Papers by Mohamad R O F I A N ismail
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 2020
This study was conducted to examine the relationship between external factors on the achievement ... more This study was conducted to examine the relationship between external factors on the achievement of assessment tests and gender of students in Arabic writing skills in Malaysian Institutions of Higher Learning. A total of 140 respondents from four Malaysian higher learning institutions (MHLI) were selected, namely Sultan Zainal Abidin University (90 respondents), International Islamic University College of Selangor (25 respondents), Sultan Ahmad Shah Islamic University College, Pahang (9 respondents), and Sultan Ismail Petra International Islamic College (16 respondents) as the study sample. The data obtained were analysed using Statistical Product and Service Solutions (SPSS) version 22.0 software. Inferential analysis method, namely Pearson correlation was used to find the relationship between two different study variables, namely dependent variables and independent variables. The findings showed that there was no significant relationship between external factors on Arabic writing...
daripada kajian-kajian lepas dianalisis dan dikategorikan mengikut tajuk dan tema kajian bagi mel... more daripada kajian-kajian lepas dianalisis dan dikategorikan mengikut tajuk dan tema kajian bagi melihat sejauhmana pengetahuan dan kefahaman pelajar di peringkat pengajian tinggi di Malaysia memahami kolokasi bahasa Arab dan mengaplikasikannya dalam penggunaan bahasa Arab mereka. Kajian-kajian lepas menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar peringkat pengajian menengah dan tinggi terhadap kolokasi bahasa Arab adalah lemah. Mereka kurang menguasai dan memahami elemen kolokasi bahasa Arab dengan baik. Justeru, daripada dapatan kajian lepas yang dikaji menunjukkan bahawa para pelajar tidak mempunyai kemahiran dalam menggabungkan perkataan bersesuaian dengan konteks ayat semasa binaan ayat. Keadaan ini mengakibatkan pelajar menghadapi masalah dari sudut mengaplikasi perbendaharaan kata yang dimiliki secara tepat seterusnya tidak dapat menyampaikan maklumat yang dikehendaki. Mereka secara umumnya didapati lemah dan tidak berkemampuan untuk menguasai elemen kolokasi bahasa Arab di peringkat menengah dan juga universiti.
AFAQ LUGHAWIYYAH © PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN, 2024
Pengajaran Bahasa Arab merupakan cabang penting dalam pendidikan bahasa asing dan memainkan peran... more Pengajaran Bahasa Arab merupakan cabang penting dalam pendidikan bahasa asing dan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai kemahiran komunikasi yang efektif dalam Bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran Bahasa Arab melalui tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Dapatan-dapatan kajian yang diperoleh dan cadangan yang dikemukakan nanti sedikit sebanyak dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kompetensi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan analisis terhadap 16 kajian lepas yang telah dilakukan dalam konteks pengajaran Bahasa Arab. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah meta-analisis untuk mengenal pasti corak dan konsistensi faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran Bahasa Arab. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Pertamanya ialah interaksi aktif antara guru dan pelajar yang memainkan peranan penting. Hal ini bermaksud guru perlu terlibat secara proaktif dalam proses pengajaran, menjalin komunikasi dua hala, serta memberi contoh dan memimpin pelajar. Selain itu, persekitaran bahasa Arab yang kondusif dan memadai juga menjadi faktor penentu dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknologi pendidikan dan pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dengan penggunaan teknik yang tepat juga menyumbang kepada keberkesanan pengajaran bahasa Arab. Faktor kelayakan dan kompetensi guru juga tidak boleh diabaikan, kerana guru yang berkelayakan dan kompeten memberi impak yang besar dalam pembelajaran bahasa Arab. Dengan memahami faktor-faktor ini, pendekatan pengajaran yang lebih efektif dan berfokus dapat dibangunkan, memberikan manfaat yang besar kepada proses pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga memberikan landasan kajian lanjutan dalam bidang ini dan membantu dalam memperkaya kaedah pengajaran bahasa Arab untuk generasi pelajar masa depan.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi staf Malayan Banking Berhad (Maybank) cawangan Taman... more Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi staf Malayan Banking Berhad (Maybank) cawangan Taman Universiti, Skudai, Johor mengenai faktor-faktor yang mendorong dan menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk dan perkhidmatan perbankan Islam serta langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk perbankan Islam. Seramai 25 orang staf telah dipilih sebagai sampel kajian yang juga merupakan populasi dalam kajian ini. Set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B, manakala respon dinilai berdasarkan lima skala Likert. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.769. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu berkaitan persepsi responden terhadap faktor yang mendorong masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam dengan nilai min 3.96 dan persepsi mereka terhadap faktor yang menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam dengan nilai min 3.95. Begitu juga dengan persepsi mereka terhadap langkahlangkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk perbankan Islam dengan nilai min 4.39 yang berada pada tahap yang tinggi. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam perbankan Islam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang. Katakunci : staf Maybank, system perbankan Islam Pendahuluan Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sebagai panduan yang lengkap lagi sempurna meliputi semua aspek kehidupan manusia seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3: Terjemahannya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sempurnakan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku redha Islam itu sebagai agama bagi kamu". Islam sebagai cara hidup yang lengkap bukan sahaja tertakluk kepada permasalahan ibadat ritual tetapi ia juga merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk hubungan sesama manusia. Manusia yang dijadikan oleh Allah SWT di dunia ini dibekalkan dengan fitrah saling brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
This research was conducted with the purpose of identifying the ability to write essays in Arabic... more This research was conducted with the purpose of identifying the ability to write essays in Arabic among students of the Bachelor of Arabic Language in public universities. A total of 283 students from four public universities i.e. Universiti Malaya (26 students), Universiti Kebangsaan Malaysia (41 students), Universiti Sultan Zainal Abidin (86 students), and Universiti Sains Islam Malaysia (130 students) participated in this research. Data collected was analysed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. A simple descriptive analysis method i.e. means score analysis is used to obtain findings. The overall findings show that the students’ ability to write essays in Arabic in the public universities chosen is average with a mean of USIM (min=3.34), UNISZA (min=3.60), UKM (min=3.50) dan UM (min=3.50). The findings indirectly describe problems faced by students in public universities in their Arabic essay writing skills. Thus this research identifies and exp...
International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2019
It is clear that the command to apply tadabbur in Al-Quran includes all matters pertaining to it ... more It is clear that the command to apply tadabbur in Al-Quran includes all matters pertaining to it whether it is with regard to language structure or its content, signs or the miracles of Al-Quran. Arabic language which is the language chosen by Allah SWT in order to send down the Revelations has unique characteristics of sentence construction i.e. relating to the aspects of grammar, rhetoric, and semantics. One of the special features of the Arabic language is ellipsis or al-Hadhf al-Kalimah, or in plain language, it refers to the omission of words or phrases from speech or writing. If we scrutinize various books on the language, we will be able to ascertain that the discussion on ellipsis belongs to the field of Arabic rhetoric or al-Balaghah al-Arabiyyah. Therefore, the aim of this study is to find out to what extent is the understanding among Takmir teachers in Selangor of al-Hadhf-al-Kalimah-type verses in surah Yasin. It is hoped that from the outcome of this study the public wi...
Journal of Applied Sciences, 2011
e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 2023
The purpose of this study was to explore the opinions of Arabic language instructors at the Publi... more The purpose of this study was to explore the opinions of Arabic language instructors at the Public University of Malaysia (UAM) regarding the various aspects of teaching the module on essay writing skills. The collected data was used to support the development of the M-KMKBA module for Arabic language essay writing skills. This qualitative study involved 12 participants who were instructors of Arabic language from four different universities:
e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 2023
The purpose of this study was to explore the opinions of Arabic language instructors at the Publi... more The purpose of this study was to explore the opinions of Arabic language instructors at the Public University of Malaysia (UAM) regarding the various aspects of teaching the module on essay writing skills. The collected data was used to support the development of the M-KMKBA module for Arabic language essay writing skills. This qualitative study involved 12 participants who were instructors of Arabic language from four different universities:
Jurnal Pengajian Islam, 2023, Bilangan 16, Isu I, Halaman 101-128, 2023
يهدف هذا البحث إلى تشخيص المشكلات في تعلّم النحو العربي لدى طلبة أكاديمية الدراسات
الإسلامية والع... more يهدف هذا البحث إلى تشخيص المشكلات في تعلّم النحو العربي لدى طلبة أكاديمية الدراسات
الإسلامية والعربية في جامعة الأميرة ناراديواس بتايلاند، كما يهدف إلى تذليل المشكلات في تعلّم
النحو العربي واقتراح الحلول، وبالإضافة إلى ذلك فالبحث يعمل على تنمية وعي الطلبة نحو أهم تعلم النحو العربي وتعزيز كفائتهم اللغوية، نظرا إلى مادة النحو العربي في أكاديمية الدراسات
الإسلامية والعربية بجامعة الأميرة ناراديواس هي مساقا إجباريا لدى المتعلمين في كل أقسام الدراسي
أن يتعلموه. اتبع الباحث المنهج الوصفي التحليلي في جمع المعلوم ات والبيانات وتحليلها، واستخدم
الاستبانة كأداة لجمع البيانات، وتم توزيعها على عينة البحث من ) 97 ( طالبا وطالبة، وقد توصل
البحث إلى العديد من النتائج ومن أهمها: ) 1( تواجه الطلبة عديدة من المشكلات في تعلّم النحو
العربي، أكثرها المشكلة التي تتعلق بطريقة التعليم، ومن أسبابها عدم تنويع لدى المعلمين في استخدام
الطريقة التعليمية الجديدة في التعليم. ) 2( اختار المعلمو ن طرق التعليم المناسبة أمر ضروري، تساعد
على إصلاح جو التعليم وتيسيره، ويرى الباحث الطريقة التواصلية من أهم وأنجح الط رق التعليمية
الجديدة، لأن ا تسعى إلى تمكين المهارات اللغوية لا سيما المهارات التواصلية.
MENARA : Journal of Islamic and Contemporary Issues (M-JICI), 2023
This research aims to identify the elements of designing a model that is suitable for teaching al... more This research aims to identify the elements of designing a model that is suitable for teaching al-Nahu al-Arabi using the communicative method and analyzing it among the students of Princess Naradhiwas University in Thailand. The researcher followed the descriptive analytical approach in collecting and analyzing data, and used the Fuzzy Delphi questionnaire as a data collection tool. It was distributed to a research sample of seven experts. The research reached several results, the most important of which are: There are four basic elements to the design that the expert committee is exposed to, namely: Determining the formulation of educational objectives amounting to five objectives, most notably: the use of correct linguistic structures in language communication situations, and the enhancement of linguistic competence in communication skills. Determining the educational contents amounted to six contents, most notably: the gradation of exercises aimed at oral expression from easy to difficult, and the frequent use of questions and answers exercises in the discussion. Selection of education strategies amounted to five strategies, the most prominent of which are: learning by acting and drama that serves the student in linguistic communication, and teaching grammar in the style of life situations. And choosing evaluation methods amounted to five methods, most notably: oral tests, and qualitative questions such as: the formation of short sentences in a variety of formats.
AFAQ LUGHAWIYYAH, 2023, 1(1), 201-210, 2023
An understanding of Balaghah will make it easier for a person to understand the meaning of the ve... more An understanding of Balaghah will make it easier for a person to understand the meaning of the verse structure and the style of language used, especially in understanding the Qur'an and Hadith. A special feature found in Arabic is ellipsis or al-Hadhf or simply translated in Malay as ellipsis or abortion. If researched on language books, the discussion about ellipsis (al-Hadhf) is included in the field of Arabic rhetoric or called al-Balaghah al-'Arabiyyah. This study aims to reveal the use of translation methods of Hadhf elements in the Al-Qur'an, especially in surah Yaasin based on word-by-word translation and to see the word-by-word translation method in conveying the meaning of verses that have Hadhf elements based on the study of the text. From a methodological point of view, this study is a qualitative study. It is the most appropriate research method to be used to obtain a mechanism for understanding verses that have the element of al-Hadhf in Surah Yaasin in Kitab Syamil Al-Quran translation of words published by PT Syamil Cipta Media Bandung. While Newmark's Theory (1988) is used to see the type of translation applied by translators in translating sentences that have Hadhf elements. The results of Hadhf Analysis of Surah Yaasin in the Syamil Book of Al-Quran word for word translation shows that the translator did not succeed in embodying the elements of Hadhf Jumlah in 29 verses of Surah Yaasin except in one place only, namely verse 59. This Hadhf Jumlah is from the category of Hadhf Jumlah Waahidah, type of Hikayatul verse al-Qaul.
National Pre University Seminar 2017 (NpreUS2017), 2017
Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan Nahu dalam karangan pelajar Pengajian Tahun... more Kajian ini dilakukan bertujuan menganalisis kesalahan Nahu dalam karangan pelajar Pengajian Tahun Asas Bahasa Arab, semester 2. Kajian ini dilakukan terhadap 9 orang pelajar yang dipilih keseluruhannya dengan menggunakan penulisan karangan mereka sebagai data kajian. Data kajian ini dibentangkan mengikut kaedah analisis kandungan secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar melakukan kesalahan nahu seperti kesalahan dalam penggunaan jantina (Maskulin dan Feminin), kesalahan dalam penggunaan kata ganti nama diri (Dhamir), kesalahan dalam frasa (Idhafah dan Sifah) dan kesalahan dalam penggunaan kosa kata (Mufradaat). Hasil kajian telah mendapati bahawa kesalahan penggunaan kosa kata (Mufradaat) mencatatkan jumlah kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 50 kesalahan (48.08%). Kekerapan kedua paling tinggi ialah kesalahan penggunaan frasa (Idhafah dan Sifah) iaitu 29 kesalahan (27.88%) dan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri (Dhamir) sebanyak 24 kesalahan (23.08%). Manakala jumlah kekerapan kesalahan penggunaan jantina (Maskulin dan Feminin) ialah 1 (0.96%). Penyelidik mencadangkan aktiviti Jawlah Lughawiyyah dilaksanakan.Selain itu, guru dicadangkan untuk menggunakan pendekatan berkesan untuk penguasaan penulisan karangan bahasa Arab.
Jurnal Pengajian Islam, 2019
Abstrak Pendidikan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem pendidikan di Malaysia.... more Abstrak Pendidikan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Arab merupakan asas dalam pendidikan pondok dan sistem sekolah aliran agama suatu ketika dahulu, namun kini menjadi salah satu matapelajaran dalam arus pendidikan perdana. Dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, isu permasalahan guru dalam pengajaran bahasa Arab sering kali diperdebatkan. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan membincangkan secara terperinci beberapa permasalahan dalam pengajaraan bahasa Arab yang dihadapi oleh guru-guru di Malaysia serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha memartabatkan pengajarannya di semua peringkat. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul dan meneliti maklumat-maklumat berkaitan pendidikan Bahasa Arab menerusi Akta Pendidikan 1996 serta kajian-kajian lampau seperti jurnal, artikel mahupun buku. Dapatan kajian mendapati, permasalahan utama yang dihadapi oleh guru bahasa Arab banyak bertumpu kepada faktor guru, faktor bahan bantu mengajar dan faktor persekitaran. Cabaran pendidikan bahasa Arab di Malaysia pula sangat berkait rapat dengan isu dasar, polisi, status dan kedudukannya dalam Akta Pendidikan 1996 dan ia perlu ditangani dengan baik. Kata kunci : Masalah pengajaran bahasa Arab, Cabaran pendidikan bahasa Arab.
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019), 2019
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek penulisan karangan bahasa... more ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek penulisan karangan bahasa Arab yang dikuasai oleh pelajar sarjana muda bahasa Arab setelah menggunakan modul kemahiran menulis di universiti awam Malaysia. Sebanyak 283 orang responden daripada empat buah universiti awam dipilih iaitu Universiti Malaya (26 orang), Universiti Kebangsaan Malaysia (41 orang), Universiti Sultan Zainal Abidin (86 orang), dan Universiti Sains Islam Malaysia (130 orang) sebagai sample kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif mudah iaitu analisis skor min digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993). Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati nilai min yang diperoleh daripada keempat-empat universiti untuk 10 item yang dikaji berada interpretasi min yang tinggi iaitu 3.76 (SP=0.71). Dapatan ini secara tidak langsung memperihalkan bahawa modul kemahiran menulis bahasa Arab diperingkat universiti menekankan aspek-aspek utama kemahiran mengarang yang amat diperlukan oleh pelajar dalam membantu mereka meningkatkan penguasaan kemahiran dan kompetensi diri khususnya dalam penulisan ilmiah di peringkat siswazah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mendedahkan tahap penguasaan pelajar pada setiap aspek-aspek penulisan karangan bahasa Arab yang dipelajari menggunakan modul kemahiran menulis sedia ada di universiti awam. ABSTRACT This study was conducted to identify the aspects
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian, 2020
البحث ملخص ابلكلية اإلعدادي كز مر يف بية العر ابللغة الكتابة ملهارة تعلم... more البحث ملخص ابلكلية اإلعدادي كز مر يف بية العر ابللغة الكتابة ملهارة تعلمهم جتاه بية العر اللغة طلبة موقف بيان إىل الورقة هذه تسعى اللغوية ات املهار أهم من تعد حيث بسالجنور، اإلسالمية اجلامعية املهمة استهم در أثناء بينهم فيما توظيفهم بعد وكذلك ، التعليمي. اجملال يف وقد حيث اسة، للدر الوصفي ي ّ الكم املنهج على البحث اعتمد البحث اختار نة ّ عي للبحث ائية عشو (من مكونة 30 كز، ابملر بية العر اللغة قسم من ً فردا) و املعنيني، للطلبة االستبياانت يع بتوز قام مث انمج بر استخدم التحليل اإلحصائي (SPSS) املئوية، النسب و اري التكر يع التوز ابستعمال اجلدول قائمة يف عرضها مث البياانت، لتحليل أوضحت و ال نتائج أن اسة در (ـ ـ ل احلسابية للمتوسطات اإلمجالية 15 قدرها تبلغ املذكورة املهارة تعلم جتاه موقف أو نظر وجهة) (3.73 (قدره معياري اف احنر و) 0.79) املست عالية قيم وهي وى، هذا اقع الو ويف عدة انب جو من للغاية إجيايب أمر طبقت اليت اقف املو تلك بني من املعتدلة أو املتوسطة املستوايت من قيمها تعد اقف املو بعض فهناك ذلك ومع وخمتلفة، وابلتايل عليهم، فهي إىل حباجة اعاة املر و ا ال هتمام ال بية ابلعر الكتابة مهارة وترقية ملساعدهتم كامل؛ تلك ومن لديهم، اقف املو : موقفهم الكتابة ألنشطة وحبهم بية، العر للغة الثقافية األنشطة يف كتهم ومشار بية، العر ابللغة الكتابة ين متار جتاه
PASAK 2020, 2020
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap tahap mereka dalam ... more Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap tahap mereka dalam menguasai ilmu ma’ani di intitusi pengajian tinggi malaysia. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif. Sebanyak 105 pelajar diploma Bahasa Arab dari empat buah institusi pengajian iaitu Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Azlan Shah (KUIPSAS), Kolej Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Analisis data bagi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu kaedah analisis deskriptif mudah skor min telah digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993). Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati nilai min yang diperoleh daripada keempat-empat universiti untuk 13 item yang dikaji berada interpretasi min yang tinggi iaitu 3.83 (SP=0.81). Secara keseluruhannya, pelajar Diploma bahasa Arab di IPT Malaysia berpandangan bahawa mereka dapat menguasai Ilmu Ma’ani. Hal ini dinyatakan pada 13 item yang berada pada tahap min yang tinggi dalam konstruk yang dikaji. Justeru, kajian ini telah berjaya mendedahkan tahap sebenar penguasaan pelajar diploma bahasa Arab mengikut persepsi mereka dalam menguasai ilmu ma’ani di intitusi pengajian tinggi Malaysia.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Dalam Talian, 2020
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan dan perbezaan antara persepsi pelajar ... more Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan dan perbezaan antara persepsi pelajar dan ujian pengesanan pelajar Diploma Bahasa Arab dalam menguasai kemahiran menulis. Sebanyak 140 orang responden daripada empat buah institusi pengajian tinggi Malaysia (IPTM) dipilih iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (90 orang), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (25 orang), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (9 orang), dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (16 orang) sebagai sample kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif perbandingan skor min digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993). Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan pada persepsi pelajar ialah 3.44(SP=0.80), manakala skor min bagi ujian pengesanan kemahiran menulis pelajar ialah 2.34(SP=1.022). Hal ini menunjukkan skor min persepsi pelajar berada pada tahap sederhana manakala skor min pada ujian pengesanan kemahiran menulis bahasa Arab berada pada tahap yang rendah. Perbandingan di antara dua skor min mendapati bahawa persepsi pelajar yang sederhana akan mempengaruhi kemahiran menulis pelajar. Ia menunjukkan signifikan di antara kedua skor min tersebut. Jika dilihat pada setiap item dalam konstruk tahap penguasaan menulis bahasa Arab mengikut persepsi pelajar didapati persepsi pelajar terhadap penulisan bahasa Arab berada pada tahap yang sederhana iaitu pada tahap pertengahan dan memuaskan. Manakala ujian pengesanan yang dijalankan ke atas pelajar pula menunjukkan tahap kemahiran menulis mereka berada pada tahap yang rendah. Justeru, persepsi yang rendah atau sederhana sebenarnya mempunyai potensi untuk memberi impak yang penting dalam mempengaruhi ujian kemahiran menulis bahasa Arab.
Kata Kunci : Kemahiran Menulis, Diploma Bahasa Arab, Persepsi, Ujian Pengesanan
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH, 2020
ABSTRAK Kompetensi merupakan elemen penting dalam profesion pendidikan. Kejayaan ataupun kegagala... more ABSTRAK Kompetensi merupakan elemen penting dalam profesion pendidikan. Kejayaan ataupun kegagalan proses pengajaran pembelajaran di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada tahap kompetensi guru. Namun ketiadaan sebarang standard yang mampu digunakan untuk mengukur tahap kompetensi guru menjadikan ia sukar ditentukan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menentu dan mengukur tahap kompetensi guru bahsa Arab. Responden kajian terdiri daripada 557 orang guru sekolah rendah di Malaysia yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah berstrata mewakili zon utara, zon timur, zon tengah, zon selatan serta zon Sabah dan Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lima domain wajar digunakan dalam pengukuran kompetensi guru bahasa Arab iaitu pedagogi, kurikulum, penilaian, profesionalisme dan bahasa. Dapatan juga menjelaskan bahawa kompetensi guru secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana, namun guru kurang kompeten dalam aspek kurikulum, penilaian dan bahasa. Kajian mencadangkan agar pihak yang berkepentingan menyediakan latihan berterusan agar kompetensi guru dapat dikekal dan ditingkatkan terutama aspek kompetensi khusus. ABSTRACT Competence is an essential element of the education profession. The successful teaching process in the classroom depends entirely on the level of teacher's competency. Absence of any standards that can be used to measure teacher competence makes it difficult to determine their performance. Therefore, this study was conducted to determine and measure the level of teacher competence. This study consisted of 557 respondents from primary school teachers in Malaysia who were selected using simple random sampling representing the northern zone, eastern zone, middle zone, southern zone, Sabah and Sarawak as well. The findings of the study show that five domains should be used in measuring the competencies of Arabic language teachers which is pedagogy, curriculum, assessment, professionalism and language. The findings also indicate that teachers' overall competence is at a moderate level. They are also less competent in curriculum, assessment and language. The study suggested that stakeholders provide ongoing training so that teachers' competencies can be maintained and improved especially in specific competencies.
e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK, 2020
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor dalaman dan faktor ... more ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor dalaman dan faktor luaran dalam mempengaruhi kelemahan pelajar Diploma Bahasa Arab dalam kemahiran menulis. Sebanyak 140 orang responden daripada empat buah institusi pengajian tinggi Malaysia (IPTM) dipilih iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (90 orang), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (25 orang), Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (9 orang), dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (16 orang) sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif perbandingan skor min dan analisis peringkat inferensi digunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data kajian, pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993) dan korelasi Pearson untuk mencari hubungan antara dua pemboleh ubah yang berbeza iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan skor min faktor dalaman ialah 3.80 (SP=0.42), manakala skor min faktor luaran ialah 3.76 (SP=0.42). Kedua-dua skor min ini berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kedua-dua skor min faktor dalaman dan faktor luaran mempengaruhi penulisan bahasa Arab pelajar. Seterusnya, korelasi faktor dalaman terhadap jantina ialah (r=0.45, n= 140, p=0.599), manakala, korelasi faktor luaran terhadap jantina ialah (r=0.181, n=140, p=0.032). Oleh itu, terdapat hubungan linear positif sederhana (r=0.45) dan tidak signifikan (p=0.599) antara faktor dalaman terhadap jantina. Begitu juga terdapat hubungan linear positif sangat lemah (r=0.181) dan signifikan (p=0.032) dikenalpasti antara faktor luaran terhadap jantina. ABSTRACT The purpose of this study is to examine the relationship between internal factors and external factors in influencing diploma students in writing skills. A total of 140 respondents from four Malaysian higher learning institutions (IPTM) were selected including Universiti Sultan
Uploads
Papers by Mohamad R O F I A N ismail
الإسلامية والعربية في جامعة الأميرة ناراديواس بتايلاند، كما يهدف إلى تذليل المشكلات في تعلّم
النحو العربي واقتراح الحلول، وبالإضافة إلى ذلك فالبحث يعمل على تنمية وعي الطلبة نحو أهم تعلم النحو العربي وتعزيز كفائتهم اللغوية، نظرا إلى مادة النحو العربي في أكاديمية الدراسات
الإسلامية والعربية بجامعة الأميرة ناراديواس هي مساقا إجباريا لدى المتعلمين في كل أقسام الدراسي
أن يتعلموه. اتبع الباحث المنهج الوصفي التحليلي في جمع المعلوم ات والبيانات وتحليلها، واستخدم
الاستبانة كأداة لجمع البيانات، وتم توزيعها على عينة البحث من ) 97 ( طالبا وطالبة، وقد توصل
البحث إلى العديد من النتائج ومن أهمها: ) 1( تواجه الطلبة عديدة من المشكلات في تعلّم النحو
العربي، أكثرها المشكلة التي تتعلق بطريقة التعليم، ومن أسبابها عدم تنويع لدى المعلمين في استخدام
الطريقة التعليمية الجديدة في التعليم. ) 2( اختار المعلمو ن طرق التعليم المناسبة أمر ضروري، تساعد
على إصلاح جو التعليم وتيسيره، ويرى الباحث الطريقة التواصلية من أهم وأنجح الط رق التعليمية
الجديدة، لأن ا تسعى إلى تمكين المهارات اللغوية لا سيما المهارات التواصلية.
Kata Kunci : Kemahiran Menulis, Diploma Bahasa Arab, Persepsi, Ujian Pengesanan
الإسلامية والعربية في جامعة الأميرة ناراديواس بتايلاند، كما يهدف إلى تذليل المشكلات في تعلّم
النحو العربي واقتراح الحلول، وبالإضافة إلى ذلك فالبحث يعمل على تنمية وعي الطلبة نحو أهم تعلم النحو العربي وتعزيز كفائتهم اللغوية، نظرا إلى مادة النحو العربي في أكاديمية الدراسات
الإسلامية والعربية بجامعة الأميرة ناراديواس هي مساقا إجباريا لدى المتعلمين في كل أقسام الدراسي
أن يتعلموه. اتبع الباحث المنهج الوصفي التحليلي في جمع المعلوم ات والبيانات وتحليلها، واستخدم
الاستبانة كأداة لجمع البيانات، وتم توزيعها على عينة البحث من ) 97 ( طالبا وطالبة، وقد توصل
البحث إلى العديد من النتائج ومن أهمها: ) 1( تواجه الطلبة عديدة من المشكلات في تعلّم النحو
العربي، أكثرها المشكلة التي تتعلق بطريقة التعليم، ومن أسبابها عدم تنويع لدى المعلمين في استخدام
الطريقة التعليمية الجديدة في التعليم. ) 2( اختار المعلمو ن طرق التعليم المناسبة أمر ضروري، تساعد
على إصلاح جو التعليم وتيسيره، ويرى الباحث الطريقة التواصلية من أهم وأنجح الط رق التعليمية
الجديدة، لأن ا تسعى إلى تمكين المهارات اللغوية لا سيما المهارات التواصلية.
Kata Kunci : Kemahiran Menulis, Diploma Bahasa Arab, Persepsi, Ujian Pengesanan