Pergi ke kandungan

World Trade Center

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
World Trade Center
Map
Ketinggian yang direkodkan
Tertinggi di dunia dari 1971 hingga 1973[I]
Didahului olehBangunan Empire State
Diatasi olehMenara Willis
Maklumat umum
StatusDimusnahkan
JenisKompleks bangunandestroyed building or structure (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaekspressionisme pembinaan
LokasiManhattan Bawah, Bandaraya New York
NegaraAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat40°42′42″N 74°00′45″W / 40.71167°N 74.01250°W / 40.71167; -74.01250Koordinat: 40°42′42″N 74°00′45″W / 40.71167°N 74.01250°W / 40.71167; -74.01250
Pecah tanah5 Ogos 1966
Pembinaan bermula
  • 1 WTC: 6 Ogos 1968
  • 2 WTC: Januari 1969
  • 3 WTC: Mac 1979
  • 4, 5, and 6 WTC: 1970
  • 7 WTC: 2 Oktober 1984
Upacara atas bumbung
  • 1 WTC: 23 Disember 1970
  • 2 WTC: 19 Julai 1971
Disiapkan pada
  • 1 WTC: 1972
  • 2 WTC: 1973
  • 3 WTC: 1 April 1981
  • 4 WTC: 1975
  • 5 WTC: 1972
  • 6 WTC: 1973
  • 7 WTC: 1987
Pembukaan
  • 1 WTC: 15 Disember 1970
  • 2 WTC: September 1971
  • 3 WTC: 1 Julai 1981[1]
  • 4 WTC: Januari 1977
  • 5 WTC: Mac 1972
  • 6 WTC: Januari 1974
  • 7 WTC: Mei 1987
Dirasmikan padaApril 4, 1973; 51 tahun yang lalu (April 4, 1973)
Dimusnahkan pada11 September 2001; 23 tahun yang lalu (2001-09-11) (Serangan 11 September 2001 Sunting nilai ini di Wikidata)
Pembiayaan900,980,759 $ Sunting nilai ini di Wikidata
PemilikLembaga Pelabuhan New York dan New Jersey
Maklumat lain
Maklumat ketinggian
Menara antena1 WTC: 1,728 kaki (526.7 m)
Bumbung
  • 1 WTC: 1,368 kaki (417.0 m)
  • 2 WTC: 1,362 kaki (415.1 m)
  • 3 WTC: 250 kaki (76.2 m)
  • 4 and 5 WTC: 120 kaki (36.6 m)
  • 6 WTC: 110 kaki (33.5 m)
  • 7 WTC: 610 kaki (185.9 m)
Tingkat teratas
  • 1 WTC: 1,355 kaki (413 m)
  • 2 WTC: 1,348 ka (411 m)
Butiran teknikal
BahanKeluli tahan karatkonkritmarmar Sunting nilai ini di Wikidata
Bilangan tingkat
  • 1 and 2 WTC: 110 tingkat
  • 3 WTC: 22 tingkat
  • 4 and 5 WTC: 9 tingkat
  • 6 WTC: 8 tingkat
  • 7 WTC: 47 tingkat
Keluasan tingkat
  • 1 dan 2 WTC: setiap 4,300,000 ka2 (400,000 m2)
  • 4, 5 dan 6 WTC: setiap 500,000 ka2 (50,000 m2)
  • 7 WTC: 1,868,000 ka2 (170,000 m2)
Lif/mesin pengangkat1 dan 2 WTC: setiap 99
Keluasan permukaan800,000 m² Sunting nilai ini di Wikidata
Reka bentuk dan seni bina
Arkitek
  • Minoru Yamasaki
  • Emery Roth & Sons
PemajuLembaga Pelabuhan New York dan New Jersey
JuruteraWorthington, Skilling, Helle & Jackson,[2] Leslie E. Robertson Associates
Kontraktor utamaSyarikat Pembinaan Tishman Realty
Tapak web
https://wtc.com Sunting nilai ini di Wikidata
Rujukan
I.  World Trade Center di Emporis
[3][4]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Menara Berkembar World Trade Center dari sebelah utara pada Januari 2001
kapal terbang melanggar menara berkembar WTC pada tahun 2001

World Trade Center (Bahasa Inggeris untuk Pusat Dagangan Dunia) merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada tujuh buah bangunan termasuk menara berkembar pencakar langit setinggi 110 tingkat di bandar raya New York, Amerika Syarikat.

Pusat milik Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey ini telah musnah akibat serangan pengganas pada 11 September 2001. Kompleks ini meliputi sebuah kawasan pejabat seluas 13.4 juta kaki persegi, iaitu hampir empat peratus ruang pejabat di seluruh lower Manhattan. Ia juga terletak berhampiran dengan New York Stock Exchange.

Pada Februari 1993, suatu bom telah diletupkan oleh pengganas tetapi ia hanya merosakkan sebahagian kecil bangunan diaras bawah. Namun serangan nekad pengganas pada 2001 telah menghancurkan bangunan tersebut. Selama beberapa dekad, bangunan ini telah menjadi mercu tanda AS terutamanya bandar raya New York. Malah, sewaktu pembukaannya ia telah mengambil alih tempat Bangunan Empire State sebagai bangunan tertinggi di dunia. Selain itu, kompleks ini telah mencetuskan minat terhadap pembinaan Pusat Dagangan Dunia diseluruh dunia.

Pembinaannya bermula pada 5 Ogos, 1966 dan keluli digunakan pada Ogos 1968. Arkitek bangunan ini ialah Minoru Yamasaki, seorang rakyat Amerika berketurunan Jepun yang terkenal dengan bangunan modennya yang artistik.

Pada Disember 1970, beberapa penyewa telah berpindah ke Menara Satu atau World Trade Center One (WTC1). Apabila WTC1 siap dibina pada tahun 1972, ia telah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi didunia dengan ketinggian 1,368 kaki (417 m). Tetapi setahun kemudiannya ia telah ditewaskan oleh Sears Towers di Chicago. Manakala World Trade Center Two (WTC2) telah dimasukki pada Januari 1972. WTC2 pula telah menjadi bangunan kedua tertinggi didunia dengan ketinggian 1,360 kaki. Menara berkembar ini dibuka secara rasminya pada 4 April, 1973.

Walaupun WTC merupakan Pusat Dagangan Dunia yang pertama didunia, ia pada mulanya gagal menarik minat syarikat-syarikat yang terbabit dengan perdagangan antarabangsa. Pada awal 1970-an sebahagian besar kompleks ini dihuni oleh agensi-agensi kerajaan. Hanya pada 1980an barulah beberapa syarikat swasta terutamanya firma kewangan yang terikat dengan Wall Street mula membuka pejabat mereka disana.

Sebagai salah satu mercutanda Amerika Syarikat, WTC sering menjadi sasaran pengganas. Pada 26 Februari, 1993 jam 12:17 tengah hari, sebuah trak Ryder yang sarat dengan bahan peledak telah diletupkan digaraj aras bawah Menara Utara. Serangan ini telah mengorbankan enam orang dan mencederakan lebih seribu orang.


Bangunan World Trade Center

[sunting | sunting sumber]
Pelan

Kompleks WTC terdiri dari 7 bangunan:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The city's newest hotel, the Vista International, officially opened..." UPI. July 1, 1981. Dicapai pada May 23, 2018.
  2. ^ "Twin Towers Engineered To Withstand Jet Collision". Seattle Times. February 27, 1993. Diarkibkan daripada yang asal pada July 10, 2011. Dicapai pada March 11, 2015.
  3. ^ World Trade Center di Emporis
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PANYNJ