Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Garlic Bread & Mushroom Soup

Menu nie aku buat untuk "minum petang",petang semalam.Sejuk2 nie,aku sefamily asyik lapo jer.Lagi2 ler si Ukail.Nak makan jer kejenya.Actually,aku dah pernah buat mushroom soup before nie.Kalo nak resepi klik SINI jer yeik.Yg roti tu pulak aku beli jer kat kedai.Tak pandai lg nak buat sendiri.InsyAllah,aku akan belajar buat garlic bread suatu hari nanti.Bila dah sampai seru...Layan!!!









Tuesday, April 13, 2010

Roti Telur

Hari nie cuaca kat Adelaide mmg sejuk.Sedap je mata nie nak tido.Nak bangun awal pun malas.Pas solat subuh aku sambung balik tido sampai kul 8.00am.Bangun2 jer,terus aku siapkan breakfast. Pagi nie aku buat roti telur je.Sempoi & sedap.Resepi senang je.

Pukul telur.Celupkan roti dalam telur yg dipukul tadi.Panaskan kuali dgn marjerin.Goreng roti tadi.Balik2kan.Dah siap...Layan!!!



Thursday, March 25, 2010

Roti Naik


Bahan-bahan:-
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong -saya gune tpg gandum je.
250 ml air - saya gune susu segar+ air skit.
50 g susu tepung - x letak
3/4 camca teh bread improver - x letak
180 g gula perang (brown sugar) - saya ltk 110-120g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning


Cara-cara:-
1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Wednesday, March 24, 2010

Bun Pandan & Sri Kaya Pandan





Bahan-Bahan:-
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 biji telur
140ml air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin atau butter
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau atau buleh juga guna pes pandan
1 sudu kecil dough softner atau bread improver

Cara-Cara:-
masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan, klu ade breadmaker pilih menu dough dan tekan On je. Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.

selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 16 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.

kemudian letakkan inti kaya pandan dan tutup doh, atur doh tadi diatas dulang pembakar dan biarkan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 40 minit .

semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. sejukkan atas redai dan boleh lah dimakan. Bun ni akan lembut je sentiasa.
amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat mencuba.


Bahan2:
3 biji telur
220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)
1 tin santan
beberapa titik perasa pandan
beberapa titik pewarna hijau
1 sudu besar bancuhan tepung gandum
satu helai daun pandan di simpul

Caranya:
1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.