Kebangkitan Warsaw
Kebangkitan Warsaw (Poland: powstanie warszawskie ; Jerman: Warschauer Aufstand ) atau Kebangkitan Ogos (Poland: powstanie sierpniowe )[1] sebuah operasi dilakukan pihak pemberontak Tentera Tanah Air Poland membebaskan Warsaw dari Pemerintahan Am rejim Nazi Jerman yang menakluk. Peperangan ini dilangsungkan selama 63 hari semasa musim panas 1944 tanggal 1 Ogos sejurus pengunduran tentera Jerman dari Poland untuk melawan Tentera Merah Soviet[2][3][4] tanpa sebarang bantuan dari pihak luar menjadikannya tindakan bersenjata paling besar dilakukan manamana pihak pemeberonakan Eropah semasa Perang Dunia Kedua.[5]
Walau bagaimanapun, Pemerintah Soviet pimpinan Joseph Stalin mempunyai niat sendiri mahu menjalankan pemerintah komunis yang tidak diinginkan Tentera Tanah Air yang memihak kepada Pihak Berikat;[6] maka Tentera Merah enggan memberikan bantuan ketenteraan malah sengaja menghentikan serangan terhadap phak Jerman sendiri yang memberi peluang kepada rejim Nazi berpusing menyerang kembali tentera pemberontak Poland sehingga ditumpas habis.[7] Sebanyak 16,000 orang askar pemberontakan Poland terkorban dengan sekitar 6,000 orang askar cedera parah; kira-kira antara 150,000 dan 200,000 orang awam termasuk orang Yahudi yang dilindungi dibunuh rejim Nazi yang membalas dendam; pertempuran ini turut memunsahkan banyak kawasan pebandaran Poland.[8]
Tempoh kebangkitan ini difahamkan banyak cendekiawan sebagai titik mula telagah antara pihak Barat dan pihak Soviet menjurus kepada Perang Dingin yang datang pada dekad-dekad mendatang.[9] Pertempuran ini hanya dapat diperingatkan selepas tumpasnya rejim komunis Poland pada 1989,[10] suatu hari pengabadian pada 1 Ogos diluluskan tahun 2009 oleh Parlimen negara tersebut dimaktubkan Presiden Lech Kaczyński.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Stolica uczci poległych bohaterów w pierwszą rocznicę Powstania Sierpniowego. In: Kurier Codzienny, no. 5. 12 July 1945, p. 8.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamasb
- ^ Davies 2008, m/s. 268, 271.
- ^ Warsaw Uprising 1944 www.warsawuprising.com, accessed 12 September 2019
- ^ Duraczyński, Eugeniusz; Terej, Jerzy Janusz (1974). Europa podziemna: 1939–1945 [Europe underground: 1939–1945] (dalam bahasa Poland). Warszawa: Wiedza Powszechna. OCLC 463203458.
- ^ sojusznik naszych sojuszników: Instytut Zachodni, Przegląd zachodni, v. 47 no. 3–4 1991
- ^ Cienciala, Anna M.; Hanson, Joanna K. M. (January 1984). "The Civilian Population and the Warsaw Uprising of 1944". Military Affairs. 48 (1): 49. doi:10.2307/1988362. ISSN 0026-3931. JSTOR 1988362.
- ^ Alfred Peszke, Michael (December 2005). "A Review of: "Norman Davies.Rising '44. The Battle For Warsaw."". The Journal of Slavic Military Studies. 18 (4): 767–769. doi:10.1080/13518040500357003. ISSN 1351-8046. S2CID 219625918.
- ^ Rock, William R. (June 1995). "The Origins of the Cold War in Europe: International Perspectives". History: Reviews of New Books. 23 (4): 179–180. doi:10.1080/03612759.1995.9946252. ISSN 0361-2759.
- ^ Richie, Alexandra (2014). Warszawa 1944. Tragiczne powstanie. Warszawa: Wydawnictwo W.A.B.. ISBN 978-83-280-0986-8.
- ^ "Ustawa z dnia 9 października 2009 r. o ustanowieniu Narodowego Dnia Pamięci Powstania Warszawskiego". isap.sejm.gov.pl. Dicapai pada 2024-02-08.