Jom klik2 Tabung Caya

Sunday, June 19, 2011

Siapa Yang Fasiq?

Photo: Dari Google

Assalam,

Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan. Kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan itu.” (Hadis riwayat Abu
Daud)

Renung-renungkanlah.

Saturday, June 18, 2011

Make Love Not War - Biar Betoi!

Assalam

Salam Pagi. Mula2 nak baca on-line paper around the world. Ternampak foto di bawah ini. Itu di sana, bukan di sini. Mula-mula tengok.. dok fikir.. apa ker jadahnya posing gitu. Sekadar lakonan ka, gimmik, gila glamour ka, tak sempat2 dah ka... takdak hotak ka?



The identity of Vancouver’s famous kissing couple is revealed


What say you? Read more Rupa-rupanya..

Kejadian sebenar. Ketangkasan cameraman sangat bijak atau mungkin bernasib baik. Heeee.... unik and very artistic. Timing shot yg sangat tepat dan menarik. Teringin plak nak pikul sebijik DSLR/ D7000 tu jalan-jalan sekitar KL, Mesjid India, Brickfields, Chow Kitt atau dalam himpunan perarakan utk snap adengan2 spt di atas. Jangan jadi OKT sudahhhh.

Aku muka baik, hati suci. OKT? Nahi mungkin . Salam.

Monday, June 13, 2011

Dulu dan Kini, Tua Setelah Muda


Assalam,


Cantikkan nenek saya masa muda... Elizabeth Taylor



Nenek bibior merah dalam kenangan. Cantik hanya sementara...

Ni kat bawah ni lagi seorang nenek yg saya sangat minati semasa zaman ngetopnya dahulu. Artis bollywood Sharmila Tagore, emak Saif Ali Khan..

Cantikkan omak Saif Ali Khan kat bawah ni..

Bilo dah tuo....



Yang hitam putih ni cam bekas penari cabaret bollywood/night club/al-kalabu walmalami kata arwah P.Ramlee. Artis bollywood Helen zaman ngetop dan bila dah tua ..pandai pun pakai sari..Kecantikan mana ada yg kekal.... Allah swt jua yg kekal.



Cuba teka yg ini siapa?




Seniwati Mariani


Arwah Saloma di zaman muda.. Al Fatihah.


Yang di bawah ni dulu muda, sekarang semakin montok. macam dicucuk cucuk deh...
Artis Rohana Jalil



Ada cucuk ka???

Takyahlah wat kojer cucuk cucuk ni. nanti bahaya, memudaratkan kecantikan yg asli jer. Tengok makcik kat bawah ni. Seksi... ori lagi....



Sabor ajerlah ya komer....

Thursday, June 9, 2011

Antara Osama, Salleh dan kereta


Bila Osama diistihar mati
Ada yang beraya ada yang merana
Solat Hajat, Tahlil
Al Fatihah seluruh dunia
Berkabung....


Bila Salleh Yaakob cukupkan quota 4 bini
Yang lawa, cun, muda, remaja
Ramai lah bapak-bapak
yang nak lantik Salleh jadi Consultant
Poligami Rumahtangga
..Adaker...?


Bila keluar model baru Perodua Myvi
Ramai yang ternganga
Harga kereta dan
RON95 naik memang iya
Teman tak termampu menanggungnya
Biorler teman pakai yang lama




Kesah video lupakan sahaja
Banyak bebenor berterabur seluruh negara
Bukan pantun, bukan sajak namanya
Sekadar coretan suka-suka
Aku tak berupaya berbuat apa2
Seperti hari hari biasa
Menyemak list solat, puasa, amal jariah
Sejauh mana..?

Saturday, June 4, 2011

Jom Karnival di Mesjid Negara, K.Lumpur


Assalam dan Bismillah,

Selepas menghadiri majlis walimatulurus di Desa Permai, P. Dlm, KL petang tadi sempat singgah di Mesjid Negara utk solat dan menjenguk pameran2 di Karnival yg diadakan di Mesjid Negara. Masalah parking yg terhad menyebabkan mamawana singgah sebentar ajer, hanya di beberapa booth. Banyak gerai2 yg mengambil bahagian spt MAIS, JAIS, MAIWP, Pusat Zakat, Halagel, Pizza Hut, KFC pun ada dll. Jom, layan.





Layanan mesra dan senyum ceria dari gerai TV Rasmi JAKIM





Lastly, singgah perbetulkan bacaan Al-Fatihah di booth Darul Quran.
Testing malu-malu tucin. Heeee......
Sempat bersembang mesra dan berposing dgn Cik Jauharah Wahidah Jusoh, Pegawai dari
Darul Quran


Esok, Ahad 5 Jun 2011, adalah hari penutup karnival ini. Yang berada di KL dan sekitar KL jemput datang beramai2 menghadiri karnival ini. Macam2 aktiviti di adakan utk adik2, sicilik, bermacam pertandingan, gerai makanan, jualan pakaian tudung, jubah semua ada. Sila-sila hadir..

Nasi Goreng Aji No Moto

Assalam dan Bismillah

Dalam gerimis hujan, hujan petang yang renyai-renyai halus. Berlari mengelak becak jalanan di tepian blok taman perumahan itu. Bukan takut hujan, bukan takut ribut guruh yang menyergah. Tapi mengejar waktu yang hampir mughrib, jam menunjukkan waktu 7.15 petang. Sekejap lagi azan akan berkumandang hingga ke celah2 awan, suara azan akan terbang dibawa angin lalu singgah mencuit cuping telinga para sollihin.

Dia tergerak hati utk singgah di sebuah gerai menjual masakan gorengan. Jenguk-jenguk seketika, tiada pelanggan lain digerai itu di ketika itu. Cuma seorang jejaka sedang menjamah maggie goreng bersama beberapa ekor udang yg agak besar terdapat dalam piring maggienya. Enak sekali cara suapannya atau mungkin lelaki itu kelaparan. Utk segera menjimatkan waktu, dia meminta sebungkus nasi goreng kampung kurang pedas. Satu persatu dia perhatikan perempuan Indon itu membasuh kuali, membilas dgn air panas, menaruh sesenduk kecil minyak masak. Api kekuningan besar menjalar dari dapur gas dikecilkan menjadi warna biru. Kemudian perempuan Indon itu, memasukkan hirisan daging, sebiji telur ayam dipecah masuk dikacau bersama hirisan daging tadi. Diikuti dengan sejemput ikan bilis, hirisan sayur sawi dan sesudu kecil penuh (mungkin garam) dan nasi putih sepiring. Semuanya dikacau2 dan dicampur dgn kicap cair dan sos sotong. Simple. Pasti enak.

Hatinya ingin tahu. Lantas lidah ringan bertanya pada perempuan Indon itu.
"Kak, yang dalam bekas pasu kecil tu apa? Garam ker?"
Jawap perempuan Indon itu "Bukan, itu Aji No Moto, kita tak pakai garam. Sos dan kicap cair sudah masin"
"OOhh" dia mengangguk. Mak aii, banyaknya ajinomoto dia guna, sesudu kecil penuh. Issshhh... kalu masak sendiri tak pernah guna sebanyak itu. Kadang2 tak guna langsung aji no moto. Patutlaa sedap. Itu rahsianya. HHHmmmmm............"

Nasi goreng kampung siap. Bayar tanpa banyak soal. Sedap, memang sedap.


Tapi sebelum makan. Nak buat demo skit. Sebungkus nasi goreng kampung dan sesudu kecil aji no moto. OOhhhh....Nooooooooooooo. I cannot take it. What the hell if all my hairs fall? Who cares? Kau lapar. Kau yang gatal2 beli. Busy konon, tak sempat masak. Kau makan ajerlahhh (jerit satu suara hati) No, no. I will share it with someone.

Indonesia tarik balik Ajinomoto dari pasaran
- Utusan Malaysia, Khamis – 4 Januari 2001

Jakarta (Indonesia) – Sementara menanti pengesahan halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI), pengeluar utama monosodium glutamat (MSG), PT Ajinomoto di Indonesia menarik balik keluarannya di pasaran setelah syarikat itu didapati menggunakan bahan daripada babi. Pegawai Kanan syarikat itu mengaku mereka menggunakan baktosoyton yang diperolehi dari lemak babi untuk menggantikan polipepton yang disari dari lemak lembu.



Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan

Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;

  1. Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.
  2. Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.
  3. Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney.
  4. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto". Kalau rajin surf kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), faktanya lebih mengejutkan!

Ada lagi kesan-kesan lain:

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

Pautlaah perut saya berlemak, wuhuhuhu. Untuk tahu lebih lanjut rajin-rajinlah surf info tentang kesan penggunaan aji-no-moto ini. Intro di atas, cam nak buat cerpen ajer. Muahahahaha. anf finally, rajin-rajin lah masuk ke dapur memasak sendiri. Bukankah air tangan seorang ibu, seorang isteri itu lebih diberkati lebih enak dimasak dgn rasa kasih sayang. Permisi.

Monday, May 30, 2011

Esok Pasti Ada


Assalam,

Apa khabar?

Go to fullsize image

Ada hati yang terluka., Bila salah bicara
Ada jiwa yang terguris, Bila terlepas kata-kata
Tua muda semua merasa
Hari ini, esok. giliran siapa pula?
Yang kecewa melara
Gagal memiliki sesuatu yang didamba
Usah dengki, Cemburu buta.

Esok, lusa, ..tiba masa
Dapat kau miliki semua
Tidak di sini Yakin di sana
Janji yang Maha Esa

American Choc Cake Versi Mamawana


Assalam

Hari ni tergerak hati nak berkongsi choc cake spt foto di atas. Mama ni taklah rajin sangat memasak. Tapi sebulan sekali tu rajin juga bancuh kek utk makan anak-beranak dan sedikit tapau ke opis utk rakan2 sepejabat.

Bahan A : 1 1/3 cawan air suam
3/4 cawan serbuk koko

Bahan B : 1 3/4 cawan tepung gandum @ kadang2 mama guna SRF ajer tanpa baking powder
2 tsp baking powder
1 1/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp garam

Bahan C: 3/4 cawan mentega
1 3/4 cawan gula caster
3 biji telur

Caranya:

Gaul bahan A dan biarkan. Pukul mentega dgn gula biar gebu. Masukkan telur satu persatu. Masukkan bahan B berselang seli dgn bahan A., kacau rata. Masukkan adunan dlm acuan 8 x 8, terus bakar selama 25-20 minit dgn kepanasan 180C. Check kepanasan oven dulu ya sebelum bakar kek.

Topping:

300 gm susu sejat }
300 gm cooking chocolate } cairkan atas api. Resipi asal ada tepung jagung utk topping. Dah 1 sudu kecil butter cuba buat tapi anak2 tak suka.
1/2 cawan air

Caranya:

Cairkan susu dan cooking chocolate atas api perlahan2. Masukkan yg bahan topping lain2 hingga kelihatan pekat. Biar sejuk baru sapu keliling kek. (Mama suka guna 1 sudu besar susu tepung Ori produk Zhulian)

Coba 'in. memang sedap, simple. Anak dara 15 tahun pun bleh bancuh kek nih. Anak dara kena rajin ya. Yuk.


Sunday, May 29, 2011

Khasiat Buah Nona - Ubat Kutu, Ubat Cacing., Kanker...

Cepat ler masak buah Nona ku

Assalam dan Bismillah,

Kenal tak buah apa ini? Unik rupa bentuk mukabuminya. Ada yang kata menarik, ada yang kata tidak. bagi mama, rupa buah ni cantekkkkkk sahangat-sahangat. Hoho.... rasanya pun lemak-lemak manis. Sedappppp....

Mama beli buah Nona ni kat Pasar Tani Pekan Parit , Perak Sabtu semalam. Semasa kanak2 dulu mama pernah makan buah Nona ni. Terjumpa lak di Pasar Tani terus mama angkut ler 5 biji. Memandangkan buah Nona yg mama beli masih keras, kena peram dulu kata China penjual buah tu. Takpa-takpa boleh sabor, boleh peram sehari dua. Air lior dah kecur nak menikmati buah berkhasiat ini.

Khasiatnya.. jom baca sini

Buah Nona atau yang nama ilmiahnya Annona reticulata adalah salah satu jenis tanaman obat Indonesia. Buah nona. Pohon atau perdu, tinggi 3-7 m, semua bagian jika diremas berbau kuat. Daun memanjang sampai bentuk Ianset, 9-30 kali 3,5-7 cm, cukup lemas, tepi rata. Bunga dalam karangan yang pendek, berbunga 2-10. Daun kelopak waktu kuncup tersusun secara katup, segitiga kecil, pada pangkalnya bersatu.

Daun mahkota terluar berdaging sangat tebal, 2-3 cm panjangnya, dari dalam putih kekuningan, dengan pangkal berongga akhirnya ungu. Daun mahkota yang dalam sangat kecil. Dasar bunga meninggi. Benang sari banyak, putih.

Penghubung ruang sari di atas ruang sari melebar, dan menutup ruangnya. Bakal buah banyak. Kepala putik boleh dikatakan duduk. Buah majemuk lebih kurang bentuk bola, garis tengah 5-12 cm; anak buah khususnya dengan ujung datar, juga pada waktu masak masih berhubungan.

Biji coklat hitam. Daging buah putih kotor. Pohon buah dari Hindia Barat. Bagian yang Digunakan Biji, buah muda, dan daun.
Penyakit Yang Dapat Diobati :

SIFAT KHAS Kelat, menetralkan, dan beracun. KHASIAT Biji: Insektisida. Daun: Anti inflamasi dan antelmintik.




Pemanfaatan Buah Nona untuk pengobatan dan kesehatan :
KEGUNAAN
Biji: Kutu kepala (obat luar)
Daun:
1.Sariawan.
2.Obat cacing.

Buah muda:
1.Disentri.
2.Mencret.
3.Obat cacing.

Ramuan dan takaran :
Obat Cacing

Ramuan:

Daun Buah Nona segar 4 gram
Air 110 ml
Cara pembuatan: Dibuat infus atau diseduh.

Cara pemakaian: Diminum sehari 1 kali 100 ml.

Lama pengobatan: Diulang selama 4 hari.Sariawan
Ramuan: Daun Buah Nona segar 4 gram
Daun Sirih segar 3 helai
Daun Saga 4 gram, Air 110 ml
Serbuk gips (ditambahkan setelah ramuan dingin) 6 gram
Cara pembuatan:Dibuat infus atau diseduh.
Cara pemakaian: Diminum 1 kali sehari 100 ml. Lama pengobatan: Diulang selama 7 hari.

Sumber dari sini

Friday, May 27, 2011

Tiramisu




Assalam,

Selera dah mendatang. Teringin lak nak makan kek tiramisu. Secret Recipie? Naaahhhh... Sibuk sana sini kata tepung dia ada DNA oink oink.. Ada yg menafikan ada yg menyokong. Yang mana satu.?

Tak apalah, biarlah. Kita bikin ajer kek sendiri. Mamawana bukan seorg Chef. Tak pandai di dapur pun. Tapi memang suka masak utk family.

Resipi

1. Philadelphia Cream Cheese Kraft 2 kotak
2. Whipping Cream (Arla) 1 kotak
3. Anchor cream (susu cair) 1 kotak
4. Bonomi Tiramisu Biscuit (Lady Savarodi) 1 paket atau gunakan kek span satu biji.
5. Gula 1 cawan
6. Dutch lady cream milk 1 kotak

Cara2

Campurkan 1, 2, 5, pukul hingga kembang. }
Masukkan Dutch lady cream milk. Pukul. } bahan cream

Kek span dijadikan 2 lapis (belah ditengah2)
Selapis kek di atasnya di bubuh cream yg siap dibancuh tadi.
Dan Dilapis lagi dgn sebelah kek lagi diatas cream, dan
di lapisi lagi dgn semua bahan cream. Boleh hias cream dgn buah kiwi atau peach.
Sejukkan dlm peti ais.
Memang sedap.

Sila jangan segan2 mencuba.






Salam Citrawarna 2011


Assalam dan Bismillah.,






Malam minggu lalu, sempat menyempit di dataran merdeka menyaksikan perarakan Citrawarna 2011 yang gilang gemilang meriahnya.














Sinaran lampu laser warna warni.





























Perarakan kereta berhias.
















Menarik.









One of the photographer.




Tuesday, May 24, 2011

Jalan-jalan Cuci Mata, Tukar Angin , Amik Angin..buang angin

Dec, 2010 terbang ke Karambunai, Sabah.





Dgn mamat Retro nih. Gala Dinner Karambunai. Sila usah jeles...ihiiiks
Nov 2010. Terbang ke Langkawi. Suka..suka...suka...


Naperlah angin bertiup kuat kat plane ni habis kembong baju, maka hilanglah kerampingan ku yg dah cam piuk kukus nih. ihiiiiks.
Am I still young? 


Naaaaaaaaaaahhhh...



My son. Tall and handsome. ihiiiks....

Siapalah Aku.....


Assalam dan Bismillah.

Apa kabar?

Ini putra putri saya.



























Saya pernah menjejakkan kaki di dua tanah haram, Makkah dan Madinah., musim panas dan musim sejuk. Saya rindu nak pergi sana lagi.











Saya suka menulis.

Ini antara karya saya 10 tahun lalu. Errr! Lamanya. Dah boleh disimpan dalam arkeb.