Ahmad Fairuz Abdul Halim
Ahmad Fairuz Abdul Halim SSM, PSM; SPMK, SJMK (Kelantan); Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (Selangor); SSDK (Kedah); SSAP (Pahang); SSMZ, SPMT (Terengganu); DSDK (Kedah); DSMT (Terengganu) | |
---|---|
Dalam jawatan 16 Mac 2003 – 31 Oktober 2007 | |
Didahului oleh | Mohamed Dzaiddin Abdullah |
Digantikan oleh | Abdul Hamid Mohamad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim 1 November 1941 Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
Pasangan | Toh Puan Dato' Mazni Mohamed Noor |
Anak | 2 |
Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim (lahir 1 November 1941) merupakan bekas Ketua Hakim Negara Malaysia (2003 - 2007).
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1 November 1941. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Singapura dan kemudian memperoleh Master of Laws dalam Undang-undang Antarabangsa dan Perbandingan dari Universiti Brussels, Belgium.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 4 April 1967 sebagai Pegawai Perundangan Kadet dan memegang pelbagai jawatan seperti Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1988, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Pada 1 Disember 1995 beliau dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sehingga pelantikannya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 September 2000.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin dengan Mazni Mohamed Noor dan dikurniakan 2 anak.
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Penghargaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota (SSM) - Tun (2005)[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Stefan J. Bos (30 May 2007). "Malaysia's Christian Joy Loses Islam Conversion Case". BosNewsLife.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2005" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-04. Dicapai pada 2018-02-21.
Didahului oleh Mohamed Dzaiddin Abdullah |
Ketua Hakim Negara Malaysia 2003–2007 |
Diikuti oleh: Abdul Hamid Mohamad |