CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 8, 2015

Lumrah kehidupan-Paksa Hati!




Sekarang ni petang je hujan, hujan je petang kan? Alhamdulillah, semoga Allah menurunkan hujan yang mendatangkan manfaat nya.

Lepas tukar port folio ni aku berasa sungguh tenang, tak tahu lah kenapa. sebab boss dulu jenis tak mahu menaikkan orang, jenis nak mencari salah orang, jenis nak jatuhkan orang walaupun kau tahap clerk je, dia director. Bukan nak jatuhkan kau sebab kau akan merampas tempat dia, tetapi sebab dah perangai keji, haa, gitu. Maka sekarang dah bertukar boss, aku berasa sungguh tenang. Weekend pun boleh selesa, Oh but you know what, aku perlu mendidik diri aku untuk tidak selalu mudah berasa selesa terlalu cepat. Dalam sebuah buku yang pernah ku baca, jangan biarkan diri kita berada didalam comfort zone terlalu lama. Sebabtu kita kena didik diri kita supaya sentiasa grow, sentiasa mendapat dan memperoleh ilmu baru, perkara baru, pengalaman baru.


Sekarang ini, mula sedikit demi sedikit untuk menaikkan orang sekeliling ku. Dr Reza kata, dont afraid to grow people, someone will grow you from behind. Memang betul apa yang beliau pesan tu. Jernihkan kolam hati kita ya, baik dengan semua orang dan berjaya. Contohnya kita nak kaya, mesti la kita kena berurusan dengan manusia bukan? Duit tu hasil dari mana? Bukan nya dari machine atau haiwan, tetapi manusia :)

Mari didik hati kita untuk terus baik dengan semua orang ya, bukan sebab kita nak duit dia ke apa, sebab kita memang perlu jadi baik. paham? Sebab itu kena bersihkan kolam jiwa, supaya baik itu tak nampak fake, Ia memang terus dari hati :)


Ihsan Mr google.

Rasa macam nak makan kek ni pulak, haritu adik ipar buat kek kit kat ni, aku memancing smarties kat atas tu sapai botak kek dia,hihi.. kek nya biasa2 je rasanya.


Ok lah, bye! jumpa lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...