Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label MASAKAN. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Sunday, June 5, 2011

Pun habis juga

Lupakan kesah bisu semalam.  Sebenarnya cerita ada tapi terbisu sebab masak tak menjadi.  Nak buat lain jadi lain gara-gara kuali melekat sebab bibik aku yang pandai telah menyental non-stick pan aku dengan berus dawai.

Anak-anak aku memang suka telur.  Hari-hari nak telur.  Kalau sehari sepuluh biji tak ke seminggu dua tiga tray.  Tak termasuk lagi projek aku. Untuk mempelbagaikan masakan telur, tengahari semalam aku rancang buat telur sosej dadar. Tapi alangkah kecewanya sebab telur melekat pada dasar pan.  Apa lagi, aku godek terus jadi scrambled.



Kalau nak tengok resepi, pergilah ke dapur aku. Anda jangan tak tahu, aku pun ada dapur yang berasap.


Pagi tadi bawa abah berjumpa sedara di restoren La Rizz sungai merab. Dah lah dapat makan free, siap bawa bekal lauk balik ke rumah.  Laris betul kedai makan kau Nab. Aku doakan terus dimurahkan rezki.

kakpah

Saturday, June 4, 2011

Wednesday, May 18, 2011

Carrrot Walnut Cake

Sesekali terasa macam lubang telinga kiri aku berdenyut. Aku letakkan kesalahan pada budak yang buat facial aku ahad haritu.  Tak pasal-pasal dia memberi cadangan supaya aku membuat ear candling.

Ada ofer kak.  Selalu 60 ringit.  Harini 19 ringgit 90 sen.

Aku ni malas nak bertekak.  Aku jawab okay je.  Dan kemudian dia rodok lubang telinga aku sampai aku mengenyet sakit.

Sakit ke kak.

Tak!......... geli.  Padahal mahu saja aku sepak tangan yang merodok telinga aku itu sampai terpelanting.

Dalam sesekali terasa berdenyut itulah aku terpusing-pusing dua tiga kali keliling bangunan itu mencari tempat parking. Memang susah nak cari tempat parking kosong di situ.  Sudahnya aku parkir di lorong celah dua bangunan. Sekejap je pun.

Aku masih berpikir-pikir sama ada mahu membuat muffin, cupcake atau kek. Tapi sebaik masuk ke dalam kedai yummy itu aku terus menuju ke peti ais besar dan mengambil cream cheese dan juga butter. Sah, aku nak buat carrot walnut cake.  Memang dah lama tak buat.


Sampai di rumah aku mulakan projek. Di antara acara berebut-rebut barang dan perkakas dengan si faris, akhirnya siap juga kek aku.  Kebetulan tijah datang.  Dia datang bawa empat kaki extra.  Hehe.. empat kaki payung prudential yang besar gedabak boleh payungkan  pesenjer kiri kanan depan dan belakang.  Terima kasih jah. Cukup berguna di musim hujan dan panas. Siapa yang belum ada insuran kesihatan, baiklah ambil sebab kita ni tak tahu bila kita jatuh sakit dan masuk sepital.

Aku nak bagi resepi ni pada tijah tapi kalau sesiapa yang nak, copy sajalah.  Resepi ni original tak main tipu punya.  Kalau buat tak menjadi, maknanya bukan salah aku tetapi salah korang tak pandai buat kek.

Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar

Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B

Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips

Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing

Cara:
Pukul A sehingga creamy.  Perlahan-lahan masukkan B.  Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan.  Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk.


Kalau tanyakan pendapat aku, aku akan katakan kek ni sedap sebab aku yang buat. Tapi pendapat aku ini diperkukuhkan lagi oleh kata-kata tijah; weeee.. sodap e kak.


Malah semut ni pun kata sedap.

kakpah

Tuesday, May 10, 2011

Harini masuk kelas masak

Antara sayur yang mesti ada dalam peti ais aku ialah timun. Aku kalau beli timun bukan setakat dua tiga biji tetapi sepuluh dua belas biji.  Itu pun tak sampai seminggu dah kena beli lagi.

Antara kegunaan timun di rumah aku:
-jus timun
-selalunya buat ulam
-lawa timun
-udang masak lemak cili api bubuh timun pun sodap.  Rasanya macam labu air.


 Untuk pembuka selera, aku suka buat salad timun. Simpel.  Mudah.  Lima minit pun boleh siap.


Bahan:
Sebiji timun dipotong dadu
dua biji tomato dipotong dadu besar
1 labu bawang besar dipotong dadu
cili api ikut suka kepedasan yang dikehendaki.  Di hiris ikut suka.
kicap dalam 5 sudu. Boleh ditambah kalau tak cukup.
Limau nipis.

Gaul semua dan perahkan limau nipis.



Hari panas macam ni cuba buat jus timun perahkan limau nipis, taruk madu sikit.  Pergh!! Nak sedap lagi taruk ais.  Macamana lah nak elakkan diri daripada minum ais kan?   Rasa nak tidur dalam ais pun, ada..

kakpah                        

Sunday, January 30, 2011

MASTERCHEF


Inspired by the Australian Junior MasterChef, today I did this for lunch.  Bepeluh ketiak.

Really amazing . The 8 - 12 year-old-kids can produce mouth watering dishes that many of us cant even think of.  Kalah makcik dan mak nenek.




  Our lunch.  Ada orang yang tak kenyang makan ni....
.
.
.
.



Is this my future Home Masterchef? haha...



Sunday, October 24, 2010

Ayam Padang Bola

Salam.

Pagi tadi balik dari berjoging aku singgah sekejap di pasar membeli dua ekor ayam organik. Ayam organik satu ekor 13 ringgit, dekat nak sama dengan harga ayam kampung. Dan rasanya pun sedikit lebih kurang.

Sebenarnya sudah lama teringin mahu membuat ayam masak padang. Masa yang tidak mengizinkan.


Kalau mahu tahu resipi, sila ke resipiibundo di rumah sebelah.



Sekian sahaja. Tak boleh buat N3 panjang-panjang sebab tengah sibuk buat persiapan untuk konvo Ahad depan.


Wednesday, August 25, 2010

karipap gardenia

Salam.


Dua hari lepas aku menyuruh kirin membeli roti untuk aku buat croutons yang nak dimasukkan ke dalam caeser salad aku. Kirin membeli satu buku panjang roti gardenia. Aku cuma pakai beberapa keping saja dan selebihnya tersadai di dapur. Dalam bulan puasa ni roti sandwich gardenia tak berapa laku di rumah aku.

Kemudian, semasa aku menonton tv acara masak-masak chef-apakenamanya-aku-dah-lupa, membuat karipap pakai roti high 5. Aku mengambil idea itu dan kebetulan pula inti sotong sumbat aku ada berlebihan. Aku mahu berkongsi idea ini dengan sesiapa yang sudi. Sekiranya belum ada idea nak buat kuih apa untuk berbuka petang ni, bolehlah cuba karipap gardenia ini.



Barang yang diperlukan cuma roti gardenia atau high 5 dan inti karipap. Inti karipap ni ikut citarasa anda. Kalau suka daging sama kentang, buatlah daging sama kentang. Kalau suka sardin, buatlah sardin. Kalau suka ayam, buatlah inti ayam. Pandai-pandailah.

Mula-mula ambil sekeping roti dan gelek dengan rolling pin sampai nipis dan mampat. Buang kelilingnya. Oops lupa nak cakap. Sebelum tu bancuh sesudu tepung dengan sedikit air menjadi adunan yang pekat tapi jangan pekat sangat.


Kemudian sapu bancuhan tepung tadi di tepi sekeliling roti. Gunanya seperti gam untuk melekatkan roti itu bila dicantumkan.


Bubuh intinya. Jangan banyak sangat nanti meleleh ke tepi dan roti tak boleh melekat.

Cantumkan seperti ini:




Dan tekan tepinya dengan garpu untuk securekan lipatan:


Dan goreng.



Sodap!!!!!!!


kakpah

Tuesday, June 22, 2010

I need a vacation

Salam.


Kepenatan melampau , badan dan otak, menyebabkan mood untuk menulis terbantut. Rasa bersalah kerana memberhentikan guru yang telah lama menjadi keluarga aulad tambah memenatkan otak. Tapi ramai yang menyokong, membenarkan tindakan aku.

Membuat pilihan yang melibatkan perasaan dan persahabatan adalah sesuatu yang paling susah untuk dibuat. It involves broken hearts and shattered friendships. Yang tentu, aku memandang dia tidak lagi seperti dulu dan dia juga memandang aku tidak lagi seperti dulu.



Hairannya, dalam penat aku masih lagi sempat mencuba resepi yang aku cilok dari rumah del.
Del kata nama resepi ni egg in a basket. Cuma roti aku ni aku bakar tak cukup rangup. Namun, dengan extra cheese, cili sos dan mayonis, anak aku si adik memberi thumb up. Sedaaappp, katanya dan suruh aku buat lagi. Erkk, takdo maso lah dik. Lenkali jer ek....




Nak tau bahan dan caranya, pergilah ke deliah's deli.

Sekian untuk hari ini. Salam.

kakpah

Friday, June 18, 2010

Cis!!!!! Cubalah kalau berani.

Salam.


Letrik masuk ke rumah aku masa tahun 70han. Ketika itu aku dalam tingkatan lima dan belajar jauh dari emak abah. Jadi, zaman kanak-kanak aku berlalu tanpa tv. Sebab itulah agaknya kepala aku ligat dengan aktiviti-aktiviti lasak.

Aku dapat menonton tv hanya apabila aku ke kuala lumpur ke rumah maklang atau mak tua pada musim cuti sekolah. Masa tu tv masih lagi hitam putih. Dan cerita yang paling dinanti-nantikan waktu itu ialah The Saint lakonan Roger Moore, The man From Uncle lakonan Robert Vaughn dan tak lama kemudian cerita Mission Impossible.

Cerita katun Tom and Jerry menjadi kegemaran aku. Sekarang pun kalau ada yang menonton Tom and Jerry aku akan curi-curi pandang. Aku lihat Tom dan jerry tidak dimakan usia. Aku dah menginjak tua tapi mereka macam tu juga.

Semasa menonton TnJ inilah aku mengenal apa dia cheese. Yelah, budak kampung macam aku mentega pun susah nak dapat. Apa lagi cheese. Masa itu apa guna cheese pun aku tak tahu. Ingatkan makanan tikus. Hinggalah aku mengenal pizza, itupun ketika aku dah habis sekolah.

Kalau ada photographer yang datang ke sekolah untuk mengambil gambar, dia kan kata 'say cheese'. Aku pun heran kenapa kata cheese sebab aku sebut perkataan tu tak adalah dengan mulut melebar hingga ke pipi.


Sekarang ni anak-anak aku cukup gemar dengan cheese. Kalau aku masak apa-apa yang ada bubuh cheese mereka akan kata 'horray.. ada cheese'. Kalau makan burger di Mc D, mereka akan minta cheezy wedges dengan extra cheese. Kalau makan pizza, mereka akan minta extra cheese juga. Pada aku, cheese ni tak adalah sedap sangat. Menambahkan kolesterol adalah.

Yea.. mk beli cheese!!

Bedebah kau..

Apasal lak bedebah.

Awak cakap Cis!!!! Mak cakaplah bedebah kau..

Haha.. apa lah mak ni.


Sebenarnya aku nak cakap yang aku buat cheese cake.


Oreo Cheese Cake. Teruja aku bila tengok ashley tayang gambar cheese cake di blog dia. Aku pergi rumah anymz pun ada cheese cake juga. Tapi kerak cheese cake tak berapa jadi pulak. Melekat. Apa-apa pun, rasa memang ummmph....


kakpah

Monday, June 14, 2010

BREAKFAST

Salam.



Ramai orang yang tidak mengambil sarapan. Antara sebabnya ialah:
  1. Bangun tidur lambat. Matahari dah mencarak tapi masih berlengkar atas katil. Orang macam ni kena jirus dengan air batu biar terpelanting bangun.
  2. Bangun tidur lambat. Tergesa-gesa pergi opis. Walaupun sarapan dah mak sediakan tetapi tak sempat nak makan. Nak beli kat kantin opis duit pula dah habis. Belum tengah bulan lagi tu. Kenalah ikat perut nak cukupkan ke time dapat gaji.
  3. Bangun tidur lambat. Nak buat breakfast dah tak sempat. Selongkar dalam almari, biskut kering pun tak ada. Suami isteri teguk air kosong saja, itupun kalau sempat.
  4. Diet. Orang diet mana boleh makan pagi.
  5. Malas. Banyak kategori malas . Malas masak. Leceh masak ni. Kena basuh pinggan mangkuk kuali bagai. Malas makan. Tapi kalau orang lain yang masak, tetiba je pulak rajin nak makan.
  6. Memang sesaja taknak sarapan. Bila perut dah sakit gastrik, telinga mak bapak juga yang dipaksa menadah mendengar rengekan dan aduan mereka.

Sarapan pagi jangan dipandang rengan. Badan memerlukan tenaga untuk memulakan kerja sepanjang hari. Lagipun sekiranya kita mengelak daripada mengambil sarapan disebabkan ingin 'menjaga badan', kita mempunyai tendensi untuk mengambil jumlah makanan yang lebih banyak pada sebelah tengahari. Tak guno jugak kan!


Aku dulu masa kecik, makan pagi ni tak adalah memilih. Makan saja apa yang emak masak. Makan nasik sejuk pun jadik. Makan dengan lauk malam sebelumnya kalau ada. Kalau tak ada, makan dengan sambal gesek ikan bilis ataupun telur goreng. Kalau semua tak ada, makan je lah dengan kicap. Janji perut kenyang. Tapi mak aku selalu buat lempeng pisang. Feveret aku.


Bila dah ada rumahtangga sendiri dan beranak pinak, kepala mula pening memikirkan apa nak masak untuk sarapan. Dari dulu sampai sekarang kepala asek pening memikirkan apa nak masak. Tapi sarapan orang melayu ni biasalah, tak boleh lari daripada nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng itu ini, mee goreng itu ini, senwic, bla..bla.. Kadang-kadang kalau dah itu itu jugak, muak juga tekak ni nak telan.

Ha.. cakap pasal muak ni, anda pernah buat sarapan rotijon sadin?
Meh sini kita buat roti jon sadin supaya anda tak muak asek makan yang itu yang itu jugak.



bahan:
roti hotdog satu bungkus
sadin satu tin
sedikit kubis (dihiris macam buat coleslaw)
timun dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 biji telur
mayonis
cilis sos

Masukkan sadin ke dalam bekas. Hancurkan. Masukkan kubis, bawang. Gaul rata. Masukkan telur. Kacau. Rasakan garam.
Roti hotdog di belah dua tapi jangan putus, disapu dengan majerin dan di bakar di atas kuali leper. Angkat. Ambil sesenduk adunan sardin, letakkan atas kuali leper. Letakkan roti hotdong yang telah dibakar tadi di atasnya. (Yang dibakar arah ke bawah). Biarkan hingga masak.

Angkat. Paipkan mayonis dan sos cili. Letak hirisan timun. kalau nak letak salad pun, boleh. Makanlah begitu saja ataupun buat kuah cilinya.


Janganlah abaikan bersarapan. Anak-anak tu jangan dibiarkan tak makan pagi. Macamana budak-budak tu nak belajar dengan baik kalau perut keriut-keriut lapar......

kakpah

Sunday, June 13, 2010

Terung Yang Lawa. Rasa Lagi Lawa.



Salam.

Pernah buat lawa terung? Rasanya sungguh enak. Persediaannya juga mudah.


Anda cuma perlukan:

Terung panjang
santan pekat
cili api
bawang yang dihiris
limau
sedikit lada hitam
garam secukup rasa


Mula-mula terung dibakar. Suka hatilah nak banyak mana. Kalau nak lebih wangi, bakar atas bara arang atau letak atas tudung periuk dan bakar atas dapur. Aku cuma masukkan dalam oven. Bakar sehingga empuk.

Kulit terung aku ni berkilat sebab aku taruk sedikit butter bila membakarnya , takut melekat. Kalau tak bubuh pun tak mengapa.



Tunggu sehingga sejuk dan buang kulitnya. Siat atau potong terung itu seperti ini:



Sementara itu siapkan bahan-bahan lain.





Masukkan terung ke dalam bekas. Campurkan bahan-bahan, santan, garam dan perahkan limau. Rasakan semua masam, pedas dan masinnya cukup. Makan segera dengan nasi panas.

Lawa ini tidak boleh disimpan lama sebab santannya tidak dimasak.

Selamat mencuba.

kakpah

Sunday, May 23, 2010

GHUTI 2 - SIAP DENGAN RESEPI SEKALI

Salam.

Petang Sabtu petang ghuti lagi. Tetiba saja teragak nak buat ghuti. Selalunya kalau buat ghuti ni aku makan cubit-cubit saja. Yang menerkam anak-anak aku lah terutama si adik. Seronok bila masak ni anak-anak suka makan.

Kali ni aku bagi resepi roti sekali. Haritu ada yang minta tapi aku dah lupa siapa. Kalau sesiapa yang nak cuba, ambillah resepi ni.

Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan..

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Semalam aku malas nak bentuk apa-apa, aku letak je dalam bekas ni. Dalam dough itu aku telah letak hotdog seketul.

Aku masukkan dalam oven sehingga 3/4 masak, kemudian keluarkan dan aku parutkan cheese.
Masukkan semula ke dalam oven dan jadilah macam ini bila dikeluarkan.


Atau boleh juga letak dalam bekas ini.


Masukkan ke dalam oven dan bila keluar jadi begini


Atau aku masukkan hotdog seketul dalam dough dan aku bentuk begini dan keluar oven seperti ini.


Bila masak, aku sapu permukaan dengan mayonis dan kemudian aku lumur dengan chicken floss atau serunding ayam. Jadilah begini:


Entry ini khas untuk yang belum pandai buat ghuti. Ina KL dan tokeh-toke dapur tu takyah lah tengok ghuti kakpah ni. Wat malu je. Korang tu memang dah terer masak hehe.

Salam sekali lagi.

Kakpah

Saturday, March 20, 2010

Adegan lihat-lihat




Malam nanti adik beradik nak datang makan.
.
.
.
Pencuci mulut siap!!!!



Rasa, jangan tanya sebab aku pun belum rasa. Resepi cuma main campak-campak. Tapi kalau tengok gambar macam terlior je kan?

Selamat menjamu mata sekali lagi.


Kakpah

Friday, March 19, 2010

Dah Makan Ke Belum!!!!

Salam Jumaat. Harini teragak nak buat entri masak-masak pulak. Layan je lah.

Masa kecik-kecik dulu emak kadang-kadang ada juga masak gulai selain daripada gulai lemak cili api. Tapi kadang-kadanglah. Aku dengan abah tak kesah pun emak masak apa. Lebih-lebih lagi aku. Apa yang emak masak, semua aku bedal macam orang buruk makan.

Salah satu lauk yang aku nak tunjuk hari ini adalah resepi asal emak. Namanya aku taruk je lah tenggiri lemak kicap berempah. Nama tu aku yang taruk. Dulu bila aku tanya mak, ni masak apa, dia jawab 'kau makan yo lah'. Kalau aku taruk nama masakan ni 'kau makan yo lah' macam tak glemer pulak.



Bahan:
tenggiri beberapa ketul (goreng dulu. Jangan sampai hangus)
cili api yang sudah ditumbuk (ikut suka pedas masing-masing. Tanyalah diri sendiri)
rempah penumis empat sekawan
kicap (ikut masin sebab tak payah pakai garam)
Sedikit halia, bawang putih dan bawang merah untuk menumis
sedikit minyak
santan (kalau kelapa kecik sebiji. Kalau kelapa besar, separuh sukup. Itupun ikut banyak mana ikan lah. Pandai-pandailah mereka)
Terung dua biji cukup

Panaskan minyak. Tumis cili, bawang putih, bawang merah yang telah dihiris bersama halia dan rempah penumis. Tumis sampai berbau wangi. Masukkan santan dan kicap. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Masukkan terung yang telah dipotong ikut citarasa sendiri. Bila terung empuk, masukkan sekeping asam keping. Rasakan masin. Kalau kurang masin maknanya kicap kurang.

Senang. Tapi pastikan kuah janganlah sampai banjir. Kalau cair tak sedap.


Resepi berikut ni ayam goreng sayur

Senang jugak. Ayam aku potong kecil. Bawang putih, bawang merah, halia aku tumbuk. Serai aku ketuk. Panaskan minyak, tumis semua tu. Kemudian masukkan ayam yang telah dilumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng. Kacau. Aduk. Masukkan air sikit. Bila agak-agak ayam dah tiga suku masak, masukkan sayur-sayur. Rasakan garam. Padamkan api ketika sayur masih lagi belum layu. Nanti hilang zat pula.


Haha.. yang berikut ini memang resepi spesel. Namanya sambal otomatik. Sambal ni suami aku yang ajar masa kami mula-mula kawin dulu. Otomatik sebab simpel dan sedap. Cuma ketuk beberapa biji bawang putih, tumis sampai wangi. Kemudian masukkan cili kering yang dah diblender. Minyak kena lebih sikit sebab nanti cili tak masak garing. Aku tambah sesudu kecil rempah kari. Resepi asli tak ada. Lepas tu goreng je lah sampai benar-benar masak dan garing. Rasakan garam. Tak payah taruk asam pun.

.
.
.
Sebenarnya ni menu tengahari ni. Selamat menjamu mata. Aku nak jamu tekak kejap lagi ni.



kakpah

Saturday, July 25, 2009

Jom Pokono Joseh Fried Chicken

Dulu aku selalu buat menu masakan untuk dua minggu. Bila habis pusingan, rotate balik atau pun aku buat menu baru. Menu tu aku tampal di dapur biar senang nampak. Bibik pun tak payah nak tanya-tanya harini nak masak apa. Memang praktikal. Kita tak payah terpikir-pikir lagi breakfast nak buat apa, lunch nak buat apa, dinner nak buat apa.

Lama-lama aku dah malas nak buat menu. Bila dah tak ada menu harian, mulalah termenung di depan peti ais. Bila tak ada perancangan, tu yang main lebur dan campak-campak. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang orang yang makan kena telan ajelah apa yang terhidang haha..

Lunch tadi aku buat fried chicken. Aku namakan Joseh fried chicken, ciptaan sendiri. Di bawah ni aku turunkan resepi. Bukan nak tunjuk tapi untuk peringatan diri sendiri yang mudah lupa ini. Anak-anak pun senang nak rujuk nanti. Kalau ada sesiapa perkenan dan nak cuba, buatlah. Gerenti sedap.



Bahan:
Beberapa ketul ayam. ( tadi aku ke tesco. Mula-mula nak beli drumstick tapi tengok macam dah lebam je. Aku beli wings. Adalah dalam 12 ketul)
2 sudu besar dried parsley
1 biji lemon. ( parut kulitnya. Separuh lemon itu diambil airnya)
olive oil dalam dua sudu
chicken stock dalam dua sudu gak. Beli je yang dah siap.
1 sudu kecil lada hitam. Kalau suka pedas, tambahlah sikit lagi.
Sedikit garam. Rasa dulu kemasinan sebab stock tu kadang-kadang dah masin.

Bersihkan ayam, tos kering. Gaulkan kesemua bahan di atas. Seelok-eloknya marinate semalaman. Tapi masak ni kan satu eksperimen. Kita yang buat dia, kan. Oleh sebab tak ada masa nak marinate sampai satu malam (weh.. besok pagi pulak baru boleh makan!!!), aku masukkan dalam periuk kesemua bahan di atas dan masak atas api sehingga bahan meresap dalam daging. Jangan tambah air tau. Ayam tu sendiri dah berair. Api tu pun kenalah perlahan je.

Bila dah empuk, angkat ayam. INGAT air dalam periuk tu jangan dibuang. Kang ada tangan yang kena ketuk kang. Sementara menunggu ayam tu agak sejuk, sediakan tepung penyalut ayam. Sonang yo. Ambil tepung gandum, campur black pepper, garam dan dua tiga sudu tepung goreng ayam rangup. Gaul. Ambil ayam tadi, golek-golekkan dalam tepung, ketuk-ketuk sikit excess tepung tu sebelum dimasukkan ke dalam minyak yang sudah panas. Goreng sehingga sedap mata memandang.

Bila ada ayam goreng mesti ada sos pulak. Untuk sos, panaskan butter agak-agak dalam 4 sudu besar lah. Bila panas, masukkan tepung gandum dalam 4 sudu gak. Agak-agaklah. Kacau hingga nampak berbuih-buih sikit. Lepas tu masukkan air ayam tadi. Kacau terus sebab kalau tak kacau nanti sos tu bergentel-gentel. Kalau air tak cukup dan nampak sos tu masih pekat, tambahlah air. Siap.

Joseh fried chicken tu aku judukan dengan mash potato, garlic bread, sayur sikit dan mushroom soup. Sodap tau. Buleh bukak restoren ni.


Tak lama lagi masuk ramadhan. Aku dah nak kena sediakan menu sebulan untuk ramadhan. Nanti senang tak payah pening-pening kepala apa nak masak untuk berbuka. Untuk sahur, goreng-goreng je cukup.

Yati Sarip. Kau jadi silent reader aku kan. Kau buatlah ayam goreng ni.

Saturday, July 4, 2009

de LEMPENG SADEIN

Dulu emak suka buat lempeng untuk sarapan pagi. Emak selalu buat lempeng pisang. Kadang-kadang dicampur dengan parutan kelapa. Adakalanya emak buat lempeng untuk makan minum petang juga.

Orang sekarang dah jarang sebut lempeng. Nama lempeng sudah diupgradekan supaya tidak berbunyi antik. Lempeng dah jadi penkek. Tapi cara buat penkek tu sebijik macam buat lempeng.

Pagi tadi tergerak pula hati nak buat penkek eh..eh. lempeng. Untuk sesiapa yang tak tahu buat lempeng, tengoklah resepi di bawah. Kali ni aku buat lempeng sardin.

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar (fresh milk)
1 biji telur
1 sudu besar majerin lembut
1/2 sudu teh baking powder
seketul sardin (nak lebih rasa sadin taruhlah dua ketul)
secubit garam.

Cara:
Blender semua bahan di atas.
Panaskan kuali leper non-stick. Masukkan sesenduk adunan tadi. Tunggu sampai nampak lubang-lubang kecil timbul. Terbaikkan. Angkat.

Lempeng ini sedap dimakan dengan sambal sardin atau kari ayam. Dia juga sedap dimakan begitu saja.

Sonang jo kan? Pelbagaikanlah rasa lempeng anda.

Harini anda bizi dan banyak kerja? Jangan sampai 'melempeng' sudah.....


Saturday, April 18, 2009

MAIN MASAK-MASAK

Aku anak gadis yang tak pandai masak. Betul aku cakap. Alasan aku ialah aku sibuk dengan kerja sekolah, aktiviti sekolah. Bila emak ajak masak di dapur, aku cakap aku nak buat homework ataupun aku nak study untuk periksa. Emak pula tak pernah merungut. Ala.. apa sangatlah nak dimasak untuk tiga orang. Itulah yang selalu aku katakan dalam hati.

Pertama kali aku tanak nasi semasa aku ditingkatan satu, nasi itu mentah. Emak membebel mengatakan aku masak nasi pun tak reti. Dah tingkatan satu tak tahu masak nasi. Orang dah nak duduk makan tapi nasi tak boleh pakai. Kenalah emak masak nasi yang lain. Masa tu mana ada periuk letrik. Tak usahkan nak guna periuk letrik, letrik pun belum masuk ke kampung aku.

Emak kata, dulu-dulu budak sebaya aku dah jadi bini orang. Ni macamana nak kawin kalau masak nasi pun tak tahu. Aku sengeh-sengeh saja bila emak cakap macam tu. Kawin? Belum lagi masuk dalam kamus hidup aku.

Emak ajar aku masak nasi guna ukuran jari. Mak kata, masukkan jari hantu untuk mengukur paras beras dan tandakan paras beras di jari hantu itu dengan meletakkan jari ibu. Lepas itu untuk mengukur paras air, letakkan jari hantu tadi di atas paras beras. Paras air dari paras beras tadi mestilah sama. Aku gunakan ajaran emak untuk masak nasi dan selepas itu nasi aku tak pernah mentah lagi.

Aku memang malas ke dapur. Aku tahu makan saja. Lepas makan tolong kemas-kemas. Tapi mak masak masakan yang sama saja tiap-tiap hari. Masak lemak cili api. Ikan masak lemak cili api. Ayam masak lemak cili api. Daging masak lemak cili api. Keladi masak lemak cili api. Jangan haraplah nak makan chicken chop ke tomyam ke. Masa tu makanan yang ganjil-ganjil memang aku tak tahu pun. Malah tak pernah dengar.

Malas aku menjadi-jadi bila aku masuk sekolah di Johor Bharu. Lagi lah aku banyak alasan untuk tak masak. Bila balik bercuti aku kata nak relek sebab dah penat belajar. Banyaklah aku punya alasan. Nasib baiklah emak aku tak bagi pelempang.

Bila aku kahwin, baru aku tahu apa pentingnya masak ni. Barulah aku menggelabah tanya emak itu ini. Masa tu emak pun memulangkan paku buah keras. Dulu mak suruh belajar masak kau taknak belajar. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh tanya mak macam-macam, begitulah antara bebelan emak. Aku tersengeh-sengeh juga sambil mengurut-ngurut lengan emak.

Antara masakan yang aku tidak lupa hingga sekarang ialah daging goreng. Dulu dah ada aku cerita pasal ni tapi aku nak ulang lagi sekali. Suami aku menyuruh aku menggoreng daging. Aku hiris-hiris daging tu dan aku sepuh dengan garam dan kunyit. Aku goreng macam aku goreng ikan. Sampai daging tu kering dan garing. Bila suami aku makan aku lihat dia menyeringai menggigit daging tak putus-putus. Dia tak boleh nak salahkan aku sebab arahannya, goreng daging. Manalah aku nak tahu kena taruk bawang, air bagai.

Lepas dua tiga minggu kawin aku dan suami ke US. Di sanalah aku pandai membawa diri. Aku belajar masak dari kengkawan, dari buku-buku resipi. Walaupun belum cukup pandai, tetapi dah bolehlah aku membanggakan diri. Suami pun tak malu-malu lagi mengajak kawan-kawannya datang makan di rumah.

Sekarang? Jangan tanya pasal sekarang. Kalau nak suruh jadi chef pun dah boleh walaupun tak ada sijil, wakaka... Tengahari tadi aku masak macam-macam. Tengok nih..


Pucuk paku masak lomak cili api campur dengan terung telunjuk, udang dan petai dikikis kulit.



Ayam organik masak kari. Siapa yang tak boleh makan ayam, tolong tutup mata.


Kerabu jantung pisang.


Tengahari tadi kami anak beranak makan sampai berpeluh-peluh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...