Pertempuran Ascalon
Pertempuran Asqalan mengambil tempat di Asqalan pada 12 Ogos 1099 dan merupakan pertempuran terakhir di dalam Perang Salib Pertama.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Tentera-tentera Salib telah menjalankan rundingan dengan kerajaan Fatimiyah Mesir dalam perjalanan mereka ke Baitulmaqdis, namun tidak mendapat kata sepakat dari kedua-dua belah pihak di dalam rundingan tersebut - di mana melalui rundingan tersebut kerajaan Fatimiyah bersedia untuk melepaskan wilayah Syam tetapi tidak sesekali melepaskan wilayah Palestin dan ini sangat tidak dipersetujui oleh para Salibi kerana amat bercanggah dengan matlamat utama mereka mendapatkan Gereja Makam Kudus di Baitulmaqdis. Baitulmaqdis dirampas daripada kerajaan Fatimiyah pada 15 Julai 1099 selepas pengepungan yang mengambil masa yang panjang. Tidak lama selepas itu, pihak Salibi telah mengetahui kerajaan Fatimiyah sedang dalam usaha untuk mengambil kembali tanah Palestin.