Refleksi Miropengajaran & 2. Refleksi Makropengajaran
Refleksi Miropengajaran & 2. Refleksi Makropengajaran
Refleksi Miropengajaran & 2. Refleksi Makropengajaran
Saya telah menjalankan mikropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang
mengandungi tujuh hari dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas 1A.
Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Tajuk yang saya ajar pada hari itu ialah Mari
Kenal Hari. Saya mengajar nama hari dan menyalurkan didik hibur dalam kelas saya.
Anggaran masa mikropengajaran ini dijalankan adalah selama 30 minit.
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
mikropengajaran ialah bahan bantu belajar yang cantik dan kemas. Dengan bahan
bantu belajar iaitu kad imbasan suku kata, saya dapat menyampaikan konsep dengan
lebih mudah, tepat dan cepat. Kad imbasan yang jelas menyebabkan murid-murid dapat
mempelajari konsep itu dengan tepat, lebih minat dan menumpulkan perhatian semasa
saya menyampaikan isi pelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja
boleh meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa
dan berinteraksi dengan lebih berkesan, maka ia juga dapat membentuk daya pemikiran,
kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.
Berkomunikasi secara bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar
dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan objektif dan
matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan
sepenuhnya.
Selain itu, kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang
dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Menggunakan bahasa dengan tepat dalam
menjelaskan isi pelajaran.memainkan peranan dalam kefahaman murid. Arahan yang
diberi oleh saya jelas dan ringkas, ini memudahkan murid faham dan dapat melakukan
tugas yang diberi oleh saya dengan tepat dan betul. Komunikasi yang berkesan amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
1
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
mikropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik
dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang
telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan ingin cepatkan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa kurang diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun,
masa keseluruhan pengajaran terlalu singkat.
LANGKAH MENGATAS
Bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang, saya akan cuba
berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan
oleh murid ketika menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah
laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta-
merta.
Suatu perkara yang perlu dibaiki lagi ialah kad imbasan alat bantu belajar
mungkin kecil, murid yang duduk di belakang mungkin tidak dapat melihat dengan jelas.
Saya akan menyediakan besar lagi supaya murid yang duduk di belakang dapat melihat
dengan lebih jelas.
2
RefIeksi PembeIajaran Makropengajaran
Saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang
mengandungi dua belas bulan dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas
1A. Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Terdapat seorang murid tidak hadir pada
hari tersebut kerana demam, jadi murid yang terlibat adalah 17 orang. Tajuk yang saya
ajar pada hari itu ialah Kenali Nama Bulan Setahun. Saya mengajar nama bulan dan
menyalurkan didik hibur dalam kelas saya. Anggaran masa makropengajaran ini
dijalankan adalah selama 30 minit. Proses pembelajaran dan pengajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran seperti saya rancangkan.
Murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul.
KEKUATAN
Saya menggunakan teknologi komputer sebagai alat bantu mengajar semasa
saya mengajar di dalam kelas. Murid-murid saya berasa seronok semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang difokuskan dalam
topik ini dapat dapat dicapai dengan cara melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan untuk murid-murid saya. Mereka tidak pernah melakukan aktiviti seperti
ini dan perkara yang baru ini telah berjaya memberangsangkan minat mereka untuk
belajar. Murid-murid mengambil bahagian secara aktif semasa permainan kecil
dijalankan.
KELEMAHAN
Dalam kelas ini terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat membaca
perkataan Bahasa Malaysia dengan lancar. Mereka tidak dapat membaca petikan yang
saya berikan itu dengan lancar. Semasa bacaan petikan secara beramai-ramai, mereka
agak ketinggalan dan terdapat murid yang langsung tidak mahu cuba untuk baca
petikan itu.
Semasa aktiviti permainan kecil, sekumpulan murid sebanyak 3 orang telah
mengadakan sedikit perselisihan faham dan bergaduh. Mereka bergaduh kerana ingin
menyiapkan sendiri tanpa bantuan rakan sebaya disebabkan biasa lembaran kerja
sebelum ini disiapkan sendiri. Aktiviti itu terpaksa diteruskan seketika untuk
menyelesaikan situasi ini. Murid yang dinasihati telah bekerjasama menyiapkan
lembaran kerja bersama-sama.
Didapati juga masa pengajaran dan pembelajaran saya telah lebih daripada
tempoh masa yang saya rancangkan.
3
LANGKAH MENGATAS
Saya mencari masa untuk membimbing golongan murid ini supaya mereka dapat
memperbaiki bacaaan dalam Bahasa Malaysia. Langkah mengatasi ini haruslah segera
supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa akan datang. Selepas ini, saya akan membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan semasa sesi bacaan. Saya juga akan memberikan motivasi kepada murid
yang lemah dalam bacaan dan menggalakkan mereka.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat
beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi.
Sapatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat
pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masa
haruslah dipatuti supaya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam masa yang
ditetapkan dengan sentiasa memeriksa masa yang lalu.
Komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti
ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna
yang lebih jelas.
4