andai ini takdirnya utkku

Wednesday, October 31, 2007

~Van sesat N misteri???~

Selasa 30 Oktober 2007

Anakku pergi lawatan ke Kl Tower, Eye on Malaysia seperti biasalah aku bersendirian di rumah. Nak jadi ceritanya ketika balik kampung hari tu dia tertinggal jaketnya...di dalam jaketnya ada kunci yang selalu dia bawak ke sekolahnya. Dah kuncinya tertinggal di kampung aku tak bagi dia kunci pagar ketika ke sekolah. Faham-faham sajalah aku ni bagaimana nak bergerak ke pagarpun aku tak larat...jadinya untuk memudahkan dia jugak aku sediakan dia kunci..tetapi tertinggal pula.

Tepat jam 5.20 petang aku dengar seperti ada orang buka pagar/gate( orang Kelate panggil pagar jah) rumahku tanpa berlengah aku menjenguk keluar tingkap ada sebuah van berwarna putih memasuki halaman rumahku. Seperti biasalah aku cepat menutup langsir dan segala tingkap yang terbuka perlahan-lahan. Takut juga siapa mereka itu begitu bebasnya memasuki halaman rumahku tanpa rasa takut menceroboh rumah orang? Kalau orang lain sudah lama panggil polis dah..tapi aku dalam keadaan bimbang dan takut aku mendiamkan diri biarpun lelaki dan perempuan itu hello...hello di luar sana. Gaya percakapan seperti orang melayu..tetapi yang si lelaki hello...hello kenapa tidak di beri salam...mustahil kalau tersilap rumah. Bagiku kalau orang yang tidak ku kenali datang aku tidak akan tunjukkan diri dan buka pintu. Lebih baik aku diam dalam rumah saja. Sebelum ini aku sudah berpesan kepada saudara mara atau kawan-kawan kalau nak datang mesti bagitahu aku dan telefon dulu.

Selalunya kawan-kawan dah faham bila nak datang mereka call dulu. Aku mendengar perempuan itu berkata takde orang lah dan dia mengelilingi rumahku barangkali mencari kelibat orang. Aku fikir apa masalah diorang ni atau mereka ini kenal dengan tuan rumah lama kami ke atau apa sebenarnya yang mereka hendak dari kami? Aku benar-benar tak faham, memanglah ada juga perasaan hendak bertanya tetapi bimbang pulak kalau sebaliknya yang berlaku...memanglah dalam banyak hal kena berwaspada..zaman sekarang ni bukannya boleh harap sangat...kes tipu suri rumah dan berbagainya lagi. Selepas lima belas minit mereka beredar dengan pagar yang terbuka luas...kalau masuk tadi boleh buka keluar tolong tutuplah. Aku sempat mencatit no plat vannya selepas itu aku menelefon suamiku bertanya kot-kot dia ada kawan yang sesat kat rumahku. Dia kata takde janji dengan sesiapapun. Aku kira orang ni tersalah rumah atau ada masalah apapun aku tak tahu.

Aku menelefon anakku pukul berapa dia balik dari lawatan...katanya dalam pukul sembilan malamlah kot. Malam tu juga suamiku ajak aku berehat di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur kebetulan ada salah seorang kawannya yang berkursus tidak mahu tinggal di hotel memandangkan rumahnya dekat dengan tempat tersebut dia menyuruh kami yang tinggal kat hotel malam tu.

Sms dari anakku dah sampai di sekolah...aku kata tunggu dulu ayah nak panggil teksi tunggu jangan ke mana-mana bimbang jugak malam-malam baru sampai ke sekolahnya. Sampai di seklah cuma ada anakku dan dua tiga orang kawannya yang ada. Itupun kawannya yang dekat dengan sekolahnya. Katanya kalau ayah tak pergi ambil Cikgu Ros nak hantar. Nasib baik ada juga guru yang baik hati perihatin kepada anakku ini.

Aku masih tertanya-tanya kenapa orang itu bebas memasuki halaman rumahku? Inilah yang membuatkan aku tidak begitu selesa dengan suasana di sini. Suamiku nak aku buat lapuran polis di balai polis Dang Wangi tapi kataku tak apalah asalkan diorang tak mengancam keselamatan kita... Setiap saat dan detik aku berdoa semoga di jauhi segala mala petaka walau di mana kami berada.
Jenayah tidak mengira mangsa......berhati-hatilah........



Monday, October 29, 2007

~OpEn HuoSe di Rumah EpeL

Assalamualaikum...

Semenjak pulang dari kampung minggu lalu aku agak jarang membuka komputer dan berkongsi cerita dengan kalian. Entahlah sejak akhir-akhir ini rasaku bagaikan aku mengejar masa...terlalu sibuk dengan tugasan rumah tangga yang tidak pernah habis- habis. Mungkin itulah sebabnya mengapa aku malas hendak bercerita di sini. Lagipun apalah sangat ceritaku tidak ada apa yang menariknya.

Hari ahad lepad 28.Okt 2007 aku dan famili ke rumah Epel bersama dengan Lea dan anak-anaknya. Walaupun dalam keretanya sarat dengan kami dan anak-anaknya akhirnya sampai juga ke rumah Epel. Ramainya kawan-kawannya tak putus-putus datang. Niat hati pada mulanya hendak berlama di rumahnya..memandangkan mungkin ini pertama dan terakhir kami ke rumahnya..faham-faham sajalah aku ni bagaimana kan.... tetapi kata Lea jomlah kita balik nanti ramai pulak orang seganlah hehehe. Mungkin dia fikirkan aku...memang begitulah sebaiknya. Selepas aku rasa semua yang terhidang( kiranya semua aku makan hari tu...hmm datang jauh-jauh rugi ler tak makan huhuhu...tak malu betul aku ni) kami berangkat balik ke PJ. Sempat pulak Lea berhenti belikan roti dan tart kepada kami..katanya nanti kalau lapar boleh makan lagi untuk minum petang. Hiss..Lea dia buatnya kami macam budak-budak lak hehehe...padahal baru lepas makan di rumah Epel. Di rumahku pun sudah aku masak dan rebus jagung untuk menjamunya...tetapi dia tidak sempat singgah minum petang ke rumahku..memandangkan dia ada dua buah rumah lagi untuk di hadiri. Alah...dia ni kan orang glamer dari majalah..datin mana dia tak kenal semua dia kenal. Sudah tentulah banyak menerima undangan tambah-tambah di KL ni beraya sebulan. Kalau aku masa kecil-kecil dulu beraya dua tiga hari dah habis. Tapi zaman sekarang lamanya beraya. Hmm...adatlah tu hidup di bandar. Di kampung dan bandar jauh bezanya...di kampung rumah selalu terbuka untuk menerima tetamu....tetamu di bandar kena undang kalau tidak tak kenal jiranlah jawabnya.

Beraya di kampungku hari tu hiss...yang tukang masak tak keluar dari dapur...masak dan masak...yang tukang bancuh air tak kering cawan dan gelas, tetapi nasib baik kerana ramai anak dara cucu cucit yang menolong...huihh ramainya tetamu seronok sungguh...ketika inilah dapat berjumpa dengan saudara mara dan sepupu-sepupu yang sudah lama tidak bertemu. Itulah meriahnya beraya di desa.

Kepada Epel dan suaminya terima kasih di atas layanan mesra dan terima kasih nasi kerabu sedap tu dan segala jenis juadah yang banyak terhidang tu. Sayangnya tak ambil gambar. Kepada Lea mekasih kerana sudi menumpangkan kami ke rumah Epel........

Dah habis cerita dah...



Tuesday, October 23, 2007

~Tak tau nak citer apa~

Assalamualaikum....apa khabar anda semua? Agaknya masih lagi dalam suasana hari raya. Aku seperti biasa sajalah...cuma raya kali ini agak meriah dapat bersama ayah,emak dan keluarga semua. Dapat bertemu sanak saudara yang jauh dan dekat datang bertandang sehinggalah ke hari terakhir aku di kampung. Begitulah betapa akrab dan kuatnya ikatan silaturahmi di kalangan masyarakat kampung.

13 Okt 2007 1 syawal hari sabtu

Raya pertama terpaksalah aku beraya sorang-sorang di PJ, seperti biasa sunyi sepi. Sementara suami dan anakku pergi beraya di rumah teman lama kami di Rawang. Bukan tak nak ikut tetapi banyak benda yang hendak di lakukan di rumah. Hendak kemas kain baju kuih muih dan berbagai lagi untuk di bawa balik ke kampung. Walaupun bersusah payah tetapi itulah yang paling aku utamakan.

Tepat jam tiga petang suami dan anakku pulang dengan membawa juadah kiriman dari kakak angkatku dari Rawang. Bertambahlah lagi rezekiku di hari raya pertama alhamdulillah. Dapatlah keluargaku merasai segala juadah yang di buat orang Bawean/Boyan.

Usai solat asar hujan turun dengan lebat...itulah kehendaknya takdir..sejuk petang itu guruh berdentam dentum. Janjiku dengan kakak iparku untuk membawakan dia beberapa jenis pokok bunga ros..terpaksa ku redah juga hujan yang lebat untuk mengambilnya.

Jam enam petang hujan agak reda suamiku kata cepat-cepat ler bersiap bimbang jugak takut jam pulak....tetapi rasaku Kuala Lumpur agak sunyi. Panggil teksi tak datang dek kerana hujan..terpaksa pergi cari teksi di jalan besar....tak susah dekat saja.

Sampai di steyen Central Kuala Lumpur...seperti biasalah ramainya manusia yang hendak pulang ke kampung dengan beg besar dan kecil tangan penuh sarat dengan juadah dan beg. Begitulah meriahnya menyambut hari raya di kampung. Serasa bagaikan tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung....termasuklah aku dan anakku.

Di dalam tren suamiku beritahuku yang dia terlupa hendak membawa ubatnya...aduhh ubatnyapun boleh terlupa. Silapnya aku jugak kerana tidak mengingatinya. Maklumlah semua benda hendak kita buat manalah nak ingat itu dan ini. Begitulah kalutnya bila hendak pulang ke kampung.

Malam itu tren bergerak agak lewat kerana ada letupan di stesyen keretapi Salak Selatan. Ada letupan..apa tidak dimaklumkan... bomba dan polis menahan tren yang bakal membawa kami ke pantai timur...kalau tak silap lewat setengah jam laa kot..entah lupa pulak.

!4 Oktober 2007 2 syawal jam sepuluh pagi hari ahad

aku calling kak longku yang janjinya hendak mengambil aku di stesyen Tanah Merah. Katanya biarlah akak ummiku yang tinggal di Tanah Merah ambil..katanya dia dan keluarga dalam perjalanan untuk menziarahi anak buah suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.

Aku calling-calling pulak akakku di Tanah Merah..setibanya aku di stesyen Dabong. Begitulah berjam-jam dalam tren..rasaku kalau ke London mengambil masa selama tiga belas jam..ni lebih dari tiga belas jam...aduh...nak naik flight...tapi entah...rasanya tak berbaloi...dari rumahku ke KLIA jauh...pi mai pi mai lebih baik naik yang murah-murah aje. Budget mestilah kena kira betul-betul...tambah-tambah raya-raya begini faham-faham ajelah kan. Lagipun dalam tren ada surau dan kantin takdelah boring sangat kebetulan aku membawa novel.

Sampai di stesyen Tanah Merah kami di jemput oleh abang ipar dan anak-anak buahku. Biarpun masih belum mencium tangan ayah dan ibu..tetapi bila melihat wajah kakak dan anak-anak buah rasa terhibur pulak. Rupanya kakakku tengash sibuk untuk menyambut kedatangan bakal menantunya. Huihh.... dah nak dapat menantu rupanya kakakku dalam usia 43 tahun.

"Nak wat lagu mana dik..kakak ingat nak ler along kerja dulu setahun dua baru nak nikah lagipun dia baru 21 tahun...tetapi belah lelaki nak cepat..lepas belajar ni nak terus nikah".

Hmm...gitulah kakakku bagaikan ibu kepadaku...masih ku ingat lagi betapa akrabnya aku dengan kakakku yang nombor dua...setelah dia berkahwin di saat aku masih memerlukan dia aku benar-benar kesunyian. Dalam usiaku 13 tahun aku hanya bersendirian di rumah tanpa teman. Dialah kawan dan kakak tempat aku bermanja bergaduh dan mengadu segala masalah...tetapi setelah dia di bawa pergi suaminya ke bumi kenyalang aku kesunyian.

Setelah menjamu selera laksa penang dan bihun suamiku termenung di atas sofa ..itulah kalau dah terlupa bawak ubat sakit habis..petangnya dia kena balik ke Pj...itulah dia tak nak ambik cuti yang susah hatinya akulah. Bukannya apa aku tinggal seminggu di kampungku. Alang-alang balik kampung biarlah lama sikit..lagipun kesian kan anakku hendak bermain dengan sepupunya.

Memanglah susah hati nak lepaskan suami pulang dalam keadaan tak sihat..tetapi nak buat macam mana...kalau dah dia kata itu..itulah jugak...hanya semangat yang kuat dapat memulihkan segala kesakitan. Tengahari itu abang iparku membawanya ke hospital Tanah Merah...malang tiada ubat yang serasi..memang ubat terkawal...dah nasib redha dan sabar ajerlah. Dalam keadaan lesu dia nak balik jugak jumpa emak dan ayahku di kampung...walaupun kakakku kata batalkan aje tiket tu. Perjalanan ke kampungku memang kalut dengan jamnya....dalam keadaan tergesa-gesa. Letih belum hilang dah nak balik lagi. Begitulah ceritanya insyaallah bersambung lagi kalau nak cerita tak habis laaa... Wassalam.



Friday, October 12, 2007

~Air mata syawal.... sayunya...

13 Oktober 2007 1 syawal

Assalamualaikum....selamat hari raya buat teman semua. Rayaku di Kuala Lumpu...eh di Pj. Barangkali semua orang sedang bergembira di samping sanak saudara...tetapi diriku seperti biasa pagi tadi tepat jam empat pagi aku bangkit dari tidur siap seadanya. Setelah suami dan anakku ke masjid negara aku bersolat hari raya seorang diri di rumah. Sunyi sepi...walaupun sebelum ni aku sudah dengat takbir raya di youtube..tetapi bila tibanya hari raya hatiku benar-benar pilu dan sayu terkenangkan ayah dan emak di kampung. Air mata pulak rasa seperti nak tumpah aje huwaaa...akhirnya menitis jugak tatkala dengar takbir raya...


Terbayang ketika aku menyambut lebaran di kampung betapa meriahnya berkumpul bersama sanak saudara menjamu selera. Tetapi di saini hambar huwaaaa....sedih oooo. Usai solat sunat aidilfitri anak dan suami ke Countryhomes untuk ke rumah teman lama...pergi mencari diorang. Seperti biasa aku keseorang...ahakssss sedihnya. Ketika inilah aku mengambil kesempatan untuk mengemas apa yang patut. Bukannya apa petang ni aku dah nak balik kampungku....yahooooooo balik jugak akhirnya aku. Balik kampung oooo tak sabar nih. Ok nanti aku sambung lagik.

Buat semua selamat makan kuih raya dan segala juadah yang terhidang..padaku bila dah biasa puasa tak lalu pulak nak suap apa kebenda ke mulut. Semoga berbahagia semuanya....



Wednesday, October 10, 2007

~Kad Raya istimewa buat teman~


Ni kad sambut ramadhan..tetapi ianya menarik..boleh di jadikan kad raya gak ni hihihi. Akupun dah lupa copy kat mana. Andainya tuan empunya kad ini tersinggah di sini...aku mohon maaf kerana mengambil tanpa kebenaran.


Tuesday, October 9, 2007

~Selamat pulang ke kampung~

~Alangkah seronoknya dapat mencium tangan ayah dan ibu di pagi hari raya~

Assalamualaikum...

Di saat orang lain sibuk-sibuk hendak balik ke kampung hatiku di himpit sayu...apa lagi bila dengar lagu-lagu raya sedihnya rindu kat halaman. Agaknya sudah ramai teman-teman blogger sudah selamat sampai ke kampung....atau yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. Seperti biasa aku beraya di sini...insyaallah kalau di panjangkan umur sampailah aku hari raya kedua ke kampung halamanku.

Kepada teman-teman yang sudah selamat sampai ke kampung semoga anda berbahagia bertemu dengan famili masing-masing...kepada yang dalam perjalanan berhati-hatilah ketika memandu. Ingatlah kepada yang tersayang. Akhirnya sekali lagi aku ingin mengucapkan salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Andai ada yang terasa atau tersinggung dalam apa jua bentuk entry aku yang lepas-lepas aku mohon ampun dan maaf...benar kata rakan bloggerku walaupun kesilapan yang tidak di sengajakan pasti menguriskan hati teman. Namun jauh di sudut hatiku tidak pernah berniat untuk menyakiti sesiapa dalam entry-entryku. Tetapi kalau ada yang terasa aku mohon maaf...begitu juga seandainya ada kesilapan kalian aku tidak pernah simpan dalam hati...

Oklah salam aidilfitri..MAAF ZAHIR DAN BATIN.......


Thursday, October 4, 2007

~Selamat Hari raya aidilfitri..selamat tinggal ramadhan~


Assalamualaikum...kepada semua saudara saudari muslimin dan muslimat salam aidilfitri ku ucapkan...serta maaf zahir dan batin. Kepada teman-temanku semua..alhamdulillah kerana bertemu lagi kita dengan 1 syawal yang mulia..betapa sayu rasa hati ini kerana ramadhan akan pergi jua....tahun hadapan entah jumpa atau tidak. Semoga kita semua di panjangkan umur dan dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia.

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
”Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
”Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmaniMenanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

~Ehsan dari teman~


Wednesday, October 3, 2007

~Tribut buat Nurin Jazlin Jazimin~



Assalamualaikum...walaupun sudah seminggu lebih adik Nurin Jazlin pergi meninggalkan kita tetapi hari ini hatiku bagaikan di pukul pilu, sesungguhnya kisah tragisnya masih kita terasa. Hari-hari ku baca di blog Nurin...hatiku benar-benar hiba dan sebak..apa lagi bila aku melihat gambar-gambar comelnya. Sebagai tanda kasihku kepada adik yang tidak pernah ku kenali ini..tetapi ku kenali namanya wajahnya di dalam akhbar...aku mohon untuk mengupdatekan gambarnya dan gambar persekitaran di hari pengkebumiannya. Kalau diikutkan aku banyak menerima gambar-gambar yang lebih menyayat hati..tetapi biarlah untuk simpanan sendiri. Di sini hanyalah gambar yang ku kumpul dalam akhbar.

Tiada apa yang hendak ku katakan cuma ku sentiasa berdoa semoga keluarga Encik Jazimin dan Puan Norazian tabah dan redha dalam menerima ujian dari Allah s.w.t. Baca komen Ustaz Zaharuddin. Apa yang berlaku adalah hikmah dan merupakan rahmat buat adik Nurin. Semoga si pembunuh kejam yang tidak berhati perut itu akan dapat di tangkap dalam masa terdekat. Kalau boleh hukumannya pancung atau sula..mengikut hukum islam QISAS. Biarlah pembalasannya setimpal dengan apa yang telah di lakukan kepada adik Nurin Jazlin.

Adam Ahmad

Kau Pergi Jua

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...



Monday, October 1, 2007

~Ceritaku lagi~

Assalamualaikum

Tiada apa-apa cerita yang menarik bulan-bulan puasa begini. Cuma kalau tak update rasa seperti blog ini di tinggalkan. Nampaknya bahang hari raya dah terasa...lagu-lagu raya agaknya dah lama berkumandang. Dari blog ke blog ku kunjungi juga blog yang tidak seberapa ini di selitkan dengan lagu-lagu raya.

Malam jumaat lepas aku dan famili berbuka puasa di rumah kawan seopis suamiku di Jalan Klang Lama. Sembang-sembang tak sedar jam dah pukul sembilan malam. Terlepas terawih di masjidlah mereka malam tu. Tak mengapa katanya...ketika mula-mula ramadhan ramailah yang datang terawih. Tetapi sejak akhir-akhir ini semakin kurang. Habis banyak ada empat saf saja. Begitulah orang semakin sibuk hendak menyambut hari raya. Tetapi bagiku tidak ada apa-apa yang perlu di buat dan perlu di sediakan. Apa yang ada saja...rasanya semenjak umurpun dah semakin meningkat ni dah tak berminat untuk buat persiapan raya. Cukuplah untuk anak dan buat ala kadar saja. Asalkan tetamu datang ada makananpun cukuplah. Bagiku tiada yang lebih membahagiakan kalau dapat balik beraya di kampung, berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga. Dalam kata tak nak balik akhirnya aku dapat jugak pulang ke kampung pada hari raya kedua. Yang penting dapat jumpa emak dan ayah.

Semalam aku bersms dengan Epel...dah biasa dah kekadang hari-hari aku kacau dia dengan sms aku hihihihi.... sorry ek Epel. Kalau tidak bertanya khabar ada saja cerita yang aku sms. Tanpa plan tanpa apa aku ajak dia dan suaminya berbuka puasa...aku kata kalau jadi nak masak ni. Masak apa yang ada dalam peti ais saja. Lepas tu aku calling-calling suamiku suruh dia beli lauk dan apa yang patut untuk tetamu. Dalam sibuk bersusah payah mereka datang juga. Alhamdulillah..rezeki tu banyak pula dengan pisang nangka hasil kebun di belakang rumahku...bolehlah untuk menajamu mereka. Nak ajak hari minggu tahu-tahu sajalah mereka ke sana sini. Liapun agak susah jugak nak datang bulan puasa ini...majlis situ sini.

Yang aku pelik...cuma semalam paling sedap aku berbuka puasa...sebelum ini aku kekadang tak berapa lalu. Makanpun ambil nama saja. Tetapi berbuka kelmarin paling sedap. Itulah seronoknya bila makan beramai-ramai. Semuanya sedap hehehe. Biasalah kalau makan ramai-ramai seronok. Di negara kita mewah dengan makanan tetapi di negara lain banyak yang kebulur tiada apa yang hendak di makan. Di sini kekadang banyak berlaku pembaziran. Terlampau mewah sangat hinggakan tidak tahu apa yang hendak di makan. Tapi yang pasti apa yang kita makan halal dan tiada syubhah.

Eh lupa nak cerita...sebut pasal syubhah halal haram makanan...terus terang aku katakan...kalau ada benda-benda yang aku ragui..seperti sejak akhir-akhir ini kes ayam yang di suntik dengan enzim babi, aku langsung dah tak makan ayam tu. Tetapi alhamdulillah semenjak di perkenalkan dengan ayam organik di grup Uzar dan grup tenungan dan ikhtibar. Sekarang ni hanya ayam itu saja aku dan famili makan. Isinya yang pejal...tak banyak lemak..berbeza dengan ayam yang aku makan sebelum ini..nak bersiangpun hanyir..banyak lendir. Cuba bayangkan peha ayam daging biasa dengan ayam organik banyak bezanya. Ayam daging biasa pehanya besar. Teringat ketika Ustaz Wan Sohor Bani Leman ketika membei kuliah maghrib di surau An Nur di Bandar Countryhomes suatu ketika dahulu...dia panggil ayam daging ayam pam . Tapi ayam organik tak ubah seperti ayam kampung. Sedap lagi ayam ni. Eh.... bukan nak promosi laaa. Tapi bagiku kalau benda-benda yang aku ragui aku memang ambil peduli dan aku tidak akan mengambilnya lagi. Sebelum ini selalui juga makan kat ayamas dan beli KFC...tetapi sekarang nak makan masak sendiri...lagi selamat.

Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yang biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim.

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....

1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan . Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan.Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia . Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja.
Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu. *frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.

~Na'uzubillah hi min zalik...aku tak tahu betul atau tidak sumber yang di hantar oleh rakanku ini. Ramlee burger bagaimana pula?