shopee haul~ versi tak sedar diri

assalamualaikum

aku ni bukannya sejenis manusia yang bukak shopee je wajib shopping.. tak tak aku masih sedar diri yang aku bukan golongan kayangan duit berkepuk dalam akaun bank tapi tu la.. tengok title entry pon macam perli diri sendiri.. tau duit tak banyak tapi nak jugak shopping.. ekeke.. ala shopping barang dua tiga ketul je pon.. jom tengok apa aku beli~

aku beli peanut butter yogood dari kedai yaaaybaby harganya RM17.99
aku beli kat shopee pasalnya kat tempat aku payah giler nak jumpa peanut butter versi diet..
aritu ada je kat mydin, giant tapi tiap kali aku pergi mesti habis stock..
sudahnya beli je kat shopee.. 😄

kasut untuk pergi kerja beli kat kedai mykutsu hargnya RM19.90
itu hari dah beli sepasang colour grey, ni repeat order colour black pulak..
alhamdulillah selesa je pakai tumit kasut ni tak tinggi sangat pon..

last item aku beli kasut kerja dari kedai mykutsu jugak harganya RM28.90
aku berkenan tengok tali kat belakang ikat reben tu.. nampak comel sebab tu aku beli.. haha
yang ni tumit agak tinggi tapi selesa jugak pakai.. confident je berjalan macam model.. 😆

takde la banyak sangat aku shopping kan kiranya bukan versi tak sedar diri tapi versi masih sedar diri.. kehkehkeh.. dah lama cari kasut kerja sebenarnya.. tapi susah nak jumpa yang betul betul memikat hati.. sudahnya belek shopee jugak.. tak yakin nak beli online takut tak muat kaki ataupon tersalah size tapi ni aku redha dan pasrah je.. kalau tak muat nangis bucu katil.. nasib baik muat.. 😅

kalau korang berkenan nak beli jugak pergi shopping sekarang kat shopee! ok done hasut korang.. aku kan suka menghasut.. 😂

bye!
xoxo

kuih bulan kedai eco

assalamualaikum

bila sebut kuih bulan teringat masa mengandungkan si sofia.. punya la teringin nak makan kuih bulan, sangup order online masa tu tapi mintak tolong anak saudara aku orderkan.. walaupon harganya agak mahal tapi takpe demi anak dalam perot aku sanggup.. haha.. yelakan demi anak padahal tekak sendiri nak merasa.. 😆

bila kedai eco ada jual kuih bulan laju laju ajak suami ke kedai eco kejap.. pusing punya pusing satu kedai eco tu akhirnya jumpa jugak kuih bulan idaman hati.. ada tiga jenis iaitu pandan, kacang merah dan teratai.. tapi aku dapat beli dua jenis je yang teratai tu dah habis stock pulak.. nanti ada rezeki dapat la merasa yang teratai punya tu kot.. 😄

ni rupa kuih bulan kedai eco.. besar jugak RM2.10 seketul.. yang depan tu kacang merah.. yang belakang tu pandan..

puas hati jugak layan kuih bulan kedai eco ni.. dah la besar lepas tu sedap dan tak manis sangat.. aku suka pandan tapi kacang merah tu sedap jugak.. hehe.. aku rasa kedai eco jual kuih bulan ni kejap je kot lepas ni dah takde.. so korang cepat cepat terjah kedai eco sebelum terlambat.. ekeke.. #donehasut

sekian review ikhlas dari aku..

bye!
xoxo