Pergi ke kandungan

Penyakit senggugut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Premenstrual syndrome
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10N94.3
ICD-9625.4
P. Data Penyakit10513
eMedicineped/1890
MeSHD011293
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD).

Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan.

PMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: [3][4] [5][6]

  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • masalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Faktor risiko

[sunting | sunting sumber]
  • Pengambilan kafien tinggi[6]
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan[7] (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)

Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.[2] Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.

Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.

Diagnosis

[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat ujian makmal atau penemuan fizikal unik untuk mengesahkan diagnosis PMS. Untuk menentukan satu corak, doktor mungkin meminta pesakit wanita untuk menyimpan rekod prospektif mengenai simptomnya pada sekeping takwim untuk sekurang-kurangnya dua kitaran haid.[3] Ini akan membantu menentukan, adakah, prehaid dan boleh diramal berulang. Sejumlah peralatan piwaian telah dibangunkan bagi mengukur PMS, termasuk Kalendar bagi sindrom Pengalaman Prehaid (Calendar of Premenstrual syndrome Experiences - COPE), Rekod Prospektif Bagi Kesan Dan Keterukan Haid (PRISMA), dan Penimbang Analog Visual (Visual Analogue Scales - VAS).[2]

Tambahan, keadaan lain mungkin menjelaskan simptom dengan lebih baik mungkin diketepikan.[2] Sejumlah keadaan perubatan cenderung menjadi teruk ketika haid, proses yang dikenali sebagai peningkat haid Keadaan ini mungkin mendorong kepada pesakit mempercayai bahawa dia mengidap PMS, sedangkan masalah sebenar mungkin masalah lain. Ciri utama adalah keadaan ini mungkin wujud di luar fasa haid (luteal). Keadaan yang boleh ditingkatkan oleh prehaid termasuk kemurungan, migran, masalah sawan, sindrom lesu kronik, sindrom usus besar resah (irritable bowel syndrome), asthma, dan alahan.[2]

Sungguhpun tidak terdapat persetujuan umum mengenai apa yang ditakrifkan sebagai takrifan rasmi bagi menentukan PMS, dua takrifan yang biasa digunakan dalam program penyelidikan:

  • Penyelidik di Institusi Kebangsaan bagi Kesihaan Mental (National Institute of Mental Health) membandingkan antara tahap simptom dari hari kitaran 5 hingga 10 sehingga selang enam hari sebelum permulaan haid.[2] Untuk layak sebagai PMS, tahap simptom mesti meningkat sekurang-kurangnya 30% dalam tempoh enam hari sebelum haid.. Tambahan lagi pola ini mesti direkodkan bagi sekurang-kurangnya dua kitaran berturut-turut.
  • Definas yang ditetapkan di Universiti California di San Diego memerlukan kedua kesan emosi (affective) dan fizikal (somatic) dalam tempoh lima hari sebelum haid setiap satu dalam tiga kitaran berturut-turut, da mesti tida hadir semasa tempo pre-ovulasi itaran (hari ke-4 sehingga 13).[2] Bagi definasi ini, simptom affective termasuk simtom seperti kemurungan, mudah terganggu, risau, keliru, dan bersendirian. Simptom somatic termasuk simptom seperti sensitif pada bahagian payu dara, kembung perut, sakit kepala, dan bengkak pada bahagian kaki dan tangan.

Etikologi (Punca)

[sunting | sunting sumber]

Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[5] [8][9]

Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik.[10]

Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.[11]

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).

  • Rawatan sokongan temasuk penilaian, mengembalikan keyakinan (reassurance), dan nasihat pengetahuan, dan bahagian utama bagi rawatan adalah cubaan membantu pesakit mendapatkan semula kawala dalam hidup mereka. Tambahan lagi, senaman aerobik didapati dapat membantu pesakit dalam sesetengah kajian.[2] Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam dan peningkatan pengambilan fiber, dan rehat dan tidur yang mencukupi.[12]
  • Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan.[2] Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini: Vitamin B6, magnesium, manganese dan tryptophan.[12]
  • SSRI boleh digunakan bagi merawat PMS teruk.[13] Dadah yang paling meluas dikaji adalah fluoxetine pada dos 20-60 mg/d. Dadah lain termasuk sertraline, paroxetine, clomipramine, fluvoxamine, dan nefadozone.[14] Dadah ini juga boleh diberikan tidak tetap, iaitu hanya apabila simptom dijangka muncul. Sungguhpun rawatan tidak tetap mungkin lebih diterima sesetengah wanita, ia mungkin kurang berkesan berbanding rawatan berterusan.[13]
  • Rawatan hormon terdapat dalam pelbagai bentuk:
    • Perancang hormon (Hormonal contraception) biasanya digunakan; kaedah biasa termasuk pil perancang oral gabungan dan pelekat perancang keluarga.
    • Sokongan Progesterone telah digunakan selama beberapa tahun tetapi bukti keberkesanannya tidak mencukupi.
    • Gonadotropin-releasing hormone agonist didapati berguna bagi beberapa bentuk PMS tetapi mempunyai kesan sampingan tersendiri.
  • Diuretik telah digunakan bagi menangani lebihan air dalam badan. Spironolactone juga telah terbukti berkesan dalam beberapa kajian.[2]
  • Dadah anti-keradangan bukan-steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs - NSAIDs; contoh ibuprofen) telah digunakan.
  • Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA), telah dicadangkan tetapi tiada bukti saintifik.
  • Clonidine telah dilaporkan sebagai berkesan bagi merawat sejumlah besar wanita dengan simptom PMS bersamaan dengan penurunan mengejut serum beta-endorphin secara bulanan.[15]

Prognosis

[sunting | sunting sumber]

PMS biasanya diagnosis sebagai stabil, dengan wanita lemah mengalami simptom yang sama dengan tahap yang sama pada akhir setiap kitaran bertahun-tahun lamanya.[16]

Rawatan bagi simptom khusus biasanya berkesan bagi mengawal simptom. Walaupun tanpa rawatan, simptom cenderung berkurangan pada wanita haid berkurangan (perimenopausal), dan hilang apabila berhenti haid (menopause).[17]

Wanita yang mengalami PMS mempunyai peningkatan risiko bagi kemurungan klinikal.

Epidemiologi

[sunting | sunting sumber]

PMS pada mulanya dilihat sebagai penyakit khayalan. Apabila wanita mula melaporkan simptom ini, mereka sering diberitahu "semuanya adalah khayalan mereka". Minat mengenai PMS mula meningkat apabila ia digunakan dalam perbelaan jenayah di Britain pada awal 1980-an. [perlu rujukan]

Kajian mengenai PMS diakibatkan oleh banyak watak dalam masyarakat. Pakar perubatan dan penyelidik mengkaji dan merawat keadaan perubatan yang dikenali. Untuk memberi kesan, kewujudan, dan kepentingan penyakit perlu diterima oleh masyarakat. Wanita telah menyumbang kepada peningkatan minat kepada PMS dan penerimaan masyarakat kepadanya sebagai satu penyakit. Ia telah didakwa bahawa wanita trut bertanggung jawab bagi perubatan PMS.[18] Dengan mengesahkan masalah ini, wanita telah menyumbang kepada pembentukan masyarakat untuk menerima bagi PMS sebagai satu penyakit. Ia turut mencadangkan bahawa perdebatan umum mengenai PMS dan PMDD dipengaruhi oleh pertubuhan yang mempunyai kepentingan kepada keputusannya termasuk pergerakan wanita (feminists), APA, pakar perubatan dan pakar sains.[19]

Kajian mengenai simptom PMS bukanlah perkembangan baru. Perdebatan mengenai definasi dan pengesahan mengenai sindrom ini mempunyai sejarah yang panjang. Sebagaimana dinyatakan di atas, peningkatan kesedaran umum mengenai PMS bermula sejak 1980-an. Sehingga masa itu, tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai PMS dan ia tidak dilihat sebagai masalah masyarakat. Melalui ujian klinikal dan usaha pejuang wanita, pandangan PMS dalam konteks masyarakat telah bermula.

  1. ^ "Apotek1: PMS". 2007. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: Apotek 1" ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m Lori M. Dickerson, Pharm. D., Pamela J. Mazyck, Pharm. D., and Melissa H. Hunter, M.D. (2003). "Premenstrual Syndrome". Premenstrual Syndrome. American Academy of Family Physicians. Dicapai pada 2008-01-10. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ACOG" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b "MayoClinic.com: Premenstrual syndrome syndrome (PMS): Signs and symptoms". 2006-10-27. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: MayoClinic.com" ignored (bantuan)
  4. ^ "Always: Tips and information". 2007. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: Always" ignored (bantuan)
  5. ^ a b "Merck Manual Professional - Menstrual Abnormalities". 2005-11. Dicapai pada 2007-02-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ a b Johnson S, PHD. "Premenstrual Syndrome (Premenstrual Tension)". Menstrual Abnormalities and Abnormal Uterine Bleeding. Armenian Health Network, Health.am. Dicapai pada 2008-01-10.
  7. ^ Amy Scholten, MPH. "What are the risk factors for premenstrual syndrome?". Premenstrual Syndrome (PMS). Harvard Medical school. Dicapai pada 2008-01-10.[pautan mati kekal]
  8. ^ "NHS Direct: Premenstrual syndrome - Causes". 2005-11-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-23. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: NHS Direct" ignored (bantuan)
  9. ^ "Causes of PMS". 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-10. Dicapai pada 2007-02-11. Text "publisher: Always" ignored (bantuan)
  10. ^ Kendler KS, Karkowski LM, Corey LA, Neale MC (1998). "Longitudinal population-based twin study of retrospectively reported premenstrual symptoms and lifetime major depression". Am J Psychiatry. 155 (9): 1234–40. PMID 9734548. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Giannini AJ, Martin DM, Turner CE (1990). "Beta-endorphin decline in late luteal phase dysphoric disorder". Int J Psychiatry Med. 20 (3): 279–84. PMID 2265889.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  12. ^ a b "familydoctor.org: PMS: What you can do to ease your symptoms?". 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-26. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: familydoctor.org" ignored (bantuan)
  13. ^ a b Shah NR, Jones JB, Aperi J, Shemtov R, Karne A, Borenstein J (2008). "Selective serotonin reuptake inhibitors for premenstrual syndrome and premenstrual dysphoric disorder: a meta-analysis". Obstet Gynecol. 111 (5): 1175–82. doi:10.1097/AOG.0b013e31816fd73b. PMID 18448752. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  14. ^ "U.S. Department of Health & Human Services: Premenstrual syndrome". 2006-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-04. Dicapai pada 2007-02-02. Text "publisher: U.S. Department of Health & Human Services" ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Giannini AJ, Sullivan B, Sarachene J, Loiselle RH (1988). "Clonidine in the treatment of premenstrual syndrome: a subgroup study". J Clin Psychiatry. 49 (2): 62–3. PMID 2962993. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ Roca CA, Schmidt PJ, Rubinow DR (1999). "A follow-up study of premenstrual syndrome". J Clin Psychiatry. 60 (11): 763–6. PMID 10584765.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  17. ^ "LifeWatch - Women's Health - Women's Reproductive Health: PMS". Dicapai pada 2008-01-13.
  18. ^ Markens, Susan. “The Problematic of ‘Experience’ A Political and Cultural Critique of PMS.” Gender & Society. 10.1 (February 1996): 42-58.
  19. ^ Figert, Anne E. “The Three Faces of PMS: The Professional, Gendered, and Scientific Structuring of a Psychiatric Disorder.” Social Problems. 42.1 (February 1995): 56-73.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]