Jom klik2 Tabung Caya

Wednesday, November 25, 2020

Pejam Celik Pejam Celik Tuhan. Cepat nya....

 Assalamualaikum

Masa lalu , dengan abang shang (now Graphic Designer) ni masa diusia bayi, beberapa bulan umurnya.


Gaun pertama warna merah yang mama beli kat kedai India Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan TAR, K.L you. Kak Long ketawa besar dapat nerai gaun pertama ni.  Duduk pun belum boleh, umur baru beberapa bulan jer.  Gigi pun takda laei. 



Abang Shang dah besar skit. Suka swimiming pool. Setahun dua ker tiga kali mesti Mama bawa nginap di swimming pool .  Rambut kerinting lebat, tebal.


Konvo Abang Shang


Hidup ini suatu perjalanan yang panjang.  Rencana Allah itu  lebih baik dari rencana mu. Jadi tetaplah berjuang dan berdoa  hingga kau akan menemukan bahawa ternyata memang Allah memberikan yang terbaik untuk mu.  

Mama diploma  di UITM dan anak anak Mama pun sama habis Sarjana di UITM., Shah Alam dan Puncak Alam. Tapi, Mama sambung Sarjana di Open Universiti Kuala Lumpur (kerja sambil belajar)




Cepatnya masa berlalu. Cepatlah naik pelamin depa berdua ni. Tolong Aamin kan ya.  Aamin. Alhamdulillah.

Kampungku ( From Elephant Valley to Boston and Paris)

  Assalamualaikum


Menikmati keindahan kampungku.



Kait molek sikit Mama. Dokong tak jatuh kang kerengga masuk tudung. Auwww.



Ada masa Mama rajin nanam ni. Banyak buahnya kacang kelisa, kcg panjang, ulm raja, dll. Siapa nak ambil jer. Mama duk K.L. Tabur benih kat tanah sekangkang kera rumah di kampung then biarlah dia subur.  Ada rezeki ada masa balik kampung boleh merasa semua ulam ulaman yang mama tanam ni.


Sedap nikmat, manis buah Nona ni. Buah syurga dari langit. Tq. Allah. Alhamdulillah.  Sayangnya selalu berkulat putih tu...



Kerjasama bawa team balik kampung. Kait dokong penuh bonet.





ada Homestay Riverside tak jauh dari rumah.




Pekan Kg. Gajah.


Kalu musim durian Pekan Kg. Gajah memang berpesta gerai gerai penjual durian. Berderet kereta dari luar mai parking tepi jalan . Berderet orang beratur membeli durian macam kat Gerai Nasi Kandar Line Clear, Penang tu. Habaq mai... Tak tau nak habaq lagu mana.  China, India semua bangsa duk mai Kg. Gajah. China china siap bawa family makan durian bertinggung jer bawah pokok gerai juai durian tu. Kelip kelip mata Mama nengok  apek bawak keluaq duit dari dompet beratus ratus belanja keluarga depa, dua tiga kereta konvoi mai. 

Mama takda dusun jadi beli ajer durian di pekan . Makan kira uleh takut gula naik. hahihu. Beli untuk anak anak ajer yg suko durian nih. Mama kan ibu mithali.  Sekali sekala puji dighi sendighi. Lain kali mai la kampung mama ni. Durian sedap manis-manis, durian kampung semanis orang kampung nya. hihihi. 

Haaah. gitu. 

Tuesday, November 24, 2020

Hidup Berjiran. Berjemaah Itu Indah

 

Assalamualaikum


Menyertai jemputan di Majlis Marhaban, Alam Damai.


Rombongan membelah laut ke Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam with my jiranssss.



 Ziarah Sufi Maahad Tahfiz Puncak Alam


Marhaban



Jemputan  di Nasi Arab Datin....



Ziarah Maahad Tahfiz Puncak Alam


Progrem bersama Mufti Wilayah Datuk Dr. Zulkifli


Majlis Walimah anak Jiran 



Ziarah Sufi Pattani Pondok Baba (Lupa nama sorry)


With my jiran and Makcun








Pewaris Keris (jangan histeris)..boleh gurau gurau kennn


Bersama Team Karangkraf sebelum bergerak ke Landap untuk menyantuni Orang Asli Landap, Sg Siput Perak.

with My jirans menyantuni orang Asli di Landap, Sg. Siput Perak


Kuyusss nya saya Hitea with my daughter

Finally, terjumpa gambar mahal sekali ini di celah celah folder Laptop with my arwah Father In law.


Jiran bersepakat membawa berkat. 40 pintu rumah di kiri, 40 pintu rumah di kanan, 40 pintu rumah di hadapan, 40 pintu rumah di belakang.  Daku duduk di kayangan tingkat belas belas so, 40 pintu rumah di bawah dan 40 pintu rumah ke atas.  Wooww.... lebih dari satu taman ni,. satu kampung.  Aktiviti kebiasaan seperti  menghadiri Majlis Tahlil, Yaasin bersama, kuliah2 di masjid bersama wajah wajah kesayangan yang sama. Hari raya, berombongan sana sini kami lah. Pi mai pi mai keluar masuk, turun naik lift dari blok ker blok ziarah raya.  Inilah wajah wajah kesayangan hamba semua ini.  Allahu. PKPB ni rindu ketemu sahabat muslimah semua ini. 

Hidup berjiran tetangga. Berjemaah itu Indah. Alhamdulillah. Beribu ribu memories setiap hari bersama jirans. Hanya sebahagian foto sahaja yang dapat diabadikan kenangan di sini.

#stay safe
#stayhealthy
#staysweet


Lastly, with my jiran di Masjid Sendayan. Love you all.


Thanks for watching.











Istiqomahlah Sayang

 Assalamualaikum


Bahagia setiap kali melihat orang bahagia. Lagi bahagia andai akulah yang dapat membahagiakan mereka. Menjadi sahabat yang baik, teman yang baik, jemaah yang baik, umat yang baik dalam sebuah perjalanan menuju negeri abadi. 

Istiqomahlah sayang. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar gaji bulanan berbelas ribu, bukan  harta intan berlian, emas(pulut dakap, biskut tawar, biskut marrie), rumah banglo, villa, kereta mewah bagai...











Rezeki dapat mengembara selagi ada kederat selagi ada kemampuan dan rezeki dari Allah Yang Maha Pemberi.  Kita menabung, kita berjimat, sejak zaman anak dara zaman bujang  daku memang berjimat.  Sebulan kos sara hidup zaman 80an - 90 an antara RM300-Rm500 shj.  Boleh menabung lagi Rm500 sebulan .  Hanya bertugas sebagai Clerk you.  Walau ada Diploma tetap sebagai Kerani.  Tiada kenaikan selama 15 tahun. Allahu.  Sabarnya daku.  Allah uji.  Tapi Allah bagi rezeki di celah lain tau.  

Rezeki pergi umrah awal Ramadhan di usia 30an tahun.  Rezeki umrah percuma (sponsored) kali ke dua di usia awal 40 tahun.  Rezeki Haji usia 50 tahun.  Hanya sebagai seorang yang berpendapatan rendah, bergaji kecil menyara sepasang anak yang masih kecil.  Berjuang gigih untuk menyara keluarga, "to bring food on the table. Im the only bread winner"kata orang kampung kemer.  Buat sampingan jual nasi lemak sarapan pagi, jual itu ini joined MLM pelbagai produk. Keluar 7 pagi balik 12.00 malam 7 hari 24 jam.  Allah swt sentiasa memerhati daku.   Allahuakbar.

Kalian yang sedang diuji sabarlah sayang. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Istiqomahlah dalam amalanmu. Istiqomahlah sayang. Rezeki dapat sahabat yang solleh yang baik yang sentiasa berpesan pesan pada kebaikan dan berpesan pesan dengan kebenaran.  Allahu.  Ada yang sudi berkawan dengan saya. Say Hi..... Say Salam and Selawat Nabi.

Bagusnya aku minat dan rajin hadir kuliah kuliah agama (bukan nak puji, semua kesah basi diri sendiri) di Masjid Asy Syaikirin KLCC, Masjid Kg. Bharu, Masjid Negara, pusing dari masjid ke masjid dari bujang sampai bawa anak anak sebagai bodyguard. Boleh berbuka sebulan Ramadhan di masjid masjid. Bawa bekal berbuka, makan berkongsi2 dgn jemaah lain. Bertukar tukar hidangan. Indahnya waktu itu.  

Walau di hina bagai nomad, gelandangan tidur di masjid masjid bawa anak anak pulak tu.  Esok pagi masuk opis  jadi Eksekutif di Jabatan korporat (selepas kenaikan pangkat) Opis berhawa dingin, pandai pandailah urus keluarga dan masa.  Masa bertugas di opis kena vogue. Ada Makcik onion cemburu iri, hahaha...

Hello, kita suka masjid. Suka mendidik anak anak agar cinta masjid.  Sebenarnya , Tidur di rumah lagi enak lagi empuknya tilam tapi susah nak bangun tahajjud.  Di masjid hanya  berlapiskan kapet nipis tanpa selimut tanpa bantal hotel, berbantalkan lengan sendiri atau bag pakaian sehelai dua.  

Eh, sudah sudah.  Kita tinggalkan segala duka kesakitan yang lalu.  Bangkit, Muhasabah, Jom perbanyakkan berselawat dan berzikir. 1000x sehari boleh gituuu. Smiles...

Sunday, November 22, 2020

Trust Allah

 

Trip to Bandung a few years back.


Patience will bring you so much prosperity









Dont stress. You will get what is written for you. No one can take that from you. Trust Allah.


May your smiles be bigger than your problems.