lain2.
Seramai 12 orang juri telah dipilih. Semasa perbicaraan di adakan Danny dan peguamnya Lucien telah bersekongkol mewujudkan saksi palsu yang memberikan alibi kepada Danny, namun alibi tersebut tidak dapat melawan bukti kukuh darah Rhoda pada baju Danny dan air mani Dany pada tubuh Rhoda. Danny telah mengugut juri2 tersebut, namun juri2 telah sebulat suara memutuskan Danny bersalah. Tetapi terdapat bantahan hukuman mati dari beberapa juri. Danny telah dihukum penjara.
9 tahun berlalu, Danny telah dibebaskan dengan parol. Kematian 2 orang juri perbicaraan Danny; lenny Fargason dan Mo Teale telah menimbulkan kebimbangan penduduk Ford County. Danny Padgit sekali lagi menjadi suspek utama! Nota kecil Miss callie Ruffin menunjukkan kedua2 juri yang dibunuh adalah 2 dari 3 juri yang menentang hukuman gantung ke atas Danny. Pelbagai spekulasi dibuat. Adakah Danny tersalah bunuh atau rasa dikhianati?
Pembunuhan juri terakhir Miss Maxine Root telah membawa kepada penangkapan Danny walapuntiada bukti kukuh. Lucien telah meminta perbicaraan bagi jaminan di adakan.
Semasa perbicaraan di adakan, seseorang telah melepaskan ke dalam mahkamah dan mengenai kepala Danny. semua hadirin yang menghadiri perbicaraan tersebut panik. danny telah mati dibunuh. Setelah 1 jam berlalu, penembak tersebut telah membunuh diri dan ditemui mati dalam keadaan bogel di atas bangunan mahkamah tersebut. Dan penembak tersebut adalah Hank Hooten peminat Rhoda Kasselaw.
Perkataan baru yg saya ingin kongsi ;
SMIRK = senyum sinis

Thursday, January 14, 2010

Takbir2 Cinta

Tajuk : Takbir takbir Cinta
Penulis : Riyanto El-Haris
Komen : Kureng....

Terpengaruh dengan komen2 +ve kat cover letter novel ni dan cop "BEST SELLER', membuatkan koi tanpa ragu2 membayar rm28.90 untuk novel ni. Lokasi : Kinokuniya.
Isi utama novel ini mengisahkan kasih sayang seorang anak pada arwah ibunya. Mengenai Haris menjalani latihan di Sekolah Tinggi Pandu Negeri dan kisah semasa menjalankan tanggungjwb sebagai Pengaman Keamanan. Setelah 5 tahun menjadi Pengaman keamanan akhirnya Haris berjaya menunaikan janjinya unutk megerjakan haji untuk arwah ibunya.
Pada saya terlalu banyak point yang dimasukkan tetapi byk cerita yang tergantung begitu sahaja. Penulis tidak byk menulis tentang hubungan atau janji Haris kepada ibunya....
Saya x rekomen buku ini untuk dibaca....