Showing posts with label desert. Show all posts
Showing posts with label desert. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

AGAR AGAR KOKO


cuaca tgh panas mcm ni
memang sedap mkn agar2 kan
agar2 koko yg tersangat le senangnya
just tmbah koko n susu cair dlm resipi plain jelly
nmpak sgt la 'kerajinan' saya kan
alhamdulillah... sekejap je langsai

Monday, May 4, 2009

SERAWA DURIAN



sabtu lepas pergi pasar tani
saja jalan2...cuci2 mata...x beli apa2 pun
takat sarapan and ronda2
ternmpak durian..mcm nak pulak
sampai kat umah..ada yg sedap masuk mulut
ada juga yg tak sedap makan gitu je
so dari jd hak milik kekal tong sampah
buat le serawa durian yg sempoi ni
makan ngan roti peranchis...sedap!!!

apa yg saya buat...durian2 tu saya masak bersama santan, gula, secubit garam dan daun pandan.
masak dengan api perlahan dan kacau selalu untuk elakkan santan pecah
bila dah siap..boleh la dingappp!!!

Saturday, May 2, 2009

KARAMEL


karamel ni antara favourite zati
minah tu suka makan ngan cocktail fruits
selain tu dia suka hirup air gula karamel tu
manisss!!!

resipi tak yah la ye...very common desert.

Tuesday, April 28, 2009

PUDING MANGGA



sedapnya makan puding mango ni
cuaca pulak tengah panas menggiler
memang menu yang sgt sesuai untuk tekak
slurrpppp!!!!

bhn2:

20gm agar2
3 gelas air
2 sd mkn tpg jagung
3 bj kuning telur
1/2 tin susu cair
2 cwm gula pasir
2 cwn mangga yg tlh dikisar
sedikit warna kuning
secubit garam

cara2

masak agar2 dgn 3 gls air serta gula hingga hancur
tapiskan
pukul kng telur dgn tpg jagung. masukkan grm, pewarna, susu cair serta mangga kisar
kacau hingga sebati. kemudian tuang ke dlm agar2 td sambil dikacau rata
tuang le dlm mana2 acuan kesukaan anda dan hias le mengikut citarasa!!
hihihi

Friday, April 17, 2009

BREAD BUTTER PUDDING


Jumpa kat umah Kak Zai dari TERATAK IMPIAN
roti pun mmg betul2 ada belen 3 keping
cantik beno le tu untuk mencuba resipi simple tp yummy ini
terima kasih kak zai share resipi

resipi nanti sy paste ye..td try x leh pulak

Wednesday, April 15, 2009

PINEAPLLE TART!




nampak tart beso ni kat umah KAK INAHAR
macam teringin pulak tekak nak makan
nak kecek kak Ina jauh sgt le pulak
maka berusaha le sy membuatnya
tp sy tukar manggo ngan nenas dlm tin je sbb malas nak kopek manggo..hehe
tart ni meriah ngan gula icing je, wani punya keje la, minah ni mmg pantang tengok sy buat kuih, mesti nak tompang sekaki..pas tu siap bawak gi sek lagi
by this time, tart dh habis dahhhhh!!!

Kak Ina cayanggg...copypaste resipi ye

Bahan Untuk Pastri

1. 250gm tepung (akak guna tepung serbaguna) 2. 50gm badam kisar(halus) 3. 60gm gula castor 4. 125gm mentega (suhu bilik) 5. 1 biji telur (suhu bilik) 6. 1 sudu teh esen vanilla.

Caranya

1. Gunakan senduk kayu pukul gula dan mentega sekadar sebati.
2. Masukkan badam kisar, tepung , telur dan esen vanilla.
3. Gaul sebati sahaja.jadikan doh....jangan lama sangat gaul ye...(Do not overknead or pastry won't be flaky) takut nanti pastri jadi keras. Masukkan doh ke dalam plastic cling dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
4. Selepas 30 minit atau lebih keluarkan doh dan canai lebih kurang 18-20cm. Sapu bekas tart dengan mentega. Hati-hati masukkan pastri dan kemaskan tepinya.
5. Simpan semula kedalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Selepas 20 minit keluarkan dari peti sejuk dan cucuk pastry dengan menggunakan garpu.
7. Bakar di dalam oven suhu 180C lebih kurang 12 minit ataupun perang.
8. Sejukkan sebelum di masuk filing.

Filing

1. 20gram tepung serbaguna
2. 120gram badam kisar(i guna badam kisar + cincang)
3. 100gram gula perang
4. 125gm mentega (suhu bilik)
5. 1 biji telur

Cara-cara

1. Gunakan whisk dan kacau kesemua bahan diatas sekadar sebati sahaja.
Ketepikan.

Bahan untuk dimasukkan ke dalam filing.

1. 1 tin buah peach (I ganti dgn mangga)
2. Gula aising (diayak keatas tart)

1. Tuang filing ke dalam kulit pastri. Susun potongan mango yang telah ditos.
2. Bakar di dalam suhu 170C selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
3. Cucuk dengan lidi (cake tester) di tengah untuk pastikan filing sudah masak ataupun belum. Jika bersih maknanya filing dh masak.

Sunday, March 29, 2009

Pan cake lagi!!!



pagi tadi buat pan-cake..
sikit je..just utk hubby having bfast seblm gi keje..
makan dgn maple syrup..
tengok pan-cake ni..teringat anak kat N9..
suka gak pan-cake..

Monday, February 23, 2009

Fritatta


Fritatta ni kenal kat umah Qistina n Suzi
senang je resepi dia
memang sesuai ngan org malas mcm saya
hehehe

Saturday, February 21, 2009

Puding Roti



Semalam buat puding roti sbb roti byk belen..
nak kat xpired pun ye gak..
This recipee is very simple n yummy too..

Saturday, February 7, 2009

Karamel Lapis




Buat untuk anak2..
Selalunya buat karamel biasa je..
kali ni try lapiskan dengan choc flavor..
boleh tahan...mcm ada rasa ais krim..
but the kids prefer yg biasa je..

Wednesday, February 4, 2009

EGG BENEDICT





Egg benedict ni dah jadi menu fav dah.

Dapat resipi dari rakan blogging Suzi kat Adelaide.

Sempoi je.

Kdg2 anak buat sendiri.

Ibu anak2 tukang masuk oven je.



PAVLOVA






Minggu lepas, datang pulak rajin try this simple recipee.
Recipee pavlova ni saya cedok dari rakan blogging di perth.
sungguh senang nak disediakan.
sedap pun sedap gak.
budak2 suka betul.
buat petang, malam dan langsai.
Alhamdulillah.