Surat Mohon Sumbangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG TENGAH

42700 BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL/FAX : 03-31812104
_________________________________________________________________________________________
Ruj.kami : SKKT. 100-7/1/7 (
Tarikh : 18 DISEMBER 2015
Kepada:
Tuan Pengurus,
Dato Hanif bin Hashim
Hanif & Co
Premises 33-3 floor
Jalan Medan Tunku
50300 Kuala Lumpur.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN KECERIAAN PRASARANA
SEKOLAH SK KANCHONG TENGAH
Perkara diatas adalah dirujuk
SK Kanchong Tengah telah dibuka pada tahun 2001 . Semasa itu semua prasarana telah
tersedia. Dari tahun 2001 hingga sekarang prasarana dan keceriaan sekolah bagai diabaikan
kerana tiada dana untuk penambaikan dan baik pulih. Oleh yang demikian pihak sekolah
berhajat untuk membuat penambaikan dan baik pulih perkara berikut :
1) Menggantikan karpet dan langsir surau yang telah lusuh dan koyak
2) Menggantikan karpet pejabat yang telah lusuh dan koyak
3) Menggantikan langsir dan seketing dewan budiman yang telah lusuh dewan ini sering
dijadikan tempat berkursus guru-guru daerah Kuala Langat.
4) Mengecat kantin , pusat sumber dan beberapa kawasan bangunan sekolah.
2.
Pihak sekolah memerlukan dana penambaikan baik pulih sebanyak RM 6000 untuk
tujuan tersebut. Sumbangan tersebut bolehlah dibuat melalui cek atau ke akaun PIBG Bank
Islam. No akaun : 12074010023954.
3.
Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat menghulurkan sedikit sumbangan untuk
tujuan tersebut dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kami terlebih dahulu
mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang tuan berikan.
Sekian Terima Kasih
MURID DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Saya yang menurut perintah.

.
(PN. HJH NORIZAH BINTI HASHIM)
Guru Besar
SK Kanchong Tengah

Anda mungkin juga menyukai