Surat Mohon Tajaan Baju Sukan

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,

Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

Ruj.Kami : Bil.( 21 ) dlm SKPJ 02/01/009 Tarikh : 26 APRIL 2012 Yang Dihormati, Ibu bapa / Waris Tuan / Puan, LATIHAN BOLA SEPAK DAN FUTSAL Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan latihan bola sepak dan futsal untuk mewakili sekolah pada hari dan masa seperti berikut , Hari : Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu Masa : 4 petang 6.30 petang ( sabtu = 8.00 pagi 11.00 pagi ) Pertandingan seperti berikut , Bola sepak 9 sebelah : 5 dan Mei 2012 ( sabtu dan ahad-7.30 pagi-1.00 petang ) Tempat : Padang Medan 32 Futsal 5 sebelah : 8 mei 2012 ( 8.00 pagi 1.00 petang Tempat : Sports planet, Subang Jaya. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan memberi sumbangan ikhlas berupa wang tunai/ cek (atas nama Guru Besar SK Petaling Jaya) untuk membeli Tshirt pegawai sukan yang akan bertugas pada hari tersebut. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas tersebut 4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, (EN. TAN HOCK CHUAN) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK. Petaling Jaya. Disahkan oleh; .. (PN. NORHAYATI BT BAKRI) Guru Besar, SK. Petaling Jaya.

s.k: Fail sekolah Ruj.Kami : Bil.( 21 ) dlm SKPJ 02/01/009 Tarikh : 19 Januari 2007. Yang Dihormati, ..................................................... . Tuan / Puan, SUMBANGAN T-SHIRT UNTUK PEGAWAI SUKAN SEMPENA TEMASYA SUKAN SEKOLAH Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan ke-40 pada 29 Mac 2007. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan memberi sumbangan ikhlas berupa wang tunai/ cek (atas nama Guru Besar SK Petaling Jaya ) untuk membeli T-shirt pegawai sukan yang akan bertugas pada hari tersebut. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas tersebut 4. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, (EN. TAN HOCK CHUAN) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SK. Petaling Jaya. Disahkan oleh; .. (PN. NORHAYATI BT BAKRI) Guru Besar, SK. Petaling Jaya.

s.k: Fail sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,


Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

_________________________________________________________________________________________

SURAT AKUAN TERIMA

Ruj.Kami : Bil.(39) dlm SKPJ 06/07. Tarikh : 14 Julai 2004 Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling, Seksyen 19/2, Jalan Kepuk, 40300 Shah Alam. (UP: Pn. Musalmah / Cik Nor Azean) Tuan, AKUAN TERIMA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa borang / dokumen berikut telah diterima: PANDUAN / BORANG KEBENARAN MENERIMA PENCERAMAH LUAR.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

.. T/tangan dan cop Pengetua / Guru Besar.

Permohonan hendaklah dikemukanan tidak lewat dari tarikh yang diperlukan.

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,


Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

__________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami:Bil( )dlm.SKPJ.06/07 Tarikh :23 Julai 2004 Pendaftar sekolah-Sekolah Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling, Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, 40300 Shah Alam. (u.p.:Pengurusan Sekolah) Tuan, PERMOHONAN MENJEMPUT PENCERAMAH LUAR Perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Sekolah ini akan menjalankan satu program seperti di bawah: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Nama Aktiviti :Ceramah dan Demonstrasi Mengenai Kebakaran. Tajuk Ceramah:Kebakaran dan cara menanganinya. Tarikh / waktu : 17 Ogos 2004 (8.00 pg 10.00 pg = sesi pagi) (2.00 ptg 3.30 ptg = sesi petang) Tempat Aktiviti Dijalankan:Padang dan dewan SKPJ. Anjuran (PIBG / Kelab / Persatuan) * : Unit HEM SKPJ. Kumpulan Sasaran (Murid / Guru / Ibubapa)*: Warga Sekolah SKPJ.

3. Sehubungan itu disertakan lampiran berkaitan dengan penceramah luar yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Sekian dimaklumkan, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, . SK. 1. Pengarah, Jabatan Pendidikan Selangor. LAMPIRAN ( 1 ) Sila sediakan dalam 4 (empat) salinan. 1. Kenyataan peribadi penceramah.

1.1. 1.2. 1.3. 1.4. 1.5. 1.6.

Nama Penuh: No. Kad Pengenalan (Sila sertakan salinannya): Warganegara: Alamat Tempat Tinggal: Nama Organisasi dan Alamat Bertugas: Kelulusan: 1.6.1. Akademik (SPM/Ijazah dan sebagainya): 1.6.2. Professional (Bidang berkaitan dengan ceramah):

1.7.

Pengalaman (Bidang yang diceramahkan) Sila sertakan lain-lain surat sokongan.

. 2. Kenyataan Pertubuhan yang diwakili (jika berkaitan) 2.1. 2.2. 2.3. 3. 4. Nama Pertubuhan : Alamat Rasmi: No. Sijil Pendaftaran (Pendaftaran Pertubuhan: Sila sertakan salinan Sijil Pendaftaran.

Bayaran dikenakan (jika berkenaan): Butiran ceramah yang akan diberikan (Dengan ringkas / sinopsis).

.. . Tandatangan penceramah : . Tarikh: KEPUTUSAN (Dalam 4 salinan)

Ruj. Kami: Tarikh : Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya, Lorong Masjid I(3/69-I), 46000 Petaling Jaya. Tuan / Puan, MENJEMPUT PENCERAMAH LUAR Surat tuan / puan Bil .. bertarikh . Dirujuk. Sekian, terima kasih. KETEKUNAN DAN KEJUJURAN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

. Penolong Pendaftar b.p. Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Selangor.

s.k.

1. 2. 3.

Pengarah, Jabatan Pendidikan Selangor Pengusaha Polis Daerah : Fail Timbul

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,


Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

__________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: Bil ( )dlm SKPJ. 04/04 Tarikh : 10 Ogos 2004 Pegawai Pelajaran Daerah Petaling, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling, Jalan Kepok, Seksyen 19, 40000 Shah Alam. UP: En. Haikal Aris. Sektor Pengurusan Organisasi. Tuan, MENANGGUNG KERJA JAWATAN GURU BESAR DI S.K. PETALING JAYA MULAI 1/6/2004 PPP LEPASAN DIPLOMA DGA 34. Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak pentadbir SKPJ telah bersetuju mempertanggungjawabkan tugas di atas kepada saya, setelah perpindahan Pn. Rokiah Hashim (Guru Besar) ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri mulai 1 Jun 2004. Oleh itu saya memohon surat kelulusan daripada pihak tuan untuk menjalankan tugas tersebut. 3. Atas kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(NORLIZA BT YUSOF) Penolong Kanan 1, SK. Petaling Jaya. SK. 1. Unit Naik Pangkat, jabatan Pelajaran Negeri Selangor. 2. Fail Peribadi

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,


Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

_________________________________________________________________________________________

Tarikh Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Kuala Lumpur. Tuan,

: 10 November 2004

PENGESAHAN UNTUK TUJUAN MENGAMBIL PEMBANTU RUMAH. Dengan ini disahkan bahawa Encik Tan Hock Chuan, No. K.P: 550321-10-5059 adalah Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini dan menerima gaji bulanan RM 2719.00 Sekian harap maklum. Saya yang menjalankan tugas,

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA,


Lorong Masjid I,(3/69-I) 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel:03-77828051 Fax:03-77830051 Email:[email protected]

Yang Berbahagia Tuan / Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA / INFAQ DAN PELAWAAN WAKAF UNTUK PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA, KLANG No. Kebenaran Membina Masjid : JAI.SEL.BPM/01/033 (042) No. Kebenaran Memungut Khairat : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/24(2) ________________________________________________________________ Semoga Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan sentiasa berada dalam nikmat kemanisan iman dan diberkati oleh Allah S.W.T. hendak-Nya. 2. Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja ingin memohon perhatian Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk menghulurkan sumbangan derma, infaq dan wakaf bagi membiayai pembinaan masjid Bandar Bukit Raja. 3. Sebagai makluman anda, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengeluarkan

kelulusan rasmi bagi kebenaran membina masjid dan memungut khairat (derma) bagi tujuan tersebut. 4. Bersamasama dengan ini, dilampirkan 3 borang untuk diisi dan memohon pertimbangan Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan. Sekiranya borang tersebut tidak mencukupi, sila fotostat untuk tujuan edaran tambahan kepada jiran tetangga, rakan taulan dan saudara mara yang lain. 5. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Bendahari Projek Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Encik Mohamad Halim bin Jantan (013 - 2089896) atau menerusi media rasmi projek iaitu emel [email protected] atau www.facebook.com/ Rakan Masjid Bandar Bukit Raja atau blogmasjid.bandarbukitraja.org 6. Segala kerjasama dan hubungan baik dengan Tun / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan amat kami hargai. Usaha murni ini menjadi kewajipan pada semua lapisan masyarakat Islam khususnya penduduk Bandar Bukit Raja. Segala bentuk bantuan yang dihulur, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai