Abdullah Mohd Salleh
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Mohd Salleh | |
---|---|
Ketua Setiausaha Negara | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1976 – 31 Disember 1978 | |
Didahului oleh | Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin |
Digantikan oleh | Tun Abdullah Ayub |
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1976 | |
Didahului oleh | Tun Abdullah Ayub |
Digantikan oleh | Tan Sri Abdul Aziz Zakaria |
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia | |
Dalam jawatan 1972–1974 | |
Didahului oleh | Raja Tun Mohar Raja Badiozaman |
Digantikan oleh | Tun Abdullah Ayub |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 24 Jun 1925 Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka |
Mati | 22 Jun 2006 | (umur 80)
Pekerjaan | Pesara penjawat awam |
Tun Abdullah bin Mohd Salleh merupakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia yang ke-lima daripada tahun 1976 sehingga 31 Disember 1978. Beliau dilahirkan di Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka pada 24 Jun 1925.[1][2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tinggi Melaka Malacca High School. Beliau menyambung pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar selepas lulus peperiksaan School Certificate bagi persediaan ke universiti. Dalam tahun 1950, beliau telah berjaya memasuki Universiti Malaya di Singapura dan berjaya memperolehi Bachelor of Arts (Honours) dalam tahun 1955.[1]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1955 beliau memulakan kerjayanya dalam bidang pentadbiran dengan Kerajaan Negeri Johor. Dalam tahun 1956 beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih Malayan Civil Service dan ditempatkan di Negeri Perak sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada tahun 1959 beliau dipilih sebagai Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman. Pegawai-pegawai Kanan di Federal Establishment Office telah mengenalpasti kebolehan Tun Abdullah dan seterusnya memilih beliau untuk bekerja dengan Perdana Menteri. Beliau meneruskan khidmat dengan penuh dedikasi sehingga tahun 1962 apabila beliau diminta bertukar sebagai Timbalan Setiausaha Suruhunjaya Perkhidmatan Awam selama lima tahun.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 2018-07-25.
- ^ http://www.heritagemalaysia.my/Mlk-PSebang.html
- Penerima Seri Setia Mahkota
- Kelahiran 1925
- Kematian 2006
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Alumni Universiti Malaya
- Ketua Setiausaha Negara Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pertama
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia