Pergi ke kandungan

Jambatan Pulau Sekati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jambatan Pulau Sekati
جمبتن ڤولاو سكاتي
Jambatan Pulau Sekati
Maklumat umum
EtimologiPulau Sekati Sunting nilai ini di Wikidata
MembawaKenderaan bermotor
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan jalan raya Sunting nilai ini di Wikidata
Panjang keseluruhan (Panjang)6.30 km[1]
Bilangan lorong6
Sejarah
ArkitekZainal & Shariff Ibrahim Sdn Bhd[2]
Pereka bentukKerajaan Malaysia
Jabatan Kerja Raya (JKR)
Mula dibina pada2012 Sunting nilai ini di Wikidata
Biaya pembinaanRM 245 juta
Dibuka pada31 Mei 2017 (2017-05-31)
Dirasmikan31 Mei 2017
Maklumat lokasi
LokasiTerengganu
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
MenyeberangiSungai Terengganu
Map
5°19′33″N 103°07′25″E / 5.325887°N 103.123671°E / 5.325887; 103.123671
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Pulau Sekati (Jawi: جمبتن ڤولاو سكاتي) ialah sebatang jambatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Jambatan sepanjang 6.30 kilometer ini menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dengan merentangi Sungai Terengganu. Jambatan ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Terengganu.[4][5] Jambatan ini juga menggantikan sebatang titian kayu kecil yang hanya boleh dilalui oleh motosikal.[2][4]

Titian asal

[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan kenderaan darat antara Pulau Sekati dan tanah besar bermula dengan pembinaan sebatang titian kayu yang dikenali dengan nama retok (gertak) kayu Pulau Sekati. Titian ini dibina dalam tahun 1992 menggunakan kayu tengkawang dan kayu cengal serta berukuran 213 m panjangnya.[6][7] Titian ini menghubungkan Kampung Paloh dengan Kampung Pulau Sekati.

Titian ini hanya mampu menampung motosikal, basikal dan pejalan kaki. Antara kegunaannya adalah untuk menjadi laluan bagi pelajar sekolah, membawa orang keluar masuk dan tempat beriadah. Titian ini pernah dilalui oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.[7]

Pada hari Jumaat 25 Februari 2022, Terengganu telah dilanda air bah.[8] Dua hari kemudian pada 27 hari bulan kira-kira pukul 6 petang,[9] arus deras Sungai Terengganu akibat bah tersebut telah membuatkan 152 m bahagian titian tersebut terputus dihanyutkan air sungai.[7]

Kemusnahan titian ini telah menimbulkan pelbagai maklum balas daripada kalangan warga maya. Laman Facebook rasmi Menteri Besar Terengganu iaitu Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menayangkan siaran langsung persekitaran kemusnahan titian tersebut.[6] Kemusnahan titian tersebut turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik lantaran kabel elektrik ditempatkan di titian itu.[10][11][12] Susulan kejadian terbabit, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memasang tiang dan kabel elektrik sementara.[13]

Jambatan baharu

[sunting | sunting sumber]

Kerja pembinaan Jambatan Pulau Sekati telah bermula sejak 2012 tetapi ditangguhkan akibat masalah pengambilalihan tanah melibatkan beberapa orang penduduk. Pembinaan jambatan ini menelan kos sebanyak RM 245 juta.[14]

Bahagian jambatan dari Losong ke Pulau Sekati telah dibuka kepada orang awam pada 31 Mei 2017 dalam fasa pertama[15][16][17] manakala bahagian yang menghubungkan Jalan Banggol Tuan Muda dengan Jeram Tok Kong telah dibuka dalam fasa kedua pada 19 Jun 2017.[18][19]

  1. ^ Terengganu Molek Doh. Ekspo Terengganu. 2018. m/s. 29.
  2. ^ a b "Jambatan Pulau Sekati Rentasi Sungai Terengganu Dibuka Hari Ini". Bernama. 29 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Januari 2018. Dicapai pada 17 Jun 2017.
  3. ^ Highway Paloh di Peta Google
  4. ^ a b Bernama (29 Disember 2016). "Jambatan Pulau Sekati selesai isu kesesakan". Sinar Harian Online. Dicapai pada 17 Jun 2017.
  5. ^ Wan Zulkifli Wan Yaacob (8 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati dibuka Ramadan". Utusan Online. Dicapai pada 17 Jun 2017.
  6. ^ a b Bernama (28 Februari 2022). "Memori jambatan Pulau Sekati 'hanyut' bersama banjir". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  7. ^ a b c Norhaspida Yatim (10 Mac 2022). "Penduduk mohon baiki jambatan kayu Pulau Sekati". Sinar Harian. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  8. ^ Rosalinda Md Said (26 Februari 2022). "Banjir di Terengganu merebak, 2,563 orang pindah PPS". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  9. ^ Mohd Azli Adlan (27 Februari 2022). "Jambatan kayu Pulau Sekati musnah dibawa arus Sungai Terengganu". KOSMO!. Dicapai pada 2 Julai 2022.
  10. ^ 'Kabel elektrik rosak ketika banjir punca gangguan bekalan elektrik' (Siaran berita). Harian Metro. 17 Mei 2022.
  11. ^ Zatul Iffah Zolkiply (17 Mei 2022). "'Kabel elektrik rosak ketika banjir punca gangguan bekalan elektrik'". Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  12. ^ Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff (18 Mei 2022). "Elektrik terganggu tetapi bil melambung". KOSMO!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  13. ^ "Gangguan elektrik, air Kampung Pulau Sekati diatasi" (PDF). Kosmo!. 20 Mei 2022. Dicapai pada 5 Ogos 2022 – melalui tnb.com.my.
  14. ^ Rosalinda Md.Said (29 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati laluan Losong-Pulau Sekati mula dibuka hari ini". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-09. Dicapai pada 17 Jun 2017.
  15. ^ Azli Adlan (31 Mei 2017). "Jambatan Pulau Sekati mula dibuka". Kosmo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-19. Dicapai pada 20 Jun 2017.
  16. ^ "Penyerahan Jambatan Pulau Sekati". Unit Perancangan Ekonomi Terengganu. 29 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-19. Dicapai pada 20 Jun 2017.
  17. ^ Bernama (31 Mei 2017). "Pulau Sekati bridge open to the public" [Jambatan Pulau Sekati dibuka kepada umum]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Jun 2017.
  18. ^ Helmy Abd Rahman (19 Jun 2017). "Susur keluar Gemuroh LPT2 singkatkan masa ke KT". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-21. Dicapai pada 21 Jun 2017.
  19. ^ Norhaspida Yatim (24 Januari 2018). "Jambatan baharu beri manfaat besar". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-04. Dicapai pada 4 Ogos 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]