Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, July 15, 2016

Beraya Rumah Bakal Mak Mertua

Assalamualaikum.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Baru sempat nak update blog. Raya korang camne? Best ke. Raya aku bosan. Haha. Cuma masa nak raya ke empat je ak tak sabar nak jumpa. Sebab? Sebab nak pi beraya rumah en tunang. Heehe.

Ni kira kali kedua aku pi rumah dia, dan pertama kali datang untuk beraya. Ya Allah excited sangat kot, yela selama aku kenal dia tak pernah aku pergi beraya sana, en tunang yang tiap tahun akan pergi beraya rumah aku, tak pernah tak datang. Raya tahun ni aku merasa dulu nak beraya rumah dia. Pastu tahun ni dia tak datang beraya rumah aku sebab takde masa dah aku pun bukan selalu balik bila dah kerja ni. 
#MOTD aku untuk hari tu, natural sahaja. Seganlah pulak nak over-over pi jumpa bakal MIL. Masa raya pertama makeup mengancam sikit hehe. Pergi beraya rumah en tunang barulah aku melaram baju baru sebab baju ni en tunang bagi masa kami bertunang hari tu. Raya first pakai baju lama je malas nak beli baju baru. He

En tunang kata aku cantik. Bhahaha. Sukanya kiteee.. 
Gambar full dengan baju baru. Hehe. Baju ni en tunang yang pilih, kira macam takde tanya pendapat aku dululah okey ke tak. Xpernah dia pilih baju untuk aku sebab aku ni cerewet sikit, tapi dia berjaya pilih sebab aku berkenan dengan baju tu. Hehe. Sebab aku rasa cantik dan seksi pakai baju ni walaupun baju bukan seksi pun. Haha. Yela seksi tukan subjektif.

Dari sebelum kami tunang, sampai lah hari tu barulah kami dapat berjumpa sebulan lebih. Dia sibuk sangat dengan hal study dia. So aku bertabahlah menunggu dia free, sobs. Hari raya pertemukan kami. Gitteww. Haha.
Lama aku dengan family lepak dengan rumah En tunang. Aku datang dengan abah, dan dengan abang dud satu keluarga. Lupa nak tangkap gambar dalam rumah. Sebab segan-segan apa pun jadi lupa. Haha. 

Lama kitorang santai, dari pukul 12 sampai nak dekat asar. Tu pun macam tak puas, hehe. Sebab bukan selalukan nak dapat datang. Bestnya abang dengan kakak ipar aku memang pandai adapt dengan situasi, kakak ipar aku kemain sembang ngomong jowo dengan mak en tunang. Hee akunya krik krik je tak reti cakap jawa. Hehe
Dengan kakak. Mujur en tunang ada jugak sorang adik beradik perempuan. Boleh jadi geng, kalau tak mau pishang goreng. Haha. Mujur jugak kakak sekepala, tunggu masa nak kuar lepak sesama je. Saba jap tunggu da kawen nanti hehe. En tunang nanti sila beri kebenaran untuk kami lepak keh. Ladies day out. Hehehe 

Friday, February 12, 2016

Dinner Date With Future Family For The First Time

Assalamualaikum.

awal februari aku banyak berlaku benda best. alhamdulillah. semoga banyak lagi benda best berlaku lepas ni. dalam hidup aku atau hidup korang. amin.

rabu malam lepas aku pergi makan steamboat. hehe. nak cerita bukan pasal makan steamboat tu, nak cerita pergi makan dengan sape tu yang lagi penting dan best, hal makan no dua. hehe. aku pergi makan dengan bakal mertua dan bakal ipar-ipar hehe. dorang datang dari perak pi jalan-jalan kat SCM pastu makan kat klang, dekat dengan tempat kerja aku plak. he  yang terujanya sebab kali pertama pergi dinner dengan dorang. dan kali kedua aku jumpa family En Buah Hati, kali pertama masa time merisik bulan 12 ritu. yang kali pertama tu takyah cakaplah segan dia macam mana oi. segan teruk dan rasa macam.. arghh apa perlu aku lakukan!!!! haha 

dan kali kedua ni segan jugaklah, tapi dah tak segan macam masa merisik ritu aku dah mula selesa dengan family EBH. dorang pun layan aku baik, terasa di sayangi lebih. hehe. yang ajak dinner ni pun bakal mak mertua. aww aww. 
nampak semangat makan. haha. aku tak biasa makan steamboat sebenarnya, ni firstime makan kat kedai sebelum ni makan orang wat majlis kat rumah. nak amek apa pun tak reti. hee. duduk sebelah bakal MIL dia asik letak makanan je kat pinggan aku. haha. sampai satu tahap memang aku tak boleh telah dah kalau telan rasa nak keluar balik, memang bersulam air wat telan makanan tu maksudnya kapasiti dah tak boleh nak masuk lagi makanan dan orang sebelah kiri aku tulah aku transfer makanan. hehe.


 mak dia kata aku makan sikit, rasa macam dah banyak tak tahulah. haha. mak dia kata aku kali ni nampak berisi sikit banding time merisik hari tu. erm erm. ini semua salah EBH suruh aku makan banyak-banyak. haha. tak kisahlah janji mak mertua sayang. lalalala

seronok aku tengok parents dia makan, lepas ni cari steamboat best-best bawak dorang pergi pulak. hehe. dah lama tak makan dengan family kat kedai macam ni. rasa macam dah 4/5 tahun kot, ke lebih seronok bonding time camni, aku suka. tapi bila dengan family EBH rasa pelik sikit sebab aku dah biasa family ramai dengan anak-anak buahnya, tapi kuar dengan family EBH tu jela. parents dia, kakak dan abang rasa macam ada yang tak datang, walhal memang tu jela. haha. 2 3 4 tahun nanti ramailah, tahun ni tambah sorang. kiki. :P
ni kakak dengan abang EBH, sori la kakak gambar ni je ada. adik akak yang snap tah pape. hehe. first time ni muka dorang masuk blog haha. lepas ni banyak la.
masa nak balik tu rasa macam nak ikot dorang je balik hutan melintang, sabar yatt sabar tak lama je lagi. gedikkan. kitorang datang asing-asing, jumpa kat masjid pastu abang dia dari shah alam jumpa kat kedai. masa nak balik tu mak dia soh tunggu aku gerak dulu baru dorang gerak. aww so suweetnyeeee. satunya dah la aku tak tahu dorang tunggu, aku gerak lambat sikit sebab tunggu waze lembab. erm erm, terasa di sayangi lagi. hehe.

thanks semua, thank mak ajak makan, thanks kakak belanja. thanks abang yang serius, thanks ayah geng tak makan sayur. hehe, thanks EBH untuk usaha awak. sayang semua!

ada rezeki nurul belanja pulak okey :*




p/s: masa tengok mak gelak-gelak seronok dapat makan steamboat sedap terbayang ibu, harap aku boleh tumpang kasih sayang dekat mak :)

Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari Yatt Dan Keluarga

Assalamualaikum.

selamat hari raya korang, baru sempat nak update blog. macam biasa dua tiga hari yang terawal memang sibuk teruk sebab tetamu tak berhenti datang sampai malam. letih dia takyah cakaplah, sakit belakang berhari-hari baru hilang

raya tahun ni macam biasa jer, takde meriah mana sangat pun. dia macam ha ha hambar. haha. ramai cakap camtu, kawan-kawan aku semua cakap camtu. sebab faktor usia mungkin. hee. aku rasa nak rasa meriah balik tima dah kawen nanti kot... harapnya inshaAllah.

atas gambar dengan anak-anak besar-besar belaka dah. belah kanan tu kakak aku.
OOTD raya aku, simple jer. tak beli baju raya pun. baju yang aku pakai ni beli time praktikal ritu tak sempat pakai so alang pakailah time raya.
gambar last. haha comelkan. yang paling kecik dah jadi paling besar.. kalah kakak dengan abang dia rdah.aku tak ingat gambar ni tahun bila, tapi bila tengok gambar-gambat lama buat geli hati sangat-sangat. haha.

aktiviti raya lain next entry okey.

Wednesday, August 28, 2013

Kisah Raya 1

assalamualaikum..

holla.. dah lama tak update blog.. seperti biasa alasan sibuk aku bagi.. bukan alasan sebenarnya.. tapi itu hakikatnya.. dah akhir-akhir sem ni makin banyak pulak kerja.. makin seronok pulak lecture tambah kerja.. stress gua weh stress..

dah.. dah.. bukan nak cerita pasal stress aku kat entry ni.. tapi nak cerita pasal raya.. raya? dah nak habis baru aku nak ceritakan.. biar la dah nak habis ke belum janji aku nak cerita jugak.. sebab aku tahu ada yang setia membaca blog aku ni.. siap request lagi kekadang..hehe..kalau tak request dia tanya bila nak taip entry baru.. nampak tak.. penguat semangat aku tu nak menaip entry walaupun diri ni pemalas kemain..hehe

okey.. so kembali kepada cerita asal aku ye.. cerita raya.. raya aku tahun ni, adalah super.. super tak best!!! sebab utamanya mungkin tahun ni tahun pertama takde ibu kat sisi time hari raya.. rasa lain gila.. sampai aku rasa semua benda jadi tak kena.. semua benda aku nak tacing.. aku harap sangat raya tahun-tahun yang akan datang akan menjadi okey.. okey yang sesangat.. 

bila bab-bab dapur mujur aku ada kakak-kakak ipar yang semua pandai masak.. kalau harap aku sorang, mahu jahanam semua.. jahanam tau tak jahanam..haha.. tapi yang paling tak best, takde dah kuah kacang febret aku.. aku memang suka gila kuah kacang lagi-lagi ibu yang buat.. so bila orang lain buat rasa dia mana sama dengan ibu yang buat.. takpe.. maybe akan datang ibu mertua punya yang jadi febret..hehehe..


dan tahun ni.. merupakan tahun pertama aku beraya tak pakai baju kurung.. sebab sebelum-sebelum ni, baju raya mesti arwah ibu yang jahit.. tahun ni raya takde dah lagi salah satu hilang feel nak beraya.. so baju yang aku pakai kat atas ni, made in jalan Tar je.. 

raya tahun ni jugak aku banyak duduk rumah je.. kemas, layan tetamu.. takkan nak keluar beraya pastu tinggalkan abah sesorang kesian lakan.. kalau abang-abang aku keluar beraya rumah sedara-sedara dengan family dorang, memang aku tak ikot la.. duduk jela kat rumah, time ada arwah ibu memang laju je aku join dorang, ni dahh takde.. aku kira menggantikan tempat arwah settlekan mana yang perlu teman abah kat rumah.. 

penat dia tak payah cakap lakan.. seminggu sebelum raya semua aku settlekan, time raya aku sambung settlekan.. assigment yang pensyarah bagi memang tak dan la aku nak sentuh, bukak pun camtu-camtu je.. tak masuk otak der.. nak buat camne dah itu yang kene hadap,..


ni gambar family aku.. satu family je takde abang atas aku sebab dia tahun ni turn rumah mak mertua dia..tambah lagi 4 orang, besar tak family aku? alhamdulillah..anak-anak buah pun masing-masing dah besar so senanglah nak mintak tolong buat kerja semua..

pagi raya yang tak gembira walaupun sebenarnya hari raya la kita minta untuk bergembira sebab merayai puasa kita sebulan tu.. tapi siapa yang pernah mengalami apa yang aku alami ni.. dia tahulah rasanya camne.. orang paling sedih adalah abah.. 


ni gambar aku dengan anak-anak buah perempuan aku.. nampak aku ala-ala sebaya gitu.. hehe.. maklum la makcik awet muda gojes lebih.. haha.. 


p/s: akan bersambung

Sunday, August 4, 2013

Surirumah Untuk Abah

Assalamualaikumm..

akhirnya tertaip juga entry baru.. serius tak pernah lama macam ni tak update blog.. kesian blog tercinta ku ini.. sekarang aku dekat rumah.. so senang sikit la nak update blog.. internet 24 jam.. 

so sekarang aku dah start cuti nak raya.. bila aku dah start cuti, dapatlah abah duduk rumah kat kg.. sebab ada aku boleh jaga.. kalau tak duduk rumah abang-abang aku..abah lagi suka duduk rumah kat kg.. terjagalah sikit rumahnya..

so bila ibu dah takde ni, memang segala bagai aku yang settlekan..kemas rumah semua dah jadi tugas aku.. takkan nak suruh abah, dia pun tak larat dah.. bila ibu takde ni, lain rasanya.. selalunya ibu dah settlekan semua.. aku tolong sikit-sikit je.. tapi sekarang semua aku yang buat.. semalam baru settle bab tukar langsir.. baru tukar langsir, penatnya kemain.. mana taknya, dah tukar basuh, sidai..lipat.. fuuhh...lagi rumah banyak tingkap macam rumah aku.. jadi surirumah bukan satu kerja yang mudah, baru aku sedar..


bila dah settle langsir, baru dapat settle perkara yang lain.. banyak lagi.. mengapu.. mengemop.. tukar cadar dengan langsir bilik pulak.. takpe semua ni aku buat, aku tahu abah happy.. sedap sikit hati die tengok rumah teratur.. sekarang jadi surirumah untuk abah, masak semua memang aku yang settlekan.. walaupun tak reti masak..hihi.. dulu kerja aku request kat ibu nak makan apa.. sekarang orang pulak yang request ke aku..

abah nak makan apa, aku masakkan.. biar dia selera makan.. ikutkan je apa yang dia nak.. jangan sampai abah tak makan.. dan tadi dari pukul 3ptg sampai pukul 7 aku duduk kat dapur tuntang-tuntang.. masak apa yang telah di request oleh abah.. penat tak payah cakap sebab sebelum tu keluar cari kueh-kueh.. balik-balik terus ke dapur.. tak sangka tenaga tu still gagah nak berkerja.. alhamdulillah..

dan bila tengok abah makan bertambah.. okey, tu dah buat aku lega.. aku masak sedap la kot..hehe.. walaupun main campak-campak je.. entah la.. aku rasa talent arwah ibu banyak turun kat aku,sebab ibu terer gila masak.. walaupun makanan tu first time aku masak, alhamdulillah menjadi kira sedap kat tekak la nak di makan anak buah aku pun dok tambah semalam.. tak tahu la orang lainkan, tekak masing-masing.. buat masa ni yang penting abah makan selera.. dan lagi satunya, aku suka masak-masak ni.. suka sangat..seronoknya lain macam, lagi nak masak untuk orang yang tersayang.. 

malam adalah masa untuk berehat, walaupun sekarang tengah dok basuh baju..so bakal suami saya, dah kawin tolong saya kemas rumah dan masak oke? hehe..

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Dan Keluarga.

Assalamualaikum..

hai semorang.. selamat berpuasa.. macam mana puasa korang buat masa ni? baik-baik saje? sihat?? aku alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan baik.. kesihatan pun alhamdulillah sihat-sihat saja.. 

semalam aku balik..tapi semalam tidur rumah abang aku dulu.. hari ni baru balik rumah kat kampung.. sebab abah aku duduk dengan abang.. balik minggu ni pun sebab abah selalu call tanya tak balik ke.. sejak arwah ibu meninggal paling jarak abah tak call aku pun dua hari kalau tak silap aku.. bila abah dah kol tanya tak balik ke.. mestilah tak sampai hati kalau tak balikkan..

semalam pun sampai-sampai je.. salam abah.. cium tangan semua.. dia yang nangis.. rindu ke aku sangat letew.. lepas ni dah cuti raya nanti baru aku balik kot.. kerja banyak sangat sem ni.. 


hari ni balik rumah kat kampung.. lain rasa balik kali ni.. selalu kat rumah ada je ibu.. ni ibu dah takde memang lain rasa dia.. kosong.. bila rumah takde orang duduk, memang bersepah sikit la.. aku sampai-sampai terus menyapu.. mengemas mana yang bersepah..membasuh.. mengemop.. sakit mata tengok.. kalau ibu ada memang rumah sentiasa berjaga.. bila dah bersih baru sedap sikit mata melihat.. aku pun jenis tak suka bersepah ni..


dan berbuka puasa hari kedua dengan family hari ni meriah jugak.. alhamdulillah.. makanan pun macam-macam.. memang makan puas-puas la aku.. sebab balik kolej nanti tak dapat makan banyak camni.. makan simple je.. kalau berbuka air masak dengan kuih-kuih je.. sahur pun simple je.. nak masak best-best pun takut tak terhabis.. lagi ada member sorang tu tengah diet.. memang tak syok sangat nak masak macam-macam.. member diet tereffect diri sendiri diet jugak.hehe.. lepas tu tinggal tulang belaka jela aku..

papepun kami gembira kumpul sama-sama.. walaupun kekurangan seorang wanita yang aku cinta.. tak dapat lagi nak request makanan febret aku.. kalau dulu memang request je keje aku.. makanan ibukan sapa tak suka.. hmm..rindu masakan ibu...



Friday, July 5, 2013

Ujian Besar Untukku Part 2

Assalamualaikum..

Allah.. hampir satu minggu aku tak mengupdate blog aku.. maaf.. sem ni aku terlalu sibuk.. sem yang paling banyak kerja dalam banyak-banyak sem.. letih memang tak payah cakap lakan.. takpe.. itu semua demi masa depan.. dan entry kali ini aku cuba menyambung kembali entry tergantung sebelum ni.. terlalu lama tergantungnya.. faktor sibuk dan faktor aku mencari kekuatan untuk bercerita..

kini kekuatan semakin bercambah.. insyaAllah...

okey kalau korang dah baca entry sebelum ni tentang kemalangan parents aku.. entry kali ini bercerita kesinambungan tentang kemalangan tu.. pagi yang bertarikh.. 17.jun.2013 (ISNIN).. lagi sekali aku terima panggilan telefon dari abang aku.. satu panggilan yang menyampaikan berita yang sangat tak sedap untuk aku dengar.. panggilan yang mengatakan ibu aku di hospital.. di wad ICU.. dan keadaannya kritikal.. ibu mengalami kecederaan usus.. usus ibu bocor akibat hentakan dari sitbelt.. dan doktor terpaksa buang usus yang bocor dan cuci kuman yang telah merebak akibat kebocoran tersebut..

semalam aku dengar parents aku baik-baik jer..takde cedera.. tapi hari ni aku dapat berita ibu aku kat hospital.. time tu aku tengah siap nak ke kelas.. dalam hati time tu Allah je tahu perasaan aku.. betul ke.. betul ke.. aku masih cuba sedapkan hati yang keadaan kan baik-baik saja.. pergi kelas macam biasa.. macam takde benda buruk berlaku..mujur.. aku takde kelas petang pada hari tu.. mujur.. aku ada kawan yang sudi membantu dan teman aku pergi hospital.. syukur.. syukur kerana ada yang memahami.. terima kasih.. Allah je yang dapat membalas jasa baik korang..

dari kolej aku nak ke hospital selayang tak jauh.. mujur ada kawan yang ada kereta yang berbesar hati nak bawak aku.. thanks Rul.. ko kawan terbaik.. sampai hospital, aku jumpa abah aku.. time tu.. nangis abah time aku salam dia.. aku? aku tahan.. aku tak nak keluarkan air mata aku depan orang.. dan aku kata kat diri aku.. semua baik-baik saja.. siap sembang macam biasa dengan member aku.. time aku sampai waktu melawat belum lagi.. so tunggu.. bila dah sampai waktu melawat.. baru naik ke tingkat wad ICU.. 

time ni.. ramai family aku ada.. nak masuk wad ICU kena gilir-gilir dua orang sekali masuk.. serius.. ni kali pertama aku masuk wad ICU.. wad yang mana kat dalamnya ibu aku.. yang keadaannya tak sedar.. yang hari sabtunya aku jumpa ibu keadaan sihat.. senyum ke aku.. dan sempat bergurau dengan aku.. tapi hari tu.. hanya tubuh ibu yang baring atas katil hospital.. yang badan penuh wayar-wayar.. yang takde respon kalau di panggil.. time aku tengah tengok ibu.. tetiba ada doktor perempuan datang.. dia bertanya hubungan aku.. dan dia suruh aku bawak dia jumpa family aku yang berada di luar.. doktor tu nak beritahu sesuatu.. tapi aku tak fikir negatif pun time tu.. aku masih positif..

aku seiringan dengan doktor perempuan tu keluar dari wad dan kami sekeluarga berkumpul untuk dengar apa yang doktor tu nak bagitahu.. apa yang doktor tu bagitahu.. sesuatu yang menjatuhkan semangat aku.. doktor tu cakap.. keadaan ibu semakin tenat.. operation yang pertama ibu tak bagi respon yang positif dan suhu badannya meningkat.. dan doktor tu kata mungkin akan dilakukan pembedahan untuk kali yang kedua esoknya..sebab takut organ lain ada masalah.. dan mintak ahli keluarga semua ada kat hospital time tu.. dan bila aku dengar ni.. air mata yang aku tahan sebelumnya.. tak tertahan lagi.. bila tengok abah menangis.. lagi aku tak tahan..

dan aku balik kolej jugak petang tu.. dan mungkin esoknya akan ke hospital lagi.. sebab ada urusan yang perlu aku uruskan kat kolej.. kepala aku dah fikir macam-macam.. aku kol buah ati.. dia bagi semangat.. letih sangat badan time ni.. dengan emosi yang tak berapa nak okey.. aku tidur.. tidur yang berharap.. esoknya aku akan dapat mendengar sesuatu perkara yang lebih baik pada hari ini..

lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi 18.jun.2013.. aku dapat panggilan dari anak buah aku.. panggilan pagi-pagi yang aku dapat agak apa yang aku bakal dengar.. sebuah berita yang sangat menusuk hati bila mendengar.. berita di mana ibu yang aku sayangi..telah pergi buat selama-lamanya.. pergi bertemu penciptanya.. bila dapat tahu berita ni.. aku terus kejut roomate aku.. semalamnya die jugak teman aku ke hospital dan tengok ibu aku.. bila aku bagitahu yang ibu aku dah meninggal.. dia terus bangun dan peluk aku.. 

dia tahu perasaan aku.. sebab dia pernah mengalami seperti mana yang aku tengah alami.. die pernah kehilangan ayahnya.. dia pernah kehilangan adiknya.. dia peluk aku.. beri aku kekuatan.. time ni.. aku rasa.. antara percaya dan tidak.. tapi hakikatnya.. aku kena percaya.. percaya ibu aku dah tiada di dunia ni.. percaya ibu dah pergi buat selama-lamanya.. percaya yang ibu takkan kembali lagi.. duduk aku termenung.. cuba mencari kekuatan.. cuba mencari semangat..


lepas subuh abang aku ambil aku kat kolej.. dan bawak ke hospital.. time tu tengah menunggu urusan akhir sebelum ibu di bawa pulang ke rumah.. time kat hospital, ramai saudara datang.. untuk melihat ibu buat kali terakhir.. tapi aku ketika itu.. belum ada kekuatan nak melihat.. bila ada yang datang kat aku..pelok aku.. aku hanya balas dengan senyuman.. cuma satu yang buat aku nak menangis.. bila ada yang cakap.. sambil pegang muka aku.. "sama sangat dengan rupa arwah".. sebak..sebak bila aku dengar.. 

bila urusan kat hospital semua selesai.. aku yang teman ibu dalam van jenazah.. selama ni aku tengok orang yang naik.. tapi kali ni aku yang naik.. aku teman ibu dari hospital sampai ke rumah.. dalam van.. air mata tak dapat aku tahan.. macam-macam aku fikirkan.. dah nak puasa..lepas tu raya.. hadapi semua ni tanpa ibu aku di sisi.. sedih.. terlalu sedih.. sampai rumah.. aku tengok penuh dengan orang dah.. kawan-kawan abah.. kawan-kawan ibu ramai yang datang.. alhamdulillah.. bila nampak lagi muka kesayangan aku ada.. perasaan tak tahu nak cakap.. terima kasih usaha datang dari jauh..

bila aku masuk rumah.. aku salam tetamu yang hadir.. dorang pelok aku.. dorang usap badan aku..dorang cium aku.. bagi kata semangat.. aku lihat mata dorang bergenang.. tapi aku tak.. aku senyum .. aku tak nak nampak terlalu sedih dengan orang.. aku cuba kuat.. 

bila dah sampai rumah baru aku ada kekuatan nak tengok wajah ibu.. bila aku tengok wajah ibu.. terus datang redha aku.. muka yang tenang.. tenang seperti tidur yang lena.. berbeza dengan time aku melawat kat hospital.. wajah ibu nampak yang dia rasa sakit.. tapi ketika ini.. wajah yang tenang.. tenang bertemu kekasihnya.. bila aku pergi kat abah.. abah nampak sangat sedih.. dia menangis.. tapi aku pujuk.. abah jangan nangis.. walaupun aku sebenarnya tahan air mata aku dari jatuh ke pipi.. kakak aku.. merah muka dia.. tapi aku.. muka yang macam takde pape berlaku.. tapi dalam hati.. jauh di sudut hati........

sesuatu perkara yang membuatkan aku bangga dengan diri aku.. aku dapat berkhidmat.. berkhidmat untuk ibu buat kali terakhir.. aku bantu selesaikan urusan ibu kat dunia ni buat kali terakhir.. walaupun pada mulanya aku macam tak berani.. tapi aku cuba.. kerana ini untuk ibu aku.. ibu yang aku sangat sayang.. aku mandikan ibu.. aku kafankan ibu.. aku berjaya laksanakan pesan ibu.. supaya mandi dan kafankan ibu bila ibu dah takde.. akhirnya.. aku berjaya laksanakan.. apa guna ilmu yang aku belajar dahulu kat sekolah.. tapi aku tak praktikkan.. dan ibulah individu pertama yang aku mandikan dan kafankan...

kawan.. belajarlah tentang ilmu ini.. supaya korang tak akan rasa menyesal nanti.. berkhidmatlah.. untuk ibu bapa.. sehingga akhir nyawa mereka... hari ni.. hari ke 18 pemergian ibu.. aku dah mula kuat.. tapi ketika menaip entry ni.. air mata tetap bergenang.. sebab  aku masih terbayang, masih teringat satu-satu peristiwa ni.. Allah beri aku ujian.. ujian yang terbesar bagi aku.. tapi Dia tahu.. aku akan kuat hadapinya.. dan aku.. akan cuba kuat.. sebab aku tahu.. ibu ketika hidupnya.. adalah individu yang tak boleh melihat aku sedih dan menangis....

ketika aku menghadapi ujian ini.. ada yang datang memberi aku semangat.. kawan-kawan..terima kasih.. datang dari jauh menziarahi aku dan keluarga.. budi anda hanya Allah yang dapat membalasnya.. terima kasih..


Monday, June 24, 2013

Ujian Besar Untukku Part 1

assalamualaikum..

entry yang lepas aku hanya cerita serba ringkas tentang apa yang berlaku.. sebab aku masih mencari kekuatan dan rasa untuk menceritakan perkara ni dekat blog aku.. dan hari ni.. aku cuba menceritakan tentang apa yang sebenarnya yang berlaku.. sebab aku tak nak pembaca blog aku tertanya-tanya.. dan aku mahu berkongsi kisah aku dengan pembaca aku..

permulaan cerita jatuh pada tarikh 15.jun.2013.. pagi ahad aku dapat panggilan telefon dari abang aku.. bila aku tengok fon nama yang memanggil abang aku.. jauh di sudut hati aku berasa.. mesti ada something yang tak kena..sebab jarang abang aku nak kol-kol aku ni.. bila ada perkara yang mustahak baru die kol..

dan benar kata hati aku memang ada yang tak kena.. panggilan telefon dari abang aku adalah untuk menyampaikan satu berita yang tak sedap nak di dengar.. beritanya adalah.. tentang kemalangan kedua orang tua aku.. gambar yang korang tengok dekat bawah ni, gambar yang abang aku sent dekat whatsapp.. kereta sangat teruk.. tapi walaupun kereta teruk.. abang aku kata kedua orang tua aku takde pape..

cuma sakit dada akibat hentakan dari airbag dan tekanan dari sitbelt.. okey lega sikit aku dengar.. kejadian yang berlaku ni petang lepas asar.. parents aku otw nak pergi rumah kakak aku di kuala kubu sebab kakak aku ada buat kenduri doa selamat sebab dia baru pindah rumah.. tempat kemalangan pun tak jauh dari rumah aku..

time tu dekat simpat tiga.. abah aku nak keluar simpang ke kanan..time sebelum abah nak keluar simpang tu memang tak nampak kereta kat kiri kanan.. bila abah aku dah keluar separuh tiba-tiba datang sebuah kereta toyota camry yang sangat laju, dan tak sempat mengelak terus melanggar bahagian depan kereta parents aku.. kereta camry ni time tu tengah turun bukit tapi di sebab kan terlalu laju memang tak boleh nak elak dari melanggar kereta parents aku.. akibat pelanggaran yang laju tu menyebabkan kereta abah aku berpusing sebanyak tiga kali dah berlanggar dengan van yang kebetulan berhenti dekat simpang jalan tu.. mujur sangat ada van india tu berhenti.. kalau tak mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk..

bahagian yang camry tu langgar adalah bahagian penumpang.. dan bahagian yang camry tu melanggar juga bahagian penumpang.. bila aku fikirkan balik.. tak tahulah macam mana bahagian tu yang melanggar.. walhal kalau kereta bertembung sepatutnya bahagian pemandu sebab bahagian tu yang aku berselisih kalau kat jalan kan..


jalan yang parents aku accident ni memang jalan yang selalu berlaku kemalangan dan agak 'keras'.. tapi bagi orang yang dah biasa dia akan faham dengan jalan ni.. tapi pemandu kereta camry tu dah biasa jugak dengan jalan ni sebab die student dekat UPSI.. dan kata abang aku jugak lelaki ni pernah kemalangan sebelum ni.. tak mustahil kesalahan lebih kepada dia.. tapi kes ni masih dalam siasatan polis..




ni keadaan toyota camry yang melanggar.. tengok keadaan kereta ni pun boleh tahu betapa lajunya kuatnya pelanggaran tu.. katanya kereta ni kereta baru.. toyota pulak.. tapi boleh teruk sampai macam nikan.. ikotkan hati aku ni.. nak sangat jumpa lelaki ni.. aku nak tengok muka die.. bawak kereta macam jalan die punya.. walhal kawasan yang accident tu kawasan kampung tapi nak bawak laju-laju macam kat highway..haish..

okey.. sampai sini dulu entry kali ni.. akan di sambung nanti.. aku nak cerita separuh-separuh.. biar korang faham..

Wednesday, June 19, 2013

Semoga Dirimu Bahagia.. IBU..

assalamualaikum..

pada tarikh.. 18.6.2013.. jam 4.25 pagi.. telah pergi buat selamanya.. ibu yang ku sayangi menghadap kekasih abadinya..

22 tahun Allah pinjamkan ibu untuk aku merasa kasih sayang darinya.. kini sampai masa.. Dia mengambil ibu ku kembali..

ibu ku.. HASIPAH BINTI SHAMSUDIN.. semoga ibu tenang di sana.. semoga ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. hanya doa yang dapat daku titipkan untuk ibu..ibu kita jumpa di syurga ya,,

maaf hanya ringkasan entry untuk kali ini.. nanti aku sambung lagi.. masih mencari kekuatan dalam diri.. walau pada zahir dapat lihat senyuman aku.. batin.. hanya Allah yang tahu..

AL FATIHAH....

Saturday, February 2, 2013

Bubye Putera.. Jumpa Di Sana..

Assalamualaikum..

balik rumah semalam ibu cakap putera dah mati..! alaa..sedih sangat..sebab putera ni manja sangat budaknye.. antara banyak-banyak kucing kat rumah aku die paling manja..tapi sayang yang paling manja mati dulu.. sob..sob..

ibu kata die mati sebab demam..demam biasa je..nak kata salah makan tak okey je.. kalau sebelum ni kucing -kucing aku kalau demam esok-esok sehat balik, tapi putera..umur tak panjangkan.. ibu kata putera demam lepas aku balik dari kolej, sebelum tu cuti seminggu aku dok memanjakan die je.. entah, demam rindu aku mungkin..

umur die setahun pun belum..tak puas memanja dengan budak mulut bising ni..serius mulut die bising gila.. mengiau je keje.. kenyang bising..lapar lagilah bising..tidur je tak bising dak sekor ni..

 lepas tu die punya manja tu.. aku dukung die, elok je diam macam kite dukung baby tu..kalau kucing lain cepat-cepat nak dilepaskan.. sama jugak kalau aku pangku die..elok duduk diam-diam sambil buat muka manja die.. ha! kalau kite dok pangku die..mulut die diam..nampak tak manjanye camne..

badan lembut je, ibu kata kalau kucing badan lembut ni memang jenis manja..manja yang kemain.. camtulah putera.. gegomol die memang best! lagi satu peel die ni..suka gigit kaki orang kalau orang tak layan die.. peel die yang satu ni wat orang geram tau!..hehe

ni masa die kecik lagi..umur aku tak ingat, tapi dari kecik memang dah manja..


sebab jenis baik perangai..abah kasi masuk dalam rumah..kalau yang nakal-nakal tu jangan harap dapat, duduk luar je..putera memang baik, kalau tidur kepala nak beralas je..comelkan..


kucing hidung pink.. baik.. manja.. selalunya lahh.. ni ibu yang cakap..tapi mengikut pengalaman memang ye..tapi ada gak yang hidung tak pink baik..


muke mintak lempang! hehe



tiga gambar atas, gambar latest aku ambil..dan juga terakhir..sebab putera dah takde.. :( ..gambar ni aku ambil time cuti sem ritu..sempat gak memanja dengan putera.. tapi serius tak puas, ni balik kampung pelik bila die takde..selalu mesti cari die buat gegomol..mesti dengar suara nyaring die membebel..

nak ada kucing manja sangat kat rumah ni susah..tapi dah ada umur tak panjang..tak wat camnekan..huhu.. putera..nanti kita jumpa kat sana tau.. sayang putera..mmuahh!

Tuesday, January 15, 2013

Door Gift For My Cousin Wedding

assalamualaikum..

petang tadi lepas zohor aku dengan parents pergi rumah pakcik aku dekat sg tengi..dekat je dengan rumah aku..kat kg sebelah je rumah pakcik aku, dan antara pakcik yang terapat jugaklah..die minta tolong kitorang isikan doorgift tok wedding anak perempuan die nanti..tengah cuti dan tak berapa nak sibuk sangat ni, apa salahnya kite tolong ye dak? lagi pon pakcik aku tinggal berdua je dengan makcik aku, tak terlaratlah semua dorang berdua je nak buat..banyak kot....

kitorang kena isi gula-gula kat dalam bekas, lepas tu isi dalam beg pulak..penatnye tak terkata..haha..yela kejap bangun kejap duduk nak menyusun bagai..hai..ni baru tolong sikit jer, belum majlis sendiri lagi..lagi dasyat gamaknye..hihi.. 


dok berkumpul ramai-ramai ni memang seronok, macam-macam cerita keluar family jenis banyak cakap dan sporting..ada je lawak nak di buatnya..tu abah dok membebel apa la tu..haha


mula-mula masukkan gula-gula dalam ni, lepas tu masuk dalam beg pulak..fuh..fuh..sekarang trend letak dalam balangkan..tapi entah aku tak berapa kenan..yang aku kenan lain..hihi *fikir-fikir

dah selesai semua barulah kitorang balik rumah, pakcik aku siap hidang goreng pisang dengan teh-o.. petang-petang dapat dua-dua ni memang terbaiklah! kenyang sampai malam..hehe..

seronok dapat tolong orang, nanti time kita susah orang tolong kite pulakkan..lagi-lagi aku ni ha..belum kawin lagi, kang takde orang nak tolong time kawen aku nanti tak naya? so marilah kite tolong menolong.. :)

Sunday, October 28, 2012

Salam Berkorban

salam aidil adha buat semua blogger dan pembaca blog cik yatt..macam mana raya korang meriah? rumah aku wajiblah meriah tahun ni sebab abah aku buat korban tahun ni..alhamdulillah rezeki lebih..part paling best kalau dah abah buat korban tentu-tentulah semua adik beradik balik rumah aku..tentu-tentu meriah dengan anak-anak buah..tu yang best, sebab masing-masing dah kahwin dan mesti ada yang balik rumah mertuakan..tinggal aku je masih belum kahwin..hehuu..


taraa..ni die lembu yang di buat korban..sangat kacak dan bergaya..bersih je..pandai tuan die jaga, nama aku tak ingat pulak..haha..time mula-mula sampai die boleh berdiri statik tak bergerak, serius kelaka..kaku je, aku cakap dengan ibu..pastu ibu cakap mungkin sebab tempat baru kot..tengok lembu pun tahu duduk diam-diam kat tempat baru..aku je tak..eh! hahaha


daging sedang dilapah..moment yang paling aku suka adalah gotong royong orang-orang kampung, sebab meriah dengar ketawa, ada yang suka buat lawak..macam-macamlah.. dan aku still mengharap dengan harapan yang tinggi aku kahwin nanti still gotong royong macam ni..meriah die sangat ohsem okey..tak nak pakai chatering tak best..!harap-harap pakcik makcik panjang umur boleh tolong time kenduri aku kahwin nanti..sob..sob..sebab barisan rumah aku ada makcik-makcik yang masakan dorang ohsem..huhu..eh cite pasal kenduri kahwin pulak..haha


abang-abang ku..berdua ni kalau tak menyakat aku tak sah..hobi kot..haha..rajinkan dorang suami-suami mithali gitu..ehehe


last but not least..rendang ayam dan kuah kacang made by ibu yang ohsem gila.!!! tengok penuh pinggan akukan ni pun siap tambah lagi sampai kenyang gila..haha..antara dua yang paling aku suka, adalah  kuah kacang..kuah kacang ibu mesti aku suruh bubuh daging baru bertambah ohsem..haish..terliur pulak..okey time untuk makan tengahari..bubye..

Friday, September 7, 2012

Untuk Mu Ibu

30.ogos hari tu besday ibu.. tapi aku just dapat wish by fon jer..sebab aku dekat kolej tak boleh nak buat apa-apa..janji dapat kol ibu wish dan dengar ibu ketawa..itu pun dah cukup baikkan..huhu..hadiah pun aku dah ada nak bagi..tapi tak tahu bila aku dapat bagi dekat ibu nie..kat kolej tiap minggu ada koko..so tengah cari-cari hari nak balik bila nie..

kalau dapat balik pon dalam sehari je kot aku dapat stay kat rumah..lagi pun tinggal berapa minggu lagi nak exam final..tu yang masa agak terhad tu..hope dapat balik before exam dan dapat pas hadiah nie dekat ibu..huhu..tak sabar...


nilah hadiah nak bagi dekat ibu..shhtt!!!..jangan bagitahu kat ibu tau ni hadiahnye..sape gitau..aku lepuk lelaju..hhihi..shomellkan? tapi ni bukan aku buat sendiri, tak retilah aku nak buat oi..kalau aku buat konfem hodoh..haha..ni kak Dida yang buat..kreatif sangatkan..dan ini jugak kali kedua aku order dekat beliau..sebab suka hasil kerja dan layanan yang beliau beri kat aku..kalau korang nak, roger je fb beliau keh..

tu jer aku nak cerita..ingat jangan beritahu dekat ibu..!! bubye =)


Tuesday, August 21, 2012

Koleksi Gambar Raya.

kali nie aku taknak bebel panjang-panjang..cuma aku kasi korang cuci mata dengan gambar raya aku tahun ni..tahun nie meriah dari tahun lepas, ada satu masa semua adik beradik ada..tu part paling aku suka..sebab sangat susah semua nak ada dalam satu masa..maklumlah masing-masing dah bekeluarga dan bekerjaya..

so kepada korang, selamat menonton. #eh 


family kakak aku..no 2


family abang aku..no 3..


family abang aku..no4


family aku no5..haha..ceh..gambar sesorang nak family jadah..maklumlah orang bujang lagi..ni posing dengan kasut raya sendiri jelah..huhu..


 with my big bro..nak ngorat aku sila ngorat dorang dulu, sekian..hehe..suka sangat gambar nie..


adik beradik aku ikut turutan..abang 1st je takde..tengok nak sama tinggi dengan abang yang atas akukan..walaupun jarak umut kitorang 10 tahun..hehe..dan aku je sorang yang belum kawen..ngee..

my lovely ibu..tiap tahun mesti sama tema baju dengan ibu..bujang lagi, perlulah sama dengan ibu..hee..

anak buah yang rapat dengan aku..tengok, makcik sama muda dengan dorangkan..haha..#perasan..

abah dengan ibu..MMMuaaahh!! Buah hati dunia akhirat..
ehem..=P

baraan..tahun nie ramai dari tahun lepas..penuh rumah..


sesi bermaaf-maafan di hari raya pertama..



yang ni versi gedik..


ni gambar raya ke2..tetibe terselit lak..hee..see, gila kurus aku..tak tau la napa..nak kata diet tak..habis baju raya aku semua jadi besar..sob..sob..


last but not least..anak buah aku yang paling kecik.. Safiyyah Humairah aka Fiyya..suka buat muka bila nak snap pic..omeyy..

Wednesday, August 15, 2012

Akhirnya..Berbuka Di Rumah..

assalamualaikum.. wah..aku dah setat cuti raya..yehuuu...!! kolej aku sebenarnya start cuti hari jumaat..tapi kitorang satu kelas dah deal dengan lect batalkan kelas awal..hihi..so hari nie just satu kelas je yang ada..lepas tu, dan..dan abang aku boleh jemput pulak hari nie..terbaik lakan..taklah aku penat-penat nak naik KTM oi..barang dah la banyak gila..macam nak cuti sebulan..walhal seminggu je..hahaha

awal puasa je aku dekat rumah..lepas tu semua dekat kolej, boleh dikatakan hampir sebulan aku berpuasa dekat kolej.. nak balik rumah, esemen tengah berlambak gile yang kena submit sebelum raya..lepas tu dengan examnye..terpaksa aku kuatkan semangat untuk stay sampai cuti rayalah..alhamdulillah berbaloi kesabaran aku, sebab aku dapat setelkan semua esemen aku sebelum aku bercuti..


dan yang paling best dapat gak aku makan murtabak febret aku dari kak itah..huhu..ingatkan tak dapat sebab aku sampai rumah agak lewat..alhamdulillah masih ada lebih..syukur sangat..dan hari ni last day die berniaga murtabak, esok tak dah sebab dah nak raya..memang rezeki aku sangat-sangatlah..kalau tak, tunggu tahun depanlah aku nak merasa mertabak kak itah..huhu..kempunan tak terkiralah aku..

kat rumahlah dapat merasa berbuka sedap-sedap..abang aku belikan satay..pergh2..kenyang sungguh aku..alhamdulillah..esok tak tau nak berbuka apa lak..boleh nak request kat ibu nie..hew..hew..=P

Monday, April 9, 2012

Meriah..

alhamdulillah..selesai majlis kenduri dekat rumah aku semalam..kenduri ape?? kenduri doa selamatlah..kenduri aku nikah..lambat lagi..hikhik..meriah betul rumah aku..beselah kan..kenduri..konfem rumah meriah..aku memang suke meriah-meriah nie..selalunye sunyi jekan rumah aku..hoho..

adik beradik aku semua balik..tu la yang lagi seronok..sebab bukan senang nak kumpul ramai-ramai nie..masing-masing semua sebuk dengan kerja.. tu yang buat kenduri nie hari ahad..sebab abang-abang aku kerja hari sabtu..so lepas habis je kenduri petang tu semua balik dah..sunyilah balik rumah aku..huhu..


ni kat bahagian ruang tamu depan..tempat untuk jejaka-jejaka..


 sempat gak la tumpangkan si budak kecik nie dah botak..kasi tambah botak..haha..tu dulu masa lahir rambut lebat gile..sekali ayah die da botakkan rupa macam lelaki dah..baby rambut tebal-tebal nie..ruam kepalakan..dah besar sikit nanti baru la biarkan ade rambut..hee..diam je fiyya nie senang jaga die nie..

 
nie kat bahagian luar rumah..tempat mak cik-mak cik hidangkan makanan..terlupa nak snap pic makanan....lauk kenduri semalam, udang galah masak sambal, ikan tuna masak lemak, sayur campur, ayam goreng..tapi aku tak makan banyak pon..huhu..sebab perut sakit tersalah makan..sadis-sadis..


ni ruang tamu bahagian belakang..tempat gadis-gadis dan ibu-ibu bersama anak-anak kecil mereka ye..


gambar-gambar semua nie..anak buah aku yang tangkapkan..aku segan lak..nasib ada anak buah yang nak buatkan..tu untung ada anak buah dah besar nie..boleh di raging..hahaha..