Peak Expiratory Flow Rate (PEFR)
Peak Expiratory Flow Rate (PEFR)
Peak Expiratory Flow Rate (PEFR)
DEFINISI 1
TUJUAN 2
INDIKASI 3
KONTRAINDIKASI 4
TANGGUNGJAWAB
SEBELUM, SEMASA & SELEPAS 6
TATACARA 7
KOMPLIKASI 8
RUJUKAN 9
1.0 DEFINISI
Peak Expiratory Flow Rate [PEFR] ataupun aliran ekspiratori puncak adalah satu
ujian untuk mengukur berapa pantas nafas dihembus keluar [ekspirasi]. Peak Flow
Meter atau meter aliran ekspiratori puncak adalah alat yang digunakan bagi
menjalankan ujian ini. Peak Flow Meter mengukur aliran udara melalui bronkus dan
mengenalpasti tahap penyumbatan pada saluran udara. Aliran ekspirasi puncak
biasanya diukur dalam unit liter per minit [L / min].
Zon kuning pula dikenali sebagai “caution” atau “slow down”. Zon kuning merupakan
50% hingga 80% daripada bacaan tertinggi PEFR seseorang pesakit. Jika anda berada
di zon kuning, ia adalah satu petanda bahawa saluran udara anda mula menjadi sempit.
Anda mungkin mula mengalami simptom ringan seperti batuk, merasa letih, sesak nafas
atau dada terasa kencang. Gejala-gejala tersebut akan mengganggu anda dalam
menjalankan aktiviti harian dan juga tidur.
Akhir sekali adalah zon merah yang bermaksud “stop”. Zon merah adalah kurang
daripada 50% bacaan tertinggi PEFR anda. Jika anda berada di dalam zon ini bermakna
saluran udara anda mengalami penyempitan yang teruk. Ini juga merupakan kes
kecemasan dan anda perlu segera mendapatkan bantuan. Anda mungkin mengalami
batuk, SOB yang teruk, wheezing semasa menarik dan menghembus nafas serta
retraction iaitu otot di antara tulang rusuk bekerja dengan kuat sehingga menyukarkan
pernafasan. Selain itu, anda juga akan mengalami kesukaran berjalan dan bercakap.
1|Page
2.0 TUJUAN
Bacaan PEFR adalah lebih tinggi apabila pesakit sihat, dan lebih rendah apabila
saluran udara tersekat. Dari perubahan nilai yang dicatatkan, pesakit dan doktor dapat
menentukan fungsi paru-paru, keterukan gejala asma, dan jenis rawatan yang boleh
diberikan.
Pengukuran PEFR memerlukan latihan supaya dapat menggunakan meter dengan
cara yang betul. Nilai jangkaan normal PEFR bergantung pada jantina, usia, dan tinggi
pesakit. Bacaan akan rendah sekiranya seseorang mengalami gangguan paru-paru
obstruktif seperti asma.
Akibat daripada terdapat pelbagai bacaan nilai normal dan tahap kebolehubahannya
yang tinggi, PEFR bukanlah ujian yang disyorkan untuk mengenal pasti asma. Namun,
ia masih berguna dalam beberapa keadaan.
Sebilangan kecil orang yang mengalami asma mungkin mendapat manfaat daripada
pemantauan ujian PEF secara berkala. Hal ini demikian kerana apabila pemantauan
secara berkala dilakukan, kebiasaannya simptom-simptom asma yang lain juga akan
diperhatikan berserta dengan kekerapan menggunakan ubat tahan sakit bagi melegakan
keadaan asma seseorang individu tersebut.
Ketika aliran puncak dipantau secara berkala, hasilnya Hasil ataupun keputusan
yang diperoleh perlu dicatat pada carta PEF. Adalah sangat penting untuk
menggunakan Peak Flow Meter yang sama setiap kali ujian dijalankan.
2|Page
3.0 INDIKASI
3|Page
4.0 KONTRAINDIKASI
4|Page
5.0 SENARAI PERALATAN & GAMBAR
5|Page
6.0 TANGGUNGJAWAB
TANGGUNGJAWAB SEBELUM:
TANGGUNGJAWAB SEMASA:
TANGGUNGJAWAB SELEPAS:
6|Page
7.0 TATACARA
1. Beri salam atau ucap selamat sejahtera dan perkenalkan diri kepada pesakit.
2. Terangkan tatacara atau prosedur yang akan dilakukan kepada pesakit agar pesakit
dapat memberikan kerjasama.
3. Dudukkan pesakit di atas katil atau kerusi.
4. Arahkan pesakit menarik nafas yang dalam.
5. Masukkan muncung Peak Flow Meter ke dalam mulut pesakit dan suruh pesakit
tutup mulutnya dengan rapat.
6. Arahkan pesakit menghembus nafas dengan kuat melalui muncung Peak Flow
Meter.
7. Baca bacaan pada Peak Flow Meter.
8. Ulang langkah tatacara 4, 5, 6 dan 7 sebanyak 2 kali.
9. Jika pesakit batuk atau bersin semasa menghembus nafas, minta pesakit lakukan
semula.
10. Ambil dan rekod bacaan tertinggi.
11. Kemaskan peralatan dan selesakan pesakit serta ucapkan terima kasih kerana telah
memberikan kerjasama.
7|Page
8.0 KOMPLIKASI
Ujian PEFR adalah selamat untuk dilakukan tanpa ada sebarang risiko. Bagi
sesetengah kes, pesakit mungkin akan pening kepala setelah melakukan prosedur ini.
8|Page
9.0 RUJUKAN
1. Phillips, N. (2020, February 22). Peak Expiratory Flow Rate: Purpose, Preparation,
and Procedure. Retrieved July 08, 2020, from
https://www.healthline.com/health/peak-expiratory-flow-rate
2. Azzimawati, R. (2013, July 15). Pelan Tindakan Asma: Apa Yang Perlu Dilakukan?
Retrieved July 08, 2020, from
http://www.myhealth.gov.my/asthma-action-plan-what-should-you-do/
3. Peak expiratory flow. (2020, July 02). Retrieved July 08, 2020, from
https://en.wikipedia.org/wiki/Peak_expiratory_flow
4. Rusali, N. S. (n.d.). PENGGUNAAN PEAK FLOW ALIRAN PUNCAK - ppt download.
Retrieved July 08, 2020, from https://slideplayer.info/slide/15510340/
5. Peak Expiratory Flow Rate (PEFR) Technique · Respiratory · OSCE Skills ·
Medistudents. (2018, May 26). Retrieved July 08, 2020, from
https://www.medistudents.com/en/learning/osce-skills/respiratory/explaining-the-pea
k-expiratory-flow-rate-technique/
6. Peak Flow Measurement. (n.d.). Retrieved July 08, 2020, from
https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/peak-flow-m
easurement
9|Page
10