Analisis RPH Dan Video

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Kekuatan

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan kaedah ekspositori di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan. Sementara itu, muridmurid mendengar dan mencatat isi penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ekspositori ini amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan atau pengenalan tentang sesuatu topik/langkah sebelum melakukan aktiviti ataupun latihan lain. Topik yang diajar adalah Bentuk dan Ruang tahun 4, di mana murid-murid baru sahaja menghabiskan topik isipadu cecair. Oleh itu, pemilihan kaedah ekspositori ini adalah sangat tepat. Memandangkan masa yang ada adalah terhad, guru dapat menjimatkan masa dengan penggunaan kaedah ekspositori ini selain dari pengendalian aktiviti menjadi teratur dan kemas. Antara teknik yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah teknik penyoalan. Guru menyoal murid sebelum dan juga selepas guru menerangkan isi pembelajaran kepada murid. Di dalam video itu, guru telah bertanyakan soalan kepada murid jika mereka tahu nama serta ciri-ciri bentuk yang guru itu tunjukkan. Saya menggunakan teknik soal jawab adalah kerana teknik ini mudah serta senang untuk dilakukan. Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan teks yang telah dibaca oleh murid. Tujuan sebenar saya menggunakan teknik ini adalah kerana bagi mengesan pengetahuan berbahasa murid. Selain itu, teknik ini mampu mendorong murid-murid untuk berfikir sejurus itu memudahkan guru untuk menjelaskan topic yang sedang dipelajari. Disamping itu juga, teknik ini mampu untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar oleh guru. Akhir sekali, teknik ini sangat membantu murid dalam menajamkan pemikiran disamping dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Pelbagai cara ada untuk guru dalam menyoal murid bagi memastikan kesan yang optimum. Soalan yang ditanya mestilah tepat, jelas dan ringkas serta berkaitan dengan teks yang dibaca. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru perlu membantu dengan menyoal soalan-soalan lain yang mampu mendekatkan murid dengan jawapan yang dikehendak.

Jika bukan kerana bertanya, pasti ilmu akan lenyap [HR Imam Darumi]il.

Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik. Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak

membimbing murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan. Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid membuat latihan kendiri.

Kelemahan
Kelemahan ketara yang didapati di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah apabila kelas tidak dapat dijalankan seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Hal ini kerana masa yang diperuntukkan oleh pihak sekolah untuk pembelajaran pada hari itu hanyalah 30minit sedangkan RPH yang disiapkan adalah 60minit. Guru telah mengurangkan beberapa langkah aktiviti di fasa perkembangan pengajaran bagi memastikan murid dapat mempelajari seperti biasa serta mendapat kefahaman tentang topik yang dipelajari. Akan tetapi, 30minit adalah suatu tempoh yang agak singkat bagi murid tahun 4 mempelajari topik baru. Selain itu, disebabkan bilangan murid yang ramai iaitu seramai 35orang, untuk menguruskan bilik darjah yang mempunyai murid seramai itu adalah sukar. Akan tetapi guru tidak mengaplikasi teknik perbincangan berkumpulan (kecil) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik perbincangan ini mampu memberi guru lebihan kawalan kelas disebabkan murid-murid telah dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil.

Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan lain yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas. Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.

Penambahbaikkan
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya. Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik. Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid. Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid

menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan. Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik

berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh muridmurid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai