Api Pecah Gedung
Tarikh | Syawal 1300 H (Ogos 1883[1]) | M
---|---|
Lokasi | Kuala Terengganu, Kesultanan Terengganu |
Koordinat | 5°20′05″N 103°08′15″E / 5.33472°N 103.13750°EKoordinat: 5°20′05″N 103°08′15″E / 5.33472°N 103.13750°E |
Harta benda rosak | 1,600 buah rumah |
Peristiwa Api Pecah Gedung (Jawi: اڤي ڤچه ݢدوڠ ) merupakan sebuah kebakaran yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1299 H/1881 M – 1337 H/1918 M) pada pertengahan bulan Ogos 1883 M bersamaan bulan Syawal 1300 H di Kuala Terengganu. Kebakaran ini yang merupakan terbesar dalam sejarah Terengganu telah memusnahkan sebanyak 1,600 buah rumah. Nama "Api Pecah Gedung" diambil sempena banyaknya gedung simpanan ubat bedil yang musnah terbakar. Kebakaran ini turut memusnahkan istana kesultanan Terengganu ketika itu iaitu Istana Hijau.
Tindak balas
[sunting | sunting sumber]Khabar kebakaran ini telah disampaikan oleh seorang nakhoda Melayu pada hari Rabu, 29 Ogos 1883 serta disahkan oleh Kapten Hide yang dimaklumkan akan kebakaran tersebut ketika kapal beliau dikunjungi seorang nelayan di luar persisiran laut di timur Terengganu semasa salah sebuah pelayaran beliau.[1]
Kerajaan Siam telah memberi bantuan berupa wang sebanyak 30 kati (bersamaan 1,440 dolar) melalui Konsulat Siam iaitu Kapitan Tan Kim Ching (陳金鐘; 16 Oktober 1829 – 27 Februari 1892).[2] Gabenor Singapura pula bersetuju memberi sumbangan sebanyak 2,000 dolar kepada mangsa kebakaran setelah menerima sepucuk surat daripada baginda sultan Terengganu yang menerangkan keadaan serta kerugian akibat kebakaran tersebut.[3] Baginda Sultan Zainal Abidin III telah memberi bantuan berupa wang dan pakaian kepada pembesar dan kerabat DiRaja.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Tidak betajuk". The Straits Times. 31 Ogos 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Tidak bertajuk". The Straits Times. 15 September 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
- ^ "Shorthand Report of the Legislative Council". Straits Times Weekly Issue. 11 Oktober 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
Buku
[sunting | sunting sumber]- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. m/s. 218–219. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)