Hasni Mohammad
Hasni Mohammad | |
---|---|
حسني محمد | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Simpang Renggam, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Digantikan oleh | Maszlee Malik |
Majoriti | 1,821 (2022) |
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2022 | |
Menteri | Fadillah Yusof Alexander Nanta Linggi |
Didahului oleh | Abdul Rashid Asari |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Benut | |
Menyandang jawatan 21 April 2022 | |
Dalam jawatan 21 April 2008 – 22 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Salehan Sungot |
Menteri Besar Johor | |
Dalam jawatan 28 Februari 2020 – 22 Januari 2022 | |
Sultan | Sultan Ibrahim |
Tunku Mahkota | Tunku Ismail Idris |
Didahului oleh | Sahruddin Jamal |
Digantikan oleh | Onn Hafiz Ghazi |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 28 Jun 2018 – 28 Februari 2020 | |
Didahului oleh | Gan Peck Cheng |
Digantikan oleh | Aminolhuda Hassan |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pontian, Johor | |
Dalam jawatan 22 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Ong Ka Ting |
Digantikan oleh | Ahmad Maslan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 27 Mac 1959
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Fazlina Omar |
Anak | 4 |
Tempat belajar | University of Missouri–Rolla (BEng) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Jurutera |
Dato' Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad (Jawi: حسني بن محمد ; lahir 27 Mac 1959) merupakan Ahli Politik Malaysia berbangsa Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Pontian sejak 2001. Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pontian dengan majoriti kemenangan sebanyak 20,400 undi.
Pada PRU ke-12 pula, beliau telah dipilih sebagai ADUN Benut.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ini merupakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor sejak tahun 2018. Pada 28 Februari 2020, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 menggantikan Dato' Dr. Sahruddin Jamal.[1]
Menteri Besar Johor (2020-2022)
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Februari 2020, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu di hadapan Sultan Ibrahim, menggantikan penyandang Dato' Dr. Sahruddin Jamal selepas kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) semasa Krisis politik Malaysia 2020.
Pada pilihan raya negeri Johor pada 12 Mac 2022, beliau mengetuai gabungannya mencapai kemenangan besar dan besar dalam pilihan raya negeri Johor 2022, memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Negeri Johor, memberikannya majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri seterusnya dengan mandat yang lebih kuat selepas beliau kehilangan majoriti dengan hanya 28 kerusi dalam dewan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Kempas, Osman Sapian dari Perikatan Nasional dan mengukuhkan cengkaman kuasa dan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor. Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi turut menambah bahawa beliau akan menyerahkan nama Hasni kepada Sultan Johor untuk pelantikan semula baginda ke jawatan itu. Bagaimanapun, pada 14 Mac 2022, Hasni tiba-tiba mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan Menteri Besar dan beliau memberi laluan dan menyokong calon yang lebih muda untuk menerajui Kerajaan Negeri Johor untuk pembangunan jangka panjang untuk Johor dan keesokan harinya pada 15 Mac 2022 , bekas EXCO dan Ahli Dewan Negeri Machap, Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 yang baharu untuk menganti beliau selepas 2 tahun memegang jawatan.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Penyandang | Undian | Peratus | Lawan | Undian | Peratus | Jumlah Mengundi | Majoriti | Peratus Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P164 Pontian, Johor | Hasni Mohammad (UMNO) | 26,667 | 82.88% | Hassan Karim (PKR) | 5,509 | 17.12% | 33,460 | 21,158 | 75.40% | ||
2022 | P151 Simpang Renggam, Johor | Hasni Mohammad (UMNO) | 18,312 | Maszlee Malik (PKR) | 16,491 | |||||||
Mohd Fazrul Kamat (BERSATU) | 9,077 | |||||||||||
Kamal Kusmin (PEJUANG) | 251 |
Tahun | Dewan Negeri | Penyandang | Undian | Peratus | Lawan | Undian | Peratus | Jumlah Mengundi | Majoriti | Peratus Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | N53 Benut, P164 Pontian | Hasni Mohammad (UMNO) | 10,098 | 70.24% | Sarobo Ponoh (PAS) | 3,794 | 26.39% | 14,376 | 6,304 | 77.10% | ||
2013 | Hasni Mohammad (UMNO) | 12,358 | 66.48% | Sarobo Ponoh (PAS) | 5,786 | 31.12% | 18,590 | 6,572 | 87.00% | |||
2018 | Hasni Mohammad (UMNO) | 9,480 | 45.40% | Zulkifly Tasrep (PPBM) | 5,033 | 24.10% | 17,750 | 4,447 | 85.00% | |||
Mohd Firdaus Jaffar (PAS) | 2,590 | 12.40% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (AMN) (2003)[7]
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (2006)[8]
- Wilayah Persekutuan :
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) – Datuk Seri Utama (2022)[9]
- Johor :
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) (1999)[10]
- Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) (2015)[11]
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (2021)[12][13]
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu – Datuk (2006)[14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "BN's Hasni Mohammad sworn in as Johor's Chief Minister". CNA (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2020. Dicapai pada 28 Februari 2020.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus tidak termasuk undi tidak rasmi.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 24 Mac 2021. Keputusan hanya boleh didapati dari PRU 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021.Keputusan hanya boleh didapati dari PRU 2013.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus adalah berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star Online. Dicapai pada 24 Mac 2021. Peratus adalah berdasarkan jumlah yang keluar mengundi.
- ^ "List of award recipients in conjunction with the Yang di-Pertuan Agong's birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2003. Dicapai pada 23 Mac 2021.
- ^ "King's birthday honours list". The Star (dalam bahasa Inggeris). 3 Jun 2006. Dicapai pada 23 Mac 2021.
- ^ "Hasni dahului 263 penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022". Berita Harian. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
- ^ "Sultan of Johor to honour 520 with awards". New Straits Times. 8 April 1999. m/s. 15.
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 12 Mac 2021.
- ^ "Kekanda Permaisuri Johor, MB terima darjah kebesaran". Berita Harian. 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
- ^ "Johor Ruler confers titles in conjunction with 63rd birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
- ^ "The Sabah Yang Di Pertua Negeri's Birthday Honours List". The Star (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2006. Dicapai pada 23 Mac 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Orang hidup
- Menteri Besar Johor
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Kelahiran 1958
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-12
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-13
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-14
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-15
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15