Nota Kuliah 1

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 1
SEMESTER 1
SEMESTER SESI 2019
DVM
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/DVM
KOD / KURSUS DEA1343 - LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION
KOMPETENSI 01 INSTALL CABLE IN RISER

1.1 Obtain blue print/layout drawing


1.2 Inspect actual location
KOMPETENSI 1.3 Determine sizes of cable
UNIT 1.4 Confirm cable and riser size
1.5 Lay cable in the riser
1.6 Apply safety workshop

Students must be able,


1. Identify specification of cable riser, cable ducting and underground cable
HASIL (C1,PL01)
PEMBELAJARAN 2. Install cable riser, cable tray and cable ducting mounted with bracket
spacious. (P2,PL03)
3. Perform testing according to M&E specification. (A2,PL07)
TARIKH
DEA1343/K 01/NK 01-
NO KOD 04
KOD JPK C-051-3-04

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH:
TARIKH:

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR TETINGKAT(RISER)

TUJUAN :
NO. KOD DEA1343 LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION Muka : 2 drp : 6

Nota kuliah ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori peralatan yang terdapat pada
pepasangan sesalur tetingkat voltan rendah bekalan tiga fasa untuk sesuatu pepasangan industri
serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja
penyelengaraan pepasangan elektrik tiga fasa.

PENERANGAN

Pepasangan sesalur tetingkat adalah sebuah sesalur laluan bekalan pepasangan tiga
fasa voltan rendah dimana sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis
utama voltan rendah dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan
atau terus disambungkan khususnya di dalam bangunan bertingkat Perkataan sesalur
tetingkat adalah relatif bagi memudahkan sambungan bekalan di setiap tingkat
bangunan.

Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana ia hanya
digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak sampai ke
beban. Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke
sebuah bilik kawalan.

1. Spesifikasi penggunaan pepasangan sesalur tetingkat

a. Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan
cabang-cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah
kebakaran akan mengambil bekalan melalui system pepasangan sesalur tetingkat.

b. Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah
dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan
ke beban tersebut.

c. Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-
mana bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau
terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.

d. Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan
sekiranya terdapat beban besar dalam pepesangan elektrik.

e. Sesalur tetingkat digunakan untuk bangunan bertingkat atau beban yang berada agak jauh
atau tinggi dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan
memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.
f. Peranan, saiz fizikal dan fungsi sesalur tetingkat adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus, serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah sesalur hanya
mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elekttrik yang berada
diatas bumbung bangunan.

Pengenalan sistem pendawaian sesalur.

1. Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut. Dalam
sistem bus-bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan bus-bar.

2
NO. KOD DEA1343 LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION Muka : 3 drp : 6

2. Pada kebiasannya sistem pendawaian sesalur tidak boleh bersendirian, tetapi perlu dibantu
oleh sistem-sistem pendawaian yang lain bersama-samanya untuk membekalkan arus ke
beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan
kedudukan beban.

3. Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti
sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas
untuk pemasangan di bucu dinding dan di gelar sesalur bucu dinding

4. Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang
besar. Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.

5. Oleh kerana sukar untuk membengkokannya, perancangan teliti perlulah diberi perhatian
agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus-lurusnya.
Beberapa alatambah pemasangan sesalur disediakan bagi memudahkan kerja-kerja
pemasangan antaranya ialah offset, selekoh begkokan sudut tegak, cabang tee dan
sebagainya. Dengan adanya alatambah ini kerja-kerja pemasangan akan menjadi lebih
mudah

6. Penggunaan sesalur bawah lantai dan bucu dinding amat terbatas sekali disebabkan oleh
kesukaran pemeriksaan dan bahaya sentuhan

7. Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 x 38 mm hingga ke 300 x 150 mm luas muka
keratan segiempatnya. Panjangnya pula ialah diantara 2 meter hingga 4 meter.

Kebaikan pemasangan sesalur ini ialah:

a. Ia dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar


b. Tambahan , perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan
c. Kerja pemasangannya cepat
d. Perlindungan mekaniknya baik
e. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu
f. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

Keburukan sistem sesalur ini pula ialah:

a. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli sesalur


b. Ramai pekerja yang mahir diperlukan
c. Mudah ditempati habuk dan kekotoran
d. Susah dibawa dan dipasang
e. Tidak cantik
f. Memerlukan perancangan yang teliti di tempat ia akan dipasang
g. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja - tidak berliku-liku.

Jenis Sistem Pendawaian Sesalur

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar
seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar kecil akhir
dan banyak bahaya mekanik.

Jenis pendawaian sesalur


3
NO. KOD DEA1343 LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION Muka : 4 drp : 6

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

 Sistem bus-bas sesalur atas


 Sistem bus-bar sesalur memanjat

Sistem Bus-Bar Sesalur Atas.

Sistem ini serupa juga dengan sistem bus-bar sesalur memanjat; bezanya hanyalah daripada segi
kedudukan . Sistem ini di tempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.
Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem ini
biasanya diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan poin lampu agar pemasangan lampu itu
dapat dipasang terus ke sistem bus-bar sesalur atas ini.

Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan bantuan
sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada perjalannya. Sistem
pendawaian yang biasa bergandingan dengan sistem ini ialah sistem pendawaian konduit.

Sistem bus-bar biasanya digunakan di perusahaan-perusahaan kecil sebab mesin-mesin di


situ kerap berubah tempat. Dengan adanya sistem ini litar dapat dipindahkan dengan mudah tanpa
membuat sebarang pertukaran kabel dan pendawaian tetapi hanya perlu mengubah sambungan tap
akhir ke bus-bar itu sahaja.

Sistem Bus-bar Sesalur Memanjat

Sistem ini hanya digunakan dalam keadaan memanjat. Ia biasanya digunakan di rumah
bertingkat-tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar kemampuan arus
sistem ini ialah kira-kira 300 A. Panjang setiap sesalur ini dilalukan melalui lapisan lantai setiap
tingkat, ia mesttilah diadang antaranya dengan bahan tahan kebakaran seperti benang bulu kaca
setebal kira-kira 5-8 cm dan disokong oleh abestos. Bus-bar yang berada di pengadang mestilah
dimasukkan ke dalam kelongsong penebat. Untuk keselesaan bus-bar mengembang dan mengecut,
pengadang ini disediakan untuk mengelakkan kebakaran merebak ke tingkat yang berlainan.

Sistem ini perlulah dibantu oleh sistem-sistem pendawaian lain sebelum ia dapat
memebekalkan bekalan ke beban-beban yang dikehendaki

Sistem Pendawaian Bus-bar.

Keburukan –

Untuk memasang sistem ini pekerja-pekerja bukan sahaja perlu mahir tetapi mestilah juga
mempunyai kepakaran yang tinggi kerana sistem ini sukar dipasang serta memerlukan alatan yang
khas.

Kebaikan dan kegunaan –

4
NO. KOD DEA1343 LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION Muka : 5 drp : 6

Sistem ini berupaya membawa arus yang tinggi. Walaupun pemasangan sistem ini sukar, tetapi ia
kelihatan kemas dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem pendawaian bus-bar biasa dipasang di
rumah yang bertingkat-tingkat dan kilang.

Bus-bar kuprum

Bas-bar merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran kuprum dan
bersalut. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke
pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah
membuat sambungan dan kemas serta mudah melakanakan kerja pemasangan. Kedudukan
bas- bar dipasang mendatar atau menegak dalam sub papan suis

Jenis-jenis pengalir sesalur tetingkat

Umumnya ada terdapat dua jenis bentuk pengalir didalam sesalur yang biasa digunakan iaitu square
type dan circular type

Pembumian sub papan suis

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam sub papan suis dan bumi. Ia bertujuan
untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dimana arus rosak
dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan serta merta alat geganti rosak kebumi
semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistem pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-
S dimana pengalir bumi dari papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka papan suis.

KE TINGKAT ATAS

Rajah 1 : Gambarjah pepasangan sesalur bas bar atas kaedah melintang


SAWAR KALIS API
LANTAI BUSBAR
BUS BAR SESALUR SESALUR

K.F.A
KABEL

LAMPU
KALIMANTANG
KOTAK FIUS
SAMBUNGAN TAP
K.F.A
KONDUIT KE LITAR
BUS BAR AKHIR KECIL
SESALUR MEMANJAT
TEGAK
KE LITAR AKHIR KECIL
KOTAK FIUS
PENUTUP

KABEL PERHIDMATAN

Rajah 2 : Gambarjah pepasangan bas bar sesalur tetingkat


UNTUK LITAR PENGGERA
KEBAKARAN

UNTUK LITAR KABEL


UTAMA ATAULITAR
VOLTAN RENDAH
UNTUK LITAR VOLTAN
LAMPAU RENDAH 5
NO. KOD DEA1343 LOW VOLTAGE CABLE INSTALLATION Muka : 6 drp : 6

Anda mungkin juga menyukai