Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Thursday, February 8, 2018

Syarah Riyadhus Shalihin oleh Syaikh Utsaimin

Syarah Riyadhus Shalihin oleh Syaikh Utsaimin







Kitab Riyadhus Shalihin ini adalah sebuah kitab yang sangat masyhur. Ianya disusun oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), tokoh besar dalam dunia kesarjanaan Islam. Tokoh ulama terkemuka dalam bidang hadis dan muhaqqiq ulung dalam mazhab Asy-Syafi’i.

Sungguh beliau (Al-Imam An-Nawawi) telah “bernikah” dengan kitab-kitab dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Menghabiskan segenap usianya demi ilmu dan membela agama. Usianya sesingkat 45 tahun, namun hasil karyanya menimbun berjilid-jilid tebal, memberi manfaat kepada seluruh kaum muslimin dari era beliau sampai ke saat ini.

Siapa yang tidak mengenal karya-karya hebat beliau seumpama Riyadhus Shalihin (dalam bidang hadis, adab dan penyucian jiwa), Al-Arba’un An-Nawawiyyah (dalam bidang hadis dan manhaj), Al-Adzkar (fiqh doa), Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab (fiqh perbandingan mazhab), Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (fiqh hadis), Ar-Raudhah Ath-Thalibin (fiqh khusus mazhab Asy-Syafi’i), Tahdzib Al-Asmaa’ wa Al-Lughah (bahasa), bahkan beliau juga turut pernah menyusun Syarh Shahih Al-Bukhari, serta banyak lagi yang lainnya.

Ini semua menggambarkan kedalaman dan keluasan ilmu yang Allah Ta’ala kurniakan untuknya sehingga boleh dikatakan bahawa tidak seorang pun ulama di generasi sesudahnya yang tidak menuai manfaat dari karya-karyanya.

Dan yang ada di hadapan kita ini adalah salah satu hasil terjemahan kitab beliau yang amat berharga lagi bernilai besar. Yang mengandungi kebaikan yang sangat melimpah bagi yang memerhatikannya. Yang sangat besar manfaatnya lagi sangat banyak dibaca oleh masyarakat. Iaitu kitab Riyaadhush Shaalihiin (Taman-taman para Sholihin).

Riyadhus Shalihin adalah kitab yang mencakupi bidang hadis, amal-amalan seorang muslim, tazkiyatun nufus (penyucian jiwa), zuhud, galakkan beramal dan menjauhi yang dilarang, amar ma’ruf nahi mungkar, akhlak, ilmu, jihad, adab, doa, taubat, ikhlas, tauhid, dan beberapa lagi yang lainnya.

Menurut Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1420H):

“Kitab Riyadhush Shalihin sering dibahas di hampir seluruh masjid yang ada di muka bumi. Kitab-kitab Al-Imam An-Nawawi sangat terkenal dan tersebar di seluruh penjuru dunia. Hal ini menunjukkan ketulusan niat beliau yang hanya mengharapkan wajah Allah Ta’ala semata. Kerana, penerimaan manusia terhadap kitab-kitab karya seorang ulama termasuk salah satu tanda keikhlasan niatnya.”

Sungguh merugilah sesiapa yang tidak mengenal kitab ini, yang di dalamnya terisi hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sangat penting berserta bab-bab penjelasannya, yang merupakan mahakarya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), seorang ulama besar ahlus sunnah wal-jama’ah bermazhab Asy-Syafi’i. Di dalamnya memuatkan himpunan dan perbahasan hadis-hadis berkaitan ikhlas, adab, akhlak, tazkiyatun nufus, hukum-hakam, fadhail amal, syukur, dan banyak lagi yang lainnya.

Keistimewaan Syarh Riyadhus Shalihin edisi terjemahan ini secara ringkas:

1, Ia dicetak dan diterjemahkan menjadi 6 jilid lengkap.

2, Metode editing dan susun atur teks hadis (‘Arab) dan terjemahannya yang menarik dan kemas.

3, Methode penomboran hadis bersesuaian aslinya dari awal hingga akhir hadis, dan sistem penomboran bab.

4, Penjelasan takhrij dan status hadis-hadisnya berdasarkan tahqiq atau kitab-kitab Syaikh Al-Albani rahimahullah. Dan ianya diletakkan pada bahagian nota kaki.

5, Penjelasan hadis secara rinci, luas, memuaskan, dan mengena (atau seiring) dengan keadaan semasa berbanding edisi-edisi lainnya. Dan syarah/penjelasan hadis disampaikan oleh ulama yang faqih, Al-‘Allamah Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah. [Maklumat lengkap di http://bit.ly/2sfMkbr]

Hard cover | 6 Jilid lengkap | RM300/set |

#syarah #hadis #imam_nawawi #syaikh_utsaimin
______________________
Kepada yang berminat, boleh hubungi kami di 012-6887715 (sms/whatsapp/call) untuk maklumat/pesanan.

Penghantaran secara pos juga boleh diuruskan.

Atau boleh juga kunjungi kedai buku kami di:

Atsar | Online Bookstore,
No. 23-1, Jalan Selasih J U12/J,
Taman Cahaya Alam Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor.

6 minit dari UiTM/Jakel Seksyen 7 Shah Alam.

Tel » +(60)12-688-7715 (sms/whatsapp)

Map » http://bit.ly/29XLbJc

Website » www.atsar.ilmusunnah.com

Waze/google » Atsar Online Bookstore

Join Channel » t.me/ilmusunnah