Salbiah Mohamed
YB Dato' Salbiah Mohamed DPMP (Perak) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Temengor | |
Menyandang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Hasbullah Osman |
Majoriti | 1,048 (PRU-15) 3,935 (PRU-14) 3,215 (PRU-13) |
Ketua Wanita UMNO Perak | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Ketua Wanita UMNO Pusat | Noraini Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1978-05-07) 7 Mei 1978 (umur 46) Gerik, Perak |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Mohd Faizal Malek |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Dato' Salbiah Mohamed (lahir 7 Mei 1978) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan ADUN Temengor. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Wanita UMNO Perak.
Salbiah Mohamed merupakan ADUN Temengor sejak 2013 juga bekas Ketua Puteri UMNO Perak.
Beliau berasal dari Gerik merupakan anak kelima dari 11 beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Adika Raja, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik dan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Hartanah.
Seterusnya pada 2004, beliau dilantik Ketua Puteri UMNO Bahagian Gerik dan tahun 2013, diberi kepercayaan memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Perak juga EXCO Puteri Malaysia.
Ibu kepada empat cahaya mata ini, isteri kepada Mohd Faizal Malek, pernah menjadi Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Pengkalan Hulu dan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Perak pada 2014 hingga 2019.
Dalam jawatan politik pula, kini beliau dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Negeri Perak dan juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik sejak 2013.
Anak kepada pasangan Mohamed Mahmud dan Saedah Bali ini telah dianugerahkan Darjah Ahli Mahkota Perak tahun 2017.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 7,823 undian ketika menentang Md Pozi Md Sani daripada parti Gagasan Sejahtera (Pas) yang mendapat 3,888 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,935.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- ADUN Temengor (2013-kini)
- Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (2014–2019)
- Penyelia Perhubungan KEMAS DUN Pengkalan Hulu (2007–2010)
- Pembantu Khas kepada ADUN Kenering, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (2001-2007)
Jawatan dalam politik
[sunting | sunting sumber]- Ketua Wanita UMNO Negeri Perak
- Ketua Wanita UMNO Bahagian Gerik (2018-kini)
- Ketua Puteri UMNO Perak (2008–2018)
- Ketua Puteri UMNO Bahagian (2004-2018)
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Perak :
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato (2023)
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik (1995)
- Sekolah Kebangsaan Adika Raja (1990)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (2022–kini) | |
---|---|
Menteri Besar | |
Eksekutif Negeri |
Parti komponen Barisan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Rencana berkenaan ahli politik di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |