Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 4, 2009

de LEMPENG SADEIN

Dulu emak suka buat lempeng untuk sarapan pagi. Emak selalu buat lempeng pisang. Kadang-kadang dicampur dengan parutan kelapa. Adakalanya emak buat lempeng untuk makan minum petang juga.

Orang sekarang dah jarang sebut lempeng. Nama lempeng sudah diupgradekan supaya tidak berbunyi antik. Lempeng dah jadi penkek. Tapi cara buat penkek tu sebijik macam buat lempeng.

Pagi tadi tergerak pula hati nak buat penkek eh..eh. lempeng. Untuk sesiapa yang tak tahu buat lempeng, tengoklah resepi di bawah. Kali ni aku buat lempeng sardin.

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar (fresh milk)
1 biji telur
1 sudu besar majerin lembut
1/2 sudu teh baking powder
seketul sardin (nak lebih rasa sadin taruhlah dua ketul)
secubit garam.

Cara:
Blender semua bahan di atas.
Panaskan kuali leper non-stick. Masukkan sesenduk adunan tadi. Tunggu sampai nampak lubang-lubang kecil timbul. Terbaikkan. Angkat.

Lempeng ini sedap dimakan dengan sambal sardin atau kari ayam. Dia juga sedap dimakan begitu saja.

Sonang jo kan? Pelbagaikanlah rasa lempeng anda.

Harini anda bizi dan banyak kerja? Jangan sampai 'melempeng' sudah.....


16 comments:

Tijah said...

hikhikhik...

hiasan pasu bungo topi lempeng tu yg tak tahan tengok tu. ...

aza ni said...

lajunya kakpah update, baru tadi baca,dah ada yang baru.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kak Pah,
Nampak senang lempeng sardin ni. Dah cuba lempeng kelapa? Sedap dimakan dengan sambal tumis.

lupekanje said...

acik robuih ubi kayu kak.. dah lamo tringin nak makan ubi kayu. Beli ubi last week, ni baru tingat nak robuih...
tapi cecah sambal udang... dah tu je yg ada...hahaha...maleh rrr nak buek sambal laen...
arini nak rehat...nk melempengkan diri...

aza ni said...

lempeng ni kami attack masa bulan puasa, time berbuka,bila dah muak mikir resepi untuk berbuka...

ibundo said...

tijah, sajo nak bagi mato ko juling. btw itu bukan pasu yo cik adik. itu mug lah.. english style wakaka...

azani, tapi tak lawan kelajuan ko.

Nora, haah. lempeng kelapa sedap gak kan?

acik, ko simpan ubi lamo-lamo tak masuk angin ko.
wah harini tak kojo yo. Jangan acik jadi lempeng dah le ye..

azani, laku ke dalam bulan puasa.

Guru said...

lepas ni boleh ganti chef wan...k.pah, ya..

Yunus Badawi said...

Inilah yg dinamakan penjenamaan semula. Kalau kakpah jual de lempeng ni tentu laku.

ckLah @xiiinam said...

....ckLah pun terpikat kat hiasan pasu bunga tu...he..he...


Lempeng tu cicah madu sedap...

Insyirah said...

Kakpah, lepas ni bleh la buat satu buku resepi masakan Melayu utk saya. Saya belum pass lagi dlm masakan Melayu. Hehehe. Risau ni.

Hanisham Ab Halim said...

Kak Pah,
Sedapnyer.. Minta sikit...

ibundo said...

cikgu, tak sama taraf ngan chef wan hehe

yb, haha menu akan diambil kira.nanti jangan tak datang ke restoren kpah

insyirah, ni dah kira tambah koleksi ni

cklah, pelbagaikan rasa dan pencecah

webmaster, jauh. ko buat sendiri haha..

zai said...

Kak Pah..
Perut dah berbunyi nie...Lapaqla plak tgk lempeng pagi2 ni...nak buat bahan2 plak tak cukup nie malas plak nak p kedai ? erk boleh tumpang lempeng kat umah kak pah tak ? hehehe..lempeng tau bukan lempang

chekdenoor said...

Wah.....terasa nak buat lempeng gak lah untuk sarapan pagi ni..... hmmm.... ada tak tepung gandum.....ada rasanyer....susu yang tak ada.......

DaliaLiyana said...

ala...tak nak r bg camner nak buat..akak post kat puchong leh...dalia suka lemping..lagi2 lemping sadin,,,hehhehe...

ibundo said...

zai, haha..lempeng dah habis. lempang ada kehkeh..

chekdee, dalia, meh datang kat umah kakpah ni. kita melempeng ramai-ramai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...