Pergi ke kandungan

Konsonan desis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konsonan desis atau sibilan (Inggeris : 'bunyi desis, desar, siut') ialah konsonan geseran yang lebih kuat yang dibuat dengan mengarahkan udara ke gigi dengan lidah.[1] Konsonan desis terdapat pada awal perkataan sirap, zip, syampu, dan dalam sesetengah sebutan Malaysia (/məleʒə/). Simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa untuk bunyi-bunyi ini ialah [s] [z] [ʃ] [ʒ]. Konsonan desis mempunyai bunyi yang kuat, berguna untuk menarik perhatian seseorang (contohnya, "pst!") atau meminta orang senyap ("syyy!").

Dalam konsonan desis gusi desiran iaitu [s] dan [z], belakang lidah membentuk alur sempit untuk membuat aliran udara lebih kuat, menghasilkan pic yang tinggi. Dalam konsonan desis desauan, seperti [ʃ], [tʃ], [ʒ], dan [dʒ], lidah lebih mendatar, menghasilkan pic yang lebih rendah.[2][3]

Satu kategori yang lebih besar ialah lantam, yang merangkumi lebih banyak konsonan geseran daripada desisan seperti konsonan uvular. Konsonan desis ialah sejenis bunyi yang lebih tinggi picnya daripada konsonan lantam. Konsonan desis dalam bahasa Melayu ialah:

  • /s, z, ʃ, tʃ, dʒ/

manakala lantam-lantam Melayu alah:

  • /s, z, ʃ, tʃ, dʒ, f, v/

kerana /f/ dan /v/ adalah konsonan lantam tetapi bukan desisan kerana bunyi-bunyi ini mempunyai pic yang lebih rendah.[4][5][6]

"Kelantaman" ialah betapa kuat dan amatnya bunyi konsonan desis, atau konsonan geseran atau letusan rintangan, yang mana gigi digunakan untuk menghalang aliran udara. Konsonan geseran dan letusan tak desis dibuat tanpa menggunakan bibir tetapi sebaliknya dengan lidah, bibir atau bahagian lain mulut.[perlu rujukan]

Bunyi konsonan desis adalah kuat menjadikan sebarang kelainan pada cara lidah dibentuk dan diposisikan mudah diperasan. Ini menghasilkan keanekaragaman konsonan desis yang terdapat dalam bermacam-macam bahasa.

Konsonan desis lebih kuat daripada yang bukan, dan tenaga akustiknya juga mempunyai frekuensi yang lebih tinggi daripada konsonan geseran bukan desis—biasanya sekitar 8,000 Hz.[7]

Jenis-jenis konsonan desis

[sunting | sunting sumber]

Semua konsonan desis adalah dibuat dengan hujung atau bahagian depan lidah (konsonan koronal). Walau bagaimanapun, bentuk lidah, bahagian lidah yang menyentuh bahagian dalam mulut dan tempat yang disentuh dengan lidah memberikan banyak bunyi desis yang dapat dibuat.

Faktor-faktor berikut mempengaruhi betapa nyaring atau rendah, mengikut tertib pic tertinggi ke pic terrendah:

Biasanya, nilai-nilai yang berbeza bagi setiap pembolehubah di atas bergabung untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring atau lebih rendah. Contohnya, dalam terdapat bahasa Poland konsonan desis beralur gigi-gusian laminal, dan konsonan desis gelungan lelangit subapikal ada dalam bahasa Toda.

Bentuk lidah

[sunting | sunting sumber]

Perbezaan utama ialah bentuk lidah. Kebanyakan bunyi desis mempunyai alur di tengahh-tengah lidah yang membantu memfokuskan aliran udara, tetapi selazim mananya ia tidak diketahui. Selain itu, bentuk-bentuk lidah berikut diterangkan, mengikut tertib pic tertinggi ke pic terendah:

  • Lompong (cth [s]): Kelompongan ini membiarkan udara yang banyak dipaksa melalui lubang yang sempit, menghasilkan pancutan udara yang kuat pada gigi. Ini menghasilkan bunyi "siut" yang pic tinggi dan amat nyaring. Bunyi ini bunyi yang paling lazim dan paling stabil dalam banyak bahasa di seluruh dunia. Ia ada dalam bahasa Melayu dan dilambangkan dengan huruf s atau z, seperti dalam semak atau zon.[meragukan ]
  • Gusi-lelangit (cth [ɕ]): lidah dibentukkan seperti "V" dan bahagian tengah lidah diangkat tinggi, menghasilkan bunyi yang dipalatalkan.
  • Lelangit-gusi (cth [ʃ]): lidah berbentuk seperti kubah (cembung dan agak dipalatalkan). Bunyi ini dilambangkan dalam bahasa Melayu dengan konsonan-konsonan seperti sy, c, atau j, seperti dalam syukur, cicak, jari.
  • Gelungan (cth [ʂ]): lidah berbentuk mendatar atau mencekung, dan tidak dipalatalkan. Terdapat pelbagai bunyi jenis ini, sesetengahnya mempunyai nama lain (cth "konsonan belakang gusi" atau "apikal-gusi"). Bunyi gelungan yang sebenar adalah yang paling rendah picnya dan perlahan antara semua konsonan desis.

Tiga jenis bunyi lelangit gusi yang terakhir tadi dipanggil bunyi "desauan" kerana bagaimana bunyinya, yang berbeza dengan bunyi-bunyi gusi "desiran". Malah, ada berjenis-jenis bunyi selain bunyi s biasa dalam bahasa Inggeris:

  • Dipalatalkan: Konsonan desis boleh dibuat dengan ataupun tanpa menaikkan badan lidah ke lelangit (pempalatalan). Konsonan gusi palatalan ditranskripsikan, contohnya, sebagai [sʲ] dan ada dalam bahasa Rusia; bunyinya serupa dengan gugusan [sj] dalam perkataan siapa.
  • Lispa: Konsonan desis gusi yang dibuat dengan hujung lidah (apikal) berhampiran dengan bahagian atas gigi berbunyi lebih lembut, bunyi [θ] seperti dalam nama khas Bluetooth. Bunyi ini tidak begitu lazim dalam bahasa-bahasa dunia tetapi terdapat dalam beberapa bahasa orang asli California[8] serta dalam dialek-dialek Sepanyol di barat dan selatan Andalusia (barat daya Sepanyol), kebanyakannya di wilayah Cádiz, Málaga, Seville dan Huelva. Dalam dialek-dialek ini, konsonan desis lispa [s̟] (kadangkala ditulis ⟨⟩ dalam bidang kaji dialek Sepanyol) ialah sebutan yang paling lazim huruf s dan z, serta c sebelum i atau e, menggantikan [s] atau [θ] yang digunakan di semua tempat lain di Sepanyol.[9]

Tanpa menggunakan banyak jargon, konsonan gelungan [ʂ] berbunyi lebih kurang seperti [ʃ] biasa seperti dalam "syampu" digabungkan dengan [ɹ] seperti dalam "ratus"; manakala konsonan gusi lelangit [ɕ] berbunyi lebih kurang seperti [ʃ] seperti dalam "syampu" digabungkan dengan [sj] dalam "siapa".

Daerah artikulasi

[sunting | sunting sumber]

Konsonan desis boleh dibuat di mana-mana daerah artikulasi koronal, yakni lidah boleh menyentuh bahagian atas mulut di mana-mana bahagian seperti gigi atas (dental) ke lelangit keras (palatal), dengan artikulasi di antaranya gigi-gusi, gusi dan lelangit gusi.

Titik sentuhan pada lidah

[sunting | sunting sumber]

Lidah boleh menyentuh bahagian atas mulut dengan hujung lidah (artikulasi apikal, cth [ʃ̺]); Ia boleh menyentuh bahagian atas mulut dengan belakang sedikit dari hujung lidah, iaitu daun lidah (artikulasi laminal, cth [ʃ̻]); atau dengan bahagian bawah hujung lidah (artikulasi subapikal). Apabila mengartikulasikan bunyi apikal dan subapikal, lidah sentiasa diarah ke atas dan hujung lidah berada di atas gigi, manakala artikulasi laminal, lidah menyentuh belakang gigi bawah, ia boleh diangkatkan atau diturunkan. Perbezaan ini amat penting untuk konsonan-konsonan desis gelungan, kerana ketiga-tiga jenis boleh dibuat dan setiap satu mempunyai bunyi yang tersendiri. Untuk maklumat lanjut tentang varian ini dan kaitannya dengan konsonan desis, lihat rencana tentang konsonan lelangit gusi.

Untuk artikulasi lamina dengan lidah ke bawah, ada pelbagai tempat di mana hujung lidah boleh diletakkan di belakang gigi bawah. Ke belakang sedikit dari gigi bawah adalah kawasan kosong (atau lubang) di permukaan bawahan mulut. Apabila hujung lidah terletak di tempat kosong ini, terdapat ruang lompong di bawah lidah (rongga sublingual), yang menghasilkan bunyi yang agak rendah. Apabila hujung lidah bersandar pada gigi bawah, rongga sublingual tiada, menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Biasanya, cara hujung lidah diposisikan akan mempengaruhi bentuk lidah dan bunyi yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, bunyi desis lelangit-gusi dalam bahasa Kaukasia Barat Laut seperti Ubykh berbeza. Bunyi-bunyi tersebut meletakkan hujung lidah terus pada gigi bawah, menghasilkan bunyi yang kualitinya "berdesir-desau" menurut Catford. Ladefoged dan Maddieson[1] memanggilnya sebagai artikulasi "belakang gusi laminal tertutup", dan mentranskripsikannya (mengikuti Catford) sebagai [ŝ, ẑ], namun ini bukan notasi AFA. Lihat rencana tentang konsonan lelangit gusi untuk maklumat lanjut.

Simbol AFA

[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menunjukkan jenis-jenis frikatif desisan dalam Abjad Fonetik Antarabangsa:

Tanda-tanda AFA untuk konsonan desis
Tak bersuara
AFA Huraian Contoh
Bahasa Ortografi AFA Maksud
voiceless alveolar sibilant Inggeris sip [sɪp] "hirup"
voiceless alveolo-palatal sibilant Mandarin (xiǎo) [ɕjɑ̀ʊ̯] "kecil"
voiceless palato-alveolar sibilant Inggeris shin [ʃɪn] "tulang kering"
voiceless retroflex sibilant Mandarin 上海 (Shànghǎi) [ʂɑ̂ŋ.xàɪ̯] "Shanghai"
Bersuara
AFA Huraian Contoh
Bahasa Ortografi AFA Maksud
voiced alveolar sibilant Inggeris zip [zɪp] "zip"
voiced alveolo-palatal sibilant Poland zioło ʑɔwɔ] "herba"
voiced palato-alveolar sibilant Inggeris vision [ˈvɪʒən] "penglihatan"
voiced retroflex sibilant Rusia

Poland
жаба

żaba
ʐabə]

ʐaba]
"kodok"

"katak"

Diakritik boleh digunakan untuk memberi perincian. Contohnya, alveolar apikal dan laminal boleh dikhususkan sebagai [s̺] berbdg [s̻]; konsonan desis gigi (ataupun gigi-gusi) menjadi [s̪]; konsonan gusi dipalatalkan menjadi [sʲ]; dan "konsonan desis terkebelakang" adalah [s̠], yang sering digunakan untuk konsonan-konsonan gelungan tertentu (cth. jenis laminal "datar" dan jenis " apikal-gusi"). Tiada diakritik untuk konsonan lelangit-gusi yang diartikulasi secara "tertutup" seperti dalam bahasa Kaukasia Barat Laut, tetapi ia boleh ditranskripsikan [ŝ ẑ] sebagai penyelesaian sementara.

Kombinasi yang boleh ada

[sunting | sunting sumber]

Kombinasi yang dibuktikan. wujud, dengan bahasa contoh, adalah seperti berikut. Sila maklum bahawa diakritik-diakritik AFA telah diringkas; sesetengah artikulasi memerlukan dua diakritik untuk dikhususkan betul-betul tetapi hanya satu digunakan supaya ia dapat dibaca tanpa memerlukan fon AFA OpenType. Selain itu, Ladefoged telah menghidupkan semula satu simbol AFA usang, titik bawah, untuk menunjukkan konsonan lelangit gusi apikal (biasanya dimasukkan dalam kategori konsonan gelungan), dan tatatanda itu digunakan di sini. (Sila maklum bahawa notasi s̠, ṣ kadangkala terbalik; kedua-duanya juga mungkin dipanggil konsonan 'gelungan' dan ditulis ʂ.)

AFA Bentuk lidah Daerah artikulasi
(mulut)
Daerah artikulasi
(lidah)
Contoh bahasa
[s̺̪ z̺̪] lompong gigi apikal Sepanyol Eropah tenggara s/z, Kumeyaay
[s̪ z̪] gigi-gusi laminal Poland s, z; Basque z, tz
[s̺ z̺] gusi apikal Sepanyol semenanjung utara s;

Basque s, ts;

Mandarin s, z, c (apikal, gigi atau gusi)
[s z] apikal atau laminal Inggeris s, z (gusi, lamina;l or apikal);

Sepanyol Amerika atau Eropah barat daya s/z
[s̻ z̻] laminal Toda, Ubykh, Abkhaz
[ʃ ʒ] berkubah belakang gusi apikal atau laminal Inggeris sh, ch, j, zh

dan Perancis ch, j ([ʃʷ ʒʷ])
[ʃ̻ ʒ̻] laminal Toda; Basque x, tx
[ɕ ʑ] dipalatalkan Mandarin x, j, q;

Poland ś, ć, ź, dź;

Ubykh; Abkhaz
[ŝ ẑ]1 lompong

(tiada ruang)

Ubykh; Abkhaz
[s̠ ẕ],

[ʂ̻ ʐ̻]
lompong atau datar

(ruang di bawah lidah)
Poland sz, cz, ż, dż ([ʂ̻ʷ, tʂ̻ʷ, ʐ̻ʷ, dʐ̻ʷ]);

Mandarin sh, zh, ch
[ʂ ʐ],
[ṣ ẓ]
,

dsb.2
lompong apikal Ubykh; Abkhaz;

Kumeyaay; Toda; Rusia
[ʂ ʐ] bergulung lelangit (atau postalveolar?) subapikal Toda

↑1  ŝ ẑ ialah transkripsi untuk tujuan ini. Huruf-huruf AFA ʆ ʓ yang lama juga boleh digunakan.

↑2  Buny-bunyi ini biasanya ditranskripsikan ʂ ʐ. Konsonan desis lelangit subapikal dan belakang gusi apikal tidak dibezakan dalam mana-mana bahasa, tetapi jika perlu, konsonan belakang gusi apikal boleh ditranskripsikan dengan diakritik apikal, seperti s̠̺ z̠̺ atau ʂ̺ ʐ̺. Ladefoged mengguna pakai semula subtitik gelungan lama untuk gelungan apikal, ṣ ẓ. Terdapat juga dalam kajian mengenaik bahasa, misalnya, Hindi dan Norway ialah ᶘ ᶚ – artikulasi berkubah [ʃ ʒ] dan tidak boleh menjadi subapikal.

Konsonan desis siulan

[sunting | sunting sumber]

Konsonan desis siulan hadir dalam fonem-fonem beberapa bahasa Bantu selatan, yang paling terkenalnya ialah bahasa Shona. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku kerana masalah dalam percakapan atau gigi palsu dan pendakap gigi.

Konsonan desis siulan Shona pernah diperikan dengan pelbagai cara—sebagai dibibirkan tetapi tidak divelarkan, sebagai gelungan, dsb., tetapi tidak satu pun ciri ini diperlukan untuk membuat bunyi desis siulan.[10] Menggunakan AFA Lanjutan, sv dan zv dalam bahasa Shona boleh ditranskripsikan dan . Antara cara lain untuk mentranskripsikannya ialah dan yang dibibirkan (Ladefoged dan Maddieson 1996) dan sᶲ dan zᵝ yang dibibirkan serentak (atau s͡ɸ dan z͜β). Dalam transkripsi AFA Shona oleh Doke (1967), konsonan desis siulan ditranskripsikan dengan huruf bukan AFA iaitu ȿ ɀ dan tȿ dɀ.

Selain bahasa Shona, konsonan desis siulan juga dilaporkan terdapat dalam bahasa Kalanga, Tsonga, Changana, Tswa—yang semuanya bahasa Afrika Selatan—dan Tabasaran. Cara konsonan desis siulan diartikulasikan mungkin berbeza dari bahasa ke bahasa. Dalam bahasa Shona, bibir dibundar, dan bibir mungkin digerakkan selepas bunyi dilepaskan. (Maksudnya, terdapat perbezaan antara s, sw, ȿ, ȿw.) Dalam bahasa Tsonga, bunyi siulan adalah lemah; bibir disempitkan tetapi lidah juga digelungkan. Bahasa Tswa mungkin serupa. Dalam bahasa Changana, bibir dibundarkan (juih), seperti bunyi /s/ dalam /usu/, jadi jelas mungkin ada pola fonetik yang unik yang belum betul-betul dikaji lagi.[11]

Kontras antara konsonan-konsonan desis

[sunting | sunting sumber]

Tanpa mengira perbezaan dalam cara artikulasi atau artikulasi sekunder, sesetengah bahasa ada sehingga empat jenis konsonan desis yang berbeza. Contohnya, bahasa Qiang Utara dan Qiang Selatan mempunyai empat bunyi desis letusan /ts/ /tʂ/ /tʃ/ /tɕ/, setiap satu dengan bentuk lidah yang berbeza.[perlu rujukan] Bahasa Toda mempunyai empat bunyi desis , satunya konsonan gusi, satu lagi konsonan palatoalveolar, dan dua gelungan (palatoalveolar apikal dan lelangit subapikal).[perlu rujukan]

Bahasa Ubykh yang telah pupus kini adalah sangat kompleks, dengan sejumlah 27 konsonan desis. Bukan sahaja keempat-empat bentuk lidah dilambangkan (dengan palatoalveolar ada dalam variasi "tertutup" laminal) tetapi palatoalveolar dan alveolopalatal kedua-duanya juga boleh dibibirkan. Selain itu, ada lima cara untuk membezakan antara konsonan geseran bersuara dan tak bersuara, letusan bersuara dan tak bersuara, dan letusan ejektif. (Tiga konsonan letusan palatoalveolar yang dibibirkan tidak ada, jadi jumlahnya 27 bukan 30.)[perlu rujukan] Dialek Bzyp dalam bahasa Abkhaz yang berkaitan juga mempunyai inventori yang serupa.[perlu rujukan]

Sesetengah bahasa mempunyai empat jenis apabila pempalatalan dipertimbangkan. Bahasa Poland ialah salah satunya, dengan kedua-dua konsonan gigi-gusi laminal dipalatal dan tak dipalatal, belakang gusi laminal (atau "gelungan datar"), dan alveolopalatal ([s̪ z̪] [s̪ʲ z̪ʲ] [s̠ z̠] [ɕ ʑ]).[perlu rujukan] Bahasa Rusia mempunyai kontras permukaan yang sama, juga ada bunyi-bunyi yang serupa tetapi konsonan alveolopalatal bukan fonem-fonem yang penting untuk membezakan maksud. Ia hadir dalam geminasi, dan konsonan gelungan tidak pernah bergeminasi, menunjukkan yang kedua-duanya alofon bagi fonem yang sama.[perlu rujukan]

Bahasa dengan tiga jenis konsonan desis, satu desis dan dua desau, adalah biasa. Dalam bahasa Poland dan Rusia, konsonan jenis desau biasanya dibuat di belakang gusi dan alveolopalatal kerana kedua-dua bunyi ini amat berbeza daripada satu sama lain. Bahasa Cina Mandarin adalah contoh bahasa sedemikian.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, kemungkinan lain wujud. Bahasa Serbo-Croatia mempunyai konsonan letusan gusi, belakang gusi dan alveolopalatal datar manakala bahasa Basque mempunyai konsonan gusi palatoalveolar dan laminal dan apikal gusi (apiko-alveolar) dan letusan (semenanjung akhir Zaman Pertengahan Sepanyol dan Portugis mempunyai perbezaan yang sama antara geseran).

Banyak bahasa, seperti bahasa Inggeris, mempunyai dua jenis konsonan desis, satu mendesir dan satu mendesau. Pelbagai bahasa di seluruh dunia ada pola begini. Pola yang paling lazim ialah bahasa mempunyai konsonan desis gusi dan belakang gusi, seperti dalam bahasa Inggeris. Bahasa Sepanyol semenanjung utara moden mempunyai satu bunyi geseran desis gusi apikal [s̠] dan satu bunyi letusan desis palatoalveolar [tʃ]. Walau bagaimanapun, ada juga bahasa dengan konsonan desis gelungan gusi dan apikal (seperti bahasa Vietnam baku) dan dengan konsonan gusi dan belakang gusi alveolopalatal (cth. konsonan [ʃ ʒ tʃ dʒ] gusi dan laminal yang dipalatalkan, iaitu [ʃʲ ʒʲ tʃʲ dʒʲ] dalam bahasa Catalonia dan Portugis Brazil, tetapi Portugis Brazil mungkin dipengaruhi bahasa Amerindian,[12] dan alveolar dan dorsal, yakni [ɕ ʑ cɕ ɟʑ], dalam bahasa Jepun).[13]

Hanya beberapa bahasa sahaja tiada jenis desiran. Bahasa Vietnam Pertengahan biasanya direkonstruksikan dengan geseran desis dua konsonan, kedua-duanya jenis desau (satu gelungan, satu alveolopalatal). Sesetengah bahasa hanya mempunyai satu sibilan desau dan tiada sibilan desiran. Ini terdapat dalam dialek-dialek selatan Sepanyol Semenanjung jenis "ceceo", yang telah menggantikan konsonan geseran desir yang lama dengan [θ], meninggalkan hanya [tʃ].

Bahasa yang tiada konsonan desis agak nadir. Kebanyakan bahasa-bahasa ini tiada bunyi geseran langsung atau hanya frikatif /h/. Antaranya ialah kebanyakan bahasa Orang Asli Australia, dan Rotokas, dan bahasa Bantu Purba yang direkonstruksi. Namun, sesetengah bahasa mempunyai bunyi geseran tetapi tiada desis, seperti bahasa Ukue di Nigeria, yang hanya ada konsonan geseran /f, v, h/. Selain itu, hampir semua bahasa Polinesia Timur tiada konsonan desis tetapi ada geseran /v/ dan/atau /f/: Māori, Hawaii, Tahiti, Rapa Nui, kebanyakan dialek Māori Kepulauan Cook, Marquesas dan Tuamotua.

Bahasa Tamil hanya ada konsonan desis /ʂ/ dan geseran /f/ dalam kata-kata pinjaman, dan ia sering digantikan dengan bunyi-bunyi yang sudah ada dalam bahasa Tamil. Konsonan desis [s, ɕ] wujud hanya sebagai alofon /t͡ɕ/ dan konsonan geseran [h] hanyalah alofon /k/.

Perbezaan takrifan

[sunting | sunting sumber]

Pengarang seperti Chomsky dan Halle mengelaskan [f] dan [v] sebagai konsonan desisi. Namun, dua konsonan ini tidak diartikulasikan dengan alur atau ada frekuensi tinggi seperti konsonan desis lain, dan kebanyakan ahli fonetik[1] masih menyatukannya dengan konsonan bilabial [ɸ], [β] dan (antara) gigi [θ], [ð] sebagai konsonan geseran anterior berdesis. Sesetengah penyelidik menggunakan label lantam untuk mengumpulkan bunyi-bunyi ini dengan konsonan-konsonan desis lain. Sesetengah penyelidik berasa [f] bukan lantam dalam bahasa Inggeris, berdasarkan ukuran amplitud dan membandingkannya tetapi adalah lantam dalam bahasa-bahasa lain (contohnya, dalam bahasa Afrika Ewe, yang mana ia berbeza dengan [ɸ] tak lantam).

Melabelkan konsonan desis sebagai konsonan "geseran rintangan' tidak semudah itu kerana cara udara dikeluarkan semasa dihasilkan berbeza-beza. Kajian-kajian ultrabunyi menunjukkan bahawa bunyi-bunyi yang biasanya tidak dipanggil "bunyi desis", seperti [θ̠] dalam bahasa Inggeris, juga menggunakan alur udara yang dibentuk oleh lidah.[14]

  1. ^ a b c Ladefoged & Maddieson 1996.
  2. ^ 이재욱; 이서호 (2019-01-25). 한국인을 위한 전세계 100가지 영어 사투리 (영국 잉글랜드 북부 영어 Mancunian 사투리, Scouse 사투리 Yorkshire 사투리 편): 100 English Dialects in the World for Koreans British English Northern England English Mancunian Dialect, Scouse Dialect Yorkshire Dialect (dalam bahasa Inggeris). TAX & LAW PRESS. ISBN 979-11-88917-34-1.
  3. ^ "Sibilance - Definition and Examples of Sibilance". Literary Devices (dalam bahasa Inggeris). 2014-02-14. Dicapai pada 2021-06-29.
  4. ^ "Sibilance - Definition and Examples of Sibilance". Literary Devices (dalam bahasa Inggeris). 2014-02-14. Dicapai pada 2021-06-29.
  5. ^ Pennock-Speck, Barry; Valor, Maria Lluïsa Gea (2020-04-29). A Practical Introduction to English Phonology, 2nd. Edition (dalam bahasa Inggeris). Universitat de València. ISBN 978-84-9134-600-5.
  6. ^ Koffi, Ettien (2021-04-20). Relevant Acoustic Phonetics of L2 English: Focus on Intelligibility (dalam bahasa Inggeris). CRC Press. ISBN 978-1-000-34009-9.
  7. ^ "Tips For Controlling Vocal Sibilance". Pro Audio Files (dalam bahasa Inggeris). 2012-03-07. Dicapai pada 2020-05-28.
  8. ^ Bright 1978.
  9. ^ Dalbor (1980); Obaid (1973).
  10. ^ Shosted 2006
  11. ^ Maddieson, I., & Sands, B. (2019). The sounds of the Bantu languages. Dalam The Bantu Languages (pp. 79-127). Routledge.
  12. ^ (dalam bahasa Portugis) Dialects of Brazil: the palatalization of the phonemes /t/ and /d/ Diarkibkan 2013-12-03 di Wayback Machine.
  13. ^ (dalam bahasa Portugis) Análise acústica de sequências de fricativas e africadas por japoneses aprendizes de português brasileiro[pautan mati], Universidade Federal do Paraná, m/s 1504
  14. ^ Stone, M. & Lundberg, A. (1996). Three-dimensional tongue surface shapes of English consonants and vowels. Journal of the Acoustical Society of America, vol. 99 (6), pp. 3728–3737
  • Bright, William (1978), "Sibilants and naturalness in aboriginal California", Journal of California Anthropology, Papers in Linguistics, 1: 39–63
  • Dalbor, John B. (1980), "Observations on Present-Day Seseo and Ceceo in Southern Spain", Hispania, American Association of Teachers of Spanish and Portuguese, 63 (1): 5–19, doi:10.2307/340806, JSTOR 340806
  • Hualde, José Ignacio (1991), Basque phonology, London: Routledge, JSTOR 340806
  • Ladefoged, Peter; Maddieson, Ian (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19815-6.
  • Obaid, Antonio H. (1973), "The Vagaries of the Spanish 'S'", Hispania, American Association of Teachers of Spanish and Portuguese, 56 (1): 60–67, doi:10.2307/339038, JSTOR 339038
  • Shosted, Ryan K. (2006) Just put your lips together and blow?The whistled fricatives of Southern Bantu.
Daerah
artikulasi

 • Bibir
Dwibibir
Bibir-velar
Bibir-gusi
Bibir-gigi

 • Dwigigi

 • Koronal
Lidah-bibir
Antargigi
Gigi
Gigi-gusi
Gusi
Hujung lidah
Laminal
Belakang gusi
Gusi-lelangit
Gelungan

 • Dorsal
Lelangit
Labial-palatal
Velar
Uvular
Uvular-epiglotis

 • Radikal
Farinks
Epiglotis-farinks
Epiglotis

 • Glotis

Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan]