Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Sunday, June 4, 2017

Jiwa Aku Ketika Ini

Perasaan ni bukan aku saja-saja, sensitif pun ada atas punca yang satu ni. Kadang bukan aku boleh kawal. Aku tak suka pun sebenarnya dia datang atau muncul, rimas sebabnya bukan semua orang faham rasa yang satu ni. Dan bila mereka tidak faham, tekanan aku rasa. Benci!

Tadi siang, aku tak marah pun hanya sedikit kecewa kerana tak dapat apa yang aku mahu, benda memang hanya benda biasa tapi jiwa tersentuh lebih. Pilih berdiam cuma hanya ingin memujuk hati. Bukan mudah, ketika jiwa mula kembali pulih. Ditegur pula dengan nada yang mungkin hanya biasa-biasa, tapi jiwa yang sensitif ini rasakan luar biasa. Terasa kembali rapuh. Diri yang ketika itu cuma harapkan sentuhan lembut memujuk, tapi aku tidak terima tidak mengapalah. Cuma janganlah ditegur dengan nada sebegitu. Akhirnya aku pilih diam, takut apabila aku bersuara nanti ada pula kata-kata aku yang salah tuturnya.

Ketika malamnya pula ketika aku bertanyakan air apa yang dimahunya jawabnya begitu-begitu saja, sehinggalah soalan kali kedua baru aku mendapat jawapan yang benar. Jiwa tersentuh, mata mula rapuh. Tapi aku berjaya tahan kerapuhan mata itu kerana keadaan tidak sesuai ketika itu, sambil menelan makanan yang kurasakan perut dan tekak seperti tidak mahu menerimanya. Tapi demi mu sikecil. Situasi ini sering terjadi ketika mahu berlakunya jarak kejauhan, entah mengapa tidak ku tahu apa hikmahnya. ketika syurgaku menghulur tangannya untuk aku kucupi, mata yang ku tahan rapuhnya tadi tidak dapat lagi aku tahan. Mengalirnya dengan penuh kelajuan, sambil ku lihat wajahnya dengan hati penuh simpati ingin menerima dakapannya untuk menenangkan jiwa, ingin juga rasa tangannya menghilangkan air yang mengalir di pipi aku. Sebelum berlakunya jarak kejauhan itu. Tapi yang hanya aku dapat lihat di wajahnya, air wajahnya itu....yang. Kucupan di dahi juga tidak hangat seperti selalu.

Sehinggalah dia berpaling dan terus tidak menatapi aku lagi ketika menaiki dua rodanya. Teruja aku menunggu dia berpaling lagi ketika dua rodanya mula berputar jauh. Ingin memberi lambaian sebelum perjalanan jauhnya, tapi tiada tatapan akhir yang aku terima. Jiwa rapuh berkecai.

Maaf jika diri ini begini, terlalu mudah tersentuh jiwanya. Mungkin kerana ada sikecil didalam rahimku, moga bila dia keluar nanti aku tidal sebegini lagi. Aku cuma mengada belaian, sentuhan manja, ia mengada-ngada. Aku mengada-ngada kerana aku suka merimanya, kerana ketika aku menerimanya aku rasa tenang dan bahagia.  Maaf jika terlajak tidak nampak keinginan mu, tidak menjaga sempurna hatimu. Maafkan aku atas kekhilafanku.

Wahai sikecil aku harap jiwa mu nanti kukuh, bukan rapuh seperti aku. Maaf kerana seringkali kau merasa kerapuhan hati ini. Terlalu sering. Maaf.

Malam ini aku sepi.

**wahai bondaku, aku rindu. Rindu kasih belai dan sayangmu. Terlalu rindu.

Monday, November 2, 2015

Hai November. Semoga Baik-Baik Sahaja Oke?

Assalamualaikum

dah bulan november dah. bulan paling febret sebab november bulan aku lahir. biasanya bila bulan november je banyak lah pengharapan yang aku ada. so november untuk tahun  ni sangat banyak pengharapan yang aku letak. dan tinggi jugak pengharapan aku untuk dapat aku yang aku nak tu, 

sebab banyak dah aku hadap ni, salah satunya pengharapan sangat untuk dapat kerja sebab lama sangat dah ni duduk rumah, tepu dah segala bagai badan otak semualah. bosan nak mampus pun satu hal, sebab aku bukan jenis boleh duduk rumah lama-lama, dah biasa duduk asrama, kolej yang ada ramai kawan-kawan. satunya kat rumah sini aku mana ada kawan ada sorang tu pun sibuk kerja.

so hidup aku dengan gadjet je lah. laptop, fon tu jelah aku hadap. internet jelah hidup aku. so nampak tak bosan dia macam mana? huhh. ingat seronok ke ngadap benda tu hari-hari. takde life langsung kot. kat wasap jelah aku sembang dengan orang, tu pun bukan nya dua puloh pat jam nak bersembang pun. kadang tengah sembang-sembang hilang, maklum la masing-masing ada hal masing-masing ada yang kerja. so camtu aku menjadilah krik krik. sobs.

EBH pun sama sibuk, wasap-wasap hilang dia pun bz. duduk rumah biasalah banyak masa terluangkan tu macam banyak bosan jer, so kalau dah kerja takdelah rasa bosan sangat kot. malam pun mesti penat nak tidur awal so takdelah mata segar sebab siang dah tido, kah. member aku sorang tu gigih nak kol aku malam nak ajak sembang, tapi sebab siang dia kerja so sambil nak tunggu masa nak sembang dengan aku dia dah tertido dulu. pastu bazir je dia punya panggilan yang dia wat tu. haha. gigih sangat. banyak kali plak dah tu. bila nak berjayanya entah lah. haha. 
so harap banyak benda baik yang berlaku bulan november ni. lagi hari isitmewa aku. takde yang rosakkan mood, itu yang paling penting.

Friday, March 13, 2015

Design Blog :Tahun Baru Wajah Baru

Assalamualaikum..

siapa yang rajin singgah blog aku mesti perasan yang blog aku ada perubahankan..  lama dah design baru ni tapi baru nak cerita, sebelum ni simpan dalam draft je..ehe.

time akhir-akhir praktikal ritulah aku tettiba rasa nak tukar design baru.. mood tahun baru mungkin, hehe.. lagipun lama dah aku pakai design yang sebelum ni bertahun jugak la. so okey lakan aku tukar yang baru..

design yang lama member aku yang tolong buatkan, tapi sekarang dia dah kerja sibuk so terpaksalah aku cari orang lain. search kat google aku jumpa blog yang amek tempahan design yang murah dan perpatutan http://mellyareenza.blogspot.com . memang terus la aku contact dia, dan rezeki aku sangat dia boleh buatkan. yey! hehe


yang atas lama bawah baru. banyak jugak la aku tukar, cuma masih kekalkan warna gelap sebagai tema. aku tukar taknak ada bunga-bunga, tak nak nampak design yang terlalu gurl-gurl sangat, walaupun aku gurl. siap mention kat adik tu jangan ada warna pink. nampak sangat tak minat warna pink..hehe

just nak nampak simple and nice. supaya pembaca blog aku sejuk mata bila datang blog aku gitew..hihi.. adik ni bagus sangat okey, dia bagi layanan kat aku tiptop punyalah.! gigih betulkan header bila ada yang tak kena dengan mata aku.. setiap segilah, kalau dia buat tak okey tak akan wujud entry ni.. haha


ni dengan footer blog aku.. simple jekan. theme belakang blog pon batu-batu. biar nampak ganas macam tuan dia walaupun hati tisu.. kahkah.. pape pun aku memang suka dengan hasil yang adik ni buat. so korang kalau nak tempah tok design blog boleh ah contact dia. banyak contoh design blog lain yang dia buat. cantek-cantek..

Saturday, June 21, 2014

Gila-Gila Dan Tidak Matang Adalah Dua Perkara Berbeza

Assalamualaikum..

hai korang, macam biasa aku kalau dah start bukak sem memang akan tak ada masa untuk update blog aku.. faktor internet yang sangat tidak membantu untuk aku mengupdate blog dan kekangan masa yang kadang-kadang maha dasyat.. 

sekarang pun aku curi masa update, walhal tengah cari bahan untuk assignment.. kali ni aku nak cerita tentang gila-gila dan tak matang.. untuk korang yang tak kenal aku, aku adalah seorang yang sangat gila-gila.. tapi biasanya gila-gila aku dengan orang yang aku rapat jer, macam dengan member-member.. kalau dengan orang yang aku tak berminat aku akan menjadi seorang yang serius.. kadang-kadang sangat serius, yang ni aku tahu kalau aku serius ramai yang tak suka.. kah! 

ada satu masa tu aku buatlah perangai gila-gila aku dengan member aku, ala benda biasa gurau-gurau.. kitorang memang biasa bergurau macam tu.. lepas tu roomate baru dia geleng-geleng kepala tengok gelagat kitorang (ala gaya macam ee macam budak-budak tak matang) bajet dia matang sangat.. konon baru dua bulan kahwin dah cukup matanglah? tahulah umur 19 tahun dah kawin, tapi itu bukan bukti kau dah cukup matang dalam segala hal.. aku mengaku, tak semua benda aku matang nak handle lagi bab emosi. sebab aku ni jenis kepala angin sikit.. tapi tak la semua perkara nak angin je, ada masa aku cool jugak tapi tak banyak..haha.

 tapi apa yang korang perlu tahu gila-gila dengan tak matang adalah perkara berbeza, gila-gila ni jenis yang perangai suka buat pelik-pelik..tapi bukan buat benda bodoh ye.. boleh buat member kau gelak sampai sakit perut, lebih kepada menjalani kehidupan dengan cara tidak terlalu serius.. kau nak serius je memanjang bole stress kot.. aku kalau nak hilang kan stress dengan perangai gila-gila akulah.. lelagi dengan member.. gelak-gelak tapi dalam hati ada je benda dok fikir, bolehlah kurangkan sikit tekanan tu..

kalau bab matang dalam hal kau handle sesuatu, contoh perhubungan antara manusia.. menghadapi sesebuah situasi atau ujian.. atau pelbagai.. aku tahu ramai yang tahu apa istilah matang dengan gila-gila ni, cuma adalah sesetengah yang menganggap dua perkara ni adalah sama.. dan apa yang kita tahu umur takkan dapat membuktikan kematangan seseorang, ini adalah betul sebab kau ingat umur bila dah 50+ dia dah cukup matang? tak ada maknanyeeeee.. percayalah, bukti ada depan mata aku.. kalau korang tak percaya cuba perhati orang betul-betul orang sekeliling kau, lebih lagi yang paling dekat dengan korang.. mesti korang akan jumpa perangai tak matang dorang, dan kadang korang lagi matang dalam situasi tu.

perangai gila-gila aku ni kadang benda aku gurau je cakap dengan member dorang ingat aku serius.. pernah satu event aku saje je cakap (whatsaap) dengan member aku (lelaki) yang aku nak duduk sebelah dia sebab seat sebelah dia kosong.. aku : "der nak duduk sebelah pewliss" dia : "ni tempat ada oranglah" (gaya serius)
aku : "yang kau serius sangat dah kenapa? aku gurau jelah" dia : "manalah aku tahu, kau tukan gila".. haha.. takkan lah dalam event duduk asing laki perempuan aku boleh buat tak malu nak duduk sebelah dia.. kosser.. 

dalam hubungan percintaan sikap gila-gila adalah digalakkan.. matang lagi digalakkan, kang semua benda buat perangai tak matang mahu jahanam percintaan korang tu.. aku dengan en buah hati, perangai takde nak cover-cover.. nak bersopan santun, lagilah jangan harap.. haha.. kadang dia siap buat muka dengan perangai aku.. kahkah.. nasib dengan perangai aku yang tah pape ni dia masih sayang dan cakap aku comel.. hahaha.. k bai!


ni pendapat aku jer.. korang mungkin ada pendapat korang sendiri.. boleh share diruang komen ye.. tapi jangan maki-maki pulak.. kalau maki-maki kat blog aku.. aku bagi muka macam kat atas tu je.. malass layan.. okey.. sekian terima kasih 






Monday, April 21, 2014

Terasa Lebih Seksi.

Assalamualaikum..

aku seorang yang suka pakai shades aku suka jenama Rayban.. tapi dulu aku pakai yang stok murah pasar malam punya, sebabnya aku mana mampu nak beli yang harga rm200 -rm300 student lagi katanya.. tapi ada satu hari terniat nak beli yang original tapi aku jumpa harga 200 300 lagi.. tu pun macam berkira-kiralah nak beli, fikir masak-masak tu kalau masak kat dapur dah macam-macam lauk di masak agaknya.. haha..

dan aku tanyalah sorang member aku yang banyak tahu pasal shades ni, macam-macam dia ajar aku.. pastu die gitau pasal facebook yang mana boleh beli shades yang kualiti bagus tapi harga mampu milik untuk student macam aku.. teruja lagilah aku nak belikan sebab banyak aku boleh jimat kat situ..

aku nak beli yang berkualiti sebab dah datang kesedaran kat dalam diri, sebab kalau kita pakai yang murah yang harga belas-belas ringgit tu sebenarnya boleh merosakkan mata.. sebabnya dia takde perlindungan matahari pun kat cermin dia.. so apa salahnya kita keluarkan sedikit modal untuk mata kitakan? 

dan selepas aku beli dekat brader yang jual ni, seriusly aku rasa sangat berpuas hati dengan kualiti shades yang dorang jual.. time dapat tu gembira dia pergh tak yah cakap la.. servis dan layanan pun sangat baik, abang ni jual secara online dan barang dia sangat cepat sampai.. tip top wa cakap lu!


gambar ni shades pertama yang aku beli.. tentu-tentulah jenama rayban.. kesukaan kot.... lepas tu aku hasut orang belakang tu join beli.. hehe.. aku nak jaga mata aku, so aku nak kesayangan aku pun jaga mata dia.. tak kasi dah dia pakai yang murah-murah tu..hee.. gambar ala-ala zaman retro tak? haha.. shades yang aku pakai ni jenis Rayban Wayfarer Rare.. Rare sebab dekat bahagian dalamnya ada corak-corak, tengok dari jauh memang tak nampak dedekat baru nampak.. En Buah Hati punya Wayfarer  jugak tapi yang hitam biasa, dia tu mana mahu nak pelik-pelik macam aku.. aku je suka pelik-pelik sikit..haha..

sebenarnya bukan dia je aku hasut beli, member-member pun aku dok hasut.. ala apa salah share benda baikkan? member aku lagi siap 2 3 pasang dorang beli.. kalah aku yang jadi tukang hasut ni..haha


yang aku pakai kat atas ni yang paling latest aku beli.. Rayban Caravan Diamond Hard, perghh!! nampak seksi gilakan?? haha.. buat masa ni aku hold dulu beli.. ada rezeki lebih angkat lagi satu.. haha.. buat koleksi best jugakkan.. susun cantik-cantik kat dalam almari kaca, nak pakai tinggal pilih je... perrghhh!! ahahah.. so korang kalau nak beli korang tengok details kat bawak oke? jangan risau aku jamin kualiti terbaik dan korang tak akan menyesal beli.. sebab kenalan aku yang beli semua bagi respon positif.. dan korang boleh jimat banyak.. so selamat membeli!


INSTAGRAM : krbm12
WECHAT : krbm12


Friday, November 1, 2013

Kawan Baik Baru

Assalamualaikum..

hai..hai..hai.. sebulan aku tak menjelma kat blog aku ni.. cuti sem kali ni adalah cuti yang sangat busy.. busy yang sampai nak update blog pun macam malas..tapi bila en buah ati tanya pasal blog datang terus balik semangatnya.. amboi..hehe..

sebenarnya banyak sangat aku nak cerita dekat dalam blog aku ni.. banyak aktiviti sem lepas yang aku join kat kolej.. so tu yang nak share kat diari alam maya aku ni..  tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal aktiviti yang aku join tu.. tapi cerita lain.. cerita pasal kawan baru.. siapa kawan  baru aku tu? hee..

taaraaa.. kawan baru untuk jadi teman buat assignment.. aku sebenarnya takde pun nak beli laptop baru.. kalau ikotkan aku aku nak gunakan laptop lama aku tu sampai habis belajar.. lagi pun tinggal lagi setahun je aku nak habiskan belajar.. tapi  laptop compaq aku tu laptop lama, banyak software yang dia tak boleh nak support so terpaksa beli laptop baru yang sesuai..

sebabnya kerja aku banyak nak guna software sem-sem atas ni.. kang payah pulak aku nak buat kerja.. so terpaksa angkat laptop baru.. aku sayang sangat laptop compaq aku tu banyak sentimental value dia.. dari 2008 dia berkhidmat untuk aku sampai 2013 hampir 5 tahun tu.. abang aku mintak compaq yang lama aku tu.. walaupun berat hati tapi bagi la jugak, sebab tak terjaga pulak dua laptopkan.. siap pesan suruh jaga baik baik lagi... nampak tak sayang aku kat laptop lama aku tu camne..hee


so semalam aku pergi lowyat dengan abang aku.. dia bawak kawan dia yang terer bab-bab it ni.. so kiranya kalau orang menipu dia memang tahulah.. nak pergi beli-beli benda camni kat lowyat memang kena bawak orang yang pakar, sebab naya kena tipu hidup-hidup.. ikutkan aku nak beli asus, sebab asus dia punya design lawa tapi bincang-bincang aku angkat lenovo.. sesuailah dengan aku yang jenis lasak ni..


beza gila dengan laptop compaq aku nipis dia.. compaq tu punyalah tebal gila. nak mengangkut dia.. fuhh... penat nak haroomm.. aha.. lagi nak mengangkut naik ktm dengan beg baju yang beratnya.. dan yang ni nipis tak la penat aku nak mengangkot berat-berat.. owh ye.. aku dapat harga RM2100 untuk laptop ni..dengan free gift yang sangat banyak..siap aku req tambah nak free gift lain..hikhik.. so yang bawah ni antara free gift yang aku dapat..




beg ni tak la free gift.. normal la beli laptop dapat beg diakan.. suka kaler merah dia tu.. harap laptop ni akan memberikan perkhidmatan yang sangat baik untuk aku.. amin..



p/s: kawan abang aku cakap, jangan pernah tinggalkan laptop dekat dalam kereta.. walaupun korang letak kat bonet ke.. bawah seat ke.. sebab pencuri yang curi laptop ni tetap akan tahu dalam kereta korang tu ada laptop sebab dorang ada alat yang boleh mengesan laptop korang dalam kereta.. so hati-hati :)

Wednesday, May 22, 2013

IC Baru

Assalamualaikum..

pagi tadi aku dengan parents pergi JPN untuk ambil ic baru.. mula-mula ibu yang nak tukar baru ic die sebab macam dah tak elok.. pe lagi, aku joinlah nak tukar sekali..haha.. sebab nak gak merasa ic versi baru.. last-last semua join tukar..hiks..

macam biasalah sebulan baru siap..kalau nak sehari je siap kena la buat kat putrajaya sana..kalau rumah dekat takpe la jugak.. so nak gambar ic shomell semangat aku makeup..aha.. bila dah dapat tu..gambar so far okey.. tapi gelap sikit la.. adoy apalah.. editlah bright die sikit..

member aku kata ic baru memang gambar gelap sikit.. yeke?? dan lagi satu tak puas hati.. pipi aku!! kemain tembam semacam grrr! badan keping pipi kembong.. ni baru duduk rumah berapa minggu, tapi aku kalau duduk rumah cuti sem badan memang tak naik.. pipi agaknye je naik..



bawah ni ic lama aku.. kemain cerah melampau-lampau pulak.. ada je yang tak kena.. aku kena kerja dekat JPN agaknya baru gambar ic aku okey..hehe.. ic bawah ni time umur 19 tak salah aku.. cukup umur boleh tukar ic laju je aku tukar..sebab tak sanggup tengok ic darjah 6.. comot sangat..hahaha.


dan kali ni die bagi balik ic lama.. kalau macam sebelum ni die ambil.. tapi yang ni die lubangkan la bahagian no ic dengan cip die.. so bila ada dua ni dah ada orang req nak..hehe..


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

hari ni 16 mei.. so diri ini mengucapkan.......

kepada tenaga pengajar yang telah banyak mendidik diri ini sehingga menjadi seperti sekarang.. walaupun nakal time dulu-dulu.. sekarang pon nakal jugak sebenarnye..hihi..

kepada pendidik terhebat aku :

*ibu dan abah (dari baby sampai bebila)
*Tadika Kemas Kampung Soeharto (1997)
*Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Soeharto (1998-2003)
*Sekolah Rendah Agama Kampung Soeharto ( 1998-2003)
*Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek (2004-2008)
*Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (2009)
*Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (2010-2014) InsyaAllah
*Belum Tahu Lagi.. (hehe)


terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah di berikan.. jasa mu sentiasa ku kenang.. terima kasih! 



p/s: rindu zaman sekolah 

Saturday, November 24, 2012

Senarai Pilihan

assalamualaikum..

fuhh! akhirnya siap aku mengemas barang barang..habis sakit-sakit balik badan aku sebab angkat barang yang agak berat..huhu..just tunggu roomate aku semua balik nak kemas untuk satu bilik pulak..kasi bilik comel sikit..wat masa ni mood belajar belum datang lagi..huhu..

okey..kita kembali kepada topik ye..entry ni sebenarnya aku nak letak list mereka yang wish besday aku ritu..yang dalam fon dan fb..memang tiap tahun aku akan buat..cuma kali ni tterlambat sikit ye..sebab bz dan ada entry lagi penting aku nak update..

tahun ni dalam fb tak ramai pun yang wish..sebab aku privatekan..saje je nak tengok sape yang betul-betul ingat..huhu..seperti  yang di jangka..tak ramai pun..yang paling penting en buah ati still menjadi yang pertama..sama jugak dengan fon..dalam fb 4 orang je..yang macam gambar kat bawah dengan member aku lagi sorang muslihah..


yang ni by fon lak..

1. Abu Suffian (En Buah Ati)
2. Dahlia
3. Syuhada
4. Liyana
5. Dekyah
6. Mus
7. Nabila
8. Inani
9. Kak Ani
10. Ain Balkis

kebanyakan yang wish aku mesti ada wish..semoga cepat kawen..hee..moga-moga termakbul lakan wish tu..hihi..ni jer yang aku nak cerita..hehehe..bubye...



p/s:  thanks kepada yang wish...mmuaahh tok korang..

Thursday, November 22, 2012

Tak Semangat =(

esok dah kena balik kolej..serius tak nak balik..walhal kelas start hari isnin..tapi kena ambil kunci untuk hostel esok..so sabtu ahad aku kena menetap dekat kolej..roomate aku tak tahulah, katanya balik sabtu..ada yang rumah dekat bolehlah ambil kunci awal lepas tu balik rumah balik..aku ni nak buat macam tu rumah aku jauh..so tak terpaksa la stay dengan tidak relanya..

satu hal yang aku lansung tak semangat adalah..aku tengah tak sihat ni..demam, selesema, batuk..sakit-sakit badan..kalau kat rumah ada ibu tolong sediakan..kat kolej? semua kena sendiri..tak larat kot..bukak sem dengan barang-barang banyak lagi..nak angkat semua..huhu..nak mengemas lagi..time sihat pun letih sangat kalau bab mengemas..lagilah time badan tak sihat ni..hazab!!

erm..bila dah kat kolej..online pun tak syok..sebab pakai broadband..kat rumah je best laju..ada wifi..so mesti aku kurang update blog..huhu..kurang gak dapat nak singgah blog korang..sorilah ye..kalau line laju..insyaAllah aku singgah..kuranglah sikit aku berlaman sosial ni..korang yang ada laman sosial macam kat bawah ni..mai la add aku..


(nurul hidayati akasah)


(yattakasah)

(hidayati9117)


korang doakan aku baik-baik je tau kat kolej nanti..thanks..take care untuk korang jugak..!

Saturday, November 17, 2012

My Day..

hari ni 1711 lah!! hari special aku tuh..hehe.. alhamdulillah.. cukup dah umur aku 21.. muda belia lagikan..haha..tahun ni besday aku hepy..tak macam tahun lepas sedih je..huhu..sadis sungguh..sejak tu, aku dah set kat otak aku,,tak mahu sedih-sedih dah..sentiasa gembira walaupun apa yang berlaku..ewahh..


tengok berseri-seri gitu wajahku..haha..nak senyum macam ni je..tak mau memonyok..buah ati pun pesan kena senyum..sebab aku senyum manis..haha okey yang ni tipu..

terima kasih kepada mereka yang wish besday aku..alhamdulillah masih ada yang mengingati diri yang kerdil ini.. list wish aku akan buat dekat entry lain keh..nak letak kat entry ni..aku tak larat nak cek satu satu dekat fon bagai..badan letih sangat dah..yang penting..buah ati orang pertama yang wish besday aku...mmuah..love u B...okey nak tidur dulu..gudnite sahabat..



p/s: esok nak pergi kenduri kahwin BRO.

Monday, November 12, 2012

Baru Punya

abah sebuk dok bising sebab tv lama ni rosak..skrin die macam ada garis-garis hitam..so tak syok lakan nak tengok tv..pakai astro macam tak pakai je sebab tak terang..ritu katanya dah hantar baiki, tapi still tak boleh nak baiki memang kerosakan kekal la katanya..


tapi jenama singer sekarang tak bagus macam dulu..tv ni baru berapa tahun guna kot..barang sekarangkan.. erm..so hari tu keluar tg malim jumpa abang aku, pastu terus dia cakap nak beli tv baru..abang aku cakap samsung bagus, so pergilah kedai barang yang jual jenama samsung..


lama gak la dok memilih tv yang mana abah berkenan..so akhirnya keputusan akhir dapatlah seperti gambar di atas..aku tak ingat berapa inci 40 something la kot.kalau ikutkan abah dia nak yang lagi besar, tapi ibu kata watpa nak besar sangat..tapi aku setuju abahnya cadangan..haha..besar besarlah bestkan..

sukalah abah dapat tv baru die..orang dewasa ni nak apa je senang, sebab ada duit..nak terus beli,..pagi beli petang dah boleh tengok..kalau aku nak pape kene la kumpul dulu ikat perut tu perlu..ahaa..sanggup..mestilah, kalau benda agak mahal aku tak mintak at parents..kereta je aku mintak sebab ni sah-sah tak mampu..bhaha..

Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran..

hye..selamat hari raya korang..macam mana hari raya korang tahun nie? meriah?? aku macam biasa sentiasa meriah..alhamdulillah..just abang yang pertama je raya rumah mertua..yang lain semua raya kat rumah aku..rumah aku nie dah jadi kampung, so raya rumah sendiri saja..atok dengan nenek pun dah takde..


korang raya mana pulak tahun nie?? tema baju kaler ape?? aku macam yang korang boleh nampak kat gambar kat atas warna ungu..auuww2..hihi..sama tema dengan ibu..maklumlah, belum kahwin pakai sesame dengan ibulah..dah kawin dengan suami pulak..ngeee..yang part sama dengan suami tu tak sabar tahu..hihi..

akhir kata..maaf jika ada kesilapan yang dilakukan, terkasar bahasa, perlakuan, dan segalanya..harap di maafi..raya jemput datang rumah tau..tapi inform dulu keh.. =)

Friday, June 1, 2012

Semoga Berbahagia DI Sana..

pagi tadi aku dapat mesej dari kawan sekolah rendah aku..mesej yang mengatakan ustazah aku meninggal dunia..terkejut aku baca, terus rasa sebak..sebab hari tu aku pergi sekolah tak dapat jumpa arwah sebab arwah tak sehat time tu..eceli dah lama tak jumpa biasalah dah habis sekolah pasti akan susah nak jumpa guru-guru lamakan..

ustazah dulu mengajar aku time tingkatan empat.. mengajar subjek Tafsir dan hadis untuk Sijil Menengah Agama (SMA).. arwah sangat tak garang dulu..lembut je dia mengajar kat kelas.. tapi bila degil tu kadang-kadang arwah marah gak..hee..beselah..degil-degil budak sekolahkan..hurmm..rindu rasanya...

rindu jugak laksa yang ustazah buat.. tiap tahun time hari raya kitorang mesti pergi rumah ustazah beraya..aku dulu duduk asrama rumah ustazah dengan asrama tak la berapa jauh..tapi still semput la jugak berjalan kaki..haha..kalau nak beraya rumah ustazah kitorang request nak makan apa..hihi..sebab ustazah akan tanya nak die masakan apa..sportingkan..

tapi Allah lebih sayangkan arwah..semoga arwah tenang dan berbahagia di Sana.. bersama dengan orang-orang yang beriman..jasa ustazah kat saya..saya takkan lupakan..




p/s: AL FATIHAH.....

Friday, May 25, 2012

Jum Tolong..

assalamualaikum..
selamat berhari jumaat..hari nie sejuk jekan..selalunya dekat rumah lom tengahari kadang aku dah rasa panas tapi rini sejuk, kaki aku sejuk je..walaupon tak pakai aircond..erm..entry kali nie mungkin pendek je kot..eceli korang ada terbaca atau terdengar mana-mana blogger lain post pasal ada salah sorang kawan blogger kita yang rumahnya terbakar??

aku ada terbaca..mula-mula aku nampak member blogger post status kat fb..pastu aku terjumpa blog tuannya..dan dia ada cerita kat entry die..korang boleh klik sini http://www.blogammar.com ..menurut dari ceritanya rumah die 100% terbakar...tapi family die alhamdulillah semua selamat..korang bayangkan 100%..kalau camni maknanya takde satu harta pon selamat..ya Allah kesian sangat..dah la kita tak lama lagi nak berpuasa pastu beraya banyak kot nak gune duit..

aku tengok gambar die adik beradik ramai kecik-kecik lagi..dan ada adik die yang dah siap beli barang nak masuk kolej tapi semua dah terbakar..serius kesian sangat..so jika kita ada rezeki lebih apa salahnya tolong sikitkan..walaupun sikit sekurangnya dapat membantu..korang boleh pi blog die kat situ ada no akaun die..jika kita mempermudahkan urusan orang lain..insyaAllah, Allah akan pernudahkan urusan kita pula..aminn..



p/s: takziah untuk keluarga Ammar..semua yang berlaku pasti ada hikmahkan..

Monday, May 21, 2012

Cerita Perodua Anda

korang tau tak yang perodua ada buat kempen iaitu "Apakah Cerita Perodua Anda" kempen nie membolehkan korang bagi cadangan, kongsi cerita, gambar, ataupun video..so sape yang ada kereta perodua ataupun pernah menggunakan kereta perodua bolehlah share kat http://www.peroduastory.com.my ..tak rugi pape pon if korang share kat sini..manalah tau sekali dapat kereta sebijik kekan..haha..bahagia gila kalau dapat kereta sebijik free woo..!

pengarah urusan perodua  Datuk Aminar Rashid Salleh pon join tau kempen nie..beliau kata kalau diizinkan beliau nak berjumpa dengan pelanggan manalah tau korang terpilihkan..bolehlah lepak-lepak dengan datuk..hehe..


untuk pengetahuan perodua telah memulakan perjalanannya 19 tahun dan telah menjual 2juta kenderaanya..so mana taknya..pergi mana-mana je mesti ada punyalah kereta peroduakan..lagi-lagi myvi, bersepah-sepah dah kat jalan raya bak kata si buah hati..

dan..


untuk pengetahuan korang..perodua adalah kereta febret aku..lagi-lagi myvi SE1.3 tak kiralah dah ada design baru..aku tetap suka yang nie..yang warna putih..argghhh...boleh kejang mata bila tengok orang drive kereta ni tau..jeles ai...! ada rezeki kereta ni akan jadi milik aku..insyaAllah..

aku tak suka sangat kereta besar-besar nie..tak berani kot..hihi..lagi pun kecik-kecik senang nak parkingkan..dan buat apa beli mahal-mahal tapi muat orangnya sama jekan..tapi itu ikut masing-masing sebab kepuasan masing-masingkan..


so tadi aku baru je share cerita aku..hhihihi..dah memang pengalaman kereta memang banyak dengan kereta perodua so bolehlah aku bercerita dengan seronoknye..hehhee..abah aku punye kereta pun peroduakan..eceli akunye..eh..??


jum share cerita korang...!!!



p/s: apa kereta idaman korang?? dan nak hadiah best? join GA ni...

Wednesday, May 16, 2012

Aaauuooccchhh...!

tengahhari tadi aku tolong ibu masak kat dapur..hari nie kitorang buat mee kari..aku la tu request nak makan..dah lama tak makan ibunye mee kari..sedap woo..lepas ni nak request nasi impit kuah kacang pulak lah..hahahah..takkan nak tunggu raya je baru nak makan en? ngee

okey citenye camni sebenarnya.. time aku tengah potong sayur..dengan konfident dan lajunye aku memotong..sekali..zaappp...! aaauuuuuwwwwwww!! terpotong jari pulak..eh idok la terpotong..cacat la pulak kang..bak kata si buah hati OKJ (orang kurang jari)..hehe..ciss..!


agak pedih gak la..dah lama tak luka-luka nie..dulu time kecik-kecik tak yah cakap lakan..jatuh sana, jatuh sini lasak benor..haha..so korang hati-hatilah ye..orang suruh potong sayur aku pi potong jari..so jadi macam nilakan..


pastu ibu soh letak minyak gamat..sebab darahnya tak mau benti kot..so balut ngan tigerplast..shomell tak?? hee..aku tak pakai yang kaler ceklet nie..lagi-lagi yang jenis kain..sebab getah die melekat kat kulit..sangat tak suke..aku suke yang plastik dan bercorak-corak.yey..! heee


tadi lepas mandi dan nak solat kena tukar sebab jari anggota wudukkan..tara..tukar warna interqoise, eh betul ke aku eja ni?? ahaha..time ni darah still tak benti lagi..nampak sangat darah aku melempah-lempah dalam badan nie..heee..


so kalau korang nak gak cam aku punye nie...mesti nakkan?? sebab shomell..hhihihihi...okey ni contoh bungkusan die belah depan..yang aku tahu die ada 3 jenis corak..dalam tiap tiga jenis tu..ade 4 corak dalamnya..harga aku tak pasti sama ada rm2 atau rm3..mahal sikit lakan..bese la specel bercorak bagai..nak beli bole beli di kedai yang ada jual eh..eh tetibe terpromote benda nie..hahahaha..




p/s: darah aku jenis B..darah korang??

Tuesday, March 20, 2012

I Am Back..!!

Assalamualaikum pembuka bicara..eceh...weyyhh..!! lama dah blog ak nie terbengkalai..kesian aku tengok..tapi nak buat macam mana..semua angkara tuan empunya blog la..ish3..sape la agaknya tu..#kutuk diri sendiri..

sori la guys..mud aku hilang beberapa minggu untuk berbelog akibat daripada final exam..tambahan lagi berbekalkan..broadband yang sungguh laju...#tangan di dada mata ke atas..maka terjadilah blog yang terbengkalai..dah kenapa ayat aku hancor nie?? haha..parah-parah..

tapi tak mengapa..oleh di sebabkan aku telah mendapat cuti akibat aku penat berfinal (cuti sem)..maka aku akan kembali beraksi dalam berblog..ecehh..haha..btw..rindu nak singgah blog-blog korang..mesti banyak cerita aku tertinggalkan..adeh..rugi-rugi..


yeaahh..itu adalah muka tuan punya blog..muke semangat nak taip entry banyak-banyak...errr...dan..dan..sekiranya korang terjumpa muka seperti di atas sedang berjalan-jalan..sila tegur dan belanja makan..okeyhh..! shopping lagi bagus..hahahaha..



p/s: mulakan aksi blogwalking...!

Wednesday, March 7, 2012

Kerja..Kerja..Kerja..hehe

semalam..aku dengan member aku tolong mak cik kat pasar dekat dengan kolej aku..sebab die tak cukup tangan nak buat keje..so kitorang pon on jela..tolong-tolong sikit..btw..first time aku tolong kat pasar..hehe..mula-mula macam malu gak la..heee..tapi lama-lama..chill je dah..

best kot, walaupun penat..ade gak benda baru yang aku belajar..makcik tu pon sangat baik, dan peramah..so kitorang selesa kerja dengan die..yang tak boleh blah tu..mesti ade yang tegur..haha..bese la..student kuis memang yang meramaikan pasar tu..tebalkan jelah muke..haha.


dan kat atas nie..makanan free yang kitorang dapat..hahaha..bole makan dekat spoloh orang kot..untung la roomate aku, kenyang dorang..hehe..ade laksa, nasi lemak kukus, nasi ayam, rendang ayam..siap bole wat sarapan pagi lagi..heee.

sabtu nie kalau takde pape..kitorang tolong lagi...mesti lagi penat..sebab sabtu memang ramai orang..tapi tu pengalaman..bole tumpang rasa camne parents kite penat cari duet..mungkin lagi penat yang dari kite rasa......


p/s: penuh perut..! heheee

Wednesday, February 22, 2012

Semoga Ibu Cepat Sembuh

hari nie aku melawat ibu kat hospital..alhamdulillah kesihatan ibu semakin baik..syukur sangat...dah tiga hari ibu kat hospital..baru hari nie aku dapat jenguk..nasib tengah study week..kalau tak..terpaksa ponteng kelas..

erm..korang mesti tertanya-tanyakan ibu aku sakit apa..aku pon serius terkejut dengar, sebab ibu tak pernah sakit pon sebelum nie..penyakit lain pon dia takde..tapi Allah nak bagi..tetap dapat la jugakkan..doc kata ibu ada paru-paru berair..time dengar berita nie..Allah je yang tahu perasaan aku macam mana..sampai aku fikir kalau boleh ganti tempat ibu..aku ganti....


tanda-tanda pon..ibu mengadu yang die susah nak tidur pastu rasa sakit nak baring n sujud time solat..abah bawak pi klinik, dan klinik soh pi hospital..tu yang sampai ke hospital pakar al islam nie..ibu kata doc pon pelik..sebab kebiasaan orang yang kena paru-paru berair nie..mesti kesihatan teruk..macam demam ke, susah bernafas kew..batuk-batuk..tapi ibu takde kena semua tu..boleh di katakan macam kes pertama la macam nie..

bagi aku alhamdulillah ibu tak teruk sangat sampai macam tu..nak tahan sakit sampai macam tu..tadi doc ambil air kat paru-paru ibu nak cek..result dalam 5 hari macam tu..kalau suhu badan ibu okey..esok die dah boleh keluar..harap-harap okey..sian aku tengok abah..die yang nampak risau sangat..abah memang tak boleh ibu jauh-jauh dari die..untung ibu dapat abah..care gile..!korang doakan ibu aku sehat balik keh..thankss...



p/s: ujian kecil time nak final..