Afnan Hamimi Taib Azamudden
Yang Berhormat Tuan Afnan Hamimi Taib Azamudden AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Alor Setar, Kedah | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Chan Ming Kai |
Majoriti | 9,931 (PRU-15) |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Menyandang jawatan 19 Oktober 2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2021–2022 | |
Ketua | Ahmad Fadhli Shaari |
Didahului oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Digantikan oleh | Mohd Hafez Sabri |
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah | |
Dalam jawatan 2020–2022 | |
Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor |
Digantikan oleh | Mohamad Hilmi Abdul Wahab |
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2012 – 31 Disember 2015 | |
Pengerusi | Mohd Salleh Man |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1981 (43 tahun) |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Najibatulhuda Abdul Raman |
Pertalian | Taib Azamudden Md Taib (Bapa) Akram Ikrami Taib Azamudden (Adik) |
Anak | 6 |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Tuan Afnan Hamimi Taib Azamudden (lahir 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Alor Setar. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Pemuda PAS Pusat.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.
Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Karier awal
[sunting | sunting sumber]Afnan Hamimi berkhidmat sebagai pengurus besar untuk Ahsana Enterprise. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (2012–2015), Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang (2013–2015), Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (2013–2015) dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penubuhan Perbadanan Wakaf Pulau Pinang (2014).
Karier politik
[sunting | sunting sumber]Beliau berkhidmat sebagai ketua sayap Pemuda PAS Pulau Pinang. Kemudian, beliau memenangi pemilihan sebagai naib ketua sayap Pemuda PAS dari 2021 hingga 2023. Beliau menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua sayap Pemuda PAS pada pemilihan pimpinan PAS 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada tahun 2020 hingga 2022.
Pada pilihan raya umum 2022, beliau memenangi kerusi untuk Alor Setar dan menjadi orang Melayu pertama yang mewakili kawasan itu.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Afnan Hamimi telah berkhawin dengan Najibatulhuda Abdul Raman dan mereka dikurniakan dengan enam orang anak.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Calon lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | P041 Kepala Batas, Penang | Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 20,952 | 45.47% | Reezal Merican Naina Merican (UMNO) | 25,128 | 54.53% | 46,738 | 4,176 | 90.52% | ||
2018 | P044 Permatang Pauh, Penang |
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 14,428 | 20.66% | Nurul Izzah Anwar (PKR) | 35,534 | 50.89% | 69,828 | 15,668 | 86.18% | ||
Zaidi Mohd Said (UMNO) | 19,866 | 28.45% | ||||||||||
2022 | P009 Alor Setar, Kedah | Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) | 37,486 | 48.69% | Simon Ooi Tze Min (PKR) | 27,555 | 35.79% | 77,976 | 9,931 | 73.60% | ||
Tan Chee Heong (MCA) | 8,930 | 11.60% | ||||||||||
Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG) | 2,383 | 3.10% | ||||||||||
Fadzil Hanafi (WARISAN) | 366 | 0.48% | ||||||||||
Sofan Feroza Md Yusup (Bebas) | 151 | 0.20% | ||||||||||
Nordin Yunus (Bebas) | 115 | 0.15% |
Baca lagi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||