Cable Riser: Pengenalan
Cable Riser: Pengenalan
Cable Riser: Pengenalan
Pengenalan
Perkataan sesalur tetingkat adalah relatif bagi memudahkan sambungan bekalan di setiap
tingkat bangunan.
Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana
ia hanya digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan
tidak sampai ke beban.
Sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah dapat diagihkan ke
dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus disambungkan khususnya di dalam
bangunan bertingkat.
Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke
sebuah bilik kawalan.
Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan
cabang- cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah
kebakaran akan mengambil bekalan melalui sistem pepasangan sesalur tetingkat.
Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah dipasang
bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan ke beban
tersebut.
Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-mana
bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau terdapat
aktiviti penyelenggaraan pepasangan.
Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut.Dalam sistem
bus- bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan bus-bar.Pada kebiasannya sistem
pendawaian sesalur tidak boleh bersendirian, tetapi perlu dibantu oleh sistem-sistem
pendawaian yang lain bersama-samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan,
kecuali jika sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan kedudukan beban.Sistem
pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur
atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk
pemasangan di bucu dinding dan di gelar sesalur bucu dinding.
Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar.
Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.Oleh kerana sukar untuk
membengkokannya, perancangan teliti perlulah diberi perhatian agar perjalanan pemasangan
sesalur itu berada pada jalan yang selurus-lurusnya.
sesalur.
5. Tidak cantik.
akan dipasang.
tidak berliku-liku.
Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang
besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar
kecil akhir dan banyak bahaya mekanik.
Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Sistem ini serupa juga dengan sistem bus-bar sesalur memanjat; bezanya hanyalah daripada
segi kedudukan . Sistem ini di tempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.
Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini
biasanya diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan poin lampu agar pemasangan lampu
itu dapat dipasang terus ke sistem bus-bar sesalur atas ini.
Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan
sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalannya. Sistem
pendawaian yang biasa bergandingan dengan sistem ini ialah sistem pendawaian konduit.
Sistem ini hanya digunakan dalam keadaan memanjat. Ia biasanya digunakan di rumah
bertingkat-tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar kemampuan
arus sistem ini ialah kira-kira 300 A. Panjang setiap sesalur ini dilalukan melalui lapisan lantai
setiap tingkat, ia mesttilah diadang antaranya dengan bahan tahan kebakaran seperti benang
bulu kaca setebal kira-kira 5-8 cm dan disokong oleh abestos. Bus-bar yang berada di
pengadang mestilah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat. Untuk keselesaan bus-bar
mengembang dan mengecut, pengadang ini disediakan untuk mengelakkan kebakaran
merebak ke tingkat yang berlainan.
Sistem ini perlulah dibantu oleh sistem-sistem pendawaian lain sebelum ia dapat
memebekalkan bekalan ke beban-beban yang dikehendaki
• Sistem ini berupaya membawa arus yang tinggi. Walaupun pemasangan sistem ini
sukar, tetapi ia
• kelihatan kemas dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem pendawaian bus-bar biasa
dipasang di
• Untuk memasang sistem ini pekerja-pekerja bukan sahaja perlu mahir tetapi mestilah
juga
• mempunyai kepakaran yang tinggi kerana sistem ini sukar dipasang serta memerlukan
alatan yang khas.
Pada asalnya sistem ini digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu
perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.
Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat
bagi mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya
Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu
dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau
tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-kerja
pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel
Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem pendawaian seperti
sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan mempunyi lubang-lubang. Ia
diperbuat daripada metal / suitable non-metallic material. Penggunaannya adalah mudah dan
senang untuk pemasangan kabel dan kerja-kerja menukar dan mengubah litar.
a. Dengan perlindungan sebelah tepi yang kukuh dan kekuatan sistem ini juga
dengan kelengkapan aksessori yang sesuai dan banyak pilihan mengikut saiz
pemasangan.
a. Tiada sokongan pengedaran udara berterusan untuk kabel-kabel jenis halus serta mudah
rosak ini tetapi perlindungan bagi kabel hendaklah diadakan. Ia boleh didapati dari jenis
logam dan gentian kaca
Dulang kabel yang Dasar dan kukuh adalah biasanya digunakan pada pemasangan
elektrikal
dengan kadar kepanasan yang minima atau apalikasi telekomunikasi. Dengan jarak
sokongan
a. Sistem pengudaraan yang sederhana dengan mempunyai kekerapan sokongan kabel iaitu
setiap setiap 4 inci. Boleh didapati dari jenis logam dan bahan-bahan bukan logam
Trough Cable Tray ini biasanya digunakan pada pemasangan yang mana boleh menjana
kepanasan pada tahap sederhana dengan jarak sokongan yang pendek iaitu antara 5 kaki
hingga 12 kaki.
5. Channel Cable Tray provides:
a. Lebar (widths): 3, 4, & 6 inci pada system logam manakala 8 inchi ke atas untuk system
bukan logam.
b. Kedalaman (depths): 1¼-1¾ inci pada system logam dan 1, 1 1/8, 1 5/" & 2 3/16 inci
pada system bukan logam.
Dalam system ini ia sebagai suatu sokongan laluan kabel yang ekonomi dimana digunakan
sebagai pecahan daripada laluan kabel utama.
a. Sesuaikan digunakan terutamanya untuk voltan rendah, telekomunikasi dan gentian optik
kabel-kabel. Sistem-sistem ini biasanya dari jaring dawai keluli, zink bersadur.
b. Lebar (widths): 2, 4, 6, 8, 12, 16, 18, 20, & 24 inci
Jaringan Dawai (Wire mesh) biasanya digunakan untuk pengunaan talian telekomunikasi,
gentian kaca (fibre optic applications) dan ia dipasang pada jarak yang dekat antara 4 hingga 8
kaki.
CONTOH PROJEK
5. Horizontal Cross
6. Solid Cover
8. Trough Tray
9. 90° Vertical Outside Bend
Pengenalan Salur :
Lazimnya salur ini tersembunyi dibawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang
seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
Salur dibuat daripada logam yang terbentuk segiempat bujur memanjang tanpa penutup.
1. Salur
3. 90° elbow
4. Adjustable elbow
5. Pemegang salur
6. offset
7. Peralatan kerja
Kaedah pemasangan salur
Terdapat juga salur yang berkongsi dengan beberapa sistem perkhidmatan lain seperti
perkhidmatan telefon, pemasangan lampu penggera dan sebagainya. Dalam pemasangan ini
kotak simpangnya hendaklah berupaya memberi pengasingan litar dengan berkesan. Kesemua
kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90°
Ciri-ciri pemilihan
Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan
pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh
penyaluran kabel didalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan
semula atau penambahan kabel atau sebagainya.
Kebaikan
Keburukan
1. Salur yang dipasang dalam konkrit hendaklah mempunyai ketebalan jejaring konkrit
lapisan lepa tidak kurang 15mm.
2. Setiap pintu masuk ke salur hendaklah dibuat ditempat yang tidak mudah dimasuki air
atau kalis air.
PENGENALAN
Pengagihan tenaga elektrik bukan sahaja menggunakan sistem talian atas seperti mana
yang telah kita pelajari, adakalanya pengagihan bekalan elektrik juga dilakukan dengan
menggunakan sistem bawah tanah. Oleh yang demikian untuk membolehkan pengagihan
bekalan elektrik melalui bawah tanah, maka kabel yang sesuai perlu digunakan. Kabel bawah
tanah dihasilkan bagi membolehkan pembekalan tenaga elektrik disalurkan ke sesuatu
kawasan dengan selamat.
Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh
kerana itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan
pengguna tetapi cekap dan berharga murah. Untuk memenuhi kehendak peraturan MS IEC
60364 pada jadual yang telah disediakan kadaran arus dan susutan voltan berbagai –bagai saiz
dan jenis kabel. Kadaran voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000V atau 1000/1000V bagi
kabel yang bertebatkan mineral.
Kesemua voltan ini dikendalikan pada frekuensi 50 Hz . Untuk membuat pemilihan kabel ,
faktor –faktor berikut adalah diambil kira iaitu;
a. Jenis kabel
b. Susutan voltan
c. Keupayaan kabel untuk membawa arus .
Bekalan masuk dari pihak pembekal kebanyakannya menggunakan kabel bawah tanah dan
dipasang melalui peparit kabel (cable trench). Melalui sasalur ini pengalir kabel amat mudah
disambungkan ke pemutus litar .
Bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan kabel keluar dan masuk yang bersaiz kecil atau
besar ia,amat sesuai dipasang pada sistem sesalur dimana ianya bergantung kepada kemana
kabel itu pergi,sama ada kedalam bangunan atau keluar bangunan .
1. PVC, PVC/PVC
7. Screen Cable
8. Submerine Cable
2. Lebih ringan
Kawasan tidak mencukupi untuk menjalankan pemasangan talian atas. Misalnya kawasan
Bandar atau bandaraya.
2. Kawasan dari tiang dan talian bersimpang siur. Misalnya kawasan tanaman, kawasan
bangunan.
Saluran ( longkang )
2. Lubang utama
3. Kabel
4. Sambat kabel
5. Luring
Contoh penggunan pemasangan kabel bawah tanah ini ialah :
Kerja pemasangan kabel bawah tanah ini biasanya dijalankan kontraktor berdaftar.
Sebelum memulakan kerja mengorek longkang, pastikan terlebih dahulu tempat sebenar
dimana kabel akan ditanam dan sama ada ia sesuai dengan keadan disitu. Hal ini dapat
diketahui dengan merujuk pelan tapak. Di pelan itu juga bolehlah ditentukan kedudukan
gelendong kabel dan winch penarik yang sesuai untuk menjalankan kerja pemasangan nanti.
Jika pemasangan membabitkan harta benda milik awam atau pihak berkuasa.
Kebenaran perlu diperolehi sebelum kerja pemasangan dijalankan. Misalnya tapak telekom,
JBA, JKR dan sebagainya.
Kedalaman dan lebar longkang yang hendak dikorek bergantung kepada kesesuaian
tanah ( jangan ada gangguan bumi ). Seberapa boleh longkang itu biarlah selurus mungkin
dan cukup ruang untuk pekerja berdiri disisi kabel itu nanti.
Kabel ini boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan kedalam paip atau sesalur.
Pemasangan kabel dalam paip atau sesalur biasanya digunakan apabila kabel itu merentasi
jalan raya.,jalan keretapi, atau longkang. Paip keluli atau besi galvani digunakan untuk
pemasangan melintasi jalan keratapi atau jambatan. Salur bergilap sesuai untuk pemasangan
kabel melintasi jalan raya. Saiz salur atau paip biasnya dua kali ganda garis pusat keseluruhan
kabel yang dibawanya.
Setelah longkang itu siap, kabel akan dimasukan kedalam tanah sama ada dengan
tangan atau menggunakan winch penarik bersama-sama penguling. Sebelum lubang itu
dikambus, pasir halus ( sungai ) akan ditaburkan disepanjang kabel. Jika perlu ia ditutup
dengan penutup kabel, pita kabel atau batu. Kerja pemasangan ini memerlukan kemahiran
kerana kabel akan mudah rosak apabila terjatuh atau terhimpit dan mudah dimasuki lembapan
sewaktu kerja penyambungan dijalankan. Contohnya kabel penebat kertas (PICC).
Kabel yang lazim digunakan untuk pemasngan dalam tanah ialah kabel penebat PVK
bulat atau rala ( dalam paip atau salur dan suhunya tidak kurang daripada oºC ) dan kabel
penebat kertas. Permukaan yang telah dikambus diratakan semula seperti sedia kala dan jika
perlu ditanamkan batu penanda kabel.
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak
manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara membuat kerja kursus
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu
ZALIHA BINTI AWANG dan ZULKIFLI BIN OMAR yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan
kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini
1 PENGHARGAAN
2 CABEL RISER
3 CABLE TRAY
4 CABLE DUCTING
5 UNDERGROUND CABLE