Mpu3313-V2 Sept19 920129016751-001

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 19

BACHELOR OF MANUFACTURING MANAGEMENT WITH HONOURS (BMMG)

SEPTEMBER 2019

MPU3313-V2

HEALTH AND WELLNESS 2

NO. MATRIKULASI : 920129016751001


NO. KAD PENGNEALAN : 920129016751
NO. TELEFON : 013-7566357
E-MEL : [email protected]
[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PONTIAN


Isi Kandungan

Senarai Rajah .................................................................................................................................. ii

Senarai Rajah Jurnal Reflektif ........................................................................................................ ii

Pengenalan ...................................................................................................................................... 1

Strategi Untuk Kekal Sihat Dari Sudut Fizikal, Mental Dan Rohani ............................................. 2

Apa itu Obesiti ................................................................................................................................ 4

Kesan Obesiti Kepada Individu ...................................................................................................... 5

Kesan Obesiti Kepada Negara ........................................................................................................ 6

Kesimpulan ................................................................................................................................... 10

Rujukan ......................................................................................................................................... 11

Jurnal Reflektif.............................................................................................................................. 12

Rujukan Jurnal Reflektif ............................................................................................................... 16

i
Senarai Rajah

Gambar 1: Punca Obesiti .............................................................................................................................. 4


Gambar 2: Cara Atasi Obesiti ....................................................................................................................... 8
Gambar 3: Piramid Makanan ........................................................................................................................ 9

Senarai Rajah Jurnal Reflektif

Rajah 1: Formula Pengiraan BMI ............................................................................................................... 12


Rajah 2: Indeks BMI ................................................................................................................................... 13
Rajah 3: Cadangan Hidanggan Seimbang ................................................................................................... 14

ii
Pengenalan

Pada era globalisasi ini, kesihatan dilihat suatu masalah sosial yang serius bagi sesebuah
negara. Masalah ini boleh memberi kesan kepada seseorang individu, masyarakat mahupun
sesebuah negara. Pada masalah ini sering dikaitkan dengan golongan yang agak berumur.
Namun begitu, disebabkan peredaran masa dan pembangunan yang pesat, kini ia
mengakibatkan masalah kesihatan semakin serius bagi setiap lapisan masyarakat bermula
daripada bayi lagi. Jika dilihat masalah ini di Malaysia, ia mencapai tahap yang semakin
membimbangkan. Ramai penduduk yang menghidap pelbagai penyakit kronik mahupun yang
biasa tanpa mengira peringkat usia dan jantina. Untuk mendalami masalah ini, adalah mari kita
ketahui apa maksud sebenar sihat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2019),
kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang
mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan. Menurut (Donatelle,
Snow-Harter, & Wilcox, 1999) keseimbangan antara dimensi sosial, fizikal, psikologi,
intelektual, alam sekitar dan spiritual seseorang merupakan konsep utama kesihatan. Secara
amnya, maksud kesihatan hanya merangkumi aspek fizikal dan mental. bagaimana pula dari
sudut kerohanian? Menurut (Agustian, 1987) kesihatan rohani adalah gabungan kukuh antara
kesihatan emosi dan rohani yang menerbitkan kecergasan positif yang bersandarkan kepada
nilai-nilai baik seperti kejujuran, bertanggungjawab, berpandangan jauh, boleh bekerjasama,
adil dan mengambil berat. Oleh yang demikian, kesihatan dapat disimpulkan sebagai suatu
keadaan yang merangkumi fizikal, emosi, sosial dan kerohanian seseorang individu.

1
Strategi Untuk Kekal Sihat Dari Sudut Fizikal, Mental Dan Rohani

Penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi kehidupan seharian seseorang individu. Oleh
yang demikian, strategi atau cara untuk mengekalkan kesihatan fizikal perlu ambil sebagai satu
usaha mencapai kesejahteraan dalam kehidupan antaranya ialah dengan mengamalkan cara
hidup sihat. Pengamalan cara hidup yang sihat dan baik memberi pengaruh yang besar (Bruha,
et al., 2017). Hal ini kerana ia memberi kesan kepada jangka masa yang panjang. Cara ini harus
diamalkan sejak usia yang muda lagi kerana ia akan memberi kesan kepada seseorang individu
ketika sudah lanjut usia. Namun begitu, cara hidup yang tidak sihat juga boleh menyebabkan
kadar kesihatan terjejas akibat ketagihan rokok. Amalan yang mungkin boleh diambil adalah
disarankan untuk mengamalkan berjalan kaki sebanyak 10 000 langkah sehari, melakukan
riadah, tidak merokok, tidak mengambil minuman beralkohol, melakukan aktiviti di rumah
seperti berkebun dan aktiviti lain yang mengeluarkan peluh. Aktiviti-aktiviti ini akan memberi
kesan kepada peredaran darah kita dan secara langsung memberikan peredaran oksigen ke
seluruh badan dengan baik. Selain itu, pengambilan makanan juga penting. Seseorang individu
perlu mengawal pengambilan makanan. Adalah disarankan untuk seorang individu mengambil
pemakanan mengikut piramid makanan. Piramid makanan membantu individu untuk
mengetahui purata makanan yang perlu diambil. Harus diingatkan bahawa pengambilan
makanan yang berminyak dan manis yang dalam kadar yang tinggi boleh memberi masalah
kepada kesihatan fizikal terutamanya kepada jantung dan tahap gula dalam darah. (KKM,
2004)

Dari sudut kesihatan mental pula, dengan adanya kesihatan mental yang baik akan melahirkan
individu yang mampu untuk berdaya saing. Bagi memperoleh kesihatan mental yang baik,
beberapa langkah perlu ambil. Antara langkah yang perlu diambil adalah seseorang individu
perlu berfikir dengan positif pada diri sendiri. Hal ini dapat kita aplikasikan dengan bercakap
positif pada diri sendiri. Misalnya, perkataan seperti saya akan, saya boleh, saya akan cuba,
saya juara, saya disayangi, saya menarik dan sebagainya. Hal ini akan meningkatkan daya
keyakinan diri. Kemudian, kita hendaklah membuat keputusan secara bijak. Sebelum membuat
keputusan, adalah penting untuk mengetahui fakta-fakta yang berkaitan. Seterusnya,
mempertimbangkan kebaikan dan keburukan yang ada di dalam pembuatan keputusan. Hal ini
juga melibatkan orang lain dalam mencapai suatu keputusan yang akan memberi kepuasan
kepada semua pihak mereka yang terlibat dalam pembuatan keputusan ini.

2
Mempunyai kawan juga adalah satu langkah untuk mencapai kesihatan mental yang baik.
Dalam dunia ini, kita memerlukan seseorang untuk mendengar luahan diri kita (KKM2, 2012).
Hal ini untuk meringankan beban yang mungkin terpendam. Dalam pemilihan berkawan,
adalah baik untuk mencari seseorang yang mampu untuk menjaga rahsia kita. Kawan juga
berperanan dalam berkomunikasi agar kita dapat berbual dan ketawa yang mana ia mampu
mengurangkan tekanan yang sedia ada. Akhir sekali, belajar untuk menjadi diri sendiri. Perkara
pertama yang perlu dilakukan adalah buang keinginan supaya semua orang menyukai diri anda.
Kemudian, buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau
anda gagal. Dalam pada itu, buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan
apa yang orang suruh. Adalah penting untuk anda menjadi diri anda sendiri. Jika anda
meluangkan semua masa dengan membuat apa yang orang lain inginkan, anda tidak akan
berpeluang untuk menjadi diri sendiri.

Kebanyakan orang mendapat kepuasan rohani melalui agama yang dianutinya. Kerohanian dan
agama sering dilihat daripada dua aspek yang saling berkait rapat. Agama ditafsirkan sebagai
pautan kuat kepada institusi agama manakala kerohanian tidak semestinya bergantung kepada
institusi berkenaan. Menurut (Agustian, 1987) kepercayaan yang positif serta ketenangan yang
diperoleh dari kerohanian banyak menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dan pandangan
hidup yang positif. Bagi mengekalkan kesihatan rohani kita perlulah sentiasa faham mengenai
kehidupan di dunia dan kepercayaan kepada yang maha kuasa iaitu tuhan. Ibadat atau
bertafakur juga dapat meningkatkan kesihatan rohani seseorang. Selain itu, melibatkan diri dan
menghadiri aktiviti kerohanian dan keagamaan juga boleh meningkatkan kesihatan rohani.
Menunjukkan kasih sayang, menghormati dan saling bantu-membantu sesama makhluk juga
boleh dilakukan bagi meningkatkan kesihatan rohani.

3
Apa itu Obesiti

Amalan gaya hidup yang tidak sihat akan mendorong kepada ketidakseimbangan antara tenaga
yang diperlukan dan tenaga yang telah diambil. Ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai
tabiat makan yang tidak sihat dan tidak melakukan aktiviti senaman. Pengambilan tenaga yang
berlebihan daripada penggunaannya akan menyebabkan lebihan tenaga itu akan diserap oleh
badan dan disimpan sebagai lemak. Pengumpulan lemak yang berterusan di dalam badan akan
menyebabkan berlakunya obesiti. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak peratusan
lemak di dalam badan kita. Keadaan ini dikaitkan dengan kadar metabolisme asas (Base
Metabolic Rate) menurun apabila usia kita semakin meningkat. Faktor keturunan juga adalah
punca terjadinya obesiti kepada seseorang. Menurut (Bleich, Cutler, Murray, & Adams, 2008)
terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan obesiti seperti Hypothyroidism,
syndrome Alstrom, Prader-Willi, Bardet Beidl, dan Penyakit Cushing. Namun begitu faktor ini
hanya menyumbang sekitar 5% sahaja dari kes-kes obesiti secara keseluruhannya. Oleh itu
faktor ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk obesiti.

Gambar 1: Punca Obesiti

4
Kesan Obesiti Kepada Individu

Kesan utama obesiti terhadap individu ialah kesihatan dan perubatan. Sekiranya berat badan
seseorang itu terus bertambah tanpa dikawal, risiko untuk seseorang individu itu mendapat
penyakit- penyakit berbahaya adalah tinggi. Antara penyakit yang boleh di hidap ialah pertama
Sakit Jantung. Hal ini kerana lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah
tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen
yang mencukupi. Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25
ke atas berisiko diserang penyakit jantung seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada
dan denyutan jantung yang tidak normal. Penyakit kedua ialah Darah Tinggi. Mereka yang
mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya
kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolesterol baik yang rendah di dalam
darah penghidap obesiti. Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat
dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan
meningkat. Hal ini dikuatkan lagi dengan apa yang dinyatakan oleh (Haslam & Wittert, 2009)
di dalam bukunya yang bertajuk “Fast Fact: Obesity”. Penyakit ketiga pula ialah kanser.
Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser
endometrial iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan
postmenopausal, dan kanser payudara.

selain itu, Penyakit Kencing Manis juga adalah penyakit keempat yang mungkin di hidapi oleh
golongan obesiti ini. Menurut (Haslam & Wittert, 2009) obesiti mempunyai kaitan rapat
dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam
akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko
kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca
kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis
jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor darah.
Obesiti juga menyebabkan emosi seseorang yang tidak stabil. Hal ini kerana seseorang yang
mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya
tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidak dapat menghadapi
hidup yang normal dan aktif seperti orang lain. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan
kepada kesihatan mental. (Kalarchian & Marcus, 2012) menyatakan kesan sampingan obesiti
termasuklah gangguan kesihatan mental. Kesan mental ini belum dikaji secara meluas sebagai
kesan sampingan obesiti fizikal. Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang

5
negative menjejaskan kesihatan mental. Persaan rendah diri adalah perkara biasa dalam
kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadar kemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi
kerana kajian di Sweden mendapati orang yang obesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali
lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbangan dan kemurungan, berbanding
mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. (Kalarchian & Marcus, 2012) juga
menyatakan bahawa sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orang yang
obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan mereka,
dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinan
mempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat kurang berbanding mereka
yang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas
terutamanya bagi wanita yang obes. Walaupun ia mungkin tidak diterima untuk
mendiskriminasikan berdasarkan jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan atau
mendera golongan ini.

Kesan Obesiti Kepada Negara

Kajian dari Eropah dan Amerika Syarikat menunjukkan secara tegas bahawa obesiti dikaitkan
secara negatif dengan produktiviti dan prestasi kerja seseorang. Hal ini kerana jisim lemak yang
telah meningkat menghalang pergerakan spontan, menyebabkan kesihatan yang kurang baik
seterusnya mengurangkan aktiviti keseluruhan dan menghalang pelbagai pergerakan (JC,
1998). Dalam kajian (JC, 1998) juga telah melaporkan hubungan antara indeks jisim badan,
penurunan fungsi fizikal dan pengurangan produktiviti keseluruhan. Lebih-lebih lagi, obesiti
memberi kesan terhadap produktiviti bukan sahaja oleh peningkatan mortality, tetapi juga
melalui peningkatan morbidity. Morbidity yang semakin meningkat menghilangkan individu
dari tenaga kerja tetapi meninggalkan mereka dalam masyarakat di mana mereka masih dapat
menuntut tuntutan dari segi keperluan makanan dan penjagaan kesihatan. Orang yang gemuk
dilaporkan mengalami peningkatan 50 peratus dalam produktiviti yang hilang dan melawat
doktor 88 peratus lebih daripada seorang yang sihat dalam tempoh enam tahun di Amerika
Syarikat (AM & GA, 1994). Ini mewujudkan situasi di mana orang yang sakit kronik bukan
sahaja menyumbang ekonomi yang, tetapi juga pada dasarnya memerlukan lebih banyak
perbelanjaan perubatan. ini juga menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan kerajaan
dalam menanggung subsidi perubatan kepada rakyat. Semakin sakit seseorang adalah semakin
besar ketidakhadirannya dari tempat kerja. Dengan kata mudahnya, obesiti meningkatkan

6
ketidakhadiran seseorang pekerja itu secara langsung. (JC, 1998) juga berpendapat bahawa
orang gemuk adalah dua kali lebih cenderung mempunyai cuti sakit dalam satu tahun
berbanding dengan orang yang normal. Maka, obesiti menyumbang kepada pengurangan
produktiviti di tempat kerja yang sekali gus mampu menurunkan pendapatan negara.

Langkah Mengatasi Masalah Obesiti

Antara langkah sasaran penambahbaikan kesihatan transformatif yang disarankan adalah


dengan mengguna pakai beberapa cara antaranya dengan kaedah perubatan. Tujuan utama
rawatan perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan obesiti. Perkara berikut perlu
dilakukan secara berterusan, iaitu memantau ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI),
tekanan darah dan penentuan parameter makmal secara berterusan seperti kolesterol,
trigliserida, High Density Lipoprotein(HDL), Low Density Lipoprotein(LDL), Very Low
Density Lipoproetein (VLDL) dan lain-lain. Dari Kaedah pemakanan pula, perlu mengambil
kira jenis nutrien (makro dan mikronutrien), bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrien
yang ditunjukkan oleh contoh-contoh praktikal dan bahan ilustrasi(piramid makanan). Untuk
mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak
sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita juga hendaklah
mengelakkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara
mengukus, membakar atau merebus. Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang
miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasi, sayur, dan sejenis protein sahaja setiap kali
makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Jika terasa ingin bersnek, ambilah
buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

7
Gambar 2: Cara Atasi Obesiti

Kaedah Psikologi juga boleh digunakan untuk menambah baik kesihatan berkaitan obesiti ini.
Hal ini boleh dilakukan pada golongan kanak-kanak. Ia adalah terapi jangka masa panjang dan
mungkin sepanjang hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama dalam langkah ini
bagi mencapai matlamat penambahbaikan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk
mencari bersama-sama dengan kanak-kanak dan remaja, corak tingkah laku individu yang
membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza
membantu menghadapi situasi yang berpotensi bermasalah. Perkara ini dengan mengkaji adab
dan tingkah laku yang baru dan disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan
kaunseling individu perlu berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan
menggalakkan kawalan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.
Seterusnya dengan kaedah aktiviti fizikal dan bersenam. Kedah aktiviti fizikal mampu
membantu mengurangkan kegemukan bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang
baik tentang badan kita itu sendiri. Kita patut mendapat keseronokan semasa melakukan aktiviti
fizikal ini. Manakala bersenam pula perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah.
Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan
mencukupi dan dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Salah satu sebab masalah

8
kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan
dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

Gambar 3: Piramid Makanan

9
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti harian dan juga gaya hidup
seseorang individu. Kesihatan yang merangkumi fizikal dan mental adalah sangat berhubung
kait dan memainkan peranan yang saling bergantung. Sesungguhnya badan yang cergas akan
menghasilkan minda yang cerdas. Dapat di lihat di Malaysia, masyarakatnya tidak berapa
mengambil berat tentang tahap kesihatan mereka dan masalah obesiti yang semakin meningkat.
Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan
dengan mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Kesedaran
tentang kepentingan kesihatan seharusnya dipertingkatkan agar kesihatan dilihat sebagai kunci
utama dalam kejayaan sekaligus dapat melahirkan individu yang berdaya saing dari perspektif
fizikal mahupun mental. Bukan sahaja kepentingan yang harus ditingkatkan, langkah untuk
mengatasi kesihatan juga perlu diambil agar pencegahan awal boleh dilakukan. Apabila
seseorang mengambil langkah awal, pastinya ia akan mengurangkan risiko untuk menghidapi
penyakit-penyakit yang kronik. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab individu,
masyarakat, komuniti dan negara bersama-sama menggembleng usaha dalam mencapai
kehidupan yang sejahtera. Dalam pada itu, cara hidup sihat adalah kunci utama dalam
mendapat kesihatan yang baik. Kesimpulannya, kesihatan bukanlah perkara yang rumit
ataupun menjadi masalah jika penjagaannya dilakukan sejak usia muda lagi.

10
Rujukan

Agustian, A. G. (1987). Spiritual Company: Kecerdasan spiritual pembawa sukses kampiun


bisnis dunia. Jakarta: Arga Publishing.

AM, W., & GA, C. (1994). The cost of obesity: the US perspective. Pharmacoeconomics, 34-
37.

Bleich, S. N., Cutler, D., Murray, C., & Adams, A. (2008). Why Is the Developed World
Obese? Annual Review of Public Health, 273-295.

Bruha, P., Moucek, R., Snejdar, P., Bohmann, D., Kraft, V., & Rehor, P. (2017). Exercise
andWellness Health Strategy Framework. Software prototype for rapid collection and
storage of heterogeneous health related, 1-8.

Donatelle, R. J., Snow-Harter, C., & Wilcox, A. R. (1999). Wellness : Choices for Health and
Fitness. Belmont USA: Wadsworth Publishing Company.

Haslam, D., & Wittert, G. (2009). Fast Fact: Obesity. Abingdon, Oxford UK: Health Press
Limited.

JC, S. (1998). Societal and personal costs of obesity. Experimental and Clinical Endocrinology
& Diabetes, 7-9.

Kalarchian, M. A., & Marcus, M. D. (2012). Psychiatric comorbidity of childhood obesity.


International Review of Psychiatry, 241-246.

KKM, K. K. (2004). Modul Latihan Kempen cara Hidup Sihat Setting Tempat Kerja.
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM.

KKM2, K. K. (2012). Buku Kesihatan Mental dan Fizikal. Putrajaya: Bahagian Pendidikan
Kesihatan KKM.

WHO, W. H. (20 Oktober, 2019). WHO remains firmly committed to the principles set out in
the preamble to the Constitution. Retrieved from World Health Organization:
https://www.who.int/about/who-we-are/constitution

11
Jurnal Reflektif

Secara amnya, obesiti atau berat berlebihan merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang
serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya
juga semakin pendek. Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-
kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang (Dr. Sri Wahyu, 2014)
Antara-antara ciri-ciri masalah obesiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya
dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram
melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35, mengalami
beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal
mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang
disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah
obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia. Berikutan itu, Malaysia mungkin
menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan
cara hidup sihat. Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai
mempunyai berat berlebihan atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan(BMI) dua
kali purata negara-negara Asia lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh
mereka yang mengalami obesiti ialah penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung),
Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi
penyakit yang berbahaya (Haslam & Wittert, 2009) Terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Seseorang itu lebih berteraskan nafsu semasa
makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku.

Rajah 1: Formula Pengiraan BMI

12
Rajah 2: Indeks BMI

Apakah tindakan wajar yang patut diambil oleh kita membendung obesiti daripada terus
menular dalam kalangan kanak-kanak? Di sini terdapat beberapa penambahbaikan kaedah
untuk mengatasi masalah ini. Pertama, pengambilan makanan seimbang. Asimilasi makanan
ialah proses pencernaan dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan
adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam
pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak
dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin
sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang
tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakan makan sayur-
sayuran dan buah-buahan (Haslam & Wittert, 2009). Kurangkan menggoreng makanan dan
banyakan makanan yang direbus dan dibakar.

13
Rajah 3: Cadangan Hidanggan Seimbang

Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal kita supaya ia dapat
membendung obesiti. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20
hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan
senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali
(Haslam & Wittert, 2009). Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan,
berenang dan sebagainya. Kenapa perlu bersenam? Di sini terdapat banyak faedah bersenam.
Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai
penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan
kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih
cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah
pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit
jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan
imbangan. Mengubah tabiat Seseorang obesity perlu mengenal pasti masalah yang
mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,
bosan dan sebagainya. seseorang itu perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat
badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan. mereka yang
obes juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan
meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya.

14
Kaedah ubat-ubatan dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh
peratus berat badan. terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator iaitu sejenis ubat
untuk menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan
yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3
daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki system penghadaman makanan. Selain
itu, terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin (Haslam &
Wittert, 2009). Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak
yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.
Sebagai kesimpulan, masalah obesiti hendaklah diatasi sendiri oleh mereka yang mengalami
masalah obesiti ini dan harus memiliki kesedaran untuk mengubahnya agar dapat mengelakkan
perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak
sihat dan kurang bersenam. Hal ini dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan,
cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah
untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran, kesungguhan dan istiqamah. Pengurusan
masa kurang memberikan kesan kepada berlakunya masalah berat badan. Namun begitu jika
ia tidak diberikan penekanan pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca
kepada menyumbangnya masalah berat badan dan kesihatan.

15
Rujukan Jurnal Reflektif

Dr. Sri Wahyu, B. T. (27 Januari, 2014). Kegemukan (Obesiti). Retrieved from MyHealth
Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/

Haslam, D., & Wittert, G. (2009). Fast Fact: Obesity. Abingdon, Oxford UK: Health Press
Limited.

16

Anda mungkin juga menyukai