6 November
Penampilan
Penubuhan Boyband SUPER JUNIOR Dari Korea Selatan 06 November 2005
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
6 November merupakan hari ke-310 (hari ke-311 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 55 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Republik Dominika (1844) dan Tajikistan (1994);
- Hari Gustav II Adolf di Sweden;
- Hari Bendera di Finland.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1776 - Raja Lumu iaitu Raja Selangor telah ditabalkan dan digelar oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salahuddin Shah iaitu Yang di-Pertuan Negeri Selangor.
- 1814 - Sultan Mansur dari Perak mengutus surat kepada Sultan Ahmad Tajuddin di Kedah, menyatakan bahawa negeri Perak tidak akan tunduk pada desakan Siam dan mencadangkan Perak dan Kedah bergabung tenaga bagi menentang ancaman Siam.
- 1860 - Abraham Lincoln (gambar) menjadi calon Republikan pertama memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Angkatan Kanada menawan Passendale, Belgium, selepas tiga bulan bertempur dengan Jerman dalam Pertempuran Ketiga Ypres.
- 1935 - Di New York, Edwin Howard Armstrong membentangkan kajiannya mengenai modulasi frekuensi (FM) untuk kegunaan radio kepada Institut Jurutera Radio.
- 1935 - Hawker Hurricane, pesawat yang bertanggungjawab terhadap 60% kemenangan udara Tentera Udara Diraja British dalam Pertempuran Britain, menjalani penerbangan sulungnya.
- 1962 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 1761, yang mengecam polisi aparteid Afrika Selatan.
- 1963 - Duong Van Minh secara rasmi mengambil alih kerajaan Vietnam Selatan beberapa hari selepas pembunuhan Presiden Ngo Dinh Diem.
- 1975 - Penunjuk perasaan di Maghribi memulakan Perarakan Hijau ke Sahara Sepanyol, menyeru "pengembalian Sahara Maghribi."
- 1999 - Rakyat Australia mengundi untuk mengekalkan raja sebagai ketua negara dalam pungutan suara republik Australia.
- 2005 - Penubuhan band terkenal SUPER JUNIOR dari Korea Selatan.
- 2008 - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1944 - Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali, seorang Menteri Besar Perak ke-9
- 1983 - Mai Selim, penyanyi dan pelakon wanita Jordan
- 1990 - Jeihan Angga, seorang pengarah filem lelaki Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1959 - Jose P. Laurel, Presiden Filipina ke-3