andai ini takdirnya utkku

Friday, December 28, 2012

alhamdulillah

2012 bakal melabuhkan tirainya...tak ada apa yg menarik cuma anakku sekarang sudah pulang kepangkuanku. Nak cerita  banyak tp dah takde masa nak menaip lain kali Insya Allah...Selamat Tahun  baru 2013....dengan azam baru dan semangat baru....

Monday, November 5, 2012

Ya Allah kuatkanlah aku

Di saat anakku sedang menghadapi exam si KB malam tadi suamiku di tahan di Hospital Sungai Buluh kerana muntah dan pening setelah pulang dari menjengguk anak di KB. Pagi itu suamiku makan tosey dan kuah kelapa putih. Aku ingat malam tadi dia tidak di tahan di ward lantaran itu aku tidak ikut dia semalam. Hanya kawannya sahaja yang menemani dia. Rasa bersalahnya aku kerana sampai ke hari ini aku tidak tahu bagaimana keadaannya kerana hpnya sudah kong. Situasi begini lah yang selalu aku lalui, suami keluar masuk hospital ,sekali sekala aku kata kenapa hanya dia sahaja? Kenapa bukan aku sekali sekala yang berada di tempat dia? Ya Allah siapa lagi yang aku harapkan melainkan MU Ya Allah, bantukanlah aku Ya Allah. Aku tahu ianya tidak akan berlaku dengan kehendakMu Ya Allah. Aku mohon kuatkanlah...

Sunday, November 4, 2012

Slm perjuangan untuk anakku

Salam Imtihan kepada semua yang bakal menduduki Peperiksaan SPM & STPM. Semoga beroleh keberkatan dan kemudahan di dalam menjawab soalan yang diberikan. Ingat! Belajar bukanlah semata-mata untuk cemerlang, dapat memasuki IPT/TPTS tetapi niatkanlah belajar itu semata-mata untuk meraih REDHA Allah dan sebagai meraih tuntutan kefardhuan menuntut ilmu.. ... Semoga dengan niat yang betul akan memberikan kesan di dalam diri, bahawasanya kejayaan itu ALLAH yang beri bukan hanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Ingat! Walau kita berusaha siang malam, walau kita punya kegeniusan mengalahkan orang.. namun jika Allah tidak izinkan kita berjaya dengan cemerlang, maka jangan harap untuk cemerlang! Justeru, sandarkan harapan hanya pada Allah bukan pada kelebihan diri sendiri... Ingat tu.......

bermulanya sebuah episod

Selamat menghadapi exam SPM Hafiz semoga cemerlang dunia dan akhirat semoga Allah permudahkan segala urusanmu hari ini esok dan selamanya amiin...Ya Allah esok anakku akan menghadapi exam SPM, di kejauhan ini aku mohon kepada MU ya Allah Engkau peliharalah anakku dari segala mala petaka, sihatkanlah dia, tenangkanlah fikirannya. Ya Allah berilah sumber kekuatan dan ilham untuknya menjawab soalan dengan tenang.Hanya dengan pertolonganMu sahaja yang mampu kami harapkan. Bantulah anakku Ya Allah....amin amin amin ya Rabbal alamin...

Friday, November 2, 2012

teruknya blog aku

Tak nak tulis blogpun nak tulis, tp bila tengok blog ni dah macam tak lalulah pulak, tak cantik dan entah bila nak tukar ke rumah baru. Janji anakku lepas SPM nak ubah  blog ibu biar nampak ceria .Malam2 begini  masih takde  idea, memang takde bakat nak menulis seperti orang lain.Kalau dulu bersemangat sekarang ni hanya tinggal kenangan. Mujurlah juga masih ada blog ini tempat aku mencari ilham walaupun sepatah dua kata tak mengapalah asalkan blog ini tidak aku tinggal terus. Mentanglah dah sibuk2 dengan fb, twitter janganlah blog di lupakan. Banyak kenangan di sebalik blog ini. Insya Allah andai di beri idea akan aku tulis apa sahaja walaupun hanya sepatah ay...

dua hari menjelang SPM

Anak yang ambil exam emaknya yang berdebar. Malam ini suamiku terbang ke Kelate untuk memberi semangat dan dorongan untuk anakku menjelang peperiksaan pada 5.11.2012. Aku di sini hanya mampu iringkan doa semoga anakku di beri ketenangan ketika menjawab soalan kelak. Insya Allah anakku pasti akan tenang dan kuat semangat walaupun tanpa ibu bapanbya di sisi. Bukan hanya anakku sahaja yang bersendirian menjelang exam SPM. Ada dua tiga orang kawannya yang datangnya dari Kedah senasib dengan anakku. Apa2pun aku harap yang terbaik dan andai sebaliknya sedikitpun aku tidak kecewa dan aku tidak mahu anakku patah semangat kerana dia masih muda dan perjalanannyapun masih jauh. Hanya usaha kekyakinan dan tawakal kepada Allah, itu yang selalu aku suntik semangat untuknya.Untuk anakku dan semua good luck,...

Wednesday, October 31, 2012

Empat hari lagi menjelang SPM

Sabarlah nak sabar banyak2 dan berdoa jangan putus. Doa ibu bapa pasti di makbulkan Allah, Insya Allah anakku akan berjaya dengan cemerlang.Walaupun ibu tahu kita berjauhan di saat seperti ini tetapi ibu tahu anakku seorang yang sangat kuat dan tabah.Kita telah melaluinya lebih lagi dari ini. Ini hanyalah ujian untuk di dunia, di akhirat nanti lebih menakutkan, sabar dan sabar. ...

Monday, October 1, 2012

"HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL"

Cukuplah Allah Menjadi Penolong KamiBila kita sedang menghadapi berbagai ujian, cobaan, musibah barulah menyadari kita memerlukan pertolongan. Kita baru tersadar bila kita tertimpa ujian dan cobaan yang bertubi-tubi, seolah terlempar ke dunia yang terasa begitu berat membuktikan bahwa kita makhluk yang lemah, tidak berdaya, kita memerlukan bantuan, kita memerlukan bantuan. Namun kepada siapa kita meminta pertolongan? Bukankah disekeliling kita juga membutuhkan pertolongan? Secercah harapan dalam hidup kita hadir bila kita menyakini ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ (QS. Ali Imran: 173). Artinya, ‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami.’Ketika Nabi Ibrahim Alaihi Salam dilempar ke dalam kobaran api, beliau mengucapkan ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga...

Saturday, September 8, 2012

Rawan hatiku

Assalamualaikum blogku? Maafkan aku kerana begitu lama tidak updatemu. Bukan aku tak sayang dan bukan juga aku sudah melupaimu tetapi apakan dayaku aku tidak tahu hendak bercerita apa lagi di blogku.Malam ini terdetik hatiku untuk menjenggukmu, rupanya blog ini sudah tidak terurus sudah bersawang. Aduyai kasihannya aku kerana tidak tahu hendak memulakan penceritaan ini. Insya Allah akan ku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahiim. Ya Allah berikanlah aku ilham untuk meneruskan penceritaanku ini. Hari ini tersentuh hatiku bila membaca blog anakku Hafiz meluahkan rasa hatinya. Banyak yang dia telah lalui sehingga dia matang di usia muda. Hafiz seorang anak yang begitu baik, sehinggakan dia begitu malu untuk meminta duit dari ayahnya bila kehabisan duit. Kasihan anakku kadang2 berlapar...

Tuesday, August 14, 2012

Aidilfitri 1433 H

Ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk rakan2 yang masih mengingatiku walau di mana sahaja mereka berada. Ampun dan maaf andai terkhilaf kata. Semoga lebaran yang bakal hadir ini lebih bermakna untuk kawan2ku semua....

Friday, July 20, 2012

Ramadan Kareem

Senja sya'ban mulai berlalu... Mari kita sambut Ramadhan dengan gembira Bukakan hati yang tertutup Cahayakan yang gulita. "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa." Marhaban Ya Ramadhan... Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan. Mohon maaf atas segala khilaf. SELAMAT BERPUASA - 1433H - MAAF ZAHIR BA...

Thursday, June 21, 2012

Lamanya ku tinggalkan dikau

2 Syaaban Hampir melangkah ke bulan ramadhan.Terasa begitu singkat hari2 yang berlalu. Rutin2 harian tiada apa yang menarik, melainkan badan semakin naik mendadak dari 50 ke 57 entahlah selera makan bertambah. Jemputan majlis bacaan yassin tahlil dll tiap2 minggu. Tumit kakipun semakin sakit, sebelum ini suamiku mengadu sakit kaki, tiap2 hari suruh urut kaki. Rupanya bila badan naik memang sakit kaki dan tumit. Bila sudah berumur kalau tak makan tak boleh pedih perut dan tak boleh terasa lapar ada je nak mengunyah, macam mana badan tak naik. Bilalah nak kurus ni, makan ubat kurus pun tak membantu. Oh tidaaakkkkk baju pun dah kena ganti yang baru. BErpuasa niat kena betul bukan untuk kurus. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku. Bila tibanya bulan ramadhan rasa sedihlah pulak. Entah apalah...

Friday, May 11, 2012

kasihan blog ku

Walau ada akaun facebook tapi blog janganlah di lupakan. Tetapi apa dah jadi dengan blog ku terbiar,bersawang. Kesiannya dia, takpe lah nanti aku ada kesempatan aku akan datang menjengukmu lagi...

Tuesday, May 1, 2012

Rindu

Ramai yg mengimpikan anak seperti Ustaz Don, termasuk juga aku. Tetapi yalah kot ya pun tak seperti Ustaz Don ikuti contoh dan akhlak diapun sudah cukuplah.  Terkenang 17 tahun yg lalu ketika di anugerahkan seorang putera sulung, betapa wanginya bau bayi bak surgawi Masya Allah...rupanya itu merupakan pertama dan terakhir aku melalui saat2 itu alhamdulillah.....kerana di beri peluang menjadi ibu kepada seorang anak...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg tersurat dan yg tersirat. Rindunya kat Hafiz Tuhan sahaja yang tahu.......

Tuesday, April 3, 2012

Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9

Pernahkah engkau hargai Cintaku yang sejati Pernahkah engkau mengerti Akan diriku ini Betapa hebatnya cintamu Memberiku sejuta pilu Betapa agungnya asmaramu Membuatku terpaku [*] Di sisimu aku terdiam seribu bahasa Di hatiku bergetar sejuta rasa Namun sukar untuk aku meluahkan Ku cinta padamu [**] Nafasku terhenti bila melihat dirimu Terasa batas degupan jantungku Mungkinkah hatimu milikku jua Ku sayang padamu Kan kuabadikan dikau Suatu kenangan yang manis Yang tak mungkin aku lupa Untuk selamanya Kan kucoretkan kenanganmu Dalam sanubariku ini Dapat jadi yang terindah Di dalam hidupku ini Ulang [*][**] Bagai bahtera yang dilanda badai Gelora cintamu Mengoncang jiwaku Berombak mencari Daratan yang damai Ohhh cintaku Ulang [*][**] Aku coretkan kenanganmu Dalam sanubariku ini Agar...

Monday, April 2, 2012

mengapa begitu?

Bukan tak nak pergi tapi sudah ada yang dekat dengan rumah. Tak kanlah semua nak bayar, itu nak bayar ini nak bayar, manalah aku nak cari uang lagi, lagian cuma suamiku yang kasi aku uang, bukan aku berkira. Tap hatiku sakit banget bila di katanya aku berkira, padahal bayaran mengaji di kawasan perumahan ku begitu murah berbanding dengan yang lama. Aku tak ada alasan untuk berhenti kata mereka. Seolah2 pemberian aku selama ini tidak ikhlas.Bukan begitu mereka tidak faham, sekarang ini anak aku sekolah swasta ,jadinya aku terpaksa berkorban segalanya untuk dia. Kenapa mereka tidak memahamiku? Padahal aku ini kan OKU yang hanya berkereta kancil secondhan sahaja. Aku juga tidak layak untuk meminta apa2 bantuan dari JKM kerana aku sudah ada rumah dan aku juga bersuami. Mana hak aku tak usahlah...

Saturday, March 17, 2012

Datanglah sayangku

Kenapa begitu susahnya untuk aku mencari idea semenjak akhir2 ini? Ya Allah berilah aku sumber ilham aku minat sangat menulis tetapi apa yang hendak aku tul...

Saturday, March 3, 2012

Aku tak berdaya

Orang lain bila tibanya birthday ada suami dan anak di sisi, tetapi aku tidak sendirian di rumah. Tiada sambutan atau masakan yang special jauh sekali untuk bawa aku pergi makan2 tempat yang istimewa. Paling tidak dekat Medan Putri yang meloyakan aku, apa tak loyanya hulur je kaki nak turun dari kereta ada taik kucing kat mana2. Dah lama aku tak makan kat Medan melainkan di restoran agak mahal yang agak terjaga kebersihannya. Di tempat lain minta maaflah baik aku makan nasi dengan ikan masin di rumah. Bukan ini yang aku nak cerita.....Semalam suami ku pergi opis terus tak balik rumah, dia balik ziarah emaknya di Kedah. Ahad pulang sekejap ambil kain baju kerana isnin pergi berkursus pula di Penang. Last minit baru orang bagitau yang dia kena pergi kursus padahal tiket balik ke Kedah dah beli....

Thursday, March 1, 2012

40

BismillahirahmanirahimSyukur alhamdulillah hari ini 2.3.2012 bersamaan dengan 9 Rabiul akhir, jatuhnya pada hari jumaat yang mulia penghulu segala hari.Genaplah usia aku yang ke empat puluh kalau tengok pada angka aku jadi takut sangat nak menyebut. Tapi kata suami aku takut ke tak takut ke angka itu akan hadir jua dalam hidup aku dan semua orang. Kalau di lihat pada angka memang dah berumur dah aku ni, ubanpun dah memutih dikepala. Itu juga petanda yang aku sudah di beri peringatan oleh Allah. Tapi kenapa aku masih tak sedar2 lagi? Masih lalai leka lagi dengan duniawi. Amal ibadat aku masih kurang lagi. Hari ini ramai kawan2 yang ucapkan selamat...

Wednesday, February 29, 2012

dekat tapi jauh

Hari ini tergerak hatiku untuk ke facebook kawanku yang ku panggil Kak Norihan. Pada mulanya aku kompius dan terkejut bila melihat kawan2nya ucapkan takziah, bila ku baca dan amati rupanya takziah dan sedekah Al Fatihah itu untuk Kak Norihan sendiri. Ya dia sudah pergi, pergi untuk selama-lamanya. Tentu kawan2 lama aku masih ingat kak Norihan yang sama2 dalam groups Gokum. Dia banyak memberi sumbangan pendapat dan idea yang bernas.Mungkin sudah takdir aku hanya mengetahui pemergiaannya pada hari ini, sedangkan pemergiaannya pada 18.2. Padahal hanya di hujung jari aku boleh ke fb dia, tp semuanya sudah terlambat. Kali terakhir komennya pada 14.2. Aku akui...aku jarang komen di mana2 fb kawan2. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Al Fatihah....

Monday, January 30, 2012

Fenomena Ustaz Don

Alhamdulillah 29 Jan 2011 berpeluang mendengar ceramah Ustaz Don secara live di madrasah As-Sidiqin di BTP. Walaupun lama menanti ketibaan Ustaz Don tetapi peminat2nya tetap sabar menanti walaupun rasa nak pitam dek ramainya manusia di dalam surau dan di luar. Begitulah fenomena Ustaz Don. Bertuah mak ayah dia mempunyai anak yang begini, anak yang soleh yang banyak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak lokek ilmu untuk di kongsi bersama.Sudahlah tunggu lama katanya jam 9.00 pagi Ustaz Don sampai di surau tetapi tunggu punya tunggu jam 11.15 baru sampai. Mungkin agak kelam kabut dia...ada pemandu ke tak wallahuaalam. Hajat hati nak balik cepat bila dah habis, nak tengok Ustaz Don dari dekat jangan harap seperti kena hurung kat semut dah ustaz, ngan budak2 kecik mak pak budak aduyai....

Sunday, January 15, 2012

tok soh duk risau la

Anakku sudah melangkah ke alam dewasaAnakku kena pandai berdikariAnakku bukan anak yang berusia lima tahun lagiHati seorang ibu akan tetap rasa risauKalau dulu makan di jaga pihak madrasahKini pandai2lah berdikariHati seorang ibuNak suap nasi kemulutpunteringat kat anakmakan apa kah anakku di sana?Allah yang menjaga anakkuBukan aku, kalau bersama akupunbelum tentu aku boleh jaga dia sebaik mungkinmungkin ini ketentuan dari IlahiUcapkan alhamdulillahaku redha Ya Allahp/s alhamdulillah sekarang anakku sudahpun berpindah kerumah sewa, berdekatan dengan sekolahnya. Bersangka baiklah aku semoga orang2 di situ baik dengan anakku. Setahun tu tak lama pejam celik2 pejam celik setahunlah.....

Saturday, January 14, 2012

Urusan yang belum selesai

Sebagai manusia biasa sudah pasti kita melalui berbagai dugaan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ini tidak ada lagi yang paling berat yang menimpa hidupku. Bukan tidak ada langsung tetapi semua itu aku harungi dengan tabah dan redha. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir, walau apapun keadaan ucapkanlah alhamdulillah kata Ustaz Hanafi supaya hati akan menjadi tenang.Alhamdulillah kerana anakku bakal mengambil SPM, dan dia memberi kesungguhan untuk belajar walaupun sudah lama dia tidak belajar akademik lantaran untuk menumpu sepenuh hati kepada pengajian di Madrasah Muhamadiyah. Aku tidak mahu anakku rasa tertekan cuma aku katakan kepadanya ini semua demi masa depanmu nak. Kamu ada cita2, manalah tahu berkat...

Friday, January 13, 2012

menuju redha Ilahi

Bismillahhirahmani rahimYa Allah betapa beratnya ku rasa bebananku sekarang. Kusut fikiran memikirkan anakanda tercinta yang bakal menduduki peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya iaitu SPM. Madrasah Muhamadiyah terpaksa di tinggalkan selama setahun demi laluan kepada SPM, lantaran anakandaku tak dapat nak beri tumpuan kerana belajar berlebihan antara ilmu dunia dan ugama. Betapa beratnya Ustaz Nazri melepaskan Hafiz kerana Hafiz merupakan pelajar yang tidak pernah buat masalah di madrasah itu, mematuhi segala arahan ustaz2, di lantik menjadi bendahari. Kata ustaz lepas SPM habis sambung belajar balik di madrasah. Insya Allah ustaz....Hafiz akan sambung belajar lagi di madrasah ....tetapi andai di takdirkan Hafiz ada peluang ke mana2 Universiti mungkin Hafiz akan belajar di waktu cuti...

Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru 2012

Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana masih di beri nafas hingga ke tahun 2012. Rasanya sambut tahun baru kali ini sangat2 istimewa kerana dapat balik kampung bertemu dengan mak dan ayah, dan yang paling istimewa tiba sahaja 1.1.2012 banjir di kampungku menghayutkan kasut dan selipar ku. Alahai dugaan di tahun baru tabahlah hati.Dua hari balik jumpa mek dan ayah rasa begitu singkat sekali. Tak puas rasanya, tp apakan daya banyak urusan anak yang belum selesai. Tahun ini juga merupakan tahun cabaran buat kami, kerana Hafiz akan menduduki exam SPM. Aku hanya mampu berdoa dan aku berharap semoga dia di beri kekuatan untuk mengharungi semuanya...