Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Hati Masak Kari Berkicap

asal laling aku xde jerk, aku makan ati! makan ati dalam dua maksud tersurat dan tersirat! hahahahaha..... ppon sedap sangat ati neh! ala2 masak kandar! sape nak cube dpersilakanlah yer! tuan umah nak layan anak2 neh... cam biasa tiusyen petang!

Bahan- bahan
  • 300-400g hati ayam - cuci bersih dan toskan
  • serbuk kunyit
  • garam
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia - ketuk
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • daun kari
  • cili merah - hiris
  • tomato - belah 4
  • air
Cara-cara
  • Gaul hati ayam dengan serbuk kunyit dan garam. ketepikan. *Jika nk rebus dulu pong boleh.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bwg putih, kayu manis, bunga lawang, daun kari dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan pes kari. Kacau seketika. Masukkan pula sos tomato, sos cili dan juga kicap pekat.
  • Masukkan hati ayam dan sedikit air. Kacau dan biarkan hati masak.
  • Perasakan dengan garam dan juga gula jika perlu. Masak hingga kuah agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan hirisan lada dan juga tomato.
  • Matikan api. Sedia dihidang.

Thursday, February 18, 2010

Beriani Hati Ayam

time laling aku takde lah, aku berpoya2 ngan ati ayam! kehkehkehkeh... klu dier tgk blog aku arini pong, kompom dier tk heran punyer! asalkan bini dan anak2 dier makan sudah! jgn melantak! buruk padahnyer! kikiki... sebenonyer nk wat ati masak kicap cam k.nor.. tp sbb mlm td wat ayam masak kicap, so tak jadik lah! godeh2 dapur kak.dayang jumpa plak ayam beriani! tuko kan jerk ngan ati! senang cter! tima kasih kak! mintak halal resepinyer yer...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak) - hana tuko hati ayam
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair - hana ltk sesudu dua je
  • 2 sb puri tomato
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.
NOTE: Jika buat ati ayam, klu takut meletop2 masa menggoreng, rebus jerk ngan garam, kunyit, minyak msk dan jugak air paras tenggelam hati.

Sunday, October 4, 2009

Ungkep Hati Ayam

owang kata makan hati utk tambah darah..tp mmg betol la kan! sib baik aku peminat hati ayam! msk ler apa2 pon mmg sedap! nih msk ungkep stail owang pantang.. main rebus2 jerk!

Bahan-bahan
  • 300g hati ayam
  • *1 inci kunyit idop
  • *1 sk ketumbar
  • *1 sk jintan manis
  • *1 sk jintan putih
  • *1-2 sk blackpepper
  • *1-2 inci halia
  • garam
  • air secukupnya
  • sedikit minyak - hana gune myk zaitun.
Cara-cara
  • tumbuk bhn2 yg bertanda *.
  • campurkan semua bahan ke dalam periuk@kuali, tutup dan rebus hingga kering dan hati masak. klu hati blom msk, tambahkan lg sedikit air. dan msk lg hingga kering.
  • angkat dan hidangkan.
*Khasiat menggunakan minyak zaitun dalam masakan:
semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan. - source fr Motherhood.

Friday, August 28, 2009

Hati Goreng dengan Bendi

lauk tambahan arini selain ayam msk lemak kencur... nk perabihkan bendi yg dh hampir monopos! rasanya pas bersalin, agaknyer cuti dr bli bendi kot! leh caya ker?? hahahaha.... ontah la! nih kes konon2 nk tmbh darah! padahal xde mslh pong ngan darah aku! sajer ngada2 nk makan ati ayam! hehehe.... nengok kak.leen punyer pasal la nih terus rasa terhingin! padahal nk laukkan ayam jerk! ishhh napsu napsuu... hahahaha... k la... mekaceh wat k.leen! kita amik resepinyer! halal yer kak..... cume tuko carrot ngan bendi... :)

Bahan-bahan
  • 500gm Hati Ayam - kalau nak rebus sekejap dulu pun ok, petua supaya masa goreng kurang meletup.
  • 1 labu Bawang Besar - potong berbaji
  • 3 ulas Bawang Putih > diketuk
  • 1 inci Halia> diketuk
  • 3 tangkai Cili Hijau - dihiris serong
  • Tambahan karot atau kacang panjang potong seinci-seinci -hana ltk bendi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Lada Hitam Serbuk
Cara-cara
  • hati ayam dilumur garam dan kunyit, goreng dulu hingga garing.
  • Angkat, buang sedikit minyak
  • tumis semua bawang merah,putih, cili, halia hingga naik bau atau bawang layu , masuk karot.
  • rasakan garam, tabur lada hitam, masuk hati ayam tadi, kacau goreng hingga sebati , siap angkat.

Wednesday, July 29, 2009

Hati Ayam Berempah II

sowi bangett arini lmbt n3! sebenonyer arini idak ler gantung piyuk! sbb td lunch sempat msk udang, n blk spital sempat wat apam! (hanya k.watie yg tahu menahu! hihihi) then dinner lak aku msk ati ni jerk! ok la tuh kan! janji konyang anak beranak! ati ayam mmg peberet aku! tk kira la masak apa pong! tp laling aku idak ler berkonan ngan lauk nih! bg dier lg sedap ayam goreng! huh! nyampoh haku! padahal adik beradik ayam gak! tp kuah nih dier layan! takpo la kan...selera masing2! ikut ajer! resepi nih aku ejjas skit dr resepi pn.deana sblm nih... cume tk buh kerisik.. tp menten cop jempol!! ala2 rendang n ungkep! sowi la na! aku mls nk ejas ayat aku! kopipes yoooo... ngeeeee...

Bahan-bahan
  • 500g hati ayam
  • Bhn Kisar *
  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 sudu besar ketumbar
  • * ½ sudu besar jintan manis
  • *1/2 sudu jintan kasar
  • *1 batang serai
  • *5 biji cili padi (terpulang nk tmbh jk mahu lbh pedas)
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • Air secukupnya
  • Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan pes rempah kari (campur sedikit air) kacau.
  3. Masukkan hati dan sedikit air. masak sehingga hati masak dan kuah agak kering.
  4. Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!

Monday, February 23, 2009

Ungkep Hati Ayam

biasanya ayam wat ungkep... kali nih sajer wat ngan hati ayam plak! konon2 nk masak kicap jerk! dah last minute tuko menu ungkep pulak! biasa la bila masuk dapur nih mcm2 lam otak nak makan yg itu yg ini... plan lain, jadik lain! muahahahaha... sukati ati mok cik la kan! hehehehe... salah satu menu wong jowo yg sonang baitu nak membuatnya! jom layan resepi!

Bahan-bahan
  • 400g hati ayam - dbasuh bersih
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi ijau - jika ingin ungkep pedas
  • 2 batang serai - ketuk. nk tumbuk skali pon boleh!
  • sedikit air asam jawa
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan hati ayam. tambahkan air sedikit. masak hingga hati masak.
  • masukkan air asam jawa sedikit dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.