Surah Al-Ghaasyiah
Penampilan
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Surah Al-Ghaasyiah (Arab: سورة الغاشية ) ialah surah ke-88 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 26 ayat. Dinamakan Al-Gasyiyah yang bererti Hari Pembalasan diambil dari kata al-Gasyiyah yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Yang dimaksud dengan "Hari Pembalasan" dalam surah ini adalah Hari Kiamat. Surah ini adalah surah yang biasanya dibaca oleh Nabi Muhammad pada rakaat kedua pada Solat Sunat Hari Raya dan solat Jumaat.
Isi kandungan
[sunting | sunting sumber]- Keterangan tentang orang-orang kafir pada Hari Kiamat dan azab yang dijatuhkan atas mereka
- Keterangan tentang orang-orang yang beriman serta keadaan syurga yang diberikan kepada mereka sebagai balasan
- Perintah untuk memperhatikan keajaiban ciptaan-ciptaan Allah
- Perintah kepada Rasulullah s.a.w. untuk memperingatkan kaumnya kepada ayat-ayat Allah karena beliau adalah seorang pemberi peringatan, dan bukanlah seorang yang berkuasa atas keimanan mereka.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]
Surah Sebelumnya: Surah Al-A’laa |
Al Quran (القــرآن الكـــريم) | Surah Berikutnya: Surah Al-Fajr |
Surah 88 |