Pergi ke kandungan

Manganese

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Manganese
Runtuhan dan asas konkrit yang musnah di Hotel Fitger
Runtuhan dan asas konkrit yang musnah di Hotel Fitger lama di Manganese, Ocktober 2016
Etimologi: Mangan
Manganese yang terletak di Minnesota
Manganese
Manganese
Manganese yang terletak di Amerika Syarikat
Manganese
Manganese
Koordinat: 46°31′39″N 94°00′35″W / 46.52750°N 94.00972°W / 46.52750; -94.00972Koordinat: 46°31′39″N 94°00′35″W / 46.52750°N 94.00972°W / 46.52750; -94.00972
Negara Amerika Syarikat
Negeri Minnesota
KauntiCrow Wing
Diasaskan13 Mac 1912
Diperbadankan10 November 1913
Dibubarkan17 Julai 1961
Aras380 m (1,250 ft)
Zon waktuUTC-6 (Tengah (CST))
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
ID ciri GNIS654881[1]

Manganese adalah sebuah pekan hantu dan bekas komuniti perlombongan di negeri Minnesota, Amerika Syarikat. Mula dihuni di antara 1912 hingga 1960, pekan ini telah dibina di kaunti Crow Wing di seksyen 23 dan 28 perbandaran Wolford, kira-kira 2 batu (3.2 km) utara Trommald, Minnesita. Selepas Manganese dibubarkan, pekan ini menjadi sebahagian daripada Wolford; tapak pekan lama terletak di antara tasik-tasik Coles dan Flynn. Pertama kalinya muncul dalam banci Amerika Syarikat 1920 dengan jumlah penduduk seramai 183, pekan tersebut kemudiannya diabaikan pada 1960.

Pekan Manganese merupakan salah satu daripada komuniti banjaran Cuyuna yang terakhir diasaskan dan dinamakan sempena galian yang dijumpai berdekatan. Manganese ialah komuniti yang diperbadankan, dibina di atas tanah pembentukan Trommald, unit penghasilan bijih bagi daerah Banjaran Utara Banjaran Besi Cuyuna, unik kerana jumlah mangan dalam sebahagian pembentukan besi dan bijih. Pembentukan Trommald dan Daerah Emily yang bersebalahan merupakan sumber mangan terbesar di Amerika Syarikat. Komuniti ini terdiri daripada ramai pendatang yang telah melarikan diri dari bencana alam serta pergolakan sosial dan politik di Eropah selama beberapa dasawarsa sebelum Perang Dunia I.

  1. ^ a b "Manganese". Geographic Names Information System (dalam bahasa Inggeris). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2021. Dicapai pada 29 Mac 2020.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]