Selalu bila tulis blog, aku mengira sesuatu yang perlu disyukuri. Ya, terlalu banyak benda yang perlu kita syukuri, hampir tidak terkira sebenarnya.
Sepanjang kesenyapan blog ini, terlalu banyak perkara yang berlaku, aku telah pun melahirkan baby yang ke dua pada February tahun ini, tahun 2015. Nur Camilia Arissa. sekarang dah lapan bulan :)
Masa mengandung ke dua ni, memang takde entry masuk pun, busy sangat study. habis je exam. bersalin, Bersalin memang waktu untuk muhasabah diri la kan? Tak mahu la mak nak tengok laptop ke, handpon menghadap lama2 kan. Tak kuasa sangat uools!
Sekarang ni dah lapan bulan dah, alhamdulillah. dah pandai berjalan juga :)
Mulut pun bising je sekarang.
Banyak sangat benda nak cerita, ok take a deep breath. Satu per satu ya dek nons.
Di sepanjang ke "tiadaan" blog ini juga aku banyak berfikir. Sekarang ini aku ingin mulakan perniagaan. Anak2 pun tak banyak kerenah, alhamdulillah semua sihat. Oleh kerana husband telah pun mengorak langkah travel agencynya CUTI CUTI BAJET CIPUT. Boleh follow di facebook dan instagram. Sangat memberangsangkan, ramai orang suka travel. Harga pun murah, customer semua puas hati. Lagi ramai lagi murah guyss :) Nampak tak iklan kan sekali disini.Terbaik toqq!
Jadi aku juga ingin mengorak langkah memulakan perniagaan, i am worth more than my current income, i see my potential in myself.
Oh berbalik semula kepada cerita anak ke dua tadi, Camilia. Kami panggil dia cami kadang adik milia, adik, Arissa, Cami menjadi gembira sangat bila kita sebut nama dia. Dia jadi lembik dan manja macam kucing..hhehe..
So dibawah ni, aku share video adik Cami makan biskut, dia suka biskut Jacobs yang bulat tu..aku rakam sebab aku suka tengok cara dia mengunyah tu, comel sangat,haha!
Alhamdulillah, terima kasih baca entry. Keep in touch! Banyak lagi nak cerita lepasni, jika diizinkan Allah :)
Bye!