Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, July 24, 2012

587 - Fatwa-fatwa Terkini

Fatwa-fatwa Terkini

Judul Buku:
Fatwa-fatwa Terkini
Judul Asal: Al-Fataawaa Asy-Syar’iyyah fiil Masaa’il Al-Ashriyyah min Fataawaa ‘Ulamaa’ Al-Bilaadil Haraam

Penulis:
Syaikh Khalid B. ‘Abdurrahman Al-Juraisy

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM170

Berat Buku:
3.9kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah buku yang menghimpunkan fatwa-fatwa para ulama dari lembaga fatwa dan kajian "Lajnah Da'imah li al-Bughuts al-Ilmiyah wa al-Ifta'" Arab Saudi. Ia menghimpunkan fatwa-fatwa Lajnah Da'imah secara khusus dan sebahagian dari para anggotanya seperti:

Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz rahimahullah, Syaikh Al'-Utsaimin, Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman Al-Jibrin, dan Syaikh Dr. Sholeh B. Fauzan Al-Fauzan.

Ia memuatkan ratusan fatwa-fatwa dalam pelbagai isu merangkumi isu-isu kecil, asas, sehinggalah isu-isu global di peringkat dunia dan masyarakat. Sebagaimana maklum, lembaga fatwa Arab Saudi, fatwa-fatwa mereka menjadi rujukan dunia Islam secara umum kerana kajian mereka yang begitu ketat dan ilmiyah. Di samping dianggotai oleh para ulama yang konsisten, tegas, berilmu, dan lagi maklum berdiri teguh di atas panji-panji ahli sunnah wal-jama'ah sebagaimana diakui oleh dunia Islam.

Jumlah Muka Surat:
3 Jilid lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Saturday, July 21, 2012

586 - Kamus Arab Indonesia Sehari-hari

Kamus Arab Indonesia Sehari-hari

Judul Buku:
Kamus Arab Indonesia Sehari-hari

Penulis:
Muhyiddin Abu Yahya

Penerbit:
Daar Ibn Hazm

Harga:
RM10

Berat Buku:
100g

Keterangan Kandungan:

Buku kecil ini mengajar kita untuk belajar bahasa arab berdasarkan dialog-dialog komunikasi yang lazim. Apabila kita biasa dengan dialog-dialog lazim ini, insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu melatih kita terbiasa dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat bahasa arab. Sekaligus; InsyaAllah akan lebih memudahkan kita untuk memahami bahasa arab di peringkat-peringkat berikutnya sekiranya kita biasa melatih dan membiasakan diri kita dengan dialog-dialog mudah yang terdapat di dalam buku ini.

Selain dialog, buku ini juga dilengkapi dengan kamus mudah bagi perkataan-perkataan yang lazim diguna-pakai dalam perbualan seharian. Semoga beruntung dan berjayalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh melatih dirinya untuk memahami bahasa arab ini, yang merupakan bahasa al-Qur'an dan bahasa ilmu Islam.

Bersesuaian dengan saiznya yang kecil dan comel, bawalah buku ini ke mana-mana sebagai sarana melatih diri kita dengan ayat-ayat bahasa arab sekaligus membiasakannya.

Jumlah Muka Surat:
244 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

585 - Buku Poket Zakat & Cara Praktis Menghitungnya

Buku Poket Zakat & Cara Praktis Menghitungnya

Judul Buku:
Buku Poket Zakat & Cara Praktis Menghitungnya

Penulis:
Abu Muhammad Ibn Shalih B. Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM5
(Diskaun sehingga 30% bagi pembelian 50 unit dan ke atas)

Berat Buku:
90g

Keterangan Kandungan:

Tunaikanlah zakat hartamu sebelum harta tersebut berpisah, atau kamu berpisah darinya. Di dunia ini kita hanya bermusafir, sedang berkelana, tidak kekal. Demikian juga dengan harta, ia hanyalah pinjaman. Sebelum ianya pergi, maka manfaatkanlah dan urusilah ia dengan cara yang benar. Di antara cara yang benar dan termasuk kewajiban bagi mereka yang punya harta adalah berzakat. Selama mana telah cukup tempoh dan kadar jumlahnya, maka anda wajib mengeluarkan zakat. Seandainya ia tidak dikeluarkan zakatnya, maka kelak anda akan bertanggungjawab dan berhadapan masalah di akhirat.

Oleh itu, ketahuilah tentang hak-hak zakat, apa yang perlu dizakatkan, bila masanya, berapa kadarnya, dan kepada siapa zakat perlu diserahkan. InsyaAllah buku bersaiz poket ini bakal membantu dan membimbing anda memahami asas-asas penting persoalan zakat. Buku ini mengupas dengan ringkas dan tuntas bersesuaian dengan saiznya, tentang definisi zakat, jenis-jenis zakat, kedudukan zakat, faedah dan hikmah zakat, hukum zakat, orang yang enggan berzakat, syarat-syarat zakat, haul dan nishab zakat, sunnah-sunnah dalam menunaika zakat, kaedah pengiraan zakat, 'aamil, kepada siapa zakat perlu diserahkan, dan beberapa maklumat-maklumat penting lainnya sekitar persoalan zakat.

Buku poket ini juga amat sesuai dijadikan sebagai hadiah, risalah sebaran, dan bacaan peribadi yang mudah dibawa ke mana-mana.

Jumlah Muka Surat:
88 m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Thursday, July 19, 2012

584 - Ensiklopedi Sunnah Syiah

Ensiklopedi Sunnah Syiah
Studi Perbandingan Akidah, Tafsir, Hadits & Fiqih

Judul Buku:
Ensiklopedi Sunnah Syiah
Judul Asal: Ma'a as-Syi'ah al-Itsna 'Asyariyah fil Ushul wal Furu' (Mausu'ah Syamilah) Dirasah Muqaranah fil Fiqhi wal Hadits

Penulis:
Prof. Dr. Ali Ahmad As-Salus

Penerbit:
Pustaka Al-Kautsar

Harga:
RM115

Berat Buku:
1.8kg

Keterangan Kandungan:

Perbincangan mengenai Sunnah dan Syiah terus berlangsung sampai ke hari ini. Tidak hanya perbezaan-perbezaan pokok akidah yang dibicarakan, tetapi juga usaha-usaha dari kelompok Syiah yang begitu aggresif menyebarkan i'tiqad aqidahnya di tengah-tengah masyarakat. Usaha atau dakyah penyatuan (taqrib) juga dilakukan kelompok Syiah agar boleh menyusup ke dalam kalangan masyarakat Ahlu Sunnah wal Jamaah yang sekaligus memudahkan gerak kerja pendoktrinan kesesatan dilakukan ke atas masyarakat. Jadi, mungkinkah dan wajarkah ini kita biarkan berlaku?

Buku ini menjawab dengan tuntas perbezaan-perbezaan dasar mengenai Sunnah dan Syiah yang boleh dijadikan acuan tentang sama ada keduannya boleh disatukan. Banyak buku yang membongkar perbezaan-perbezaan pokok antara Sunnah dan Syiah, tetapi sedikit sekali buku yang mampu secara objektif, ilmiah, terperinci, dan tuntas dalam melakukan kajian perbandingan antara keduanya.

Dalam buku ini, Prof. DR. Ali Ahmad As-Salus, guru besar Ilmu Fiqih dan Ushul Fiqih di Fakulti Syariah Universiti Qatar, seorang individu yang bergelut bertahun-tahun dalam membuat penelitian dan kajian terhadap ajaran-ajaran Syiah, membedah secara ilmiah subjek perbandingan antara Sunnah dan Syiah dalam bidang akidah, tafsir, hadis, fiqih dan ushul fiqih, yang bersumber langsung dari rujukan kitab-kitab yang menjadi pegangan kedua-dua belah pihak.

Di antara tajuk-tajuk yang menjadi topik perbahasan utama dalam 2 jilid buku ini adalah:

1, Imamah (kepimpinan) dari pandangan jumhur ulama dan firqah-firqah sesat.

2, Imamah dari perspektif al-Qur'an dan as-Sunnah.

3, Ayat-ayat al-Qur'an yang telah diubah-suai dan hadis-hadis mauhud' (palsu).

4, Beberapa bentuk aqidah Syiah.
5, Tafsir; sejarah dan tunjangnya di sisi Ahli Sunnah.

6, Tafsir al-Qur'an di sisi Syiah Imam 12.
7, Hadis dan ilmu darinya.

8, Hadis, ilmu, dan kitab-kitabnya di sisi Syiah.
9, Ushul fiqh di sisi Ahli Sunnah dan Syiah.

10, Konsep ibadah dan mu'amalah di sisi Syiah!

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Wednesday, July 18, 2012

583 - 60 Biografi Ulama Salaf

60 Biografi Ulama Salaf

Judul Buku:
60 Biografi Ulama Salaf
Judul Asal: Min A'lamus Salaf

Penulis:
Syaikh Dr. Ahmad Farid

Penerbit:
Pustaka Al-Kautsar

Harga:
RM80

Berat Buku:
1.25kg

Keterangan Kandungan:

Salah satu di antara sekian banyak perkara yang menjadikan kita merasa bangga dan bahagia menjadi muslim adalah kerana kita memiliki sejarah gemilang di masa lalu yang diwarnai oleh orang-orang soleh dari kalangan para ulama. Mereka hadir dalam lipatan sejarah sebagai para tokoh yang sukar dicari tandingannya pada hari ini, di mana mencintai mereka sama ertinya dengan mencintai kebaikan, kebenaran, dan bahkan termasuk sebahagian dari maksud mencintai Allah. Merekalah generasi terbaik sepanjang masa yang pernah dihadiahkan oleh kehidupan ini.

Jika melihat tempoh umur mereka di dunia, ternyata tidaklah terlalu panjang. Contohnya; tokoh seperti 'Umar bin 'Abdul Aziz rahimahullah misalnya hanya diberikan usia hidup selama 39 tahun 6 bulan, tetapi prestasi dunia dan keagamaannya jauh lebih besar berbanding umurnya yang pendek. Juga Imam An-Nawawi rahimahullah yang menghadap ke kepada Rabbnya di usia 45 tahun. Tetapi, kitab hasil karyanya seperti Al-Arba’iin An-Nawawiyah dan Riyadhush-Shalihin terus hidup dan mengalirkan manfaat seolah-olah beliau sedang mencurahkan ilmunya kepada kita hari ini. Sehingga tidak satupun dari kalangan ulama besar abad ini yang tidak berhutang kepada beliau. Itulah barangkali salah satu makna keberkahan umur.

Tentu, cinta kepada ulama merupakan sebahagian dari kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Tidak setiap orang mampu menghadirkan rasa cinta tersebut. Buku “60 Boigrafi ulama Salaf” ini menjadi begitu penting untuk dibaca dalam rangka menumbuhkan kecintaan kita kepada generasi yang Allah telah redha kepada mereka dan merekapun telah redha kepada Allah, Radhiyallahu anhum wa radhu anhu. Memang mereka telah beranjak pergi menghadap Allah. Tetapi wasiat, hasil karya, dan jejak sejarah serta kisah-kisah hidup mereka masih tetap memenuhi ruang bumi sehingga ke hari ini.

Maka, tela'ah dan selamilah kisah-kisah mereka, biografi mereka, siapa mereka, semangat mereka dalam menuntut ilmu, kekuatan ingatan mereka, daya teliti mereka, keilmuan mereka, keteguhan mereka dalam beragama, sikap mereka terhadap ujian dan fitnah, karektor dan peribadi mereka, pujian para ulama lainnya terhadap mereka, wasiat-wasiatnya, berserta hasil-hasil karya tinggalan mereka. Semua ini dimuatkan oleh sebuah buku berharga penuh dengan kisah-kisah yang tertulis dengan tinta emas! Kisah penuh motivasi, semangat, dan tauladan. Kenalilah mereka sang pembela agama yang melalui mereka, agama ini pun sampai kepada kita hari ini. Tak kenal, maka tak cinta.

Jumlah Muka Surat:
855m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

Monday, July 9, 2012

582 - Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an

Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an

Judul Buku:
Keajaiban & Keistimewaan Al-Qur'an
Judul Asal: Fadha'il Al-Qur'an

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM75

Berat Buku:
0.8kg

Keterangan Kandungan:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang terdapat) di dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus, 10: 57)

Ayat ini menunjukkan salah satu hakikat, tujuan, dan maksud al-Qur'an dalam kehidupan kita sebagai manusia, tidak terkecuali umat Islam dan mukmin khasnya.

Kehadiran dan manfaat Al-Qur'an bukan saja dirasakan oleh mereka yang beriman kepadanya, bahkan yang tidak beriman pun akan mendapatkan percikan petunjuk dari hanya membacanya saja. Tidak sedikit kisah para mualaf yang masuk Islam setelah membaca, mempelajari dan mentadabburi al-Qur'an, kerana al-Qur'an bukan kitab biasa melainkan nasihat dan pelajaran dari Sang Pencipta manusia dan alam semesta beserta isinya.

Dalam buku ini, Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah memaparkan keaslian al-Qur'an sebagai sebuah kitab suci samawi, wahyu dan kalam ilahi, bukannya kitab yang berisikan imaginasi pemikiran manusia.

Dengan membaca buku ini kita diingatkan tentang pentingnya membaca al-Qur'an di setiap hari, seperti dikatakan oleh para ulama salaf,

"Rugilah orang yang dalam sehari tidak membaca Al-Quran."

Bahkan Rasullullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam sendiri menegaskan, "Sesungguhnya rumah yang sering dibacakan al-Qur'an akan banyak kebaikannya, sementara rumah yang tidak dibacakan al-Qur'an akan sedikit kebaikannya.”

Lebih dari itu, al-Qur'an wajib dipelajari, difahami, lalu diterapkan dalam kehidupan agar manfaat dan fungsi al-Qur'an benar-benar terasa bagi umat manusia dan alam semesta, sama ada lahir ataupun batin.

Inilah terjemahan kitab Fadhail al-Qur'an (keutamaan-keutamaan al-Qur'an), karya Imam 'Imaduddin Abu Al-Fida’ yang kita kenal dengan nama Ibnu Katsir rahimahullah. Konsep penulisan kitab ini tidak ubah seperti metode penulisan Imam al-Bukhari. Penulis mengemukakan matan-matan hadisnya terlebih dahulu dari rangkaian hadis-hadis terbaik dalam babnya. Kemudian beliau berikan catatan dan interpretasi (komentar) berserta syarah (huraian)nya.

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, "Al-Bukhari meletakkan kitab Fadha'il al-Qur'an (keutamaan-keutamaan al-Qur'an) setelah kitab Tafsir (penjelasan al-Qur'an), kerana tafsir al-Qur'an lebih penting, oleh itu beliau memulakan penulisan dengan membahaskan persoalan tafsir. manakala kami meletakkan perbahasan Fadhail al-Qur'an sebelum Tafsir al-Qur'an, dan meletakkan keutamaan tiap-tiap surah sebelum membahaskan tafsirnya; hal ini agar dapat memberikan motivasi untuk menghafal al-Qur'an, memahaminya, serta mengamalkan kandungannya."

Cakupan bab-bab perbahasan dalam kitab ini adalah sebagaimana berikut:

Keutamaan-Keutamaan Al-Qur'an

Pengumpulan Al-Qur'an

Penulisan Mushaf Al-Qur'an oleh Utsman

Para Penulis Wahyu Nabi

Hadits Dari Abi Bakrah

Hadits Dari Samurah

Hadits Dari Ummu Ayub

Hadits Dari Abu Juhaim

Hadits dari Ibnu Mas'ud

Penyusunan Al-Qur'an

Tentang Titik dan Garis (Syakal) dalam Mushhaf

Para Ahli Qira'ah dari Kalangan Sahabat Nabi

Turunnya Ketenangan Dan Malaikat Ketika Membaca Al-Qur'an

Penjelasan Perkataan: Nabi "Tidak Pemah Meninggalkan (Harta) Kecuali Sesuatu (Al Quran) Yang Diapit Oleh Dua kulit Buku."

Keutamaan Al-Qur'an Berbanding Seluruh Perkataan Lain

Orang-Orang Yang Berwasiat Agar Berpegang Dengan Kitabullah

Orang Yang Tidak Membaca Al-Qur'an Dengan Intonasi Yang Baik

Kegembiraan Pembaca Al-Qur'an

Sebaik-Baik Kalian Adalah Orang Yang Belajar Al-Qur'an Dan Mengajarkannya

Membaca Al-Qur'an Dengan Hafalan (Tanpa Melihat Mushhaf)

Selalu Berusaha Mengingat Al-Qur'an Dan Menjaganya

Membaca Al-Qur'an Di Atas Kendaraan

Mengajari Al-Qur'an Kepada Anak-Anak

Adakah Boleh Mengucapkan, "Aku Lupa Ayat Ini Dan Itu?"

Membaca Surah Al-Baqarah, Dan Surah-Surah Tertentu

Perlahan-Lahan (Tartil) Dalam Membaca Al-Qur'an
Bacaan Panjang

Pengulangan Bacaan (Tarji')

Membaca Al-Qur'an Dengan Suara Yang Merdu

Orang Yang Ingin Mendengarkan Bacaan Al-Qur'an Dari Orang Lain

Perkataan Orang Yang Meminta Membacakan Al-Qur'an Kepada Orang Yang Membaca Al-Qur'an, "Hasbuka" (Cukup Sudah Untukmu)

Batas Minima Membaca Al-Qur'an

Menangis Ketika Membaca Al-Qur'an

Orang Yang Berdebat Tentang Bacaan Al-Qur'an, Mencari Makan Atau Angkuh Dengan Al-Qur'an
Bacalah Al-Qur'an Selama Hati Kalian Fokus Membacanya

Kumpulan Kepelbagaian Hadis Tentang Membaca Al-Qur'an, Keitimewaan Al-Qur'an Dan Ahli Al-Qur'an

Doa Nabi Untuk Menghafal Al-Qur'an Dan Mencegah Lupa

Jumlah Muka Surat:
741m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

581 - Penjelasan Hadits-hadits Hukum

Penjelasan Hadits-hadits Hukum

Judul Buku:
Penjelasan Hadits-hadits Hukum
Judul Asal: Tanbihul Afham Syarh 'Umdatul Ahkam

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-'Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM68

Berat Buku:
1.25kg

Keterangan Kandungan:

Dalam menjalani ajaran Islam, tentu kita perlu merujuk kepada hukum-hakam yang telah diturunkan oleh Pembuat Syariat, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Hukum-hukum ini telah disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Quran dan hadis-hadis yang kemudian dijelaskan oleh para ulamanya sehingga mampu difahami dan diamalkan oleh umat.

Sungguh amat berbeza orang-orang yang mengamalkan kehidupan dan agamanya dengan ilmu dan tanpa ilmu. Bukankah Allah telah berfirman: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar: 9)

Buku ini adalah penjelasan, syarah, dan huraian hadis-hadis yang terdapat dalam kitab "'Umdatul Ahkam min Kalam Khairil Anaam" karya Al-Hafiz Abu Muhammad 'Abdul Ghani B. 'Abdurrahman Al-Maqdisi yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin rahimahullah. Kitab syarah ini padat berisi huraian penjelasan hadis-hadis hukum Islam bagi perbahasan Thaharah (bersuci), Solat, Zakat, Shaum, dan Ibadah Haji. Paparan yang tersusun tertib di dalamnya amat memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam mencari dalil-dalil hukum. Penjelasan kosakata, asbabul wurud (sebab keluarnya hadis), disertakan biografi nama-nama yang disebut dalam hadis menambahkan lagi nilai istimewa buku ini, tidak sekadar terletak sebatas huraian hadis-hadisnya.

Semoga setelah membaca dan mengamalkan isi buku ini, pembaca dapat merasakan bertambahnya rasa khusyu' dalam beribadah seiring dengan bertambahnya pengetahuan terhadap dasar-dasar hukumnya. Selamat menela'ah.

Jumlah Muka Surat:
741m/s.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat; Sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

580 - Fikih Imam Syafi'i (Terjemahan Kitab al-Umm)

Fikih Imam Syafi'i
(Terjemahan Kitab al-Umm)

Judul Buku:
Fikih Imam Syafi'i (Terjemahan Kitab al-Umm)

Penulis:
Imam Asy-Syafi'i
Tahqiq: Dr. Rif'at Fauzi 'Abdul Muthalib

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM438

Berat Buku:
4.7kg

Keterangan Kandungan:

Ini adalah hasil terjemahan dari kitab Al-Umm edisi lengkap berserta tahqiq karya Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H). Cuma bagi edisi terjemahan ini, penerbit (atau penterjemah) hanya berkenan menterjemahkan secara lengkap bagi bab-bab perbahasan yang menyangkut urusan ibadah sahaja, manakala bagi perbahasan mu'amalah ditinggalkan dan tidak diterjemahkan. Tetapi mungkin akan diusahakan pada masa-masa mendatang. Jadi, bagi edisi ini, terjemahannya lengkap mencakupi perbahasan Thaharah, Haid, Solat, Solat-solat Sunnah, 'Ied (hari raya), hukum-hakam murtad, Jenazah, Zakat, Puasa, I'tikaf, Haji, Korban, Buruan, Sembelihan, Makanan, sehinggalah terhenti ke bab perbahasan Nadzar. Ia diterjemahkan lengkap menjadi 4 jilid.

Jika dibandingkan dengan edisi arabnya, ia terdiri dari 11 jilid lengkap dengan tahqiq Dr. Rif'at Fauzi 'Abdul Muthalib. Dan edisi terjemahan ini hanya menterjemahkan secara lengkap sampai setakat jilid 3 yang awal (dari edisi asal bahasa arab), lengkap dari bab yang awal bermula dari perbahasan thaharah sampai bab nadzar.

Walau apa pun, ini semua tetap memiliki faedah yang besar bagi para pencinta kitab hasil karya para ulama generasi awal, khususnya karya Imam asy-Syafi'i ini. Para pencinta ilmu pasti gembira dengan terhasilnya edisi terjemahan ini terutamanya yang menyangkut hal-hal ibadah. Ini sekaligus membantu para pengamal mazhab asy-Syafi'i di nusantara ini khasnya. Usaha ini amat membantu kita semua dalam membuat semakkan dan rujukkan berkaitan perbahasan fiqh dan ibadah dengan rujukan asalnya secara ilmiyah dan sahih. Sekaligus meningkatkan maklumat, ilmu, capaian, dan keluasan pembacaan kita dalam memahami mazhab imam asy-Syafi'i ini.

Kitab Al-Umm

Kitab al-Umm ini adalah sebuah kitab yang dikumpulkan oleh murid Imam asy-Syafi’i iaitu Imam ar-Rabi’ B. Sulaiman al-Muradi (Wafat: 270H). Beliau menghimpunnya sama ada ketika sebaik mendengar bab-bab atau perbahasan-perbahasan kandungannya tersebut secara langsung daripada asy-Syafi’i atau di masa yang lain. Juga berdasarkan apa yang beliau temui dalam bentuk-bentuk tulisan asy-Syafi’i rahimahullah.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), “Jumlah kitab (perbahasan) dalam kitab al-Umm mencapai lebih dari 140 bab, wallahu a‘lam. Ia dimulakan dengan perbahasan tentang thaharah (bersuci), kemudian kitab ash-sholah, dan seterusnya yang mana beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh.” (Dinukil dari kitab Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbaat al-‘Aqiidah karya Dr. Muhammad al-‘Aql, m/s. 48 – Maktabah Adhwa as-Salaf)

Perbahasan yang terkandung dalam kitab al-Umm ini merangkumi pelbagai asas dan penjabaran persoalan agama yang sangat luas. Bahkan ia boleh dikatakan sebagai himpunan perbahasan yang mengumpulkan pendapat-pendapat imam asy-Syafi’i rahimahullah dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Di antara perbahasannya mencakupi aspek thaharah, solat, hari raya, zakat, jenazah, puasa, haji, ibadah korban, perburuan, nadzar, jual beli, wasiat, faraidh, peperangan, jihad, pernikahan, hudud, qishash, dan banyak lagi yang lainnya.

Muhammad B. Idris Asy-Syafi'i rahimahullah atau yang lebih dikenali dengan nama Imam asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau di dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliaulah yang meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih melalui karya monumentalnya, ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Malaysia. Mazhab Syafi'i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu'amalah mereka akan memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi'i.

Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab imam Syafi'i bahkan yang fanatik di antara mereka ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Imam Syafi'i, juga tidak tahu apa karya-karya Imam asy-Syafi'i. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Iman Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada al-Qur'an dan as-Sunnah, masa dan tempat al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Imam Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara.

Jumlah Muka Surat:
4 jilid lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau melalui email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok.

Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bankCIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).

Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.

579 - Buku Poket Tuntunan Praktis Puasa, Tarawih, I'tikaf, Lailatul Qadar, & Zakat

Buku Poket Tuntunan Praktis Puasa, Tarawih, I'tikaf, Lailatul Qadar, & Zakat

Judul Buku:
Buku Poket Tuntunan Praktis Puasa, Tarawih, I'tikaf, Lailatul Qadar, & Zakat

Penulis:
Abu Muhammad Ibn Shalih B. Hasbullah

Penerbit:
Pustaka Ibnu 'Umar

Harga:
RM3
(Diskaun sehingga 30% bagi pembelian 50 unit dan ke atas)

Berat Buku:
40g

Keterangan Kandungan:

Buku bersize poket ini menjelaskan secara ringkas tentang tuntutan berpuasa di bulan Ramadhan dan sunnah-sunnahnya, kemudian diikuti penjelasan solat sunnah Tarawih, sunnah I'tikaf di bulan Ramadhan, malam al-Qadar, dan diakhiri dengan penjelasan ringkas zakat fitrah.

Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan.

Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca/mengamalkannya/menghafalnya.

Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu bentuk nota mahupun risalah untuk hadiah. Sesuai untuk sebaran/cenderahati di majlis-majlis, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik/bermanfaat. Memandangkan maklumat-maklumatnya di dalamnya tidak kalah baik dan bermanfaat.

Jumlah Muka Surat:
64 m/s.