6 Oktober
Penampilan
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
6 Oktober merupakan hari ke-279 (hari ke-280 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 86 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 105 SM – Orang Cimbri dan Teuton menang besar ke atas Republik Rom dalam Pertempuran Arausio.
- 1683 – Pendatang Jerman ke Koloni Pennsylvania mengasaskan Germantown, petempatan Jerman kekal pertama di Amerika Utara.
- 1927 - Filem bunyi pertama yang berjaya, The Jazz Singer yang dibintangi Al Jolson mula ditayangkan.
- 1973 – Negara-negara Arab iaitu Mesir dan Syria melancarkan serangan yang mencetuskan Perang Yom Kippur.
- 1976 – Perdana Menteri Hua Guofeng mengarahkan penahanan Geng Berempat dan sekutu mereka, menamatkan Revolusi Kebudayaan di Republik Rakyat China.
- 1981 – Presiden Mesir Muhammad Anwar al-Sadat (gambar) dibunuh semasa menghadiri perarakan di Kaherah untuk memperingati penyeberangan Garis Bar Lev pada permulaan Perang Arab-Israel 1973.
- 1995 – Sebuah rencana dalam jurnal Nature melaporkan penemuan sebuah planet yang mengorbit 51 Pegasi sebagai planet luar suria pertama mengorbit bintang jujukan-utama.
- 2007 – Pervez Musharraf berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pilihan itu di sisi undang-undang.
- 2009 - Penemuan gelang Phoebe Zuhal (gambar bayangan artis), yang mempunyai jejari 200 kali ganda planet itu, diumumkan.
- 2015 - Android Marshmallow dilancarkan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1960 - Yves Leterme, Perdana Menteri Belgium ke-48
- 1988 - Stephen Darby, pemain bola sepak Liverpool F.C.
- 1992 - Pevita Pearce, pelakon wanita Indonesia