Pergi ke kandungan

Kebangkitan Warsaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Kebangkitan Warsaw (Poland: powstanie warszawskie; Jerman: Warschauer Aufstand) atau Kebangkitan Ogos (Poland: powstanie sierpniowe)[1] sebuah operasi dilakukan pihak pemberontak Tentera Tanah Air Poland membebaskan Warsaw dari Pemerintahan Am rejim Nazi Jerman yang menakluk. Peperangan ini dilangsungkan selama 63 hari semasa musim panas 1944 tanggal 1 Ogos sejurus pengunduran tentera Jerman dari Poland untuk melawan Tentera Merah Soviet[2][3][4] tanpa sebarang bantuan dari pihak luar menjadikannya tindakan bersenjata paling besar dilakukan manamana pihak pemeberonakan Eropah semasa Perang Dunia Kedua.[5]

Walau bagaimanapun, Pemerintah Soviet pimpinan Joseph Stalin mempunyai niat sendiri mahu menjalankan pemerintah komunis yang tidak diinginkan Tentera Tanah Air yang memihak kepada Pihak Berikat;[6] maka Tentera Merah enggan memberikan bantuan ketenteraan malah sengaja menghentikan serangan terhadap phak Jerman sendiri yang memberi peluang kepada rejim Nazi berpusing menyerang kembali tentera pemberontak Poland sehingga ditumpas habis.[7] Sebanyak 16,000 orang askar pemberontakan Poland terkorban dengan sekitar 6,000 orang askar cedera parah; kira-kira antara 150,000 dan 200,000 orang awam termasuk orang Yahudi yang dilindungi dibunuh rejim Nazi yang membalas dendam; pertempuran ini turut memunsahkan banyak kawasan pebandaran Poland.[8]

Tempoh kebangkitan ini difahamkan banyak cendekiawan sebagai titik mula telagah antara pihak Barat dan pihak Soviet menjurus kepada Perang Dingin yang datang pada dekad-dekad mendatang.[9] Pertempuran ini hanya dapat diperingatkan selepas tumpasnya rejim komunis Poland pada 1989,[10] suatu hari pengabadian pada 1 Ogos diluluskan tahun 2009 oleh Parlimen negara tersebut dimaktubkan Presiden Lech Kaczyński.[11]

Rujukan

  1. ^ Stolica uczci poległych bohaterów w pierwszą rocznicę Powstania Sierpniowego. In: Kurier Codzienny, no. 5. 12 July 1945, p. 8.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sb
  3. ^ Davies 2008, m/s. 268, 271.
  4. ^ Warsaw Uprising 1944 www.warsawuprising.com, accessed 12 September 2019
  5. ^ Duraczyński, Eugeniusz; Terej, Jerzy Janusz (1974). Europa podziemna: 1939–1945 [Europe underground: 1939–1945] (dalam bahasa Poland). Warszawa: Wiedza Powszechna. OCLC 463203458.
  6. ^ sojusznik naszych sojuszników: Instytut Zachodni, Przegląd zachodni, v. 47 no. 3–4 1991
  7. ^ Cienciala, Anna M.; Hanson, Joanna K. M. (January 1984). "The Civilian Population and the Warsaw Uprising of 1944". Military Affairs. 48 (1): 49. doi:10.2307/1988362. ISSN 0026-3931. JSTOR 1988362.
  8. ^ Alfred Peszke, Michael (December 2005). "A Review of: "Norman Davies.Rising '44. The Battle For Warsaw."". The Journal of Slavic Military Studies. 18 (4): 767–769. doi:10.1080/13518040500357003. ISSN 1351-8046. S2CID 219625918.
  9. ^ Rock, William R. (June 1995). "The Origins of the Cold War in Europe: International Perspectives". History: Reviews of New Books. 23 (4): 179–180. doi:10.1080/03612759.1995.9946252. ISSN 0361-2759.
  10. ^ Richie, Alexandra (2014). Warszawa 1944. Tragiczne powstanie. Warszawa: Wydawnictwo W.A.B.. ISBN 978-83-280-0986-8.
  11. ^ "Ustawa z dnia 9 października 2009 r. o ustanowieniu Narodowego Dnia Pamięci Powstania Warszawskiego". isap.sejm.gov.pl. Dicapai pada 2024-02-08.