Zakat
Ketepatan fakta rencana ini telah dipertikaikan. (Januari 2021) |
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat.[1] Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat.[2] Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.
Syarat wajib zakat
[sunting | sunting sumber]Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
- Islam
- Merdeka
- Sempurna milik
- Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
- Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
- Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
- Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Pengertian Islam
[sunting | sunting sumber]Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
Pengertian merdeka
[sunting | sunting sumber]Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.
Sempurna milik
[sunting | sunting sumber]Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
[sunting | sunting sumber]Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
Cukup nisab
[sunting | sunting sumber]Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
Cukup haul
[sunting | sunting sumber]Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Niat untuk berniaga
[sunting | sunting sumber]Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.
Jenis zakat
[sunting | sunting sumber]Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Zakat fitrah
[sunting | sunting sumber]Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat harta
[sunting | sunting sumber]Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.
Zakat harta di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
- Zakat pendapatan
- Zakat wang simpanan
- Zakat KWSP
- Zakat saham / pelaburan
- Zakat emas dan perak
- Zakat perniagaan
- Zakat binatang ternakan
- Zakat hasil pertanian
- Zakat hasil laut
- Zakat rikaz dan ma'din
Jadual zakat
[sunting | sunting sumber]Perkara yang menyebabkan zakat wajib dibayar | Nilai minimum yang diperlukan bagi membayar zakat (Nisab) | Kadar pengeluaran zakat |
---|---|---|
1. Hasil keluaran pertanian | 5 Awsuq[3][4] (653 kg (1,440 lb)) per tuaian | 5% dari hasilan tanah usaha dalam bentuk irrigasi; 10% dari hasilan tanah yang disirami hujan semulajadi.[5] |
2. Emas, perak, hasilan emas dan perak | 85 g (3 oz) emas atau 595 g (21 oz) perak[6] | 2.5% nilai[6] |
3. Simpanan dalam bank atau dalam tangan | Nilai 595 g (21 oz) perak[6] | 2.5% jumlah[6] |
4. Barangan dagangan | Nilai 595 g (21 oz) perak[6] | 2.5% nilai barang[6] |
5. Hasilan perlombongan | Apa-apa kuantiti[6] | 20% dari nilai hasilan[6] |
6. Lembu dan kerbau | 30 ekor dalam bilangan[6] | seekor dari 59 ekor yang pertama, 2 ekor untuk 89 ekor seterusnya, 3 ekor untuk 150 ekor seterusnya, atau seekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 39 ekor pertama, 1 ekor lembu/kerbau berumur 2 tahun bagi 59 ekor seterusnya, 2 ekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 69 ekor seterusnya[6] |
7 Kambing & kambing biri-biri | 40 dalam bilangan[6] | 1 ekor untuk 40 ekor pertama, 2 ekor untuk 120 seterusnya; 3 ekor untuk lebih dari 200 ekor, 1 ekor tambahan bagi setiap 100 ekor seterusnya[6] |
8. Unta | 5 dalam bilangan[6] |
|
Golongan yang layak menerima zakat
[sunting | sunting sumber]Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
- Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
- Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
- Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
- Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
- Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
- Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
- Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
- Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka tidaklah layak untuk menerima uang zakat.
Faedah Zakat
[sunting | sunting sumber]Faedah diniyah (Agama) [7]
[sunting | sunting sumber]- Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
- Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
- Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
- Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Muhammad.
Faedah Khuluqiyah (Akhlak)[8]
[sunting | sunting sumber]- Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
- Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
- Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
- Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)[9]
[sunting | sunting sumber]- Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
Hikmah Zakat
[sunting | sunting sumber]Hikmah dari zakat antara lain:
- Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
- Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
- Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
- Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
- Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
- Untuk pengembangan upaya umat
- Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
- Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.
Institusi Zakat
[sunting | sunting sumber]- Department of Zakat and Income Tax (Inggeris)
- ISNA Canada (Inggeris)
- Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
- Lembaga Zakat Selangor (LZS-MAIS)
- Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ)
- Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ)
- Pusat Zakat Melaka (PZM)
- Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS)
- Tabung Baitulmal Sarawak
- Pusat Zakat Sabah (PZS)
Pusat zakat yang masih lagi dibawah kelolaan kerajaan negeri adalah:
- Lembaga Zakat Negeri Kedah
- Majlis Agama Islam Perlis
- Majlis Agama Islam Negeri Johor
- Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
- Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
- Majlis Agama Islam Kelantan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rukun Islam Yang Lima.
- ^ MENGELUARKAN ZAKAT HARTA SATU DARI RUKUN ISLAM.
- ^ Q12. What conditions make Zakat obligatory on any individual?
- ^ The wasuq (pl. awsuq), a measure of volume, is equal to 60 Sa', and is 653 kg (1,440 lb).
- ^ Zakat Assessment
- ^ a b c d e f g h i j k l m n Q9. What are the specified Nisab, (minimum wealth) and the rate of Zakat for each category of wealth?
- ^ "Artikel Berjudul: Tuntunan Zakat Mal Pada MediaMuslim.Info".
- ^ "Artikel Berjudul: Tuntunan Zakat Mal Pada MediaMuslim.Info".
- ^ "Artikel Berjudul: Tuntunan Zakat Mal Pada MediaMuslim.Info".
Buku
[sunting | sunting sumber]- Dr.Husein Sahata, Kaedah Agihan Zakat Harta: Pengertian, Sistem & Agihannya, Pustaka Al Shafa 2003, ISBN 983-159-081-3