Monday, March 02, 2015

With Love - 2015

assalam & hello world 2015

gitu.

bulan march baru nak say hello katanya. 
sesuatu sgt kan?

kenapa terpanggil nak menaip lagi?
walaupun too many things was happened during back then, tapi takde pun taip cerita kat sini. kan?

takde reason. 
tetiba sahaja rasa nak menaip.

tapi bila fikir-fikir balik, maybe sebab aku baru settle tengok Japan Series yang begitu glamour tahun 90an dulu. 

feeling flashbackkkkk sangat ok!

cerita Jepun yg aku maksudkan itu adelah - With Love.

haa. sape geng yang sama kertu dengan aku mesti tahu tentang cerita ni. dalam masa tiga hari khatam katanya 12 episodes. tak kerja kah? kerja. tapi biasalah month-end closing kan time aku honeymoon. weekend sambung lagi tengok youtube bawah selimut

ok ada yang ingat-ingat lupa kot tentang cerita tu.

yutaka takenouchi uols.

ha itu hints dia.

lupa lagi?

Hata San? Teruterubozu? 

ingat dah? 
lupa lagi?

sah, tak pernah tengok letteww.

cerita tu dulu aku tengok dengan roommate aku masa diploma dulu. 
perghh legend gila bila tengok sorang-sorang sekarang. 
nak nangis pun ada.
motif sangat kan??
dah tua macam ni la, emosi huru-hara.

cerita tu mengisahkan (ayat buku BM darjah 2 sangat), Hata San & Teruterubozu jatuh cinta via email. During that time, Internet, Website & Email ni baru muncul di negara depa (kat M'sia time tu main teng-teng lagi kot) hikhik.

Whatsapp, Viber, Skype, Telegram bagai nan-ado oke adik-adik. 
Nak memiliki handphone pun tak mampu katanya.

cerita ni dalam tahun 1998/99 kot, & masa aku duk tengok ngan roommates sekalian tu dalam tahun 2000/1 macam tu rasanya. 
masa tu kitaorg dah kenal internet, computer, email, etc. 
dan yang paling glamer masa tu adelah MiRC!

jackpot!

haa, sebut mirc korang terus flashback kenangan masing-masing kan?

same goes to me!

masa tengok With Love tu dulu, terus feeling pegi CyberCafe login MiRC dengan tujuan dapat chatting dengan orang yang tak dikenali yang hensem gila macam Yutaka Takenouchi terus jatuh cinta pandang pertama kahwin hidup bahagia selamanya happy ending katanya.

nan-ado pun.

tapi aku percaya pada era tu, memang ramai gadis jelita jejaka hensem yang gila chatting di mirc. maybe ada salah sorang chatters yang hensem pernah chatting ngan aku ke kan. nampak nau banyak duk berchatting je dulu
tapi aku ni bukan kaki chatting chatting lepas tu ajak keluar jumpa.

best sangat zaman tu uols.
tak macam dunia cyber sekarang.
sampah sarap, penyamun penyangak je yang ramai dalam internet.

berbalik kisah tadi, dalam ramai-ramai chatters tu, aku teringat pada sorang brader ni. 
tah betul tah idok la yer apa yang dia bagitau aku.

dia tu antara yang selalu chat dengan aku. ada time tu siap janji bagai pukul berapa nak login & kat group mana. haha. matilahh.

dia cakap dia ada makwe, dia bagitau nama makwe dia Kak apa dah aku lupa.
dia kadang-kadang turun KL (dia orang KB & masa tu aku dah belajar di Shah Alam).
dia cakap kat makwe dia, dia nak pergi KL lepas tu nak jumpa 'adik' dia which was adik is referring to me. 
dia cakap kat aku, makwe dia kata "cari adik takpe, jangan cari nahas".
hehehe.

sampai sekarang aku ingat sebab dari perwatakan dia dalam alam cyber tu, macam jujurlah jugak kan, dan sampai sekarang aku suka ayat makwe dia tu.
dari ayat tu menunjukkan she's a sporting & steady lady, but still ada tegasnya.

back to With Love.



tetiba terus rasa nak g booking flite nak g Jepun.
minggu lepas gila nak ke Korea.



silakan layan lagu tu semoga memori kalian sama macam aku jugak. 
hehe


till then, bye!

p/s: mengharap sangat aku akan lebih rajin menaip lagi!

With Love,
@mlynyx




 



1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

2018

Assalamualaikum Its been few years aku tak tulis apa apa kat sini, cemana boleh came across nak 'intai' blog sendiri tadi tah....