Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

merdeka 65 tahun

assalamualaikum

meriah sungguh sambutan kemerdekaan tahun ni ye.. lain macam dia punya aura meresap masuk ke dalam jiwa, terngiang ngiang lagu mentera semerah padi.. kehkehkeh.. aku sambut kat rumah je tengok perbarisan dalam tv.. fuhhh meremang bulu roma tengok perbarisan maklumla dah dua tahun sepi tanpa perarakan kanssss.. seronok sungguh tahun ni! ihiks..


sempena bulan kemerdekaan, mana mana sekolah pon ada sambut hari kemerdekaan termasuk jugak la sekolah aku ni dan sekolah sofia.. masa sambutan bulan kemerdekaan kat sekolah aku, aku busy dengan ujian amali sains tak dapat la nak join.. tapi untuk sekolah sofia, sempatla siapkan anak dara sorang tu masuk pertandingan pakaian beragam.. last minit cari baju nasib baik si akma sudi pinjamkan baju anak dia untuk sofia.. dapatla sofia melaram setahun sekali..

posing dulu sebelum ke sekolah
yang penting ada crown barula diva.. 😆

mommy pon nak posing jugakkkkkk

eh lupa sambutan kemerdekaan kat sekolah sofia hari selasa lepas.. gigih la mommy mintak izin dengan pengetua masuk kerja lambat sikit sebab nak siapkan anak.. nasib baik pengetua okay je.. hihi.. mommy siapkan dia cecantik pakai tudung kemas kemas, nahhh comel kemain anak dara sorang ni.. lepas tu hantar dia pergi sekolah.. sekali sekala mommy hantar pergi sekolah, happy betul dia! 😄

itu jela cerita pasal kemerdekaan, dah lama tak update blog.. entah apa aku taip pon tak tahu.. saja letak gambar anak, buat kenangan dalam blog sebab ni first time sofia join pakaian beragam harusla diabadikan dalam blog kesayangan..

selamat hari merdeka koranggggggggg!

bye!
xoxo