Tuesday, March 31, 2009

Kek Lumut




kek ni namanya kek lumut
tengok kat umah Yatt n Cik Mat
betul le kata depa....sedap sungguh
lemak berkrim
resipinye pun x le susah sangat
yg jenuh nak nunggu dia masak le..sampai 3 jam
adoiii...boleh tido kejap td..hihihi

Yatt n Cik Mat..tq very much..minta izin copy n paste resipi ye


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau secukupnya (mat guna 2 camca besar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....

Sunday, March 29, 2009

Pan cake lagi!!!



pagi tadi buat pan-cake..
sikit je..just utk hubby having bfast seblm gi keje..
makan dgn maple syrup..
tengok pan-cake ni..teringat anak kat N9..
suka gak pan-cake..

Saturday, March 28, 2009

Green Princess Cookies



hari ni rajin nak buat cookies
dapat dari umah ummi
raaanguupppp!!!!
Kak Ummi, saya minta izin copy n paste ye


  • 100gm mentega
  • 75gm minyak sapi
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B

  • 50gm serbuk badam
  • 15gm tepung beras
  • 220gm tepung gandum

Bahan hiasan :-

  • coklat masakan putih (*ummi tukar coklat)
  • manik gula warna warni

Cara-Cara:-

1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika.

3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan

4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit.

5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.

Thursday, March 26, 2009

Apam Gandum


Apam gandum ni tengok kat rumah Cik Mat..
resipinya pun mudah, tak perlu guna mixer segala..
since mixer saya dah rosak dn x sempat lg beli yg baru wlupun dh ada choice..
so kena buat kuih ala2 tradisional je le..hehe

So Cik mat, saya minta izin copy n paste resipinya ye:



BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

Monday, March 16, 2009

Marble Vanilla Muffin



Muffin ni jumpa kat rumah Cik Mat Gebu
Resipi pun senang je nak buat
Tapiiii...mixer pulak buat hal
terjatuh masa anak tlg kluarkan dr kabinet
terus biul mixer tu
tp sempat gak le pukul butter ngan gula
ingatkn ptg nanti nk buat cookies
cancel le nmpak gaya


Friday, March 13, 2009

Fudge brownies


this simple fudge brownie is for my hubby
sempena bday hubby jumaat semlm
dan utk ank2 juga
saya suka kek ni sbb sng betul nak buat..
x yah guna mixer..semua bhn pakai cawan je..
mmg sesuai le utk org 'rajin' mcm saya ni..hehe
klu tak silap resipi ni saya dpt dari blog mamafami
minta izin copy n paste ye kak..


Ingredients :

1 cup butter ~ melted
1 cup cocoa powder
2 cups sugar
1 1/2 teaspoon vanilla essence
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)

Ingredients :

1. Mix cocoa in well with the melted butter.
2. Add sugar, vanilla, and eggs, mixing well.
3. Add flour, baking powder, salt, and nuts or chocolate chips.
4. Pour mixture into a greased 9 by 13 inch pan.
5. Bake in a preheated 350F oven for 25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do not want to overbake!

Note : I baked at 180 C for 40 minutes

For the topping, I just melt the cooking chocolate, using double boiler method.

Thursday, March 12, 2009

Sweet capsicum wih eggs






sweet capsicum with eggs ni jumpa kat umah yatt n suzi
kebetulan capsicum merah ada belen masa buat fettucini with creamy sos tu hari
so dari dok buang, baik pelbagaikan
senang giler nak buat pun ye gak
memang sedap..hubby le kata..yg penting x pedas sangat
saya pulak suka tengok warna capsicum tu..merah menyala
hihihi

Tuesday, March 10, 2009

Rich lemon cake




Hari ni terlebih rajin buat orange cake
Ingat nk ikut resipi Yatt atau Kak Inahar
tengok2 ada cream of tartar pulak
kat umah x de pulak benda tu
tp semangat nk buat kek ni begitu membara sekali
so redah punya redah blog
terrrjumpa resipi ni
terlupa pulak dr blog siapa
soriiiiiiiii!!!!

Friday, March 6, 2009

Banana crumb muffin





Muffin ni jumpa kat rumah Qistina
Mcm muffin pisang yg lain gak
bezanya topping dia tu
crunchy
anak2 suka, hubby pun suka

Thursday, March 5, 2009

Fettucine with creamy tomato sauce



Hari ni dinner saya buat Fettucini with creamy tomato sauce..
Saya jumpa di rumah cik mat Gebu..
Cik mat...minta izin copy paste ye resipinya..
Memang sedap gilerr...
Hubby makan sampai 3 pinggan..
pas tu bising saya masak sedap2..
sebab perut dia dah boroi..
hihihi...
Tapi sorry la..gambar pasta saya tak seselera cik mat punya..
bdk baru belajar katakan..

BAHAN-BAHANNYA :-)

200 g Fettuccine, direbus hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit mentega
1 camca besar minyak zaitun (olive oil)
1/2 biji bawang Holland (kaler kuning) dicincang2 biji bawang putih, cincang halus
1 biji tomato, cincang kecil
25 kuntum cendawan butang, dihiris
1/3 cawan cream
Sedikit cincangan daun parsley (tak de, mat guna hirisan daun bawang)


BAHAN LAIN :-)
6 - 7 ekor udang sederhana besar, dibersihkan
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
Tomato segar, didadu
1 1/2 camca besar sos tiram*
1 1/2 camca besar sos tomato*
1 1/2 camca besar sos cili*
1 1/2 camca besar kicap cair*(*bahan sos)


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan tomato hingga layu dan harum, masukkan bahan sos dan sedikit air, kacaurata.
Masukkan udang dan cream, kacau sebati dan masak sekejap dengan api kecil, masukkan fettuccine tadi dan gaul rata2.
Alih dalam bekas sesuai, dan tabur capsicum merah/hijau tadi, tomato yang didadu dan juga cincangan pasrsley...
Kalau suka "drizzel" sedikit minyak zaitun extra virgin sebelum dihidangkan..

Sunday, March 1, 2009

almond cookies




sabtu semalam, anak yg no 3 wani suruh saya buat cookies..
dia kata lama ibu x buat any cookies..
biasalah..ibu dia kan bab masak2 memang m***s...
since dia beriya2 nak saya buat cookies..
so saya buat lah cookies paling simple dlm pasaran...
almond cookies...
wani minta saya tabur rice ball atas cookies...
so saya tabur separuh...separuh lg just plain...
yg ada rice ball...sekejap je langsai...
now ni tinggal yg kosong je..
tu ayah depa punya bahagian..
tak abiskan kena ngan saya...hihihi

Bhn2nya

115gm mentega
100gm gula perang
100gm gula kastor
1 bj telur
155gm tepung gandum
100gm serbuk badam
50gm cip coklat
1/4 sd teh serbuk penaik
1/4 sd teh esen vanilla

cara2nya

Pukul hingga kembang mentega,gula perang dn gula kastor
Masukkan telur yg tlh dikacau perlahan
tmbahkan esen vanilla utk hilangkn hanyir telur
gaulkn adunan tadi bersama tepung,serbuk penaik dn serbuk badam sehingga sebati
taburkan cip coklat. Terus gaul hingga rata
bentukkan adunan menjadi bebola kecil
ltk dlm dulang pembakar
tekan dgn blkg sudu garfu hingga leper
bakar selama 15-20 min dgn suhu 160C
sejukkan biskut seblm disimpan