Pergi ke kandungan

Pengguna:KLITE789/Serangan 11 September 2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tindak balas semerta

[sunting | sunting sumber]
Presiden A.S., George W. Bush mendengar taklimat serangan Pusat Dagangan Dunia.
Seorang ahli bomba Bandar Raya New York menyeru 10 orang lagi penyelamat supaya datang ke runtuhan Pusat Dagangan Dunia.

Tragedi 9/11 dengan segeranya meninggalkan kesan yang amat sangat kepada rakyat Amerika.[1] Ramai pegawai polis dan penyelamat di seluruh negara mengambil cuti untuk ke Bandar Raya New York untuk membantu dalam proses pencarian mayat daripada sisa-sisa Menara Berkembar.[2] Kegiatan menderma darah turut meningkat secara mendadak di seluruh A.S. dalam beberapa minggu selepas 9/11.[3][4]

Seramai tiga ribu orang kanak-kanak kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya dalam kejadian ini.[5] Selain kehilangan ibu bapa, turut dirakam juga kekhuatiran kanak-kanak akan kehilangan nyawa atau persekitaran yang selamat, serta kesan tragedi kepada penjaga-penjaga yang masih hidup.[6][7][8]

Buat pertama kali dalam sejarah, SCATANA diseru untuk menetapkan keadaan ATC Zero, menutup segala ruang udara, sekaligus memaksa semua pesawat awam bukan kecemasan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain termasuk Kanada mendarat serta-merta,[9] menyebabkan puluh ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia.[10] Sebarang penerbangan antarabangsa tidak dibenarkan memasuki ruang udara As oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, menyebabkan sebanyak 500 penerbangan terpaksa berpatah balik atau dilencongkan ke negara. Kanada menerima 226 penerbangan terlencong itu lantas melancarkan Operasi Yellow Ribbon untuk menguruskan sebegitu banyak kapal terbang dan penumpang yang terkandas.[11]

Operasi ketenteraan ekoran serangan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld mengeluarkan arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti pelibatan Iraq, menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan, Stephen Cambone. "Best info fast. Judge whether good enough hit S.H." — meaning Saddam Hussein — "at same time. Not only UBL" (Cari maklumat terbaik segera. Nilai sama ada Saddam Hussein terlibat sekali, bukan sahaja Osama bin Laden), seperti yang dipetik daripada catatan Cambone daripada Rumsfeld.[12][13]

Majlis NATO mengisytiharkan bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan ke atas semua negara NATO, dan dengan itu, memenuhi takrifan Perkara 5 Piagam NATO. Inilah kali pertama digunakannnya Perkara 5 yang digubal sebagai langkah berjaga-jaga akan serangan Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin.[14] Sekembalinya di Australia setelah kunjungan rasmi ke A.S. ketika serangan berlaku, Perdana Menteri Australia, John Howard menggunakan Perkara IV perjanjian ANZUS. Sejurus selepas serangan berlaku, kerajaan Bush mengumumkan Perang Terhadap Keganasan, dengan matlamat membawa Osama bin Laden dan al-Qaeda ke muka pengadilan serta mencegah kebangkitan rangkaian pengganas yang lain. Antara pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah sekatan ekonomi dan ketenteraan ke atas negara-negara yang dilihat melindungi pengganas, serta mempertingkat usaha pemantauan dan perisikan sedunia.

Pada 7 Oktober 2001, Perang di Afghanistan bermula apabila tentera A.S. dan British melancarkan kempen pembedilan udara di Afghanistan dengan kem-kem Taliban dan al-Qaeda sebagai sasaran, kemudian menghantar tentera Angkatan Khas untuk menceroboh Afghanistan. Penggulingan pemerintahan Taliban di Afghanistan oleh tentera campuran pimpinan A.S. merupakan operasi kedua terbesar usaha Perang Terhadap Keganasan di luar A.S., dan yang terbesar yang berkaitan langsung dengan terorisme. Filipina dan Indonesia, antara negara-negara yang berdepan dengan konflik dalaman dengan keganasan Islam, juga mempertingkatkan kebersediaan tenteranya.[15][16]

Gerak balas dalam nefara

[sunting | sunting sumber]
Presiden Bush berucap di sesi bersama kedua-dua dewan Kongres pada 20 September 2001

Ekoran kejadian serangan ini, kadar sambutan baik Presiden Bush meningkat ke 90%.[17] Pada 20 September 2001, presiden A.S. berucap kepada negaranya dan sesi bersama kedua-dua dewan Kongres Amerika Syarikat, berkenaan kejadian-kejadian pada hari itu, sembilan hari usaha mencari dan menyelamat yang berselang, dan hasratnya untuk bergerak balas kepada kejadian-kejadian itu. Sehubungan dengan itu, Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani mendapat sanjungan tinggi di seluruh kota dan negara kerana memainkan peranan besar dalam bergerak balas terhadap kejadian ini.[18]

Tabung-tabung bantuan dibuka serta-merta untuk membantu mangsa-mangsa serangan, dengan tugas menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa yang terselamat dan juga sanak-saudara mangsa, misalnya Coalition of 9/11 Families. Hingga tarikh akhir pemampasan mangsa, 11 September 2003, 2,833 permohonan telah diterima daripada keluarga mangsa-mangsa terkorban.[19]

Rancangan luar jangkaan untuk kesinambungan pemerintahan dan pemindahan para pemimpin juga dilaksanakan sejurus selepas serangan itu.[10] Bagaimanapun, Kongres tidak dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat berada di bawah status kesinambungan pemerintahan sehingga Februari 2002.[20]

Di dalam Amerika Syarikat, Akta Keselamatan Tanah Air 2002 diluluskan oleh Kongres dan ditandatangani oleh Presiden Bush, sekaligus menubuhkan Jabatan Keselamatan Tanah Air yang melambangkan penstrukturan semula terbesar dalam kerajaan Amerika Syarikat dalam sejarah terkini. Kongres juga meluluskan Akta PATRIOT yang bertujuan membantu mengesan dan mendakwa kegiatan pengganas dan jenayah-jenayah seumpamanya.[21]

Akta PATRIOT dibidas oleh para pendukung kebebasan awam yang mendakwa bahawa ia membenarkan pihak penguatkuasa undang-undang untuk menyerang privasi warganegara serta and eliminates pengawasan kehakiman terhadap penguatkuasaan undang-undang dan perisikan domestik.[22][23][24] Pentadbiran Bush juga menjadikan kejadian 9/11 sebagai sebab untuk melaksanakan operasi rahsia Agensi Keselamatan Negara "untuk mengintip komunikasi telefon dan e-mel di antara Amerika Syarikat dan orang di luar negara tanpa waran".[25]

Jenayah kebencian

[sunting | sunting sumber]

Ekoran serangan 9/11, timbulnya laporan-laporan gangguan dan jenayah kebencian terhadap orang-orang yang berasal dari Timur Tengah dan sesiapa yang kelihatan seperti orang Timur Tengah.[26][27] Golongan Sikh turut disasarkan kerana lelaki Sikh lazimnya memakai serban yang juga dijadikan stereotaip Muslimin di mata Barat. Turut dilaporkan ialah cercaan, serangan masjid dan tempat ibadah yang lain (termasuk pengeboman kuil Hindu) dan serangan terhadap orang, termasuk satu pembunuhan: Balbir Singh Sodhi ditembak sampai mati pada 15 September 2001. Seperti lelaki Sikh yang lain, beliau juga disalah sangka sebagai Muslim.[26]

Menurut kajian oleh Universiti Negeri Ball, sesiapa yang dirasakan berketurunan Timur Tengah lebih berkemungkinan menjadi mangsa jenayah kebencian sebagai umat Islam ketika ini. Kajian ini juga mendapati peningkatan jenayah kebencian terhadap sesiapa sahaja yang dirasakan beragama Islam, Arab dan sesiapa sahaja yang disangka berasal dari Timur Tengah.[28]

Satu laporan oleh kumpulan sokongan warga Amerika keturunan Asia Selatan, South Asian Americans Leading Together mendokumenkan liputan media 645 insiden yang menyisihkan rakyat Amerika yang berketurunan Asia Selatan atau Timur Tengah pada 11 hingga 17 September, termasuk laku musnah, arson, serangan, tembak-menembak, gangguan, dan ugutan.[29][30]

Reaksi Muslim Amerika

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan-pertubuhan Islam terbesar di Amerika Syarikat cepat mengecam serangan 9/11 dan menyeru "umat Islam di Amerika Syarikat supaya tampil ke hadapan dengan kemahiran dan sumber mereka untuk membantu meringankan penderitaan mangsa-mangsa dan ahli-ahli keluarga mereka".[31] Top organizations included the Persatuan Islam Amerika Utara, Perikatan Muslim Amerika, Majlis Islam Amerika, Majlis Hubungan Amerika-Islam, Islamic Circle of North America, dan Persatuan Ilmuwan Syari'ah Amerika Utara. Di samping dermaan kewangan, banyak pertubuhan Islam yang melancarkan kempen derma darah dan menyalurkan bantuan perubatan, makanan dan tempat berteduh untuk para mangsa.[32][33][34]

Reaksi antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Seorang ahli bomba mendongak ke arah saki-baki Menara Selatan.

Kejadian ini dikecam oleh media massa dan kerajaan-kerajaan sedunia. Bangsa-bangsa di serata dunia memberikan sokongan dan setiakawan pro-Amerika.[35] Serangan ini turut dikecam oleh negara Timur Tengah, kecuali Iraq yang mengeluarkan kenyataan rasmi semerta bahawa "koboi-koboi Amerika mengaup hasil jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan".[36]

Berpuluh ribu orang cuba melarikan diri dari Afghanistan ekoran serangan itu kerana bimbang akan tindak balas oleh Amerika Syarikat. Pakistan yang sudah menjadi tempat tinggal ramai pelarian Afghan dari konflik Afghan yang terdahulu, menutup sempadannya dengan Afghanistan pada 17 September. Kira-kira sebulan selepas serangan, Amerika Syarikat mengetuai sebuah campuran tentera antarabangsa yang besar untuk menggulingkan rejim Taliban kerana melindungi pertubuhan al-Qaeda.[37] Pihak berkuasa Pakistan bertindak secara berat hatinya[38] untuk berpakat dengan Amerika Syarikat untuk memerangi Taliban. Pakistan menyediakan sebilangan lapangan terbang dan pangkalan tentera kepada Amerika Syarikat untuk serangannya terhadap rejim Taliban lalu menangkap lebih 600 orang yang disyaki ahli al-Qaeda lalu menyerahkannya kepada Amerika Syarikat.[39]

Kebanyakan negara di dunia, termasuk Kanada, China, United Kingdom, Perancis, Rusia, Jerman, India dan Pakistan memperkenalkan perundangan anti-pengganas serta membekukan akaun bank perniagaan-perniagaan dan individu-individu yang disyaki berhubungan dengan al-Qaeda.[40][41] Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan perisikan di beberapa negara, termasuk Itali, Malaysia, Indonesia, dan Filipina turut memberkas pihak-pihak yang disyaki mereka sebagai pengganas dengan menyatakan tujuan memecahkan sarang-sarang militan di seluruh dunia.[42][43]

Di Amerika Syarikat, ini menimbulkan sedikit kontroversi kerana pihak pembangkang seperti Jawatankuasa Pertahanan Perakuan Hak berhujah bahawa sekatan lama terhadap pengawasan persekutuan (cth. pemantauan COINTELPRO terhadap mesyuarat awam) "dimansuhkan" oleh Akta PATRIOT.[44] Pertubuhan-pertubuhan pendesak seperti Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika dan Liberty turut mendakwa bahawa akta itu telah mencabuli sesetengah perlindungan hak awam.[45][46]

Amerika Syarikat menubuhkan pusat penahanan di Teluk Guantánamo, Cuba untuk menahan banduan-banduan yang ditakrifkan sebagai "penempur musuh haram". Kewajaran penahanan ini telah dipersoal oleh Parlimen Eropah, Pertubuhan Negara-Negara Amerika, dan Amnesty International, antara lainnya.[47][48][49] Seperti di Amerika Syarikat, serangan ini juga mengakibatkan meningkatnya ketegangan antara Muslim dan bukan Muslim di negara-negara lain.[50]

Dalam satu ucapan di Universiti Bar-Ilan, Benyamin Netanyahu menyentuh kejadian serangan itu: "Kita (Israel) mendapat manfaat daripada…serangan terhadap Menara Berkembar dan Pentagon dan perjuangan Amerika di Iraq," yang dikatakannya boleh membuat "pendapat umum Amerika lebih menyebelahi kita."[51][52]

Kesan jangka panjang

[sunting | sunting sumber]
Pandangan satelit Manhattan menunjukkan kepulan asap gergasi sehari selepas serangan.

Kesan kepada ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kejadian ini meninggalkan kesan ekonomi yang mendalam dalam pasaran Amerika Syarikat dan dunia.[53] Bursa Saham New York (NYSE), Bursa Saham Amerika (AMEX), dan NASDAQ tidak dibuka pada 11 September dan kekal tutup sehingga 17 September. Apabila pasaran saham dibuka semula, pasaran saham Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) menjunam 684 mata, atau 7.1%, kepada 8921, menjadikannya penurunan mata sehari yang terbesar ketika itu.[54]

Pada akhir minggu itu, DJIA susut 1,369.7 mata (14.3%), iaitu penurunan mata seminggu yang terbesar dalam sejarah, sebelum diatasi pada tahun 2008 ketika krisis kewangan sedunia.[55] Saham A.S. kerugian nilai sebanyak $1.4 trilion pada minggu itu.[55] Ini adalah bersamaan dengan $1.74 trilion dari segi nilai masa kini.[56]

Di Bandar Raya New York, sekitar 430,000 bulan bekerja dan gaji sebanyak $2.8 bilion melayang dalam tiga bulan selepas serangan 9/11. Kesan ekonominya tertumpu pada sektor-sektor ekonomi eksport bandaraya.[57] KDNK bandaraya dianggarkan susut $27.3 bilion pada tiga bulan terakhir 2001 dan seluruh tahun 2002. Kerajaan persekutuan menyediakan bantuan segera bernilai $11.2 bilion kepada kerajaan Bandar Raya New York pada September 2001, dan $10.5 bilion lagi pada awal tahun 2002 untuk keperluan pembangunan ekonomi dan prasarana.[58]

Serangan 9/11 turut menjejaskan perusahaan-perusahaan kecil di Lower Manhattan dekat Pusat Dagangan Dunia. Sebanyak 18,000 perniagaan kecil lingkup atau terpaksa berpindah kerana tragedi ini. Bantuan dihulurkan oleh pinjaman Pentadbiran Perniagaan Kecil dan Geran Blok Pembangunan Masyarakat dan Pinjaman Bencana Kerosakan Ekonomi (Community Development Block Grants and Economic Injury Disaster Loans) daripada kerajaan persekutuan.[58] Kira-kira 31,900,000 kaki persegi (2,960,000 m2) ruang pejabat di Lower Manhattan rosak atau musnah sepenuhnya.[59]

Ramai yang tertanya-tanya adakah pekerjaan-pekerjaan dan asas cukai yang terjejas itu akan pulih.[60] Kajian terhadap kesan ekonomi 9/11 menunjukkan bahawa keterjejasan pasaran hartanah pejabat Manhattan tidak seteruk yang diharapkan dahulu disebabkan keperluan industri perkhidmatan kewangan untuk berinteraksi secara bersemuka.[61][62]

Ruang udara Amerika Syarikat ditutup selama beberapa hari selepas kejadian itu. Selepas ruang udara dibuka semula, perjalanan udara di benua itu banyak merosot sehingga muatan penerbangan terpaksa dipotong 20%, malah menerukkan masalah kewangan dalam industri penerbangan A.S. yang sedang bertenggang ketika itu.[63]

Kesan kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Seorang ahli bomba berdiri di tengah-tengah runtuhan dan asao di Bandar Raya New York

Beribu-ribu tan reruntuhan toksik yang terhasil akibat keruntuhan Menara Berkembar mengandungi lebih 2,500 jenis bahan cemar, termasuk karsinogen.[64][65] Ini menimbulkan masalah kesihatan yang melesukan badan di kalangan para penyelamat yang dikatakan ramai sebagai berkaitan langsung dengan keterdedahan kepada reruntuhan.[66][67] Misalnya, Pegawai NYPD Frank Macri meninggal dunia akibat barah paru-paru yang merebak ke seluruh badannya pada 3 September 2007; keluarganya mendakwa bahawa barah itu berpunca daripada dirinya yang berada terlalu lama di tempat kejadian lalu memohon faedah kematian ketika bertugas, tetapi belum diputuskan oleh pihak bandaraya hingga kini.[68] Pentadbiran Presiden Bush mengarahkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar supaya mengeluarkan kenyataan untuk menenteramkan orang awam mengenai kualiti udara ekoran serangan atas sebab keselamatan negara; namun begitu, agensi tersebut tidak memutuskan bahawa kualiti udara pulih kepada tahap sebelum 9/11 sehingga Jun 2002.[69]

Kesan kesihatan turut meluas kepada beberapa penduduk, pelajar dan pekerja pejabat di Lower Manhattan dan Chinatown.[70] Beberapa kematian telah dikaitkan dengan habuk toksik yang berpunca daripada keruntuhan Pusat Dagangan Dunia, dan nama-nama mangsa ini juga akan tertera dalam tugu peringatan Pusat Dagangan Dunia.[71] Juga terdapat spekulasi saintifik bahawa pendedahan kepada pelbagai keluaran toksik di udara boleh memudaratkan perkembangan janin. Disebabkan kemungkinan bahaya ini, Pusat Kesihatan Persekitaran Kanak-Kanak Columbia sedang menganalisa kanak-kanak yang dikandung oleh ibu mereka yang tinggal atau bekerja dekat Pusat Dagangan Dunia sewaktu kejadian.[72] Kajian terhadap para pekerja penyelamat yang dikeluarkan pada April 2010 mendapati bahawa kesemua pekerja penyelamat itu mengalami kerosakan fungsi paru-paru, yang mana 30–40% pekerja melaporkan simptom berulang-ulang yang timbul dalam tahun pertama selepas kejadian, tanpa pemulihan yang ketara sejak itu.[73]

Pertikaian undang-undang mengenai kos merawat penyakit yang berkenaan dengan kejadian 9/11 masih berlonggok dalam sistem mahkamah. Pada 17 Oktober 2006, hakim persekutuan Alvin Hellerstein menolak keengganan pentadbiran Bandar Raya New York untuk menanggung kos kesihatan untuk para pekerja penyelamat, sekaligus membuka jalan kepada tuntutan mahkamah terhadap kerajaan bandaraya.[74] Para pegawai kerajaan dipersalahkan kerana menyeru orang awam supaya kembali ke Lower Manhattan dalam beberapa minggu selepas kejadian. Christine Todd Whitman, pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar sewaktu serangan itu berlaku, teruk dikecam oleh Hakim Daerah A.S. Deborah A. Batts kerana tersalah kata bahawa kawasan tersebut selamat diduduki.[75] Selain itu, Datuk Bandar Giuliani turut dibidas kerana menyeru para kakitangan industri kewangan supaya cepat-cepat kembali bertugas di kawasan Wall Street raya.[76]

Sesetengah rakyat Amerika menjadi takut untuk menaiki kapal terbang dan lebih rela memandu kereta untuk perjalanan jauh. Ini menyebabkan "lebihan" kira-kira 1,595 kematian di lebuh raya pada tahun berikutnya selepas kejadian.[77]

Siasatan FBI

[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas kejadian ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melancarkan PENTTBOM, iaitu siasatan jenayah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. FBI memberitahu Senat A.S. bahawa terdapat bukti yang "jelas dan tidak boleh disangkal" bahawa serangan ini berkaitan dengan al-Qaeda dan Osama bin Laden.[78]

Suruhanjaya 9/11

[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Kebangsaan Tentang Serangan Pengganas ke atas Amerika Syarikat (National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States, atau Suruhanjaya 9/11) yang dipengerusikan oleh bekas Gabenor New Jersey, Thomas Kean,[79] dibentuk pada akhir tahun 2002 untuk menyediakan keterangan terperinci mengenai kejadian ini, termasuk kebersediaan dan gerak balas segera terhadap serangan itu. Pada 22 Julai 2004, Suruhanjaya 9/11 mengeluarkan Laporan Suruhanjaya 9/11. Suruhanjaya itu dan laporannya turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak.[80][81]

Keruntuhan Pusat Dagangan Dunia

[sunting | sunting sumber]
6 WTC: salah sebuah bangunan Pusat Dagangan Dunia yang separa musnah.

Sebuah siasatan teknikal megenai keselamatan bangunan dan kebersediaan untuk kebakaran terhadap Menara Berkembar dan 7 WTC telah dijalankan oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, dengan tujuan menentukan punca-punca keruntuhan bangunan, sejauh mana kecederaan dan kehilangan nyawa yang dialami, dan langkah-langkah yang diambil dalam perekaan dan pengurusan Pusat Dagangan Dunia.[82] Siasatan terhadap keruntuhan 1 WTC dan 2 WTC berakhir pada tahun Oktober 2005, dan siasatan terhadap keruntuhan 7 WTC pula berakhir pada Ogos 2008.[83][84]

Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa pengalisan api prasarana keluli Menara Berkembar dilumpuhkan oleh impak hempasan pesawat, dan menara-menara tersebut pasti masih berdiri andai kejadian ini tidak pernah berlaku.[85] Hasil kajian yang diterbitkan oleh para penyelidik Universiti Purdue mengesahkan bahawa, jika penebatan haba dalam tiang-tiang utama disental dan suhu tiang meningkat kepada kira-kira 700 °C (1,292 °F), maka kebakaran itu adalah mencukupi untuk menyebabkan keruntuhan.[86][87]

W. Gene Corley, pengarah usaha penyiasatan terawal, mengulas bahawa "menara-menara itu benar-benar kuat bertahan. Bukan pesawat pengganas yang tumbangkannya; sebaliknya ia tumbang kerana kebakaran yang menyusul. Sudah terbukti bahawa bangunan itu masih boleh berdiri walaupun kehilangan dua pertiga tiang dalam setiap menara."[88] Kebakaran itu melesukan kekuda yang menyokong lantai sehingga lantai melandut. Lantai yang melandut itu menarik pada tiang-tiang keluli luaran sehingga tiang luaran itu melengkung ke dalam. Dengan kemusnahan tiang teras, tiang luaran yang melengkok itu tidak mampu lagi menyokong bangunan, sekaligus menyebabkan bangunan itu runtuh. Selain itu, laporan ini menegaskan bahawa ruang-ruang tangga menara tidak diperkuat secukupnya untuk menyediakan jalan keluar kecemasan untuk mereka di atas zon hempasan.[89] NIST membuat kesimpulan bahawa kebakaran yang tidak terkawal di 7 WTC menyebabkan rasuk lantai dan galang kepanasan dan kemudiannya "menyebabkan tiang sokongan genting menjadi lemah, sekaligus memulakan keruntuhan progresif aruhan kebakaran yang menumbangkan seluruh bangunan".[84]

Pemeriksaan dalaman CIA

[sunting | sunting sumber]
Petikan daripada sebuah Taklimat Harian Presiden kepada CIA bertarikh 6 Ogos 2001 yang pernah disulitkan, menyebutkan laporan-laporan tak tersokong daripada sebuah agensi perisikan luar negara yang berpendapat bahawa Osama bin Laden mungkin ingin merampas sebuah pesawat untuk menjamin penyelamatan banguan pelampau Islam.

Ketua Inspektor CIA menjalankan pemeriksaan dalaman prestasi CIA pra-9/11 dan amat kecewa dengan para pegawai kanan CIA kerana tidak melakukan segala tindakan yang termampu untuk berdepan menghadapi pengganasan. Beliau mengutuk kegagalan mereka untuk menghalang dua orang perampas 9/11, iaitu Nawaf al-Hazmi dan Khalid al-Mihdhar, ketika mereka memasuki Amerika Syarikat, serta kegagalan mereka untuk berkongsi maklumat tentang kedua-dua perampas itu dengan FBI.[90]

Pada Mei 2007, para senator dari kedua-dua parti Demokrat dan Parti Republikan mendrafkan perundangan yang diharapkan membentangkan laporan siasatan CIA dalaman secara terbuka. Salah seorang penyokongnya, Senator Ron Wyden berkata "Rakyat Amerika berhak untuk tahu apa yang dilakukan oleh Agensi Perisikan Pusat dalam bulan-bulan tergenting sebelum 9/11.... Saya akan terus mendesaknya sehingga orang awam tahu." Laporan berkenaan menyiasat tanggungjawab setiap orang kakitangan CIA sebelum dan selepas serangan 9/11. Laporan tersebut siap pada tahun 2005, tetapi butirannya belum lagi didedahkan kepada umum.[91]

Pembinaan semula

[sunting | sunting sumber]

Pada hari serangan berlaku, Datuk Bandar Raya New York, Rudy Giuliani mengumumkan, "Kita akan membina semula. Kami akan bangkit dengan lebih kuat lagi daripada dahulu, iaitu lebih kuat dari segi politik mahupun ekonomi. Latar langit akan pulih kembali."[92] Perbadanan Pembangunan Manhattan Rendah yang dipertanggungjawabkan menyelaras usaha pembangunan semula tapak Pusat Dagangan Dunia, mendapat bidasan kerana tidak banyak membuat apa-apa dengan dana besar yang diajukan kepada usaha pembinaan semula.[93][94]

Selain pembinaan semula 7 World Trade Center yang berdekatan dengan tapak utama dan siap pada tahun 2006, dan stesen PATH yang dibuka pada lewat tahun 2003, usaha pembinaan semula di atas tapak utama Pusat Dagangan Dunia ditunda hingga akhir tahun 2006, apabila pemegang pajak, Larry Silverstein dan Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey mencapai persetujuan tentang pembiayaan bangunan baru.[95] 1 World Trade Center kini sedang dibina di tapak itu dan dijangka siap pada tahun 2011. Pada ketinggian 1,776 kaki (541 m), ia akan menjadi salah sebuah bangunan tertinggi di Amerika Utara, hanya mengekori Menara CN di Toronto.[96]

Tiga lagi menara dijangka dibina dari tahun 2007 hingga 2012 di atas tapak itu, dan akan terletak satu blok di timur tapak menara asal. Selepas kemelesetan akhir 2000-an, para pemilik tapak berkata bahawa pembinaan menara baru mungkin ditunda hingga tahun 2036.[97] Bahagian Pentagon yang musnah itu dibina semula dan sedia digunakan tidak lebih setahun selepas kejadian berlaku.[98]

Peringatan

[sunting | sunting sumber]

Dalam beberapa hari selepas berlakunya serangan ini, upacara memperingati mangsa diadakan berbanyak-banyak di seluruh dunia.[99][100][101] Selain itu, orang ramai mengirim gambar foto mangsa yang maut atau hilang di sekitar Ground Zero. Seorang saksi mengakui kemustahilan "mengelakkan wajah-wajah mangsa korban yang tidak bersalah. Gambar-gambar mereka di sana-sini, di pondok telefon, lampu jalan, mahupun dinding stesen bawah tanah. Segalanya umpama sebuah upacara pengebumian besar-besaran, semua orang berasa serba senyap dan sedih, tetapi juga berbudi. Sebelum, New York memang dingin perasannya; sekarang orang ramai menghulurkan tangan untuk saling membantu.”[102]

Pemandangan Tribute in Light dari Jersey City pada ulang tahun kejadian pada tahun 2004.

Salah satu tugu peringatan yang terawal buat tragedi ini ialah Tribute in Light (Penghormatan dalam Cahaya), sebuah pasangan 88 biji lampu cari di tapak menara Pusat Dagangan Dunia yang memancarkan sepasang sorotan cahaya yang menegak ke angkasa.[103] Di New York, sebuah pertandingan diadakan untuk mereka bentuk sebuah tugu peringatan yang sesuai untuk tapak kejadian.[104] Reka bentuk yang menang, iaitu Reflecting Absence (Bayangan Ketiadaan), dipilih pada Ogos 2006, dan terdiri daripada sepasang kolam pembayang di tapak menara, dikelilingi oleh senarai nama-nama mangsa dalam ruang tugu di bawah tanah.[105] Rancangan untuk membina muzium di tapaknya telah ditangguhkan ekoran pembatalan projek Pusat Kebebasan Antarabangsa atas sebab menerima aduan daripada ramai saudara-mara mangsa.[106]

Tugu Peringatan Pentagon siap dibina dan dibuka kepada umum pada ulang tahun ketujuh kejadian, iaitu 11 September 2008.[107][108] Ia terdiri daripada sebuah taman lanskap dengan 184 buah bangku yang menghadap Pentagon.[109] Apabila Pentagon dibaik pulih pada tahun 2001–2002, ia dilengkapi oleh sebuah gereja kecil persendirian dan memorial dalaman yang terletak di titik hempasan Penerbangan 77.[110]

Di Shanksville, sebuah Tugu Peringatan Kebangsaan Penerbangan 93 dirancangkan berupa sedusun pokok yang membentuk bulatan di keliling tempat hempasan yang dibelah dua oleh laluan pesawat, dengan peranggu loceng angin yang dicap nama-nama mangsa.[111] Sebuah tugu peringatan sementara terletak 500 ela (457 m) dari tapak hempasan.[112] Pihak bomba Bandar Raya New York mendermakan sebuah tugu peringatan kepada Jabatan Bomba Sukarelawan Shanksville. Ia berupa palang buatan keluli dari sisa-sisa Pusat Dagangan Dunia dan tercagak di atas pelantar yang berbentuk Pentagon.[113] Ia dipasang di luar balai bomba pada 25 Ogos 2008.[114]

Di tempat-tempat lain juga didirikannya tugu-tugu peringatan tetap, serta juga badan-badan amal dan biasiswa oleh saudara-mara mangsa, di samping banyak lagi pertubuhan dan tokoh-tokoh individu.[115]

Pada setiap hari ulang tahun, di Bandar Raya New York, nama-nama mangsa yang terkorban di lokasi tersebut dibacakan berlatarkan muzik yang sayu. Presiden Amerika Syarikat juga menghadiri upacara peringatan di Pentagon.[116] Upacara kecilan turut diadakan di Shanksville, Pennsylvania.

Tempat persemadian akhir para mangsa WTC

[sunting | sunting sumber]

Berikutan kejadian serangan itu, Kambus Tanah Fresh Kills di Staten Island dibuka semula buat sementara waktu untuk menerima dan memproseskan kebanyakan reruntuhan puing kemusnahan Pusat Dagangan Dunia. Reruntuhan ini mengandungi tinggalan jasad ramai mangsa; kebanyakannya dalam bentuk habuk dan cebisan kecil. Pada Ogos 2005, 17 orang plaintif yang mengaku mendapat sokongan daripada 1,000 saudara-mara lain, memfailkan kes di mahkamah untuk menggesa pihak Bandar Raya New York memindahkan hampor sejuta tan bahan-bahan dari kambus tanah Fresh Kills kepada sebuah lokasi lain di mana ia boleh diayak dan dikebumikan dalam tanah perkuburan. Norman Siegel, peguam bagi pihak plaintif, berkata "Pokoknya adalah begini: Adakah kita bersedia untuk membiarkan ratusan anggota badan dan jasad manusia di dalam longgokan sampah?" James E. Tyrrell, peguam yang mewakili pihak bandaraya pula berhujah "Anda mesti mampu memperincikan dan menyatakan yang mana satu anggota badan anda. Yang tinggal sahaja di sini ialah setimbun habuk yang tidak dibeza-bezakan."[117][118]

Pada 26 Mac 2010, para keluarga mangsa 9/11 menerima pemberitahuan bahawa pihak bandaraya akan menjalankan operasi pengayakan untuk tinggalan-tinggalan jasad mangsa Pusat Dagangan Dunia di kambus tanah Fresh Kills. Operasi ini dijadualkan memakan masa tiga bulan pada kos dianggarkan $1.4 juta. Para ahli antropologi dan pakar-pakar terlatih yang lain akan menilai dan mencari bahan-bahannya secara teliti, dan yang kemungkinan besar tinggalan manusia akan dihantar untuk ujian selanjutnya di makmal-makmal Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan.[119]

Pada 4 Oktober 2010, Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak rayuan oleh sebilangan keluarga mangsa 9/11 untuk mendesak pemeriksaan bahan tapak WTC yang lebih teliti untuk mencari tinggalan manusia sebelum dilupuskan semula. Mereka mendakwa bahawa sesetengah bahan itu (223,000 tan daripada sejumlah kira-kira 1.65 juta) sama ada langsung tidak ditapis atau tidak ditapis secukupnya, dan berhujah bahawa kambus tanah tidak sesuai sebagai tanah persemadian untuk bahan-bahan yang mungkin masih mengandungi tinggalan jasad mangsa. (Menurut rekod mahkamah, tinggalan jasad kira-kira 1,100 daripada 2,752 orang yang terbunuh di tapak masih belum ditemui atau dikenal pasti.) Para pegawai bandaraya menyatakan bahawa mereka telah menghabiskan sekitar 10 bulan meneliti bahan-bahan berkenaan untuk mencari tinggalan jasad manusia sebelum menghantarnya balik kepada kambus tanah. Mahkamah persekutuan rendah sudah pun menolak tuntutan mahkamah oleh para keluarga itu terhadap pemerintah Bandar Raya New York.[120]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Stein, Howard F. (2003). "Days of Awe: September 11, 2001 and its Cultural Psychodynamics". Journal for the Psychoanalysis of Culture and Society. Columbus, OH: Ohio State University Press. 8 (2): 187–199. doi:10.1353/psy.2003.0047. ISSN 1088-0763.
  2. ^ "Asthma Rates Up Among Ground Zero Workers". CBS News. Associated Press. 27 Ogos 2007. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ Glynn, Simone A.; Busch, MP; Schreiber, GB; Murphy, EL; Wright, DJ; Tu, Y; Kleinman, SH; Nhlbi Reds Study, Group (7 Mei 2003). "Effect of a National Disaster on Blood Supply and Safety: The September 11 Experience". Journal of the American Medical Association. American Medical Association. 289 (17): 2246. doi:10.1001/jama.289.17.2246. PMID 12734136. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  4. ^ "Red Cross Woes". PBS. 19 Disember 2001. Dicapai pada 1 Mei 2008.
  5. ^ Coates SW, Schechter DS (2004). Preschoolers’ traumatic stress post-9/11: Relational and developmental perspectives. Disaster Psychiatry: A Closer Look. Psychiatric Clinics of North America, 27, 473–489.
  6. ^ Schechter DS, Coates SW, First E (2002). Observations of acute reactions of young children and their families to the World Trade Center attacks. Journal of ZERO-TO-THREE: National Center for Infants, Toddlers, and Families, 22(3), 9–13.
  7. ^ Coates SW, Rosenthal J, Schechter DS—Eds. (2003). September 11: Trauma and Human Bonds. New York: Taylor and Francis, Inc.
  8. ^ Klein, Devoe, Miranda-Julian, Linas (2009). Young children's responses to September 11th: The New York City experience. Infant Mental Health Journal. 30(1), 1–22.
  9. ^ FDC (13 April 2007). "NOTAMs/Flight Restrictions in Effect on 9/13/01" (PDF). Federal Bureau of Investigation (hosted at JudicialWatch). m/s. 15ff. External link in |publisher= (bantuan)
  10. ^ a b "Wartime". National Commission on Terrorists Attacks upon the United States. U.S. Congress. Dicapai pada 8 September 2006.
  11. ^ "Actions taken following September 11 terrorist attacks" (Siaran akhbar). Transport Canada. 11 Disember 2001. Dicapai pada 23 April 2009.
  12. ^ Roberts, Joel (4 September 2002). "Plans For Iraq Attack Began On 9/11". CBS News. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  13. ^ Borger, Julian (24 Februari 2006). "Blogger bares Rumsfeld's post 9/11 orders". London: Guardian News and Media Limited. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  14. ^ "Statement by the North Atlantic Council". NATO. 15 September 2001. Dicapai pada 8 September 2006. Article 5: The Parties agree that an armed attack against one or more of them in Europe or North America shall be considered an attack against them all and consequently they agree that, if such an armed attack occurs, each of them, in exercise of the right of individual or collective self-defence recognised by Article 51 of the Charter of the United Nations, will assist the Party or Parties so attacked by taking forthwith, individually and in concert with the other Parties, such action as it deems necessary, including the use of armed force, to restore and maintain the security of the North Atlantic area. / Any such armed attack and all measures taken as a result thereof shall immediately be reported to the Security Council. Such measures shall be terminated when the Security Council has taken the measures necessary to restore and maintain international peace and security.
  15. ^ C. S. Kuppuswamy (2 November 2005). "Terrorism in Indonesia : Role of the Religious Organisation". South Asia Analysis Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2007. Dicapai pada 6 Julai 2007. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  16. ^ Banlaoi, Rommel (2006). "Radical Muslim Terrorism in the Philippines". Dalam Tan, Andrew (penyunting). Handbook on Terrorism and Insurgency in Southeast Asia. London: Edward Elgar Publishing.
  17. ^ "Presidential Approval Ratings – George W. Bush". Gallup. Dicapai pada 9 April 2009.
  18. ^ Pooley, Eric. "Mayor of the World". Time 2001 Person of the Year. Time. Dicapai pada 14 Jun 2011.
  19. ^ Barrett, Devlin (23 Disember 2003). "9/11 Fund Deadline Passes". CBS News. Dicapai pada 8 September 2006.
  20. ^ "'Shadow Government' News To Congress". CBS News. 2 Mac 2002. Dicapai pada 8 September 2006.
  21. ^ "The USA PATRIOT Act: Preserving Life and Liberty". United States Department of Justice. Dicapai pada 12 September 2008.
  22. ^ "Uncle Sam Asks: "What The Hell Is Going On Here?" in New ACLU Print and Radio Advertisements" (Siaran akhbar). American Civil Liberties Union. 3 September 2003. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  23. ^ Eggen, Dan (30 September 2004). "Key Part of Patriot Act Ruled Unconstitutional". Washington Post. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  24. ^ "Federal judge rules 2 Patriot Act provisions unconstitutional". CNN. 26 September 2007. Dicapai pada 19 Mei 2008.
  25. ^ VandeHei, Jim (5 Januari 2006). "Cheney Cites Justifications For Domestic Eavesdropping". Washington Post. Dicapai pada 8 September 2006. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  26. ^ a b "Hate crime reports up in wake of terrorist attacks". CNN. 17 September 2001. Dicapai pada 8 September 2006.
  27. ^ "U.S. Officials Should Have Been Better Prepared For Hate Crime Wave". Human Rights Watch. 14 November 2002. Dicapai pada 11 September 2008.
  28. ^ "Many minority groups were victims of hate crimes after 9-11". Ball State University. 9 Oktober 2003. Dicapai pada 11 September 2008.
  29. ^ "American Backlash: Terrorist Bring War Home in More Ways Than One" (PDF). SAALT. 2003. Dicapai pada 14 Februari 2010.
  30. ^ Thayil, Jeet (12 Oktober 2001). "645 racial incidents reported in week after September 11". India Abroad.
  31. ^ American Muslim Leaders. "Muslim Americans Condemn Attack". ISNA. Dicapai pada 19 Disember 2006.
  32. ^ Beaulieu, Dan (12 September 2001). "Muslim groups around world condemn the killing of innocents". Agence France Presse – English. |access-date= requires |url= (bantuan)
  33. ^ Davis, Joyce M. (13 September 2001). "Muslims condemn attacks, insist Islam not violent against innocents". Knight Ridder Washington Bureau. |access-date= requires |url= (bantuan)
  34. ^ Witham, Larry (12 September 2001). "Muslim groups decry attacks; No cause justifies the 'immoral' act, U.S. councils say". The Washington Times. |access-date= requires |url= (bantuan)
  35. ^ Hertzberg, Hendrik (11 September 2006). "Lost love". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2010. Dicapai pada 19 Mei 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  36. ^ "Attacks draw mixed response in Mideast". CNN.com. 12 September 2001. Dicapai pada 30 Mac 2007.
  37. ^ "U.S. President Bush's speech to United Nations". CNN. 10 November 2001. Dicapai pada 14 April 2008.
  38. ^ Pakistan|Musharraf bullied into supporting war on terror. Dawn.Com (2009-12-09). Diambil pada 2010-03-16.
  39. ^ Khan, Aamer Ahmed (4 Mei 2005). "Pakistan and the 'key al-Qaeda' man". BBC. Dicapai pada 8 September 2006.
  40. ^ Hamilton, Stuart (24 Ogos 2002). "September 11, the Internet, and the effects on information provision in Libraries" (PDF). 68th IFLA Council and Conference. Dicapai pada 8 September 2006.
  41. ^ "G8 counter-terrorism cooperation since September 11 backgrounder". Site Internet du Sommet du G8 d'Evian. Dicapai pada 14 September 2006.
  42. ^ Walsh, Courtney C (7 Mac 2002). "Italian police explore Al Qaeda links in cyanide plot". Christian Science Monitor. Dicapai pada 8 September 2006.
  43. ^ "SE Asia unites to smash militant cells". CNN. 8 Mei 2002. Dicapai pada 8 September 2006.
  44. ^ Talanian, Nancy (2002). "A Guide to Provisions of the USA Patriot Act and Federal Executive Orders that threaten civil liberties" (PDF). Bill of Rights Defense Committee. Dicapai pada 8 September 2006.
  45. ^ "Reform the Patriot Act – Do not Expand It!". American Civil Liberties Union. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2006. Dicapai pada 14 September 2006.
  46. ^ "Liberty – Protecting Civil Liberties Promoting Human Rights : Terrorism". Liberty. Dicapai pada 14 September 2006.
  47. ^ "Euro MPs urge Guantanamo closure". BBC News. 13 Jun 2006. Dicapai pada 20 Mei 2008.
  48. ^ Mendez, Juan E. (13 Mac 2002). "Detainees in Guantanamo Bay, Cuba; Request for Precautionary Measures, Inter-Am. C.H.R." University of Minnesota. Dicapai pada 14 April 2008.
  49. ^ "USA: Release or fair trials for all remaining Guantánamo detainees". Amnesty International. 2 Mei 2008. Dicapai pada 4 Mei 2008.
  50. ^ "UK | Muslim community targets racial tension". BBC News. 19 September 2001. Dicapai pada 12 September 2009.
  51. ^ "Report: Netanyahu says 9/11 terror attacks good for Israel". Haaretz. 16 04 08. Check date values in: |date= (bantuan)
  52. ^ Philip Giraldi (18 April 2008). "What's Good for Israel". The Huffington Post.
  53. ^ Makinen, Gail (27 September 2002). "The Economic Effects of 9/11: A Retrospective Assessment" (PDF). Congressional Research Service. Library of Congress. m/s. 17. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  54. ^ Barnhart, Bill (17 September 2001). "Markets reopen, plunge". Chicago Tribune. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  55. ^ a b Bob, Fernandez (22 September 2001). "U.S. Markets Decline Again". KRTBN Knight Ridder Tribune Business News. The Philadelphia Inquirer. |access-date= requires |url= (bantuan)
  56. ^ Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  57. ^ Dolfman, Michael L., Solidelle F. Wasser (2004). "9/11 and the New York City Economy". Monthly Labor Review. 127.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  58. ^ a b Makinen, Gail (27 September 2002). "The Economic Effects of 9/11: A Retrospective Assessment" (PDF). Congressional Research Service. Library of Congress. m/s. 5. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  59. ^ Hensell, Lesley (14 Disember 2001). "Tough Times Loom For Manhattan Commercial Market". Realty Times. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  60. ^ Parrott, James (8 Mac 2002). "The Employment Impact of the September 11 World Trade Center Attacks: Updated Estimates based on the Benchmarked Employment Data" (PDF). The Fiscal Policy Institute. Dicapai pada 8 September 2006.
  61. ^ Fuerst, Franz (7 September 2005). "Exogenous Shocks and Real Estate Rental Markets: An Event Study of the 9/11 Attacks and their Impact on the New York Office Market". Russell Sage Foundation. Dicapai pada 10 Mei 2007.
  62. ^ Russell, James S. (7 November 2004). "Do skyscrapers still make sense? Revived downtowns and new business models spur tall-building innovation". Architectural Record. Dicapai pada 10 Mei 2007.
  63. ^ Bhadra, Dipasis (2004). "Airline Networks: An Econometric Framework to Analyze Domestic U.S. Air Travel". United States Department of Transportation. Dicapai pada 21 Mei 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  64. ^ Gates, Anita (11 September 2006). "Buildings Rise from Rubble while Health Crumbles". The New York Times. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  65. ^ "What was Found in the Dust". New York Times. 5 September 2006. Dicapai pada 8 September 2006.
  66. ^ "New York: 9/11 toxins caused death". CNN.com. 24 Mei2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2007. Dicapai pada 10 Julai 2007. Check date values in: |date= (bantuan)
  67. ^ DePalma, Anthony (13 Mei 2006). "Tracing Lung Ailments That Rose With 9/11 Dust". The New York Times. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  68. ^ Shapiro, Rich (10 September 2007). "Cancer ends his fitness life after toil at the Pit". New York Daily News. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  69. ^ Heilprin, John (23 Jun 2003). "White House edited EPA's 9/11 reports". Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada 12 April 2008.
  70. ^ "Updated Ground Zero Report Examines Failure of Government to Protect Citizens". Sierra Club. 2006. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  71. ^ Smith, Stephen (28 April 2008). "9/11 "Wall Of Heroes" To Include Sick Cops". CBS News. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  72. ^ "CCCEH Study of the Effects of 9/11 on Pregnant Women and Newborns" (PDF). World Trade Center Pregnancy Study. Columbia University. 2006. Dicapai pada 14 April 2008.
  73. ^ Lung Function of 9/11 Rescuers Fell, Study Finds The New York Times, 7 April 2010
  74. ^ DePalma, Anthony (18 Oktober 2006). "Many Ground Zero Workers Gain Chance at Lawsuits". The New York Times. Dicapai pada 18 Mei 2008.
  75. ^ Neumeister, Larry (2 Februari 2006). "Judge Slams Ex-EPA Chief Over Sept. 11". San Francisco Chronicle. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2008. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  76. ^ Smith, Ben (18 September 2006). "Rudy's black cloud. WTC health risks may hurt Prez bid". Daily News. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  77. ^ Sakers, Don (May 2010). "The Reference Library: Book Review of The Science of Fear". New York City: Analog. m/s. 106.
  78. ^ "Testimony of Dale L. Watson, Executive Assistant Director, Counterterrorism/Counterintelligence Division, FBI Before the Senate Select Committee on Intelligence". 6 Februari 2002. Dicapai pada 15 September 2009.
  79. ^ "National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States". govinfo.library.unt.edu. Dicapai pada 17 Jun 2008.
  80. ^ Posner, Richard A. (29 Ogos 2004). "The 9/11 Report: A Dissent". The New York Times. Dicapai pada 14 April 2008.
  81. ^ Ed Henry (26 April 2004). "Republicans amplify criticism of 9/11 commission". CNN.com. Dicapai pada 14 April 2008.
  82. ^ "NIST's World Trade Center Investigation". National Institute of Standards and Technology. U.S. Department of Commerce. 14 Disember 2007. Dicapai pada 3 Mei 2008.
  83. ^ "Final Reports of the Federal Building and Fire Investigation of the World Trade Center Disaster". National Institute of Standards and Technology. United States Department of Commerce. 8 Jun 2006. Dicapai pada 30 April 2008.
  84. ^ a b "NIST WTC 7 Investigation Finds Building Fires Caused Collapse". National Institute of Standards and Technology. United States Department of Commerce. 21 Ogos 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2008. Dicapai pada 22 Ogos 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  85. ^ National Construction Safety Team (2005). "Executive Summary". Final Report on the Collapse of the World Trade Center Towers (PDF). National Institute of Standards and Technology. United States Department of Commerce. Dicapai pada 21 Mei 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  86. ^ Irfanoglu, Ayhan; Hoffmann, Christoph M. (2008). "An Engineering Perspective of the Collapse of WTC-I". Journal of Performance of Constructed Facilities. 22 (62).
  87. ^ Tally, Steve (12 Jun 2007). "Purdue creates scientifically based animation of 9/11 attack". Purdue News Service. Dicapai pada 29 Ogos 2008.
  88. ^ Sigmund, Pete (25 September 2002). "Building a Terror-Proof Skyscraper: Experts Debate Feasibility, Options". Dicapai pada 24 Januari 2008.
  89. ^ "Translating WTC Recommendations Into Model Building Codes". National Institute of Standards and Technology. 25 Oktober 2007. Dicapai pada 24 Januari 2008.
  90. ^ "Deep Background". American Conservative. 1 April 2005. Dicapai pada 29 Mac 2007.
  91. ^ Shrader, Katherine (17 Mei 2007). "Senators Want CIA to Release 9/11 Report". San Francisco Chronicle. Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2007. Dicapai pada 14 April 2008.
  92. ^ Taylor, Tess (26 September 2001). "Rebuilding in New York" (68). Architecture Week. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  93. ^ Lubell, Sam (5 Disember 2005). "Power Struggle Heats Up While Development Moves Slowly at Ground Zero". Architectural Record. Dicapai pada 8 September 2006. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  94. ^ Buettner, Russ. "Fat cats milked Ground Zero". Daily News. Dicapai pada 8 September 2006.
  95. ^ Bagli, Charles V. (22 September 2006). "An Agreement Is Formalized on Rebuilding at Ground Zero". The New York Times. Text "accessdate-2010-09-02" ignored (bantuan)
  96. ^ Dunlap, David W. (28 Jun 2006). "Revised Design for Freedom Tower Unveiled". The New York Times. Dicapai pada 29 Disember 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  97. ^ "Talk of delaying WTC towers for decades". Associated Press. 16 April 2009. Dicapai pada 13 Jun 2011.
  98. ^ Oglesby, Christy (11 September 2002). "Phoenix rises: Pentagon honors 'hard-hat patriots'". CNN. Dicapai pada 13 Jun 2008.
  99. ^ "Honoring the fallen, From New York to Texas, Americans pay respect to the victims of terrorism". The Dallas Morning News. 15 September 2001.
  100. ^ Ahrens, Frank (15 September 2001). "Sorrow's Legions; Washingtonians Gather With Candles, Prayers And a Shared Grief". Washington Post.
  101. ^ "Bush Thanks Canadians for Helping After 9/11". Fox News. 1 Disember 2004. Dicapai pada 21 Julai 2007.
  102. ^ Sigmund, Pete (26 September 2001). "Crews Assist Rescuers in Massive WTC Search". Construction Equipment Guide. Dicapai pada 24 Januari 2008.
  103. ^ "Tribute in light to New York victims". BBC News. 6 Mac 2002. Dicapai pada 21 Julai 2007.
  104. ^ "About the World Trade Center Site Memorial Competition". World Trade Center Site Memorial Competition. Dicapai pada 12 September 2008.
  105. ^ "WTC Memorial Construction Begins". CBS News. 6 Mac 2006. Dicapai pada 22 Julai 2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  106. ^ Dunlap, David (25 September 2005). "Governor Bars Freedom Center at Ground Zero". The New York Times. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  107. ^ Miroff, Nick (11 September 2008). "Creating a Place Like No Other". The Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 12 September 2008.
  108. ^ Miroff, Nick (11 September 2008). "A Long-Awaited Opening, Bringing Closure to Many". The Washington Post. The Washington Post Company. Dicapai pada 11 September 2008.
  109. ^ Dwyer, Timothy (26 Mei 2007). "Pentagon Memorial Progress Is Step Forward for Families". The Washington Post. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  110. ^ "DefenseLINK News Photos – Pentagon's America's Heroes Memorial". Department of Defense. Dicapai pada 24 Julai 2007.
  111. ^ "Sept. 11 Flight 93 Memorial Design Chosen". Fox News. 8 September 2005. Dicapai pada 22 Julai 2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  112. ^ "Flight 93 Memorial Project". Flight 93 Memorial Project / National Park Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2008. Dicapai pada 14 April 2008.
  113. ^ Ganassi, Michelle (25 Ogos 2008). "NY firefighter donating steel to Shanksville". Daily American. Dicapai pada 22 Ogos 2008.
  114. ^ Gaskell, Stephanie (25 Ogos 2008). "Pa. site of 9/11 crash gets WTC beam". New York Daily news.
  115. ^ Fessenden, Ford (18 November 2002). "9/11; After the World Gave: Where $2 Billion in Kindness Ended Up". The New York Times. Dicapai pada 21 Mei 2008.
  116. ^ Newman, Andy (11 September 2010). "At a Memorial Ceremony, Loss and Tension". The New York Times.
  117. ^ Hughes, C.J. (16 Disember 2009). "9/11 Families Press Judges on Sifting at Landfill". New York Times. Dicapai pada 29 Disember 2009.
  118. ^ Hartocollis, Anemona (24 Mac 2007). "Landfill Has 9/11 Remains, Medical Examiner Wrote". New York Times. Dicapai pada 29 Disember 2009.
  119. ^ Auer, Doug (27 Mac 2010). "City to sift again for 9/11 remains". Staten Island Advance. Dicapai pada 29 Mac 2010.
  120. ^ Mears, Bill (4 Oktober 2010). "High court rejects appeal over remains of unidentified 9/11 victims". CNN. Dicapai pada 6 Oktober 2010.